Monday

impian anak muda

Assalamualaikum w.b.t



Tempat aku aim . Library Alex . InsyaALLAH , panjang umur murah rezeki moga sampailah aku kat sana , Ameen Ya Rabb . Aku tak tahu kenapa aku taksub tengok gambar gambar yang berkaitan library Alex ni . Mungkin sebab bangunan yang unik dan ohsem .

InsyaALLAH . InsyaALLAH .

NOTA : Akhirnya datang juga kakak jual jambu . Alhamdulillah

Sunday

Comel comel comel



Tak seperti bintang di langit

Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki


Lalalala lalala lalala :)

Saja saja aku nak cerita harap tak salah di sisi undang2

Assalamualaikum w.b.t

Ya ALLAH hujan .
Ya ALLAH hujan .
Ya ALLAH hujan .

See kau tengoklah aku . Hujan hujan pun boleh mengupdate blog . Hujan hujan pun boleh menghadap lappy . Kat luar tingkap petir saling sambar menyambar . Dingin malam menusuk sampai tulang yee . Harap maklum yee sampai tulang .

Status FB seorang sahabat :

"Lendu nak jadi London weh !"

Aku rasa nak LIKE 100x . Tapi malang hanya sekali sahaja boleh klik LIKE . Dear Mark , kau harus alert pasal ni . Kekeke !

Kalau nak tahu ( kalau memang nak tahu lah kan ) , cuaca di Melaka ni kalau panas ia memang panas membahang . Kalau sejuk ia amat sejuk mencucuk . Yee . Dikhabarkan angin ribut melanda Negeri Melaka sekarang ni . Tadi keluar dengan sepupu pun terkejut tengok pasu bunga boleh tercampak ke tengah jalan . Ranting ranting pokok berterbangan dan landing di tepi tepi jalan . MasyaALLAH . Kuatnya angin . Banjir tak payah cakap dekat Bandaraya tadi pun aku tengok tayar kereta pun dah ditenggelam dek air . Telan telan air liur aku tengok keadaan sekeliling .

Yee , ia bermakna lena makin panjang . Satu hari hujan ni .Ha kau tengok , kau tengoklah , asal hujan aje tidur asal hujan aje tidur tahukah anda waktu waktu paling mustajab berdoa ialah pada waktu hujan ? Yee benar Farish benar kau buat tak Farish ? Kau cakap je lebih kau buat tak ni ? * tersipu sipu *

Cerita pasal waktu Mustajab doa ni . Dulu masa sekolah agama setiap kali hujan aku mesti teringat ustazah kata . "Waktu hujan adalah waktu paling mustajab untuk berdoa" . Jadi aku berdoalah dalam hati . Entah apa apa entah aku doa masa tu kan ? Hihi memang tak ingat lah . Tapi setiap kali kita nak berdoa haruslah didahulukan dengan memuji ALLAH dan juga yang penting dahulukan doa kepada kedua ibu bapa kita dan juga saudara saudara kita . Kemudian datangi dengan hajat dan permintaan . Yang penting doa tu kenelah dengan khusyuk dan tawadhuk ;]

Teringat si Zakiah cerita hari tu . Dia memang suka bercerita dan pendengar setia adalah kami sebilik . Kalau dia dah mula buka mulut sampai besok pagi tak habis lagi cerita dia . Haha ;] sebab tu aku sayang dia lebih . 

"Nak tahu tak ustaz kata kan , kita kalau doa baca kemain laju lagi ... tapi kita rasa tak doa tu sentuh hati kita . Sebenarnya kita kene jadikan ALLAH ni kawan kita . Tempat kita bercerita dan meluahkan macam macam lagi contohnya kan kan ..............

"Ya ALLAH aku penat sangat hari ni Ya ALLAH , banyak kerja jadi aku tension sangat Ya ALLAH "
"Ya ALLAH sedihnya aku Ya ALLAH , sampai hati dia buat aku macam ni Ya ALLAH . Ya ALLAH sabarkan aku Ya ALLAH . "
"Ya ALLAH hari ni aku happy sangat Ya ALLAH , terima kasih sangat sangat "

ALLAH mesti suka punyalah . Sebab kita jadikan DIA tempat kita cerita semuanya . Tak kira dalam keadaan macam mana sekali pun . Jaga connection kita dengan ALLAH tu sangat penting . Kalau kita jaga , ALLAH akan jaga kita , ALLAH akan tolong kita , ALLAH akan ingat kita macam mana kita ingat DIA kan kan ? ;]

 Dan aku sangat teringat akan kata kata ni ..

