Monday

Assalamualaikum w.b.t

Akuuuuuu buuuuuuuuusyyyyyyyyyyyyyyyy niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Tu je .


"Ku rindu sentuhan mu . Ku damba sentuhan mu . Tiada lain yang ku inginkan hanyalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah hanya lah sentuhanmuu uuuu"

Sunday

Sekadar melepaskan isi hati

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...


Alahai anak buah sorang ni .

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan buat semua . Dah masuk fasa kedua ni . Moga Allah merahmati kita . Ameen Ya Rabb .

Pheww dah balik rumah ni mencabar juga tugas aku sebenarnya . Ya lah dah bertambah pulak anak buah lagi sorang . Hah , macam highway la rumah aku ni . Alang alang tunggu si kecik tu nak besar aku kena berfikir panjang dari sekarang .

Yang aku peningnya makin dah besar makin akal dia panjang . Siapa lagi kalau bukan ..... *bunyi dram*


Muhammad Wafi

Kisahnya . Anak buah aku yang sulung ni dah masuk 3 tahun . Petah , cerdik , rajin , handsome , comel , gagah . Ok takpelah kasi can aku puji dia kat sini . Bila tang petah tu bila kita cakap sepatah beribu ribu patah dia jawab . Bila kita tegah jangan , lagi dia nak buat . Cakap lagi jangan lagila dia buat macam main acah acah . Geram tak berkesudahan kalau duduk dengan dia ni . Hahaha . Yalah orang kata budak lelaki kalau nak membesar memang macam tu . Lagi satu budak budak kalau dah membesar lagi lah kurang waktu tidur dia sebab dia tau dia nak maaaainnnnnnnn je . Haah mainkan perasaan orang . Dialah ni T________________T .

Habis kakak ipar aku berpantang kat Penang , abang hantar depa balik ke rumah . Apa lagi melompat riang la ibu n ayah . Belum sempat cucu keluar dari kereta dah kena sambar dalam kereta . Ayah lah paling excited siap nak jemput lagi kakak ipar aku tu kat Penang . Aku tak kasi sebab ayah sekarang tak boleh drive jauh jauh sebab ayah cepat letih . Biarlah abang aku pergi ambik dah memang tanggungjawab dia kan hahaha . Aku seorang yang tegas kalau hal hal yang melibatkan tanggungjawab ni *main bucu tudung*
Balik balik je dia dah mintak macam macam dengan ayah . Ayah aku ikut je . Macam kena pukau pun ada . Atuk nak tu atuk nak ni . Ayah tahu wafi suka makan udang mahu hari hari dia belikan udang . Bosan gila . Yang ibu pulak dengan cucu kecik dia tu . Ah sudah aku ni siapa nak berikan perhatian ?  Sedih tau jadi maksu , ingat tak sedih ke ? :'(

Yang aku geramnya dia ni memang kuat berjalan . Pantang aku bersiap sikit dia dah sibuk tanya nak ke mana . Kena lah bawak dia . Kalau berjalan jenis berperangai baik baik takpe ini ya Allah entah lasak siapa lah dia ikut . Aku kecik kecik ibu kata aku tak lasak mana , lasak abang aku rupanya dia ikut . Itu hari bawak dia pergi supermarket nak cari barang dapur . Aku kalau bawak dia memang tak boleh nak fokus pilih barang sebab nak kejar dia yang entah mana perginya . Bila suruh dia duduk tepi tu sekejap sementara aku nak pilih barang baru je sekejap aku pandang tempat lain tengok tengok dia dah hilang dah . Yang paling sadis itu hari , tengah pilih pilih bawang aku tengok dia dah hilang dah kat sisi aku . Aku dah gelabah dah cari dia . Memang berzikir lah aku dalam perjalanan cari dia satu supermarket tu . Sekali aku tengok dia tengah duk punggah marjerin yang dalam bekas tu masuk ke dalam trolley . Banyak pulak tu . Aku rasa nak nangis T_________T . Dah la penat cari dia , penat pulak duk susun marjerin kat tempat dia balik . Alahai anak buah sulung sorang ni .

Ni kisah ayah pulak . Dia memang tak boleh kalau ayah aku pakai smart smart sikit . Mesti tanya atuk nak pergi mana . Ah macam biasalah ayah aku ni memang senang cair dengan cucu dia yang sulung ni . Entah minyak pengasih apa la wafi kasi kat atuk dia ni . Balik balik rumah ayah cerita bawak pergi Mydin , sekali ayah terlepas pandang tengok tengok dia hilang . Ayah dah puas panggil kat setiap tempat . Ayah dah pening dah lepas tu sekali jumpa dia dengan coklat dengan makanan banyak kat tangan dia . Ayah pun letak la satu satu kat tempat dia balik . Itu hari pun hilang jugak , ayah dah melilau cari . Sekali dia boleh panggil "Atuk , wafi kat sini" . Okey dia duduk kat tangga , ayah aku serupa nak pengsan agaknya . Aku dapat bayangkan macam mana kondisi ayah aku masa tu . 

Ibu cakap sayang cucu ni lain macam sayang dia dari sayang anak . Kecik hati ? Taklah , aku tak kecik hati pun . Memang betul cuba kalau tengok nenek n atok kauorang kalau cucu cucu dia balik kampung . Apa kauorang nak semua dia kasi kan ? Haih cucu cucu . Aku tengah predict yang anak buah aku no dua ni macam mana lah nanti bila dia dah besar .

Peti ais kat rumah ni penuh dengan makanan dia je T______________T .

Apa apa pun maksu sayang Wafi n Wazif  . Moga jadi anak anak dan cucu cucu yang soleh . Ameen .




Thursday

OB

Assalamualaikum w.b.t

Aku sekarang sebenarnya tengah demotivated . Stress jawab soalan Organizational Behavior pun belum hilang lagi . Mungkin sebab salah satu topik yang ada dalam OB adalah STRESS so aku memang stress . Soalan dia Ya ALLAH kelakarnya . Soalan past years lagi senang ok ? Sungguh aku cakap . Masuk dewan pun aku tak konfiden sebab aku macam dapat rasa soalan dia serupa mende . Dengan nama Allah aku mulakan .

Ya ALLAH kelakarnya soalan part A ni . Disebabkan aku konfius dengan soalan part A yang silapnya aku terlalu banyak habiskan masa jawab dengan part B . Pandang pandang depan mak ai aku ada 40 minit lagi nak jawab part A . Huaa huaa rasa nak menangis pun ada . Tapi aku yakin aku boleh habiskan . Punya berzikir dalam hati minta Allah lambatkan masa . Dan paling tak boleh blah nya masa tinggal 10 minit aku boleh mintak paper lebih . Entah camne entah aku boleh termintak kertas lebih orang lain dah siap siap belek belek dan highlight isi isi penting aku pulak terhegeh hegeh nak sambung part A . Ah kertas lebih pun belum tentu jawapan tu betul . Aku pujuk diri sendiri , takpe kau dah usaha Farish , kau dah usaha . Doa la banyak banyak biar Allah lembutkan hati pensyarah yang menanda tu  . Aku sememangnya sangat down dengan paper OB . Aku rasa aku tak buat sehabis baik *macam lah paper lain sehabis baik*

Keluar keluar dewan masing masing sibuk bergossip . Soalan susah . Oh maknanya aku tak syok sendiri la ni dah semua cakap soalan susah . Tiba tiba hati berbunga bunga kejap hahahaha . Member aku yang pandai dan superb pun boleh datang cakap "Soalan , hampeh betul" . Yang aku fikir aku nak keluar aku nak makan aku sangat lapar . Stress boleh menyebabkan lapar faham tak dan paling aku tak puas hati kenapa topik stress tak keluar . Ok demotivated lagi

Ni gila punya demotivated

Nak keluar dewan ada member aku sempat lagi tanya budak budak sekeliling dia . Dengan nada yang sangat sangat memerli .

