Thursday

Ini cerita pasal hari itu

Assalamualaikum w.b.t

Pemalas nak hupdate dan hadap blog ni . Macam macam . Ada je benda nak menghalang . Tangan ni semakin tak rajin untuk menaip perkataan itu dan perkataan ini . Ok dah HABIS !

Hari tu ,

Turun sahaja dari bas , terus lajukan langkah untuk ke KTM Seremban . Lalu terowong bawah tanah ni lain sikit feel dia . Tak tahu nak tengok apa sebenarnya . Tengok kiri dinding . Tengok kanan dinding . Tengok depan . Ok feel naik sikit . Tengok manusia manusia bertali arus keluar masuk terowong . Ada yang nak cepat , ada yang sambil berjalan main telefon , ada yang berbual bual , ada yang pandang pandang dan senyum senyum , ada yang berpasang pasangan . Ok ok pegang pegang ni yang aku tak suka ! Pfffft .

Sampai sahaja pintu keluar terowong saya lihat seorang makcik tua yang sedang duduk bersila dan cawan berisi duit di hadapannya . Sambil tu saya tengok ada dua orang pemuda sedang berbual bual dengan mak cik tua ni . Gaya macam wartawan . Sorang fokus , sorang lagi sekejap duduk sekejap bangun .

'Dah kamu kenapa tak duduk diam ni?'

Saja saja perlahan kan langkah . Cuba menangkap apa yang dibualkan . Yea la zaman sekarang susah nak percaya orang . Lebih lebih lagi sindiket penyeludupan manusia manusia ni semakin berleluasa . Mula lah fikir bukan bukan .

'Entah entah brader dua orang ni cuba nak ugut mak cik ni tak , ish tak boleh jadi , tak boleh jadi !'

Pfffft . Cepat betul saya buat andaian . Cepat cepat istighfar . Sambil membetulkan beg sandang kat belakang yang berisi laptop saya mulakan langkah dengan perlahan sambil berdehem.

Saya dapat dengar sikit sikit apa yang mak cik tu cakap . Dah habis slow saya jalan ni . Ada sorang brader ni pandang je saya . Tapi sekejap je lah , saya cuba buat buat muka cari gaduh . HAHA

"Diaorang kata doakan makcik masa makcik takada .."

Dapat tangkap yang ni je , T_T
Terkilan . Apa yang dimaksudkan dengan "diaorang" tu . Anak anak mak cik tua tu ke? saudara mara ke? sahabat taulan ke? Siapa siapa ?

Saya tengok air muka dua orang pemuda tu terus berubah seri . Masing masing berwajah mendung . Hati saya tiba tiba rasa sedih .

Dan di sebalik kesibukan manusia yang ada kat situ . Saya ternampak seorang lelaki tua sedang duduk bersandar di balik tiang susur gajah ni . Entah mengapa saya pandang je pak cik tu . Sambil jalan saya toleh pak cik tu . Sekejap jalan , sekejap toleh belakang , sekejap jalan , sekejap toleh belakang .

Rasa macam nak menjerit

Rasa macam nak luah rasa serba salah .

Tapi bila fikir2 , tak akan saya je sorang yang rasa semua ni . Mana orang lain??

Rasa macam sedih dan bersalah bergunung gunung . Dalam cawannya ada juga lah beberapa keping duit . Di tangan saya ada makanan kesukaan ibu . Saya menjadi lebih bersalah . Rasa nak pergi dekat dekat dengan pak cik tu

"Pak cik , pak cik dah makan? pak cik nak kuih?"

Mana lah keluarga pengemis pengemis tua ni ? Sebatang kara ke mereka? Apa penyebabnya sampaikan mereka jadi begini ?

Awak boleh jawab?

"Ya ALLAH , Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya akan kasih sayangMU .  KAU limpahkanlah rahmatMU kepada mereka dan lindungilah mereka... "



NOTA : Masih terbayang .