" Kalau hubungan kita dengan manusia tak ok ,  kita kene tengok hubungan kita dengan ALLAH . Kalau tak ok dengan manusia maknanya ada something wrong hubungan kita dengan ALLAH "

Dari cerita hujan ke doa . Apakah makna semua ini . Hewhew :3 . Saja cerita . Ya ALLAH sejuknyaa . Huhu . Kene pakai sweater tebal ni . *menggigil2*

NOTA : Jom puasa esok . Tapi berbuka masing masing lah kan ! hihi :P

Dari hati yang tulus dari jiwa penuh kasih sayang ;]

" Jika diri sendiri yang berusaha melawan kepedihan dan kesedihan tiada apa yang mustahil pun . Manusia diberi pilihan dalam hidup ni . Jadi biarkan dia memilih . Dalam pilihan manusia , semestinya kehendak fitrah mereka iaitu kecantikan dan kesempurnaan . Jika kita bukan pilihan dia , redha . Kita pergi bukan bermakna kita kalah , tapi kita beri ruang pada dia untuk memilih kebahagiannya sendiri . Hidup ini tidak sah kalau tak ada yang kalah dan tidak ada yang terpaksa berkorban . Itulah sebenarnya bukan kegemaran dan kesukaan manusia untuk melakukannya . Namun , kehidupan ni kadang kadang benda yang kita tak suka tu lah kita kene buat . Siapa tahu , benda yang kita tak suka tu lah bagi kebaikan kepada orang lain . Pasrah . Hidup ni perjalanan terlalu panjang . ALLAH dah tunjuk macam macam . Yang penting diri sendiri yang kene kuat . Moga ALLAH ampuni dosa dosa aku , kerana terlalu berharap kepada seorang manusia yang tidak berapa pasti . Moga ALLAH ampuni dosa dosa aku , kerana aku belakangkan tempat pergantungan hakiki . Moga ALLAH redha apa yang aku lakukan ini .."

-Noor Farizahani Bte Zainal Abidin-
                                                                                                        "Hidup ini indah jika mereka memahami"
Assalamualaikum w.b.t

NOTA : Ni apehal salam aku kat pengakhiran post ni?

Friday

;]

Assalamualaikum w.b.t

Macam tak ada kerja aku hari ni .
Yee lah dah nak masuk ke asar perut ni masih tak berisi apa apa pun .
Tak ada selera nak makan sebenarnya tapi dah kawan sorang ni katanya lapar aku gagahkan juga bawa dia ke tempat makan . Nasib baik Hospital hari ni tak ramai orang . Sihat sihat orang Malaysia sekarang Alhamdulillah syukur .

Dari Hospital Alor Gajah ke Ayer Keroh . Mesti pelik apa jauh sangat aku cari tempat makan sebenarnya ? Tak ada aku saja nak bawa diaorang jalan jalan sekejap .

Kawan 1 : " Aku nak makan tempat yang sedap dan murah .."

Kawan 2 : " Rojak , Cendol ..bla bla bla .."

Kau tengoklah sendiri . Demand mereka tinggi tinggi . Dah sampai tempat dituju aku bawaklah diaorang ke tempat yang sepupu aku perkenalkan . Makanannya sedap sedap dan harga memang murah . Food court Mydin Ayer Keroh . Rasanya nama dia "Selera Village" macam tu lah . Environment nya yang lain dari yang lain buat korang rasa selesa lah sikit tak macam food court yang biasa . Dari  aku ni yang tak ada selera terus ada selera . Yea lah mengenangkan aku ni kene makan ubat jadi perut kenelah isi . Habis makan terus solat asar sekali kat sana .

Macam macam kerenah budak budak kecik bila mana diaorang pun nak sembahyang sama sama juga . Alahai comelnya diaorang pakai telekung sambil tu teragak agak lah diaorang follow ibu diaorang sembahyang  sempat juga senyum dekat orang tu . Hihi . Kakak rasa nak cubit pipi awak . Kakak harap anak kakak macam awak jugak insyaALLAH Ameen Ya Rabb , kecik kecik dah rajin ikut mamanya solat . Moga awak jadi anak yang solehah yee sayang ;]

Selesai solat , aku ditarik pula ke kedai buku MPH yang sederet dengan RFC (Radix Fried Chicken) hewhew :3 . Tempat best di mana RFC ni under HPA punya company . Lebih kurang KFC tapi yang penting orang Islam yang usahakan ;] . Aku kat kedai buku ni rambang mata sikit . Dari nak cepat balik lama lama tanpa sedar dah nak dekat 1 jam kitaorang kat dalam kedai buku ni . Paling aku respect MPH kat Mydin ni majoritinya dia jual buku buku yang berkaitan agama . Alhamdulillah . Buku apa yang korang nak insyaALLAH ada kat sini . Cewah aku ni mempromote pula ;]

Tadaaa ni lah buku yang menarik hati aku sebenarnya . Lalu aku pun membelinya .