"Weyh , semester depan kelas OB kelas apa?"

Pergh demotivated lagi . Nasib baik aku tengah cool . Kalau tak dah lama aku terajang kerusi sebelah .

Yang paling best pergi makan pun bawak bincang pasal paper ni . Ke mana saja kita berada OB tetap menghantui . Hantu betul . Kakaka

Apa apa pun . Kita dah usaha , selebihnya kita tawakkal . Serah kat Allah . In shaa ALLAH usaha ada hasilnya mesti ada . Husnuzon . Setiap apa yang kita dapat tu semuanya terbaik .

Friday

Jangan bagi muka , bagi makanan takapa boleh makan

Assalamualaikum w.b.t

Aku rasa perasaan aku macam kalut je tiba tiba malam ni . Ok malam ni aku minum air kopi sebab nescafe dah habis . Kecewa dia serupa macam gaya pergi stesen bas nak beli tiket direct balik lepas tu dapat tahu tiket habis pulak . Aku bukanlah pencinta kopi dan aku tak berapa in sangat dengan kopi sebab kopi ni macam .. entah macam apa entah yang penting aku memang tak boleh in . Malam ni nak study policy yalah dah satu hari buang masa demi anak anak buah tercinta . Alhamdulillah lepas jugak rindu . Bila dah lepas rindu tu anak buah kencing kat badan sendiri pun tak kisah . Si Wazif tu siap muntah dan kencing sekali bila nak mandikan dia . Kakaka . Nampak tak betapa penyayang nya aku rasa tak terungkap dek kata kata . Bak kata pepatah

"Sayang makcik muntah muntahkan , sayang makcik juga kencing kencingkan"

Haih mana taknya bila dah rindu tu habis lah aku kelek dia ke mana je . Dengan abang dia sekali , apa yang Wafi nak aku ikut je . Dah besar dah anak buah aku yang sulung tu :')  . Petah bercakap , manja dan mengada ngada . Pagi pagi dah bangun nak tengok ultraman . Kadang kadang stress jugak aku nak tengok drama pun tak boleh . Remote semua dia kontrol . Kakaka

Sebenarnya aku nak cerita apa ni ? Suka sangat lari tajuk . Menyampah juga kadang kadang dengan diri sendiri . *cubit pipi* *gonyoh gonyoh*

Sebenarnya kan , aku sekarang hampir berputus asa dengan manusia ni . Aku rasa tak perlu dah bagi muka sangat sebenarnya . Bila baik salah tak baik pun salah . Nak aku jadi apa ? Tumbuh tumbuhan ? Macam macam ragam kan manusia ni . Nak cakap lebih kang aku ni pun manusia jugak . Tapi siapa tahu kan aku lagi teruk dari diaorang tu . Kadang kadang tu memang penat . Penat layan perasaan sendiri dan sibuk sibuk nak jaga perasaan orang lain . Bila fikir fikir balik kenapa aku nak sibuk jaga perasaan orang lain eh ? *terajang bantal*

Nama pun manusia kan ? Kita bukannya hidup sorang sorang kita hidup dalam kelompok yang besar mesti saling bergantungan antara satu sama lain . Bila kawan susah mestilah kita tolongkan ? Mungkin hari ni hari dia esok lusa siapa tahu hari kita pulak . Lagipun kalau kita kerap tolong orang ni Tuhan lagi banyak tolong kita , pahala pun dapat . Nak tolong tu biarlah ikhlas kalau jenis mengungkit ungkit ni susah jugak . Kalau mengungkit bertempat takapa ni kalau jenis mengungkit tiba tiba je tu memang bahaya . Kena pandailah tengok dengan siapa kita mintak tolong tu tapi kadang kadang tu tak boleh nak agak jugak . Kawan yang kita kenal berpuluh tahun pun belum tentu dialah orang yang boleh kita mintak tolong . Masa nak mintak tolong tu lah macam macam alasan dia bagi . Kawan yang kita baru kenal tu lah yang sanggup buat apa saja . Rasa macam malu pun ada kan tapi memang realiti ok ?

So kesimpulan tu kita boleh buat baik . Tak salah buat baik lagi digalakkan dan memang tanggungjawab kita sebagai seorang manusia kot . Tapi biarlah bertempat , bagi muka banyak sangat ni kadang kadang tak boleh jugak lama lama muka kita pun entah pergi mana sebab banyak sangat bagi muka kita kat orang , kita dapat apa ? *raba raba muka*

Duduk diam diam lebih baik kan cerita dia . Kita tengok apa akan jadi pada masa akan datang . Kalau dia datang lagi kita nak bagi apa ?

Bagi topeng Ultraman . At least kita tak bagi muka kita dah

Okaylah aku nak study . Doakan !

Thursday

Suspen

Assalamualaikum w.b.t

Aku sihat Alhamdulillah *tetiba*

Bukan apa jantung aku pun tak cukup rehat lagi sebab kes semalam . Pengajaran jugak kepada engkorang ni  . Cerita dia macam ni . *Sambil betulkan duduk*

Tengah tengah aku bergurau senda dengan housemate aku dengan topik entah menda menda . Tiba tiba telefon aku berbunyi . Member aku mintak tolong pasal ada sorang member aku ni mak dia call . Ceritanya mak dia call call member aku tak dapat pulak lepas tu aku tak tahu lah lepas tu apa jadik . Mesej tak balas balas . Aku pun pelik lah kenapa boleh jadik macam tu . Sebab kawan aku tu dia memang anak yang taat dan baik . Rupanya ada pernah satu hari tu member aku kena kejar dengan seorang lelaki ni . Lelaki tu dengan entah kenapa tiba tiba bodoh abadinya ikut member aku sampai naik ke rumah . Bila member aku pusing time nak tutup pintu dia pergi bukak seluar dia dengan tunjukkan *krik krik krik* dia tu . Member aku takut lah apa lagi takkan dia suka terkinja kinja pulak . Kau ni biar bebenor sikit .

Memang lah kawan aku tak expect yang lelaki tu ikut dia dari belakang . Ya lah kalau nak buruk sangka dengan orang ni pun tak boleh sangat mana tahu rumah lelaki tu kat atas ke kan ? Ni tak bila ada lelaki ikut kau tiba tiba nak marah dia

Kau ikut aku dari belakang eh ?


kau nak apa?



Ouchh sumpah I tak ikut . Sumpah dik non !!!


Ke tak pasal pasal . Aku nasihatkan hati hati lah kawan kawan perempuan ya . Zaman sekarang macam macam boleh jadik . Kau tengah makan nasik pun dia boleh tenung kau sampai tembus belakang . Jaga jagalah .

