Wednesday

Cerita dia

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni study week . Cuti almost dua minggu . Cadangnya aku nak balik kampus untuk study hari selasa itu hari dan secara tiba tiba doktor minta ibu ditahan di wad . Perasaan aku masa tu bercampur baur . Jasad kat sini fikiran kat tempat lain . Tak sangka ibu disahkan kene demam denggi . Tempat tinggal aku mana pernah yang kene denggi . Bila mak cik aku bagirtahu yang ibu mungkin kena demam denggi masa pergi holiday dengan abang dekat Cameron paling tidak pun dekat Johor itu hari masa balik rumah abang . Kebetulan masa tu aku tak ikut pun , aku kat Shah Alam banyak kerja kene selesaikan . Mula mula aku fkir takkan baru sekarang dapat detect ? Entah lah cuma aku kesian sangat tengok ibu , dua hari terbaring je kejap kejap mengadu sakit sakit sendi , pening kepala , cirit birit . Aku terus bawak ke hospital besar .

Bila dah masuk wad , aku terus decide nak jaga ibu sampai ibu okay . Final exam aku letak tepi dulu . Memanglah risau sebab buku satu apa pun aku tak bawak balik sebab dah siap agak nak balik rumah sampai berapa hari tapi nak buat macam mana benda dah jadi dan tak dapat nak elak . Nasib baik jugak ada notes dalam laptop boleh lah buat buat rujukan . Sekarang pun kesihatan aku agak terjejas ni pun baru lepas makan ubat . Kejap lagi mata kuyu la ni sebab ubat hospital bagi semuanya mengantuk baq hang . Pagi2 ayah datang sebelum pergi kerja dan aku akan balik rumah untuk mengemas rumah , basuh baju dan buat semua apa yang patut petang baru datang balik . Sebelum balik aku akan pastikan ibu dah siap siap dimandikan , sarapan dan makan ubat . Bila ibu nak tidur aku akan minta izin untuk balik sekejap . Hospital dengan rumah takdalah jauh agak agak dalam 40 minit lah tapi kalau aku bawak kereta kau tahulah macam mana 25 minit pun boleh jadi . Kahkah .

Alhamdulillah , ibu dah boleh makan sikit sikit kiranya selera ibu dah agak menaik . Aku legalah jugak cuma yang kesiannya setiap 6 jam darah ibu akan disedut oleh jarum yang rakus . Agak terganggu lah jugak rehat ibu aku sebenarnya . Tapi nak buat macam mana benda tu untuk kebaikan ibu jugak kan takkan aku nak marah doktor tu pulak ? . Doktor tu siap cakap lagi pukul berapa dan bila darah ibu akan diambil sebab mungkin dia tengok muka aku lain macam sikit . Macam nak marah kot ? Ni pun dah masuk berapa botol sodium chloride masuk dalam badan ibu sebab badan ibu terlalu lemah . Anak mana yang tak kesian tengok ibu dia kene cucuk sana cucuk sini sumbat sana sumbat sini . Itu pun dulu masa pembantu perubatan tu masukkan tube dalam mulut ibu masa ibu koma pun aku dah menangis inikan masa ibu sedar macam ni . Lagipun bila kita dah meningkat usia antibodi semakin menurun . So ibu pulak jenis yang berpenyakit sebab ibu ada kencing manis dengan darah tinggi tapi agak terkawal sebab ibu tak tinggal makan ubat . Last ibu masuk hospital masa ibu koma tahun lepas . Ni masuk sebab denggi pulak .

Bila keadaan ibu macam ni , kudrat ibu pun dah terlalu lemah untuk menguruskan diri sendiri . Mandikan ibu , cuci najis ibu , beri makan ibu dan sentiasa pastikan ibu dalam keadaan bersih . Belum cukup rasanya tugas seorang anak yang hanya mendoakan kesejahteraan kedua orang tua bila aku diberi izin oleh Tuhan untuk menggunakan kudrat buat semua benda yang aku mentioned tadi . Terharu ada sedih pun ada . Aku rasa bersyukur sangat sebab ALLAH beri peluang kat aku buat semua tu walaupun dalam keadaan aku yang tak berapa sihat aku tetap gagahkan buat semua tu . Aku ni adik beradik tak ramai aku lah satu satunya anak perempuan tunggal keluarga . Tapi kalau ramai anak tapi abaikan mak ayah tak guna juga sebenarnya . Syukur sangat2 . Ibu dah banyak kali suruh aku balik minta aku study tapi aku pujuk aku kata aku okay . Bila ibu dah tidur barulah aku study curi curi itu pun tak banyak sebab ibu kerap kali pergi toilet so kejap kejap terencat study time aku . Takkan nak biarkan ibu aku pergi toilet sorang sorang kalau tergolek siapa nak tolong . Nurse kat wad ni pun macam kekurangan sangat .