Kerana aku seorang wanita aku perlu tahu adakah aku tergolong dalam golongan yang diperkatakan oleh buku ni ?

Ada juga buku2 lain aku beli . Terutama buku buku tentang solat . Pertamanya itulah yang kita kene dalami dulu sebenarnya . Solat . Solat . Solat . Kerana solat yang sempurna akan menghalang kita dari buat perkara perkara yang ALLAH tak suka yang ALLAH benci . Kawan kawan aku pun sama sama beli buku . Masing masing dah set . Akan saling tukar menukar untuk membaca ;] . Hewhew .

Hari tu aku ada beli buku keluaran telaga biru . Ini dia yang mana aku post dulu hari .

Buku ni bahasanya tinggi . Ala ala sastera . Ceritanya memang lain dari yang lain . Mungkin ada sesetengah yang tak biasa dengan pengunaan bahasanya . Jangan risau buku ni siap ada Glosari . Mana mana perkataan yang korang rasa pelik sampai putih biji mata fikirkan maksudnya so selak selak lah muka surat belakang yee ;] . Aku ni bukan jenis ulat bulu punya orang . Kiranya pengisi masa lapang ,  ada benda juga nak dibuat baca kan ? Sambil menyelam minum air . Nak tambah apa yang kurang , nak betulkan apa yang salah . May ALLAH guide me , insyaALLAH ;]

Okaylah aku nak bubum . Selamat pagi !

NOTA : Err tak makan ubat pukul 12 tadi hewhew . Sori doktor :3

Bukan cerita ni aku nak post sebenarnya .

Assalamualaikum w.b.t

Aku macam biasalah mana ada tidur waktu waktu macam ni .
Sebenarnya aku baru balik dari kem part 2 .
Saja buat buat sibuk dan jadi penyibuk dekat sana . Buat kerja part time dengan kawan kawan lain .
Macam biasalah duk pedajai orang ja . Kehkehkeh

Kebetulan nak hantar orang je kat sana tapi lama lama dah melekat pulak . Perjalanan yang sangat menguji perasaan . Seram dan kelam . Telan telan air liur . Tapi mata tetap gatal pandang sana pandang sini . Masa tu lah baru nak terhegeh hegeh nak berzikir dan baca apa apa yang patut . Itulah , kita masa takut barulah nak ingat Tuhan . Bila dalam keadaan yang susah dan sesak baru nak ingat Tuhan . Bila senang ke mana hati dan ingatan kita masa tu ? Mana ? Mana ? *nangis nangis*

Sampai di sana je , terus terdengar bunyi deruan air terjun yang ada . Suasana yang sangat mendamaikan setelah menempuh jalan yang agak errr. Alhamdulillah . Mendongak pula ke langit . Bintang bintang sedang menampakkan diri mereka . Berkelip kelip menemani malam kami . Subhanallah . Subhanallah . Cantik sangat sangat sampai aku leka sekejap . Ah dah macam gaya novel cerita aku ni . Tapi serius tempat dia memang bestlah . Kenapa sekarang baru nak buat kat sini ? Kenapa masa aku tak ada pun? *bengis*

Astaghfirullah Farish , tak baik macam tu . Jangan ! Jangan ! macam tu . Dulu sekarang mana sama . Yee dulu sekarang tak sama . Masa dululah aku teringat semua kenangan kenangan yang menyeramkan . ALLAH bagi paaapp ! sekali . Hah , 'benda' tu dah menjelma sebab nak bagitahu yang 'diaorang' ada kat situ . Makhluk ALLAH yang tersembunyi .  Itulah datang tempat orang nak berlagak , bongkak , ego sangat . Menumpang bumi ALLAH bukan je manusia macam aku ni , semua jenis makhluk ALLAH ada . Memang aku tak boleh lupa . Tak sangka Bujut masih ingat peristiwa kami berdua dalam surau dan juga peristiwa di tandas tu . Memang tak boleh lupa ! *tutup2 muka*

So , sampai sini . Aku ingatkan adik adik . Ingat bukan kita je duduk kat sini . Jadi , jangan lepas mulut tu berzikir . Jangan suka hati buat macam tempat sendiri . Yee lah kan ada masa kita tak sedar kelakuan kita ni kadang kadang keterlaluan . Jadi pandai pandailah beringat yang kaki dan jasad kita ni ada kat mana .

Buat strategi dengan jurulatih yang ada . Sambil lepak macam gaya brader brader jenis pergi minum kedai tiap tiap malam . Macam biasalah . Aku paling teruja kalau bab bab macam ni . Main tutup tutup mata adik adik ni . Sampai dua lapis aku ikatkan . Ha biar dia . Biar dia . Biar dia rasa . Tapi mereka tetap enjoy . Yang takut dan merungut tu adalah jugak , bukan semua orang suka pergi kem . Ha ambik malam ni nightwalk yang menyeramkan . Ada sorang adik tu tanya aku ..