Ok balik kepada cerita . Tunggu punya tunggu , call punya call tak ada langsung . Member mana yang tak gelabah . Ya lah dah mak dia mintak tolong takkan la aku nak bertenggek kat rumah buat dek je kan ? Tapi yang aku tak boleh perginya lagi baru aku tahu yang dia tinggal dekat area rumah aku rupanya . Kata member aku dia baru pindah . Punyalah buruk perangai aku ni sampai aku tak sedar dia dah jadi jiran aku rupanya . Buruk gila perangai . Masa tu nak lempang diri sendiri pun dah tak da masa sebab gelabah tahap klcc 16 tingkat punya hal . Aku dengan member member aku pun bertenggek dekat bawah rumah dia tu kot kot ada ke dia turun atau member member dia yang kitaorang kenal ke boleh lah tanya kot kot tahu dia kat mana . Lama juga tunggu takdak juga . Jadi dengan meredakan keadaan yang agak panas dan tegang kitaorang ambik keputusan tunggu dekat dalam kereta je .

Mak dia call dah menangis nangis . Ya Tuhan kesiannya aku . Mak mana tak risau lebih lebih lagi anak dia kena pula dengan lelaki yang sengal abadi tu entah mana datangnya aku tak tahu . Aku ni lemah sikit kalau ibu ibu ni menangis . Aku pun mahu menangis sama . Nasib baik member aku tu pujuk mak dia supaya jangan risau

"Jangan risau ya auntie , kami akan cari dia sampai dapat"

Peh aku dah rasa macam agent penyiasatan dah . Duduk dalam kereta duk usha sana sini . Kot kot ternampak kelibat dia . Dah macam macam benda dalam kepala otak aku ni . Mana tahulah kan dia tertinggal phone kat rumah sebab kelam kabut nak pergi kelas punya pasal ke , ke kedai tak bawak telefon ke tapi dengar cerita dari mak dia ni mustahil juga . Ah sudah tetiba nak buat cerita macam detektif conan pulak . Kejap duduk dalam kereta kejap keluar balik . Tengoklah betapa tak senangnya hati kitaorang ni . Nak report polis kena tunggu sampai 24 jam . Apa kitaorang nak buat ni .

Tunggu sampai pukul 8 lebih macam tu . Kata member aku lagi sorang dia ada kelas malam ni . Kalau dia datang kelas kitaorang suruh dia bagitahu . Dah pukul 8 lebih still takdak berita ni . Ah sudah jantung aku macam ada dua je berdegup kemain ni . Member aku pun call lah mak dia balik . Mak dia kata mak dia dah berjaya contact dia . Kau tahu kenapa ?

Sebab


Mak dia kata dia tidur

Dan aku ketawa dan ketawa



Sekian .

Terima kasih .

Pengajaran . Jangan tidur mati . Silap silap hari bulan ada orang yang mati pula risaukan kita . Alhamdulillah nasib baik aku ok .


Saturday

Kehilangan

Assalamualaikum w.b.t

Kehilangan . Sesuatu rasa yang abstrak . Aku tak tahu macam mana nak describe .

Yang pasti saat ni aku benar benar rasa kehilangan .

Kau sentiasa dalam doa . Itu yang penting . Sahabat .

Monday

Amboi sedapnya nasik ni

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ni aku sentiasa cuba mengelak dari berperang dengan perasaan . Misalnya kegagalan aku untuk menjawab soalan teka teki . Demi mengelakkan kegagalan aku sentiasa mengelak dari disoal dengan soalan soalan teka teki minta makan nasik ni . Betul lah lumrah dunia ni . Kita tak boleh lari dari masalah . Sejauh mana kita lari sejauh tu jugak ia mengejar .

Soalan soalan macam ni memang luar jangkaan . Luar dari kotak fikiran aku yang tak berapa nak petak dan bersegi ni . Bila aku tak dapat jawab aku mula marah dan terus pergi makan nasik . Untuk selesaikan masalah  , bagi je aku makan in shaa ALLAH sakit encik/puan akan sembuh .

Soalannya berbunyi

Binatang apa yang besar sikit je dari ikan paus?

Jawapan : Ikan paus salut tepung .

Apa benda ni ? Apa benda ?

Lagi satu teka teki

Banyak banyak kuali , kuali apa apa yang paling besar?

Aku jawab : Kawah la apa lagi

Jawapan sebenar : Kuali yang nak goreng ikan paus salut tepung tadi



Jadi untuk mengelakkan rasa kecewa dan marah aku terus pergi makan nasik pakai chopsticks lagi k ?

Kenapa pakai chopsticks?

Aku nak cucuk mata orang yang bagi teka teki ni 


Gigih

Assalamualaikum w.b.t

Amboi lama betul tak update blog . Aku busy sejak dua menjak ni . Busy makan . Busy tidur . Busy makan . Busy tidur . Entah kenapa bila aku nak teruskan menaip mata ni mengantuk pula .

Aku tidur dulu la macam ni .

Friday

Dulu lain , sekarang ? Sikit lah kot

Assalamualaikum w.b.t

Hmm sedap n tenang je lagu Secret Garden by Nocturne dia macam lagu yang unsur alam alam ni . Tapi nanti kau akan tiba tiba rasa macam annoying bila ada suara perempuan duk buat choir kat belakang . Aku rasa kalau takdak pun tak apa . Takdak lah nak meremang sangat bulu roma aku ni . Mihihi :3


Baaaahhhhhhh . Takot tak . Takot tak . K


okay lah . 
Aku sebenarnya berdebar debar jugek untuk mid term test yang berderet deret mulai minggu depan . Rebah bangun rebah bangun lah jugak aku nak memikirkan strategi untuk menang dalam PRU13 ni . Eh . Bukan apa , aku ni dah naik sem 4 kot . Pelajar Ijazah . Alah kalau cakap main main tu memang ada lah . Tapi aku rasa bersyukur duduk luar ni sebenarnya . Bila duduk luar ni pergi kelas pun dengan housemates . Sampai kelas pulak kemain awal . Pukul 8 dah terpacak kadang kadang tu pintu kelas tak bukak lagi pun aku dah siap melepak lepak tunggu akak tu bukakkan mangga pintu . Peh rasa sem ni penuh wibawa . Housemates aku budaknya bukan calang calang orang . Semua pandai pandai . Aku je masih lagi di tahap minima . Amboi sedih kalau duk study ramai ramai aku lah banyak main . Diaorang main main je tapi study tetap no 1 so diaorang ni adalah contoh jugak untuk aku lebih berjaya dan berwawasan *insaf 5 minit* *pejam mata tarik nafas 10 saat lepas tu lupa dah apa yang dimuhasabahkan*

Kalau nak dibandingkan masa duduk dalam dulu , aku lah muka selalu lambat datang kelas . Lecturer dah masuk dah siap mengajar sampai muka surat 2 , aku baru lah terhegeh hegeh nak sampai kelas . Haih apalah nak jadi dengan aku ni . Mula mula muhasabah lah diri sekejap , hmm dah nama sekejap esok tu buat balik . Ni dah duduk luar ni , kene lah ubah sikit perangai . Tak leh malas malas . Dah besar dah takkan mak ayah nak ajar lagi . *tetiba* . Eeeee tatutnyewwwwwwwww titewww minggu depan mid term . Dan aku tak boleh pergi mengenangkan subjek CASEA tu . Ya Tuhan . Bajet fokus je dalam kelas entah apa input aku ambik pun aku tak tahu . Lecturer tu cakap mengalahkan KLIA transit . Baru nak duduk dah sampai KL sentral . Laju tak laju engko . Senang cerita lecturer aku ni memang hebat dah nama ajar casea memang lah kene tahu semua kalau student tanya itu ini kau nak jawab apa . Memang google bergerak betul . Kalau dia cakap nama nama presiden dari negara negara asea yang pelik pelik semua dia tahu , sebutan semua betul . Peh menangis aku duduk kelas dia . Kalau tak skor aku tak tahu nak jawab apa . Masa diploma pun nyawa nyawa ikan belajar casea inikan dah masuk degree . Mahu tak keluar biji mata .