Macam tu lah aku tiap hari . Malam jaga ibu  balik jaga rumah pulak , ke hulu ke hilir lah aku gayanya . Nasib baik lah kereta ada , ayah sponsor duit minyak semua . Dan dua hari ni aku rasa bosan sebab pagi2 asyik makan nasi lemak je -..- naik berlemak lerrr badan den . Sebab nak makan ubat aku gagahkan jugak untuk makan . Kalau tak hilang selera makan , n kadang kadang tu sampai lupa nak makan . Yang aku tahu kene isi perut ibu dulu dan pastikan semuanya okay .

Okaylah aku nak tidur mata aku dah kuyu ni . Doakan aku . Aku nak final ni . Dah takda dah perasaan takut . Aku tak tahu dah macam mana nak manage time aku ni haa . In shaa ALLAH lepas ni okay lah ni . Permulaan je macam ni lama lama aku okaylah




Ok bui



Thursday

Cerita dia macam ni

Assalamualaikum w.b.t

Izinkan aku ketawa selama 10 minit . Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahakahkahkahkahkah *ok sila cari perkataan yang tersembunyi di sebalik ketawa aku itu*

Baiklah seperti kebiasaanya aku dengan budak budak bilik ni sebelum pergi kelas dan lepas balik kelas ada saja benda yang nak diceritakan sampaikan diaorang punya cerita tu menyebabkan aku lambat nak ke kelas . Lihatlah betapa komitednya aku melayan budak budak bilik kesayangan .

Tadi petang aku bergolek golek di atas katil dengan nawaitu samaghodin nak qadha tidur ceritanya sebab aku malam tadi tak cukup tidur nak buat persediaan untuk presentation besoknya . Ya lah nak present bab bab politik ni kenelah fully-prepared yea dak ? Alhamdulillah , presentation hari ni berjalan dengan lancar dan perkara aku tak boleh pergi bila mana dengan gaya yang dah begitu macho mengenakan baju kurung dan tudung berwarna biru tiba tiba aku boleh terlanggar kerusi yang ada kat depan . Ah sudah satu kelas ketawakan aku , aku pulak boleh senyum sememeh sambil tunduk beberapa kali untuk meminta maaf . Ya lah budi bahasa budaya kita . Ah lagi pun budak budak ni dah biasa dengan gaya tak bersalah dan terlalu gamble serta cool aku yang macam Abang BETO KUSYAIRY ! 


"So kalau aku terlanggar kerusi pun , kerusi tu melayang kat kauorang ke?"


Nampak tak aku sengaja CAPS LOCK , eh ter caps lock lagi EH LAGI ehh EHH KENAPA TIBA TIBA JADI HURUF BESAR ni , Eh ehh cak pong cak pong .