"Komander , nanti kene lepaskan sorang sorang ke ?"

Haha ikutkan hati jahat aku ni aku cakap je yang diaorang akan dilepaskan sorang sorang . Hihi . Kesian tengok muka dia yang takut takut ;]

"Awak jangan risau , awak akan jalan dengan group awak nanti .."

Dia tersenyum dan menarik nafas lega bila dengar jawapan tu . Satu satu group dilepaskan . Malam ni Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tak ada apa apa masalah yang berlaku . Jadi aku pulang dengan tenang malam ni . Esok aku akan datang semula . 

Aku sebenarya nak cerita benda lain apehal yang ni pula yang aku taip ? Ah post aje . 

NOTA : Ubat tahan sakit lagi doktor ni bagi . 

Thursday

:3

Assalamualaikum w.b.t

Kebetulan ,
Aku sedang menyapu losyen dengan penuh lemah lembut di tangan .
Entah kenapa aku sendiri tak tahu . Sejak kebelakangan ni rajin sekali aku menyapu losyen .
Sebelum sebelum ni jangan harap aku nak praktikkan . Beli losyen lagilah aku pemalas .

Sedang menikmati keharuman losyen tiba tiba kawan aku bersuara .
Meluahkan perkara yang sebenarnya memang aku dah tahu lama .
Tentang rancangan untuk membawa seorang sahabat yang agak tersasar dari landasan yang sepatutnya .
Untuk membawa semula dia ke arah fitrah yang asal .

Aku faham maksudnya .
Aku termenung sekejap .

"Sebelum kita nak tegur orang , kita kene tengok diri kita dulu . Aku cakap ni pun untuk aku juga . Tengok diri kita ni baik baik . Macam aku ni , aku ni tak adalah baik mana . Aku ni kurang sabar , aku ni pemarah dan macam macam lagi yang aku tengok dalam diri aku ni . Banyak kurangnya . Macam Zakiah cakap , lihat diri kita baru kita lihat diri orang .."

Aku rasa serba salah . Apa yang aku perkatakan tu secara tiba tiba menyebabkan kawan aku terdiam seribu bahasa . Aku pun termangu seketika dan terus menunaikan solat pada malam tu .

Sehinggalah besoknya secara tiba tiba dia belikan aku donut . Wah wah wah . Namun malang , aku berpuasa . Yang tukang habisnya si Zakiah .

Lagak kami tetap seperti biasa . Apa yang aku perkatakan tadi sebenarnya untuk kebaikan masing masing . Bukan aku cakap aku ni pengecut atau tak nak tolong member sendiri , bukan . Aku sedang dalam proses baiki diri sendiri jugak . Aku ni banyak betul kurang dan tak betulnya . Nak betulkan orang mungkin akan menjadi masalah kat diri sendiri jugak bila orang tu akan tuding jari kat kita balik .

"Pfffffttt lah kau , ada hati nak betulkan orang , tengok sikit diri tu dululah .."

Yee , aku sedang menghadap cermin sekarang . Cermin laptop . Aku lihat diri aku juga . Sedang bersedia mempebaharui diri dan memperbaiki apa yang banyak kurangnya . Aku kene istiqamah . Tak boleh lat talilat tali tam plom . Benda ni bukan boleh buat main dan bersahaja . Kita nak tolong orang . Tolong orang kenal fitrah sebenar . So sebelum tu aku kene tanya diri sendiri ...

" Farish , masih kah kau di fitrah yang asal ? Kau tahu apa fitrah asal tu ? "

Yang penting everything that we do , please back to our niat first . Kau buat ni sebab kau sayang sahabat kau kerana ALLAH . Jadi mintalah ALLAH bagi kekuatan dan juga kesabaran untuk kau hadapi perkara ni .Yee aku tahu ni bukan kerja senang . Macam macam kemungkinan akan berlaku . Samping berusaha , hendaklah ada doanya bersama . Moga ALLAH buka hati dia untuk terima segala apa yang kita buat pada dia semata mata untuk dia kembali kepada yang asal . Dari situ dia akan nampak yang kawan kawan dia ni sayang kat dia , kawan kawan dia tak nak dia hanyut dan tersasar .