Doakan aku eh ?

Ni lah sebahagian dari housemates aku . Nampak muka pun dah tahu pandai kan ? hahaha . Kecuali aku lah tengok muka pun dah tahu sewel .


k bye


Monday

Marah tak bertempat

Assalamualaikum w.b.t

Undilah Barisan Nasional !

Giteww . Aku tak tahu lah kenapa aku berdebar debar nak tunggu keputusan PRU ni padahal ngundi nye pun idak lagi . Tak apalah apa apa pun , siapa menang siapa kalah namapun pilihan untuk beraya jadi mengundilah dengan bijak .

Aku sebenarnya baru je lepas mententeramkan hati sendiri dengan pergi memakan nasik dekat kedai bawah rumah tadi . Bukan apa kelas aku hari ni penuh dan menyebabkan otak aku sebelah kiri agak membengkak sedikit demi sedikit . Waktu rehat pun aku gunakan masa untuk membaca nampak tak betapa komitednya aku untuk sengaja mempercepatkan waktu tidur . Jadi masa peruntukan membaca pada waktu rehat 45 minit , tidurnya 1 jam . Langsung tak efficient . Kelas petang hari ni balik awal 10 minit je , mula mula lecturer kata 5.25 petang beliau akan lepaskan kami , jadi sampai lah ke 5.50 petang baru kami dilepaskan balik itupun berhalaukan balik . Kahkahkah . Apa lagi kami pun keluar kelas seperti bebudak darjah 1 yang eksaited jumpa mak ayah depan pagar sekolah . Teruk teruk .

Ni hal bas pulak . Itulah kalau duduk shah alam , 3 bas ke destinasi yang sama pun asyik penuh je aku tak tahu lah nak buat macam mana lagi . Asyik mengalah mengalah pun orang penat jugak kan , bas keempat yang ni pun penuh jugak aku tak boleh berlengah lagi mengenangkan jam dah nunjuk pukul 6.30 petang . Kaki aku pulak dah sakit , berdiri kemain lama pulak dalam bas dengan menahan kemarahan yang membuak buak kat ulu hati sebab traffic light kejap gila kot . Kejadah kau 2 bijik kereta je lalu lepas tu dah merah . Bijik apakah ni ? Lalu aku pun terus menahan sabar . Aku sebenarnya tengah memegang duit kertas RM 1 yang masih belum berbayar dekat pakcik bas tu sebab aku masuk pintu belakang kalau ikutkan pintu depan tak tahu lah aku ni lepas ke idak masuk jadi aku pun menyelinap senyap senyap . Mula mula rasa sangat berdosa aku mengambil keputusan untuk bayar masa aku nak turun tadi . Disebabkan terlalu lama berdiri dalam kesesakan manusia manusia dalam bas tu menyebabkan aku turun bas dengan keadaan yang begitu tidak terkawal sebab aku dah lambat nak balik ke rumah sewa .

Dan satu perkara aku tak buat

"Alamak aku tak bayar lagi duit tambang ni , ah esok ajelah bayar.."


Dan aku berjanji besok aku akan bayar jugak . Tak baik tau pakcik tu pun cari makan dan aku pulak takdak hak nak marah marah sesiapa pun . *tampar diri sendiri*

Masalahnya aku tak tahu aku nak marah orang ramai dalam bas tu , driver bas tu , atau bas tu sendiri . k

Jiwang rokes

Assalamualaikum w.b.t

Rasa kecil hati masih lagi tak hilang sebab masih tak dapat tengok cerita Rock Oo . Sedih juga apabila seorang rokes gagal menengok cerita yang memang kena pada jiwanya . Aku masih menanti . Menanti kepada sesiapa yang ada download cerita tu tolonglah kasitahu aku . Aku nak sangat . Nampak tak terlalu melampaunya kehendak aku iteww . Yang aku marah bukan kepalang yang rasa nak sebarkan santau melalui sms kat abang aku bukan apa dia pi upload tiket wayang Rock Oo kat instagram dia menyebabkan aku berperang dengan perasaan . Kenapa takdak aku masa tu ? Dia tak tau ka adik dia ni rokes ?

Hari tu sepupu aku pi tengok dengan abang dia . Tweet yang buat aku sakit hati

"Aku dari masuk panggung sampai keluar panggung tak habis nak gelak ja"

Dia tatau ka yang aku baca tweet dia tu dengan mata berapi?

Okaylah malam ni aku duk sibuk study csc . Kononnya . Bukan apa Jumaat ni Quiz . Cewah study awal padahal baru 2 muka surat duk selak . Duk highlight apa tatau . Baca pun idak . Menyampah dengan diri sendiri . Tapi bangga dengan semangat yang sementara . Sem ni semua subjek membaca . Bila membaca aku suka pasang lagu . Yaa aku suka lagu lagu lama macam era 80 an . Mintak maaflah siapa yang tak suka tu sebab aku memang membesar dengan lagu lagu macam ni . Biasalah pada yang tak suka tu bak kata member aku

"Tu semua peminat Justin Bieber" .

Malam ni genre ala ala balada rock , pop rock . Rock rock la kononnnya . Bukan apa ikut mood jugak . Saja je orang kata nak kembalikan nostalgia . Tapi aku terkejut jugak dengan dua tiga lagu tiba tiba ada dalam playlists

Ziana zain - Madah berhelah
Alda - Aku tak biasa

Apa cerita sebenarnya ni?

Koyak2 kertas .

Senyum kambing

Assalamualaikum w.b.t

Budak budak rumah bersungguh sungguh head banging dekat meja masing masing untuk membuat persediaan menjawab test esoknya . LAW n KIMIA .

Muni : "Gaga esok gaga takdak kelas kan ? Bangun awal tau tolong kitaorang"

Aku yang tengah melayan perasaan sambil makan nasik berlaukkan sardin dan telur masak kicap hanya mendengar gitu gitu saja .

Ekin : " Haah gaga , esok gaga snap gambar buku ni pastu send kat bbm eh?"

Aku : "Bbm tak aktif dah" *sambung makan*

Muni : "Gaga kene tolong kitaorang mesej apa yang kitaorang tanya gaga esok"

Ahh aku dah agak , ni mesti nak aku jadi toyol ni . Menyesal jugak makan nasik depan diaorang ni dan buat pengumuman yang aku langsung takdak kelas esok .

Mengenangkan dua dua pernah dapat Dekan sem lepas . Aku dengan muka slumber dan mulut yang dipenuhi nasik yang berbau sardin dan telur berkata :

"Oh macam ni ka cara kauorang berdua dapat Dekan sem lepas?"

*krik krik krik krik krik*

Pedas tak ? Awassss ko

p/s : Aku tahu depa tak macam tu . Aku ja macam tu .

Kempunan

Aku nak bagitahu



AKU DAH LAMA TAK PERGI BERENANG . TOLONG FAHAM . AKU NAK BERENANG !! 

Senyum Pisang

Assalamualaikum w.b.t

Susah jugak kalau duk layan cerita seram sampai duk bawak bawak pi tidur . Lepas tu nak tidur kalau terdengar bunyi bunyi sikit mata dah terbukak . Bijik mata duk putar 360 darjah .

Nak sedapkan hati

"Takapa rumah ni budak budak rajin solat , rajin mengaji . Takdak apalah"

Pukul 3 pagi baru dapat tidur .
Rasa nak lempar barang satu rumah .