Cerita pasal abang Beto ni . Eh kejap bagi aku masa seploh minit untuk aku luahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku setelah sekian lamanya . Aku memang minat kat beto ni bukan apa aku memang salute dia punya lakonan yang slumber , gamble serta macam tak berperasaan pun ada jugek . Dan satu perkara yang aku terkejut kauorang pernah tengok cerita ALONG dengan Siti Sifir tak ? Nak aku nyanyi ke ? Ah kalau aku nyanyi kauorang bukan dengar . Di sebalik costume ALONG tu rupanya beto lah si pembawa along yang berkepala besar tu dan beliau jugek merupakan alumni UiTM Shah Alam di mana beliau merupakan ex-masscommer , geddit ? Ok masscomm faculty sebelah je faculty aku dan kami hari hari berkongsi cafe tidak lah aku nampak kelibat beto ke hulu ke hilir bersama nasi ayam . Ya lah 10 tahun lepas kot dia belajar kat sini aku masa tu hingus pun belum reti nak bersihkan . Sadis kan? Dan kebetulan masa tu budak engineering buat Rohingya Run so aku tak expect apa apa yang diaorang ni jemput beto , ya lah orang nak buat charity fund kau pulak datang sebab beto . Aku tak join pun lagipun kebetulan Timbalan Dekan aku ada buat talk jugak pasal benda ni so kami diWAJIBULGHUNNAHkan datang tapi aku tak datang pun sebab aku ada kerja nak diuruskan . Tanpa aku ketahui apa benda pun pasal Rohingya Run ni di mana beto dijemput , masa nak turun basuh kain aku perati lah budak budak yang tengah siap sedia tunggu kat fakulti engineering ni yalah kolej aku dengan engineering fac berdepan je so boleh lah intai pakwe pakwe sebab majoriti budak budak lelaki ada kat engineering fac . Aku turun lah basuh kain pepagi buta tu , dan aku sempat juga mengintai buat kali kedua . Aku terus balik bilik dan terkejut tengok kat Facebook yang beto join Rohingya Run tu aku punya lah muka toya terus cakap

"Kita tak da jodoh nampaknya.."


Kalau aku tahu dah lama aku berlari dengan baju tidur aku untuk menjadi orang yang paling setia menunggu kelibat beto .

Dan peristiwa kali kedua terjadi bila mana aku ternampak tweet beliau yang beliau baru habis sesi bual bicara dengan UiTM masscommers dan kebetulan semalam masa nak turun ke kafe dengan member member aku ternampak satu poster UiTM Aku Datang . Aku nampak gambar beto dan aku excited aku ingat hari ni ke , esok ke apa kan? Tup tup tarikhnya dah lepas . Dan tarikhnya semalam ! Aku rasa macam nak koyak poster tu bawak kertas yang aku dah carik carikkan tu aku campak kat kafe . Biar semua orang tahu hati aku hancur dan kepingan hati aku terbang macam cebisan kertas kertas tu . Ahhh dramatik gila . Kahkahhkah . Dan untuk kali yang keduanya .

"Kita sememangnya tiada jodoh" *menangis bawah bantal*

Begitulah ceritanya . Baik lebih tak seploh minit ? Lebih eh ? Maafkanlah aku , mungkin menaip ni makan masa sangat lama bila nak membaca tak adalah lama mana yea dak? Hebat physics aku ni .

Cerita dia macam ni sorang budak bilik aku ni nama dia Liz . Kebetulan masa dia bersiap siap nak ke kelas sementara masing masing pun tengah bersiap kecuali aku yang sememangnya tak ada kelas mulalah bercerita sambil memakai tudung .

"Dulu masa aku sekolah rendah kan , ya lah budak budak . Aku tengok soalan periksa , ada gambar ibu ayam dengan anak anak ayam . Anak anak ayam tu duduk bawah ibu dia so aku tengok n aku fikir ..OOHH ANAK AYAM NI MENYUSU RUPANYA..aku expect la ayam ni macam kucing"


"Aku tak tahulah macam mana aku nak menyusukan anak anak aku ni"

Aku punya ketawa rasanya tak hilang hilang sampai lah ke sekarang ni . Punya geli hati . Satu bilik ketawakan dia . Mula mula dia buat muka toya , kemudian marah secara menggeletis lepas tu dia pun ketawa balik . Power betei pemikiran budak darjah 5 . Sangat extreme dan aku masa darjah 5 kenapa tak pernah terlintas pun nak fikir benda benda yang luar jangkaan ? Ah aku bukannya ingat sangat kenangan waktu kecik kecik sebab ....

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG . K Bye.

*wink*

Friday

Hehehehehe

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Tamat sudah perjalanan diploma setelah sekian lama duduk kat UiTM Melaka tu
Ya diploma yang bagi aku macam takdak apa apa
Sebab apa? Aku banyak main dan terlalu aktif kat benda lain sampai pasif kat bidang akademik .
Tak adalah pasif sangat cuma ya lah kauorang tahu jelah aku macam mana tak sukanya dengan DPA ni . Tapi aku tak sangka dah dapat segulung diploma .Walaupun result takdalah power mana tapi Alhamdulillah aku bangga dengan diri sendiri dan aku puas dengan apa yang aku dah lakukan

Bak kata Mahatma Gandhi :

"Kepuasan terletak pada usaha bukan kejayaan" .