Manusia ni ada egonya tersendiri , bila kita tegur nanti dah tak pasal pasal kakimu di bibirku . Biasalah . Kadang kadang kita pun macam tu jugak . Ah kita je betul , orang lain semua salah . Kita je lah perfect orang lain semua senget benget . Salahkan orang sebab asyik nampak kekurangan kita je . Orang yang menegur pun perlulah kene pada tempatnya senang cerita "Tegur secara hikmah" . Jangan kau slumber rock je ikut kepala kau je . Kene tengok style orang yang kita nak tegur tu macam mana . So kita kenelah ikut rentak dia sikit sikit . Lama lama jadi bukit apa lagi cucuklah jarum ;]

Aku cakap ni semuanya aku menggambarkan diri aku di situasi situasi macam ni . Aku berpesan dengan diri aku juga . Aku harap , aku tak mudah tenggelam dengan benda benda yang boleh buat aku jadi macam aku yang dulu . Pemarah , Egois , Panas Baran , Keras Kepala , Keras Hati , Keras Jiwa , Batu Karang semuanya ada . Bila aku fikir fikir , Ya ALLAH jahilnya aku ni . Banyaknya benda yang menampakkan kejahilan aku sebenarnya . Macam sekarang , ada je benda nak datang menguji . Tapi aku kene balik pada niat , niat dan niat . 

Cepat cepat buat bodoh dengan semua tu . Buat dekk . Kalau layan silap hari bulan mungkin aku akan jadi singa . Singa yang lapar mee goreng mamak As Salam Cempaka . Ya ALLAH , Ya ALLAH , Ya ALLAH . Memang betullah , nakkan sesuatu kebaikan kita akan diuji bermacam macam lagi . Masa tu lah kita akan tahu istiqamah ke tak istiqamah kita ni . Ting ! Aku bertatih tatih . Of course lah niat untuk aku cuba istiqamah akan jadi tak seimbang . So aku mengaku aku lemah . But insyaALLAH , sikit demi sikit . Biasalah baby baru nak berjalan pun kejap kejap dia jatuh kejap kejap dia jatuh . Lama lama dia practise , bukan setakat dia boleh berlari dan berjalan , silap hari bulan ada juga yang terbang  ;]

"Ya ALLAH , seronoknya dapat jejak di bumi Mu ini Ya ALLAH !"

Macam kita , if kita buat sesuatu tu berterusan benda tu akan sebati lama lama kita akan terbiasa dan kita akan jadi seronok melakukannya . Bila seronok dengan sesuatu kebaikan automatically , kita menjadi sedih dengan apa yang pernah kita lakukan . Means , dalam hati kita masih punya iman , Alhamdulillah . Yeay ! Ok aku rasa aku dah merepek sangat . Aku kene rehat . Aku baru balik dari majlis sebenarnya ni . Sangat fun ! . Alhamdulillah . Aku kene mandi . Badan aku tak selesa . Ok lah kawan kawan . Post aku ni agak panjang . Aku harap , tak menjadi masalah meluangkan masa 10 minit untuk membaca kan ? Hewhewhew :3 

Ok then , aku rasa puas dapat cakap dengan diri sendiri . Melalui post aku kali ni .

NOTA : Bestnya .

Tuesday

Grrr

Assalamualaikum w.b.t

Ok aku stress sebenarnya tengok yang lain dah tidur .
Stay up dan study sorang sorang .

Sekarang lagi 3 minit nak pukul 4 pagi !

Tiba tiba aku teringat yang Zakiah cerita pasal kes ketuk ketuk tingkap waktu waktu macam ni .
Tiba tiba aku teringat yang Zakiah cerita pasal kakak jual karipap kat tingkap .

Ah semua berkaitan dengan tingkap !
Aku bingkas bangun tutup langsir semua .
Cahaya lampu jalan di tepi tasik masih belum padam .
Biasan cahaya yang terkena pada tingkap akan menghasilkan bayang bayang jika ada sesuatu yang melintas .

Ah , apehal pula aku sibuk sibuk fikir tu semua .
Back to niat , Farish .

Aku belajar kerana ALLAH . Aku belajar kerana ALLAH . Aku belajar kerana ALLAH .
Aku stay up kerana ALLAH . Aku stay up kerana ALLAH . Aku stay up kerana ALLAH .

Ok teruskan usaha Farish .

"Dengan kuasa-MU , jiwa ku tergoncang , terus melayang mengembara cinta .."

Parap papa , parap papa ...

"Salahkah ku mendambakan seorang puteri ...."

Shhhhhhh , jangan pandang belakang . Fokus . Fokus . ALLAH ada !

NOTA : Rasa nak buat air milo tapi aku lupa milo baru habis . Padan muka .

Saturday

Mengilai

Assalamualaikum w.b.t

Haaaaaaaahhhh ~
Melepaskan nafas lega . Alhamdulillah !
Lepas ni boleh kayuh perlahan lahan untuk lebih fokus .

Tiba tiba aku teringat kisah semalam .
Zakiah buat aku tak senang duduk .
Entah entah dia saja saja buat cerita sebab aku tak dapat teman dia pergi buat discussion hanya kerana aku tengah membelek buku masa tu . Yealah buat revision ringan ringan je dulu .