Saturday

Aku bukan "extremist"

Assalamualaikum w.b.t

Haa engkau . Asyik nak bantut je niat aku nak publish post . Sekali amek dua posts aku taram . Ok sebenarnya aku dah bosan dengan pergaduhan yang tak membawa kesudahan kat Fesbuk ni . Ya lah bila PRU13 nak dekat macam macam lah page yang wujud , gambar gambar , video video , statistik statistik kewangan dan macam macam lagi yang sewaktu dengannya . Aku sebenarnya geli hati tengok keypad warrior kat dalam comments yang ada especially bergaduh dengan benda yang belum tentu tepat kesahihannya . Bila page untuk parti kerajaan pulak tunjukkan benda benda buruk untuk pihak pembangkang . Bila page parti pembangkang , keluarlah benda benda yang buruk pasal kerajaan . Biasalah nama pun pilihanraya kedua dua pihak akan buat sehabis baik tapi biarlah benda yang memang betul betul . Kalau setakat pung pang pung pang tapi takdak apa baik duduk rumah je yea dak ? Dari duk tabur fitnah , sumpah seranah baik duduk diam diam . Tapi ini realiti . Rakyat Malaysia memang tak tahu duduk diam sebab tu lecturer aku sentiasa sebut tagline ni Malaysia Boleh ! . Hahaha . Yang aku tak menahannya bila bak datang pasal PM mesti D.S Rosmah ada sekali . Hahahaha . Kesian kadang kadang tu . Aku tak faham betullah . Mesti ada je konspirasi yang nak dikaitkan .

Aku tak cakap aku sokong mana mana pihak . Ini atas pemerhatian aku dan sekadar luahan rasa sebenarnya . Kalau aku cakap kat situ pun sorang pun tak nak hirau . Bila ada pihak cuba menegaskan kebenaran yang sahih dia pulak kene maki . Bukan nak buat pemerhatian lebih lanjut . Bila dah sangat taksub , cakap sikit kene maki , cakap sikit kene marah . At least janganlah advanced sangat cuba kita sikap neutral sikit . Sikap terbuka walaupun kita dari parti mana . Sekurang kurangnya kita tahu lah mana kelemahan , keburukan dan kebaikan yang ada . Betullah orang kata bila dah terlalu sayang dan taksub . Satu kebaikan seolah olah menutup 1001 keburukan . REALITI . Aku tak kata pihak ni salah pihak ni betul . Dua dua ada salah tapi kita sendiri kene pandai nilai . Bukan dengan sikap membabi buta . Dengar orang ni cakap dengar orang tu cakap . Surat khabar , media semuanya sebenarnya bukan boleh dipercayai . Tapi itu semua kita sendiri kene pandai buat penilaian . Jangan sempit sangat sampai nampak kebodohan . Dulu aku memang tak in sangat bab bab politik ni tapi meningkat saban hari hidup kita takkan lari dari politik . Nak tak nak kene ambik tahu jugak . Dulu aku mudah sangat percaya dengan medium medium or sumber sumber yang belum aku tahu kepastiannya . Cakap pun main lentung je .  Tapi sejak aku rajin dengar , baca , analisa aku dah boleh lah tengok sikit sikit mana ok mana tak ok . Tapi kalau sembang politik aku tak berapa berkenan . Biarlah dengan masa yang sesuai takut takut tersilap cakap nanti susah jugak . Gangster parti sekarang dah ramai .

Aku tak naklah sibuk sibuk dalam pergaduhan tu . Silap hari bulan keluarlah perkataan perkataan

"Jangan jadi macai"

"Jangan jadi pencacai"

Muak . K . Cuma isu lahad datu aku memang sensitif . Pernah tersembur jugak kemarahan aku dekat orang orang yang cakap nak meletup letup . Apa apa pun Al Fatihah buat anggota yang terkorban  . Moga syahid mereka diterima ALLAH . Ameen .

Baiklah panjang jugak lahhh cerita aku ni apa benda isi penting yang aku nak sumbat dalam post ni pun aku dah lupa . Oh haah . Ok cerita dia macam ni . Aku memang ketawa habis habisan bila update pasal status kewangan lebih lebih lagi kat fesbuk ni lah . Data data macam tu sebenarnya boleh edit kot . Gambar pun boleh edit , video pun boleh edit inikan statistik kewangan . Kau yakin ke benda tu sahih ? Setahu aku lah kan bukan senang nak dapat status kewangan negeri atau negara . Benda tu selalunya diprivasikan . Biasalah nak dekat pilihan raya ni ramai juga orang orang dalam cuba mainkan peranan . Tapi bagi aku , aku tak pernah percaya pasal statistik kewangan tu . Mula mula macam nak terpecaya . Ya lah kita ni terlalu mudah percaya untuk pandangan pertama then, bila aku tengok betul betul memang aku ketawa , benda tu memang boleh edit . Siapa siapa yang pro dalam edit mengedit ni dia memang memainkan peranan besar dalam memporak perandakan lagi rakyat Malaysia ni . Biasalah nak sedapkan hati orang takkan kita nak tunjukkan kita ni jenis boros dan banyak hutang ? Mestilah nak tunjukkan sesuatu statistik yang boleh meletakkan orang di suatu tahap yang dikatakan zon selesa . Ni masa aku belajar Public Relation dulu . Lecturer aku PR dan dia memang perfectionist . Banyak aku belajar dari dia . Benda yang tak tahu pun jadi tahu . Apa yang aku belajar sedikit sebanyak dapat merungkaikan sedikit kekusutan . At least aku tak mahu lagi jadi orang yang buta . Belajar dari kesilapan . Kita rakyat yang bijak . Cewahhh .

Kepada orang yang sibuk sibuk bergaduh dekat comments tu


Bawak bawaklah pergi ambik angin kat pantai

Kritikan mungkin

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru je selesai menengok Heart String . Cerita Korea . Itupun sebab housemate bukak aku nak tengok apa lagi kat rumah sewa ni pun tv tak sampai sampai lagi . Tak apalah tengok je lah . Diaorang sendiri tahu aku tak berapa minat sangat tengok korea ni tapi bab City Hunter tu sumpah aku tengok non stop k . Sebab cerita dia takdalah nak cinta cinta sangat dia lebih ke arah Hunting . Ya lah dah nama pun City Hunter . Tajuk dah gempak mestilah cerita pun nak gempak . Tapi satu je lah , hero dia ni kalau berlawan muka nak cool je . Aku tengok skill dia takdaklah power mana . Lebih mempertahankan muka jambu beliau sajo . Habislah aku kene banned dengan pechenta korea . Kisah ? Hahaha . Bukan apa , aku tak tahu kenapa aku allergic sangat dengan korea ni . Especially bila bab lelaki . Lelaki dia memang jenis metroseksual eh ? Maksud aku dia bukan lah ke arah macho atau handsome tapi aku boleh kategorikan diaorang ni cantik plus manis T________T ahh sedih sedih . Begitu dahsyat perspektif aku terhadap golongan golongan seperti ini .