Dan dalam hidup ni aku tak pernah kenal erti putus asa . Aku pernah gagal aku pernah jatuh sampai menangis sebab aku rasa aku macam tak guna sangat . Tapi untuk apa aku nangis sedangkan aku ada cita cita aku sendiri . Agama pun tak pernah ajar ummat dia putus asa dan putus harap dalam hidup . Aku ada ALLAH aku ada family dan aku ada sahabat sahabat kat sekeliling aku so aku bukan sorang sorang . Aku sentiasa cakap pada diri sendiri "ada orang lagi malang daripada aku" . Sedangkan brader bill gates tu failed berkali kali kau tengok dia jadi apa sekarang ? Power kan ? So aku jadikan diploma sebagai satu platform sebenarnya . Banyak aku belajar dari pengalaman lepas sejak aku mula melangkah masuk ke alam ijazah ni . Bukan senang sebenarnya seperti apa yang disangka sangkakan . Kalau betul2 serius dan fokus in shaa ALLAH tak ada masalah . Tapi bab main main tu still ada lah dalam diri aku ni sebab aku tak pandai nak serius sangat. Biasalah dah 5 bulan lebih cuti otak masih tepu lagi . Tu perkara biasa . Sampaikan aku ambil keputusan untuk tak teruskan aktiviti badan beruniform bila mana aku tak dibenarkan aktif atas faktor kesihatan dan kaki aku sekarang ada masalah . Ya macam biasalah . Kali terakhir aku bersukan masa join pertandingan badminton tertutup dulu . Itu pun tak sedar sedar diri lagi . Jadi mungkin ni hikmah ALLAH nak kasi agaknya . So badan aku sekarang seperti hehehehehehehehehehehehehehehehhe belon panas .

Dan masa aku tengok buku konvokesyen kali ni kos aku paling sikit sekali nak dapat bintang kat hujung nama . NAMPAK TAK BETAPA SUSAHNYA NAK SURVIVE DPA NI -,- Tapi aku tetap salute nama nama yang ada dalam buku tu sebab kami berjaya habiskan diploma :) Alhamdulillah .

Ehh ehh titeww nak tunjuk sesuatu :P


Aku paksa diaorang ketawa sebab aku nak kasi candid hehehe


yeay !


Maaf lah sepupu aku soghang ni memang suka melompat


Gaya melompat kaki tinggal sebelah si G-Jie ni



Muka muka ceria nak konvo tehehehe


Ahhh bestnya angin petang !!

Masa ni pre convo shooting . Aku lah photographer aku jugeklah si graduanita nya . Terpancar kegembiraan di wajah kami setelah 3 tahun berhempas pulas . Oh member aku yang berkaca mata tu dia dapat ANC tau Anugerah Naib Chanselor . Pehh dia memang power baq ang . Dia budak Business Management . Sama dengan sepupu lelaki aku tu . Dua dua orang ni memang power . Sepupu aku satu sem je dia tak dekan kalau dekan dah lama dia dapat ANC masa aku datang konvo dia itu hari tak habis habis menyesal tak dapat ANC . Tak apa degree ni ada lagi  . Ok yang comel2 tu haaa dia sama kos dengan aku member baik aku kat sini hehehehe 

So ini lah dia masa hari convocation aku . 


Dari kiri cepat jalan . Dari kiri , kiri kanan kiri . Ok entah kenapa kamera tu boleh snap masa aku jalan gaya macam gini . Bukan apa , bila keroncong kat belakang tu makin laju je bunyi , makin laju lah kami berjalan masuk dan keluar . 


Weeee ni kitewww dapat dari roommates kitewww hehehehe :* 

Masa aku tengok gambar konvo aku tiba tiba terbayang bila mana aku diumumkan sebagai graduan kelas pertama . Sebak eh masa aku bayangkan masa tu . In shaa ALLAH aku cuba . Aku tetap cuba . Aku suka dengan lagu Asmidar - Mimpi Sampai ke Bintang . Sebab kalau aku dengar lagu tu mesti aku rasa aku kat dalam lagu tu tengah menari ballet . Ehh -,- bukan bukan . So tahniah pada semua graduaaan . Tahniahhhh!

Oklah aku nak buat kerja .

Bui