Disebabkan pujukannya tidak berjaya dan dia lihat aku terlalu fokus membelek buku dia mula bercerita .
Cerita pasal tingkap kene ketuk padahal dia duduk kat tingkat 3 . Mana datang orang yang ketuk ketuk tingkap malam malam buta macam tu ? Mana datang aku tanya kau ni ?

Aku yang dengar mula siap siap tutup langsir dan tutup tingkap sambil tinjau tinjau dekat luar . Dia dah mula gelakkan aku . Gelak sakan . Aku tetap dengan muka yang slumber .

Masalahnya aku macam tak ada semangat apa apa mengenangkan aku agak terkejut apabila aku dipelawa menjadi MC bagi akhawat untuk usrah malam besok .

Pasal MC mungkin tak jadi masalah sebab ia hanya usrah yang dibuat dalam kumpulan . Tapi entah kenapa aku tak ada mood pula malam tu . Aku cuba menarik perhatian dia dengan tanya soalan soalan yang sebenarnya menambahkan getaran di hati aku lebihnya . Cis !

Masa tengah duduk duduk kejap kauorang tahu tak apa yang berlaku ?
Tiba tiba lampu kalimantan sebelah kiri terkelip kelip .
Kejap padam kejap menyala balik .
Aku dan Zakiah berpandang pandangan . Aku malas nak fikir . Lantaklah .

Biasalah aku kerap dengar benda benda pelik berlaku . Dia nak bagitahu yang dia ada kat sini jugak . Teringat aku menghandle kes histeria kat sini . Memang menguji iman dan kesabaran aku sebenarnya . Takut tu takutlah , tapi kene lawanlah rasa takut tu . Kita nak tolong orang , so ALLAH akan tolong kuatkan semangat kita .

Paling best dia cerita bab kakak jual karipap kat tingkap tu . Sebenarnya cerita tu ada juga aku dengar tapi bab bab ketuk tingkap masa orang tengah study tu agak biadap sebenarnya .


So malam tu aku tinggal sorang sorang . Dan yang aku tak boleh tahannya , dia guna laptop aku bukak cerita hantu kemudian keluar macam tu je dengan hanya klik PAUSE sahaja . Haish mengenangkan satu level ni sunyi sebab masing masing keluar beraktiviti , aku mengambil keputusan untuk bertapa di malam hari .

Haish nasib baik aku ni jenis yang  buat buat tak ambil peduli sangat . Kalau ambik peduli tu yang kadang kadang terbayang bayang  benda alah tu semua . Dah jadi kita tertaksub dengan benda benda yang boleh buat kita takut dia lebih dari DIA yang kat atas sana .



NOTA : So , put trust to ALLAH , everything will be ok then :)

Thursday

Cerita semalam

Assalamualaikum w.b.t

Aku sedikit sebak sebenarnya .
Semalam aku dan Zakiah masing masing duduk berkepit dekat depan laptop .

Zakiah sedang berchatting dengan sorang kakak dari mesir .
Dia pernah cerita kat aku pasal kakak ni . Kakak yang selalu supply barang barang mesir kat dia .
Biasalah Zakiah ni suka berbisnes .

Semalam buatkan aku sedar tentang ketabahan seorang ibu dan ayah bila kehilangan anak anak yang disayangi .
Zakiah tanpa tahu apa apa terus bertanyakan ..
Kebetulan gambar profail fesbuk kakak tu beliau tengah dukung baby sebelahnya ada gambar suami beliau .


Zakiah : "Kakak , anak akak sihat ?"

Kakak tu reply : " Sihat , mungkin tengah main dengan kawan kawan dia kot "

Zakiah : " Oh main dengan kawan kawan dia? " *macam tu lah lebih kurang yang aku ingat dialog zakiah ni*

Kakak tu reply : " Anak anak akak kat syurga sekarang ni , dik "

Zakiah dan aku tergamam . Aku terus sedih dengan kenyataan kakak tu sebenarnya . Dua anaknya dah meninggal . Kecik kecik lagi . Ya ALLAH . Aku cakap dengan kauorang perasaan aku masa tu tak tentu arah . Walaupun aku tak kenal kakak tu tapi aku faham perasaan beliau macam mana . Kehilangan permata hati yang baru nak kenal dunia . Namun , beliau tetap bersyukur ALLAH bagi beliau pinjam walaupun sekejap . Aku bangga dengan semangat kakak tu . Nasib baik ada suami yang setia dengannya .

Syukur kakak , anak anak akak sentiasa doakan kakak dan suami dekat atas sana . Mesti diaorang dengan bidadari bidadari yang sangat cantik .