Aku bukanlah jenis kalau anti ni memang anti kaw kaw punya . Ada lah dalam dua tiga cerita korea aku layan . Kenapa lelaki lelaki dia tak macam dalam cerita Winter Sonata , Autumn in My Heart ? Ahh tu mungkin zaman zaman cerita korea baru nak menaik so hero dia takdaklah nak lawa sangat macam sekarang ni . Cakap pun cover cover macam nak tak nak je . Sedih sedih . Macam dalam cerita Heart String ni hero dia ok lah lawa eh silap , ada rupa tapi masalahnya aku rasa memang kalau nak jadi orang korea style semua kene macam tu eh ? Sekarang ni ramai gila dah terikut . Tapi sedih sekali , akan kerana terlalu nak sangat jadi korea aku tengok tu bukan korea itu macam lebih ke arah kuih KERIA . Tak salah bagi aku tapi at least tolong lah jaga imej kau sebagai seorang lelaki . Gaya dah korea tapi bila sampai bab jalan . Ya Allah aku pun kalah . T________________T housemate aku memang kaki korea kira senang cerita orang sekeliling aku memang minat korea . Ringtone lagu korea , wallpaper kat laptop gambar entah sapa entah aku bukannya kenal . Kalau running man aku kenal lah . ahahahahahahahaha K . Itupun sekarang ni aku kerap jugak layan running man sebab dia ke arah game show bukannya cerita cerita yang meleret leret . Takdak pulak anggota running man tu lawa except Ji Hyo je lah dia dah memang lawa sebab dia perempuan . Kan bagus kalau semua lelaki cam Jong Kook ? Tetiba .

Dan satu benda aku dapat tengok dalam cerita korea ni sikap ibu bapa ataupun nilai keibu bapaan . Menunjukkan ibu bapa orang korea ni jenis prihatin . Hubungan dengan anak anak baik sangat . Bukan aku nak cakap semualah . Tapi sesetengahnya saja . Bukan aku nak cakap cerita Melayu tak bagus tapi entah kenapa tiba tiba terlintas kat kepala aku untuk fikirkan benda ni dua tiga jenak . Ini aku buat penilaian melalu cerita Heart String lah eh . Ok situasinya bila anak anak tengah dilamun cinta . Mestilah hati tengah berbunga bunga kan ? So bila baru balik dating dengan makwe mesti balik rumah pun tersenyum senyum lagi .

Sesetengah mak bapak dalam cerita Korea

Mak bapak korea : " You looks happy today , something good happened? " *translated*

Cuba bak datang dalam cerita Melayu

Mak bapak melayu : " Haa ni balik rumah tersenyum sorang sorang ni dah kenapa? Buang tebiat ke apa? "





Ya Malaysia Boleh !

Tuesday

:3

Assalamualaikum w.b.t

Nampak tak ada entri yang aku tak bagi salam ? Ya entri kelmarin sebab marah punya pasal . Nampak tak betapa buruknya akhlak aku bila mana layan kemarahan punya pasal sampai lupa mulakan salam . Tak apalah . Aku tak tahu kenapa tiba tiba laju je tangan aku nak menaip entri . Ni pun sebab tunggu member gosok baju , nak tunggu dia punya habis gosok baju memang buat kau boleh buat semua kerja . Makan , tidur , mandi , lepas tu main congkak . Agak agak dah mati 3 kali , baru lah dia habis gosok baju . Ok melampau bukan apa dia jenis teliti jugak bab bab menggosok baju ni , dia punya side je dah tajam . Pernah jugak aku punya jari luka sebab tersentuh lengan baju dia tu . Ah melampau lagi . Aku harap apa yang aku cuba nak post kali ni akan terpost jugak sebab dah berapa banyak post aku asyik kat draft je nampak sangat aku macam buat kerja separuh jalan . Aku baru je habis buat southeast asea punya research . Pasal Indonesia . Nasib baik jenis negara yang hujung tudung je memudahkan kerja aku jugak . Tapi tak boleh lah nak berlagak sebab ada jugak benda yang aku tak tahu aku jadi tahu dan betapa gayatnya aku tengok tempat2 yang cantik dekat kepulauan Papua . Dan itulah first time dalam hidup aku tahu yang Papua tu terletak kat kepulauan Indonesia dan antara kepulauan terbesar n terpenting kat Indonesia sana . Serious cantik dohhhhh . Yang tak bestnya orang orang kat sana kau faham faham je lah orang yang memang hulu hulu hulu punya itu yang aku agak segan tengok google images pasal Papua ni . Bukan apa tertengok apa yang tak sepatutnya aku tengok tapi nasib baik dah cecah umur matang . Kakaka  . Kalau nak tahu Indonesia ni antara negara yang mempunyai kepulauan terbesar and total pulau yang ada dalam 17 000 lebih . Banyak kan ?


Ok aku gayat sebenarnya bila nampak pantai or laut or pulau dan segala apa yang cantik2 berkaitan dengan air yang membuatkan aku nak terjun . Sebab aku memang suka air . Cantikkkkkkkkknyewwwwwwwwwwwwwww

Sebenarnya masa diploma lagi aku tak berapa in sangat dengan subjek casea ni . Bukan apa , benda benda yang berkaitan dengan 10 negara jiran ni bukan senang nak bawak . Tapi nak buat macam mana aku terpaksa ambik subjek ni sebab subjek yang aku memang minat dah penuh dan diaorang tak nak bukak kuota lagi . Sebab ramai jugak senasib dengan aku . Hmm . Tak apalah satu sem je belajar . SATU SEM JE YANG SELAMA 4 BULAN SETENGAH . Pujuk diri sendiri dengan sengaja tekan CAPS LOCK . Susah jugak subjek ni tapi tak apa mungkin ada hikmah . Boleh jugak aku belajar dari kesilapan lalu . Tak boleh betul ingat zaman diploma masa ambik subjek casea ni . Dahsyat betul kenangan silam . Ok tak tahu apa aku nak cakap sebenarnya . Lama jugak termenung depan tingkap ni , termenung punya termenung lain pulak yang lalu depan tingkap nanti . Wuuuuuuuu .

Bila duduk rumah sewa ni feel dia lain macam sebenarnya . Best sebenarnya tapi nak bayar tu yang sakit . Kebetulan area rumah aku ni facilities sangat lah banyak . Aku ingat nak jugak cari kerja part time . Boleh tambah income sikit . Yalah kau tahu ja lah duduk shah alam ni , taraf hidup tinggi kot . Aku ni dah macam nyawa nyawa ikan dah kat sini . Semuanya duit , kalau sikit tak apa ni ... masyaALLAH tak nak cerita . Cewah macam teruk je . Haha . Ok lah Alhamdulillah . Kalau pandai berjimat cermat so selamatlah . Biasalah zaman makin naik , semuanya naik . Tapi sejak sem baru naik kenapa diaorang cakap aku dah kurus? *tetiba

Budak budak rumah pun ok dan sekepala . Walaupun baru kenal tapi gaya macam dah kenal lama . Ya lah lebih lebih lagi dengan aku yang sedikit bechok ni , memang in lah dengan diaorang . Pengemas , pembersih , rajin solat tu yang best . So takdak lah rumah ni nampak macam tongkang pecah silap hari bulan ada yang pecah gigi dia aku kerjakan . Perghhhhh . Haha . Dan disebabkan sekepala maka terjadilah kuih ni . Kuih ni kuih buah melaka . Hahaha aku saja saja je nak buat , buat pemanis mulut . Hasil kombinasi warna dengan kak don (housemate) . Dia memang suka warna pastel . Aku kan anti warna pink tapi akan kerana aku mengamalkan demokrasi aku terpaksa aku pada majoriti . Maka terjadilah ini . Warna biru tetap ada Mihihihi


Diaorang cakap sedap . Alhamdulillah . Disebabkan housemate agak ramai tak dapatlah nak hulur jiran sebelah . 

