Tuesday

Tercengang - cengang

Assalamualaikum w.b.t.

Bila main badminton kat dalam dewan ni rasa lain sangat kot.
Feel dia lain macam sikit .
Dan paling best bunyi kasut ala ala berdecit decit menunjukkan bahawa pemain badminton tersebut berpotensi untuk pergi jauh ..

*Farishkaucakapdepancerminkah?

Penat dia jangan cakap .
Berjalan nak ke bilik tiba tiba kaki pula buat hal.
Alah bisa tegal biasa .

Sedang berjalan jalan sempat pula tengok anak burung hantu kat atas pokok depan blok perempuan . Eeeee dah lah comel , burung hantu dewasa pun comel . MATA DIA !! cantik . Kening dia memang terbaik hihiii .

"Assalamualaikum , hai selamat pagi , awak tau tak awak comel , mata awak tu cantik faham tak ? faham tak ?"

*gayaoranggilacakapsorangsorangdenganpokok.

Brader brader yang lalu naik moto , adik adik yang jalan kaki nak pergi kelas semua pelik .

"Apehal doh , akak ni cakap sorang sorang ?"

*peduliapaden? hihii

Balik dan terus balik sambil dengar walkman . Lagu "Ku pinang kau dengan Bismillah" . Dengar lama lama sedap juga . Dah sampai kat susur gajah nak menuju ke blok tiba tiba ada seorang budak perempuan dia tegur . Mula mula pandang mulut dia je . Yea la sebab tak dengar sangat apa dia cakap . Saya ni kalau pasang lagu suka kuat kuat . Tapi tak de lah kuat sangat kan? Pfffft .

Terus tanggal earphone

Gadis manis : "Komander kan kan?"

Gadis je : " Yea kenapa?"

Gadis manis : "Hee nama sapa eh  , lupa lah"

Gadis je : "Err Farizahani .."

Gadis manis : "Haaa , komander comeeellll !"

Gadis je : 'Budak ni kenapa??'(dalam hati) .. "oohhh? hahaaa" <<< seperti orang gelak tak ikhlas .
"Nak pergi mana ada kelas kee??"

Gadis manis : "Haah , kelas CTU "

Gadis je : sambil tengok jam dengan muka serius "Awalnya pergi kelas ? Bagus Bagus "

Gadis manis : "Heee , yupee .. Eh eh duduk Tun Senaja kee?"

Gadis je : "Haah .. hehehe " <<<< tak ikhlas lagii

Gadis manis : "ok pergi kelas dulu, byeee !"

Gadis je : "Ok bye byeee !"

Saya terus lari naik tangga sambil tepuk tepuk dahi . Lepas tu berhenti jap sambil pandang dia turun perlahan lahan tangga hadapan untuk pergi ke kelas . Tak sempat pun tanya siapa dia , kalau dia komander sekalipun tentu dia tahu saya duduk Tun Senaja .

"Siapa budak perempuan tu ? Aku tak kenal sebenarnya , tiba tiba je dia ? errmm cantik jugak dia ni kehkehkeh"

*nampaktakadanalurikelakiankatsitu

Masya-ALLAH !

Bila dia cakap saya comel tu , darah panas mula naik ke muka . Rasa nak tutup muka pakai beg raket tu wawa.

eeeee , awak ni jangan lah cakap cam tu titeww malu cangaaatttttt !



Habis dari peristiwa tu naik bilik terus pandang cermin . Konon konon tak percaya diri memang comel
. Serius kita kena sedar diri . Ambil cermin dan cakap sorang sorang . Alhamdulillah aku sempurna .

Pfffffft . Asal muka aku lain dalam ni ?  Bila masa pulak aku ada janggut ni ? Musykil .
Dan seterusnyaaa..



Lepas tu gelak sorang sorang dan cakap .

"Budak perempuan tu memang salah orang !"


Ok nak rehat !

NOTA : Dahsyat permainan dunia ni .