Aku : "Zakiah , salah rupanya soalan kamu ni , mesti kakak tu tengah sedih . Kesian dia . Tapi nak buat macam mana kita tak tahu kan ?"

Zakiah bertalu talu minta maaf . Kakak tu tak kisah . Katanya beliau sentiasa yakin akan hikmah yang tersembunyi . Aku respect dan salute kakak ni !
Dari cerita barang barang , terus ke cerita anak anak pula . Inilah hikmah ALLAH nak bukak mata kita sebenarnya guys .

Disebabkan Zakiah tak tahu perbezaan masa Malaysia dan Mesir . Aku lah tukang bagitahu dia .
Dia ada tanya mana aku tahu ni semua .

Aku cakaplah . Geografi aku terror kot masa sekolah dulu . Cuma malas lah nak expose bagai . Nanti kata aku ni riak pula . Astaghfirullah . Mesir dengan Malaysia apa lah sangat kan . Bagai isi dengan kuku je tak jauh beza lah .

*ketawa sambil menangis*

Kau jangan tanya kenapa aku ketawa sambil menangis

NOTA : Moga anak anak kakak sentiasa bahagia di syurga ALLAH .

Pesta

Assalamualaikum w.b.t.


Hari tu UiTM ada karnival kebetulan Zati (roommate) dia buka booth buku2 dari telaga biru dan PTS aku apa lagi serbu dan habiskan voucher yang ada . Ni ambik kau sekali ni aku beli . Puas hati . Dapat lah aku tambah kan ilmu ALLAH ni . Sibuk kejar ilmu dunia ilmu ALLAH dipinggir2kan . Tak ambik pusing . Jangan macam tu bro . Selagi ada kelapangan , study dan teliti ilmu ALLAH ni baik baik . Ni semuanya dari Al-Quran tu sendiri . Bahagia sebenarnya bila kita dapat kaji huraian Al-Quran ni .

Aku akhirnya dapat mencekau buku Yakjuj Makjuj Bencana di Sebalik Gunung . Ni edisi pertama . 

Yang aku beli hari tu edisi kedua . Nampak tak , aku sendiri tak ikut turutan . So , mari kenali siapa Yakjuj Makjuj ni . Aku cuma rasa kelakar bila mana aku bagi adik sepupu aku buku ni untuk dia baca 


"Kakak , adik takut lah nak baca buku ni ".

-,-



Kitaorang satu bilik beli buku banyak banyak dan saling tukar menukar . So aku pinjamlah buku Zati . Buku pasal keromantisan Rasulullah aku cakap dengan hangpa semua . Terbaik !. Buat aku senyum sorang sorang . Lelaki lelaki hangpa patut baca ni . Tolong . Tolong lah .



Buku ni aku bagi Bujut baca . Dia kata dia sentap dan dia menangis . Aku rasa berdosa buat dia macam tu tapi bukan apa aku nak kongsi dengan dia apa yang aku dapat . Aku nak kawan kawan pun dapat manfaat . Buku ni isi dia memang terbaik . Aku pun ada juga rasa sentapnya . Tapi ini semua didikan . Ilmu ALLAH ni cantik dan ternyata Islam ni universal mengikut fitrah . Sesuatu yang kita rasakan susah dan leceh sebenarnya bawa kebaikan yang sangat besar . Sesuatu yang kita rasakan seronok dan sedap akhirnya memakan hati sendiri . Padan muka kau Farish .

So , marilah beristirehat . Serius mengantuk . Selamat malam . Bismikallahumma ahya wa amut

NOTA : Senyum senyum kenapa ?

Tak ada hal pun

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Aku cuba menerima dengan tenang . Alhamdulillah . Aku cuba berlapang dada .

Itulah dikatakan , kesabaran jika dididik lama lama dia akan sebati dalam jiwa .
ALLAH itu Maha Adil .

Aku gembira baca post beliau dekat blognya . Alhamdulillah . Mungkin itulah hikmah yang ALLAH nak bagi . Aku tumpang gembira . Dan hikmahnya pada aku . Biar aku sahaja yang tahu . Memang patut pun aku buat macam tu sebenarnya .

So , Farish . Teruskan kehidupan seperti biasa . Mungkin dah terlalu cukup dengan apa aku lalui selama ni . Kesedihan bukan penghalang segala galanya . Perjalanan aku masih jauh . Dan aku belum tahu apa yang ALLAH nak bagi untuk aku selepas ni . Yang penting aku kene lebih bersedia . Ni baru sikit . Belum lagi yang besar besar punya .

Tak lain tak bukanlah seorang manusia sentiasa harapkan sesuatu kesudahan yang baik . Begitu jugak aku . So maintainkan ke"cool"an aku dan ke"slumber"an aku . Hati ni aku kene pelihara sebaik baiknya . Inilah caranya ALLAH nak tegur aku . Sweet sangat . Biasalah aku ni nak seronok aja .