Hari tu ada jugak jenguk2 rumah jiran sebelah . Kebetulan masa tu rumah kitaorang tak ada air so dengan muka begitu tebal pergilah nak mintak tolong punya pasal . Yang aku marahnya rumah aku takdak air sebab ada orang tutup paip air kat bawah . Ish kalau nak mengorat pun biarlah dengan cara yang betul apa barang main tutup tutup air ni tak gentle langsung . Dua kali pulak tu . Apehalnya entah aku tak paham betei .Tahulah budak2 baru pindah . Nak buli konon . Kisah ? Tapi kisahlah menyebabkan aku terpaksa tak mandi dari pagi . Ikutkan aku masa aku nak bukak paip air kat bawah , nak je aku tutup semua paip yang ada kat situ , tapi untuk apa ? Tak gi mana pun kalau buat camtu kan . Aku bukan apa , aku taknak orang lain kena macam aku kena . Kakakaka . 

Dan dan dan dan yang paling bestnya kan , bawah rumah aku ni ada satu restoran . Aku ni bukannya minat pun lepak restoran . Kalau setakat mamak tu bolehlah lagi . Sebab aku rela masak kat rumah dari sibuk2 makan kat kedai . Tapi dari tak minat pergi restoran terus terminat . Sebab apa ? Sebab ada muka n style brader tu macam betoooooo ! . Sebab tu kerap je aku turun bawah . Hahahahahah


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . bcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Yang penting masa nak balik rumah , abang tu sempat lambai aku k . KAU ADA?

hahahahahahaha Farish Gatal .

Minta maaf ada sedikit kegatalan di sini :P

Kbye

Sunday

Saturday

tak tau nak cakap apa

Assalamualaikum w.b.t

Minta maaflah rumah akak ni lama takde orang sewa itu yang berhabuk lain sikit tu bukan apa akak cuti ni busy sikit kerja kerja kontrak kat rumah tu bla bla bla *sambil melibas habuk habuk yang melekat kat dinding dinding rumah*

Ahh lama jugek aku tak update blog ni sebenarnya entah berapa lama agaknya aku pun tak pasti kalau tak hampir setiap jam jugek aku nak mengupdate mengalahkan twitter si burung biru . Hmm aku baru je lepas mengecat stor . Aku ni skill dah makin merundum kalau dulu kat sekolah aku lah paling suka mengecat tak pun lukis mural kat dinding dinding sekolah . Dari kau mencalarkan imej diri sendiri dengan vandalisme better kau berbakti untuk  keceriaan sekolah . Aku rasa ada lagi kot nama kitaorang kat dinding surau dengan dinding P.A system punya bilik . Kah kah. Kenapa aku ketawa kalau kau nak tahu , kalaulah kau nak tahu dua dua tempat yang aku buat mural tu lah tempat aku ponteng kelas . Nampak tak betapa gigihnya aku berbakti pada sekolah sebab dosa dosa aku ponteng kelas? :p

Haih kenangan sekolah memang best tak usah cerita mesti meleleh air mata ketawa sakan . Aku ni pelajar bermasalah jangan percaya dengan jawatan aku Exco Disiplin Badan Pengawas 2008 masa sekolah dulu . Masalah disiplin aku lah tu diaorang je mengada lantik aku sebab muka aku macam awie . Nak buat macam mana aku menerima dengan penuh redha dan tawadhuk . Ahh apesal aku cerita bab bab macam ni sedih tau hati meruntun kalbu mengusik jiwa . Oh yaa itu hari result aku keluar dah .




Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH . Walaupun tak hebat tu pun aku bersyukur . Alhamdulillah 3 pointer . Ok lah tu , sem depan buat lagi baik . 

Sem depan pulak aku nak buat intersesi . Sebab macam terlalu banyak subjek yang buatkan mata aku juling atas bawah . So tak apalah berkorban lah sikit kan ? Tapi yang aku tengah bengkeknya pasal rumah sewa yang susah sangat ni . Gewanyewww . Bukan apa mula mula tu dh dapat satu rumah yang sangat osem dan affordable lah jugak . Tuan rumah ni macam main tarik tali . Pada mulanya ada orang duk tanya rumah tu , kitaorang pulak dah siap hantar agent pergi tengok rumah tu last last orang lain dapat .Kalau dari awal cakap rumah tu dah ada orang ambik kan senang ni tak suka mainkan perasaan aku benci orang mainkan perasaan ni benci . Amboi . Ni pun aku menyewa dekat satu rumah ni buat sementara waktu . Redah je lah belajar susah sikit tak susah mana pun . Berdebar debar nak mula sem baru ni . Entah apehal aku ni berdebor debor  . Ya lah dah nak ke sem 4 kot ada setahun lagi nak habis degree . Doakan moga aku seimbang dalam mencapai kedua dua kejayaan . Dunia akhirat . 

Entah kenapa sejak akhir akhir ni penulisan aku agak slow . Idea makin kurang . Maybe penat mengecat . Amboi sebak . Aku nak pergi mandi habis badan aku diselimuti kain putih eh cat putih . 

Kbye



Sunday

13/1/2013

Assalamualaikum w.b.t

Yaa hari ni selesai sudah paper Human Resource Management . Kepala aku sedikit pening sebab banyak sangat info dalam kepala ni dan menyebabkan otak sebelah kanan aku sedikit membengkak . Kahkahkah .
Ehem . Alhamdulillah . Kawan aku kata aku kelihatan ceria selepas keluar dewan . Cuma aku boleh cakap

"Terima kasih ALLAH sebab permudahkan urusan menjawab soalan hari ni"

Cuma soalan PART A tu yang ada 5 markah tu macam mana aku boleh berpaling tadah ? Aku dah jawab benda betul lepas tu pergi cancel balik . Aku rasa sangat sedih . Jahat betei setan ni . 5 markah tu woi . Ok jangan bincang . Tarik nafas sekarang doa banyak banyak kat ALLAH . Serah semuahnya kat DIA , biar ALLAH uruskan . ALLAH lihat usaha aku .

Baik lah sampai mana kita tadi?

Tadi lepas paper HRM aku terus pergi ATM nak pergi keluarkan duit . Kad aku tak boleh guna ceritanya dah aku keluar dengan marah dari Shell tersebut dan mempress motor gaya mat rempit nak pergi berlumba . Macam biasa selepas pukul 5 petang jalan mesti jammed lebih lebih lagi kalau depan UiTM Shah Alam di hatiku . Confirmed ! . Nasib baik juga kemahiran cilok mencilok yang aku pelajari masa aku menyertai persatuan rempit seMALAYSIA dulu masih kekal dalam diri . Cilok , cilok punya cilok akhirnya aku tersepit juga di antara kereta Honda Civic dan Kancil . Hurm akan kerana aku bosan menunggu Traffic Light yang seperti Menunggu Kucing Bertanduk aku memeluk tubuh gaya gaya brader yang naik motor Harley Davidson . Sedang menikmati kekacauan jalan raya aku terpandang aksi sepasang suami isteri ataupun sepasang kekasih dalam kereta kancil sebelah kanan aku . Aksi diaorang yang dalam kereta kancil ni amat menjengkelkan dan aku mengambil keputusan untuk terus memandang dan pandang .  Dengan gaya memeluk tubuh serta pandangan yang mencerlung serta merta pasangan tu terus tegak seperti tiang elektrik . Aku pun agak terkejut dengan aksi spontan diaorang yang macam tu sekali namun aku hanya mampu tersenyum sinis .