Ujian itu penghapus dosa .

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi aku sudah sudah lah . Aku nak rileks . Aku nak balut hati aku ni bagi baik punya .

Ni aku teringat dialog kat dalam buku kakak Fatimah Syarha .

Watak Ustazah Heebah dalam bukunya Sebarkan Cinta-MU

"Ingat , lelaki yang menawarkan cinta kepada kita , dengan cara mengiklankan kederhakaannya kepada ALLAH , jangan diharap dia mampu memimpin cinta itu ke syurga"

Kauorang tahu bila aku terbaca dialog ni aku sentap sekejap lepas tu aku rasa kasihan dengan lelaki lelaki kat luar sana . Entah lah . Kata kata sangat mendalam . Bukan ke kata kata itu lebih bisa dari mata pedang ?

Yes ! Memang bisa kalau kau faham maksudnya . Itu bermakna hati kau punya ruang untuk kembali kepada yang asal . Alhamdulillah . Aku harap aku dapat maintainkan dengan apa yang aku lakukan sekarang ni . Bukan senang . Tapi kalau ada tekad tak jadi masalah , bro .

Ok lah aku nak mencari ruang . Bak kata Hilal Asyraf . 

"Mencari hati di tengah malam" 

Orang bahagia kita pun bahagia , orang seronok kita pun seronok . Apa masalahnya ? Chill .

NOTA : Susah betul nak hendel cekodok terselit kat celah gigi ni sebenarnya. Entah macam mana boleh terselit aku kurang pasti sebabnya.

!@#$%^

Assalamualaikum w.b.t

:O

Hooohhh ?
Dinner hari sabtu masing masing buat terkejut . Aku pula pura pura terkejut padahal aku bukannya ambil port sangat .

Aku ni entah lah . Bab bab dinner ni aku lah orang paling buat slumber .
Masing masing kelam kabut cari baju aku boleh lagi rileks rileks .

Bila masing masing sibuk tanya satu sama lain .

"Kau dah ada baju ke ?"

Aku dengan slumber menjawab :

"Pakai je apa yang ada "

Tapi kali ni tema dia lain macam sikit .

 Masquerade Corporate Glam

Tiba tiba aku jadi macam tak tentu arah . Ah sudah ni tema apa ni . Apa hal nak ada Masquerade2 bagai ni ? Apa kebenda permainan yang dia cuba sampaikan ni ?

Masing masing dah mula bercerita pasal baju korporat . Nak mencari mask . Aku pula yang pening sebenarnya . Tiba tiba aku teringat satu masa dulu ayah ada belikan aku satu set baju korporat . Satu set ! . Aku terus telefon ibu tanya kot kot baju tu masih tergantung ataupun tidak . Iyelah . Beli tapi tak pakai langsung .

Kau tahu berapa usianya?

Setahun setengah dalam almari . Nasib baik lah almari aku tu jenis kalis habuk kalau tak dah tak serupa baju agaknya . Bila bab ada presentation jangan harap aku nak pakai  .

Tapi bila aku fikir fikirkan . Mungkin ada hikmah . Dah  final semester (insyaALLAH) ni , tiba tiba tergerak hati diaorang nak buat tema tema macam ni . Itulah . Kali ni memang diaorang raikan kami ni sebaik baiknya . Terharu .

Jadi aku akan pakai sebaik baiknya dan sesegak segaknya . Dan paling tak ku duga , inilah dikatakan rezeki ALLAH . Aku dapat mask free and kawan aku suruh pakai kasut dia . Alhamdulillah jimat kos .

Sekarang ni aku tengah fikir .

"Kemeja aku mana ? Kemeja aku mana ? Apa aku nak pakai ni tak akan kot aje kot?"

*sebak*

NOTA : ......

Friday

Aku hormati

Assalamualaikum w.b.t

Apa apa pun keputusan orang hormati dengan tenang dan lapang . Apa yang ALLAH bagitahu aku terima dengan redha . Walaupun bukan sepenuhnya namun aku cuba faham apa yang DIA cuba sampaikan .

Sebab aku percaya kejadian dan perkara yang berlaku dalam hidup ni punya mesej mesej tertentu . Aku percaya DIA letakkan aku ke dalam kondisi ini secara sengaja kerana DIA tahu aku mampu teruskan hidup aku dengan lebih yakin . Kerana aku percaya setiap apa yang terjadi punya isi yang istimewa . Supaya aku jangan lalai .

Syukur . ALLAH tegur aku lagi kali ni  .

Terima kasih hai insan . Moga ALLAH merahmati kalian .

NOTA : Dah berapa hari aku tunggu jambu kakak ni . Jambu dia manis dan lemak .