Dan sempat jugak aku menoleh ke arah Honda City sebelah kiri aku kot kot ada yang buat benda yang sama . Namun sangkaan aku meleset rupanya diaorang macam dah lama peratikan aku . Kenapa eh ? Aku macam awie ke ? Kebetulan pasangan dalam kereta Honda City tu macam dah berusia so aku assume diaorang ni pasangan suami isteri . Untuk mengelak aku macam rasa malu gila yang diaorang dari tadi perati aku , aku terus melemparkan pandangan ke hadapan . Hmm lawa jugek awek motor depan ni .

Atau adakah pasangan suami isteri tu nak ucap tahniah atas pandangan aku yang berbisa dan menyebabkan couple dalam kereta kancil tu terus jadi tiang lektrik ?

Kahkahkah kbye .

Friday

:)

Assalamualaikum w.b.t

Kawan kawan benda yang lepas biarlah lepas . Jangan bersedih . ALLAH tahu usaha kita dan ALLAH sentiasa tahu kita sedang berusaha . Kita kan ada senjata iaitu doa . Doalah banyak banyak . ALLAH takkan tolak doa hambaNYA yang berusaha . Gagal tak bermakna hidup kita berhenti kat situ . Husnuzon , apa yang kita dapat semuanya adalah yang terbaik . Lepas ni kene usaha lebih lagi (y)


"Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga 

bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali."

Cerita hawi niw

Assalamualaikum w.b.t

Seems everyone is having ___________ . Fill in the blank .

For today punya cerita , aku boleh tidur lepas je sembahyang subuh tadi selepas bergelumang dengan dosa dan noda selama beberapa jam . Eh bukan sebab tak boleh tidur punya pasa . Not good . Selesai study costing pukul 3.30 a.m . Lepas tu terlintas pulak dekat kepala yang aku terlepas drama . HanyaPadaMU heheheheheheheheheehehehe . Kenapa aku gelak panjang ? Sebab Beto Kusyairy ada kat dalam tu . K bye

Layan layan punya drama online pukul 4.45 a.m tutup laptop dan tiba tiba mata jadi segar bugar . Roommate sorang bangun untuk stay up pandang aku pelik sebab aku tak reti reti nak tidur lagi . Mulanya macam tu lah aku nak buat , nak stay up untuk sambung study costing . Tapi terus menerus buat past year sampai pukul 3.30 a.m . Ada jugak lah aku lagho sekejap sekejap . Nak study dari pukul 7 p.m - 3.30 a.m memang tak dapat bohh . 8 jam setengah straight boleh bengkak kepala aku sebelah kiri silap hari bulan ada yang suis tercabut . Nak jugak rehat rehatkan otot otak ni . Sedangkan robot pun ada rehat inikan pulak otak kita ni haa . Haih sebab nervous punya pasal costing ni mana taknya aku pulun habis habis . GILA . Aku kan tak minat account tapi demi masa depan yang cemerlang aku gagahkan jugak . Kalau masa diploma dulu aku menangis nangis bukan account sekarang tidak lagi . Sebab kita dah besar :P

Aku cakap kat kau ni , kehidupan degree ni tak semudah yang kau sangka , nak . Kau nampak macam budak budak degree ni asyik dengan enjoy dia je , pergi I City lah , makan burger abang burn lah , makan burger besar tu lah , lepak dekat tasik shah alam lah , apa benda semua . Ya lah kat Shah Alam ni banyak nye tempat nak lagha . Huishh banyak . Aku duduk Shah Alam ni mana pernah jejak I City itu pun last year punya cerita masa roro bawak aku dengan syed pergi . Bayangkan dari Melaka ke Shah Alam semata mata lepaskan stress jawab exam Financial Administration . Kau mampu ? Dengan aku yang tak cukup tidurnya gagahkan diri bawak kereta . Peh tak payah cakap lah berapa tin aku telan nescafe . Baru mata macam kakak OWL . Kurr kurr .


I'm sexy and I know it . Jyeah 

Tapi nasib baik ada ibu (Ibu roro) dengan Tok Mah buatkan Spaghetti Carbonara . Cuma aku tak boleh lah nak telan banyak banyak aku jadi pening and cepat muak . Aku mana layan sangat western food ni . Aku ni orang kampung . Sambal tempoyak , sambal belacan , ulam ulaman lah menjadi makanan asas aku kat kampung . Hmm . Pung pang pung pang punya cerita sampai Melaka tengah malam . Perkara biasa , nak acah acah pak guard . Nasib baik lah pakai baju kurung tak termasuk syed . Dia pakai seluar dengan baju lah kejadah nak pakai baju kurung . 


Awwh . Pilihlah mana uolls berkenan .

Kan ? *mulut berbuih*

Okaylah nak dijadikan cerita . Masa degree ni lah penentu masa depan negara . Mana boleh main main lagi . Masa diploma dulu lagi lah sedih . Esok nak paper malam tu aku boleh lagi pergi jalan jalan kat Jonker Walk . Dahsyat .. dahsyat kehidupan masa lampau aku macam tak lalu nak ingat balik . Lepas tu pergi zoo Melaka malam malam buta dengan budak budak ni . Haiwan nak tidur kitaorang pulak datang duk menganggu . Tak ke haru tu ? Semata mata nak penuhi permintaan kawan aku sorang tu . Betapa berwibawanya aku ni . Akan kerana tak puas duk membelek haiwan yang batang hidung tak nampak malam malam tu so kami berazam untuk pergi balik semula pada hari esoknya . Wuuuuu . Barulah nampak segala benda , benda yang kitaorang tak boleh nampak pun tiba tiba jadi nampak . Haaa apa benda tu ?

Hmm . Tu lah aku cakap dahsyat kehidupan masa lampau aku ni . Ni semalam masa study account pun aku boleh lagi berangan nak pergi merempit makan tutti frutti kalau tak pun makan snogurt . GILA tak ? Tiba tiba hujan pulak so ALLAH minta aku study bukan fikir nak penuhkan nafsu aje . Cedih . Pagi tadi punya aku nak tidur pun aku boleh bayangkan lagi benda alah tu . Ada hantu ke apa dalam bilik ni ?


Jom ah Farish aku bawak kau pergi Tutti Frutti . Jomm ahhh . *wengg wenggg wengggg*

Hmm . Ya lah masa study week mana nak sempat aku cover semua benda . Ya lah mungkin ada hikmahnya . Jaga ibu masa sakit adalah lebih utama dari ilmu duniawi . Apalah gunanya tanggungjawab seorang anak kan kalau abaikan mak ayah ? Pentingkan final exam aku campak je kau dalam lombong sana . Begitulah ceritanya . Hmm aku pukul 10 baru dapat tidur kau tahu ? Ada je gangguan . Kejap orang mesej kejap orang bbm kejap orang call . Haih susah jadi orang hawt mawt ni . Hmm . Banyak benda lagi yang aku kene cover . Nervous dia gaya macam nak pergi nikah . Nikah lari . Bernikah sambil berlari . Aku risau jugak sebenarnya . Aku ni bab kira kira memang tak suka dari sekolah lagi . Pandang budak account pun aku tak sudi ni . Itulah dikatakan karma dunia . Kahkahkah . 

Ok lah pung pang pung pang pun aku nak pergi sambung study untung untung pergi library petang nanti . Boleh lepak sampai tengah malam yea dak ?

Doakan aku kawan kawan . Sesungguhnya doa doa sahabat untuk sahabatnya lebih dimakbulkan ALLAH :)
Mwah !

Ok bui