Thursday

Tertarik dan bermakna .


Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu ft Rossa


Tuhan memberikanku cinta

untuk ku persembahkan hanyalah padamu




Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah



Hampa terasa bila ku tanpamu

Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)



Atas restu Allah ku ingin milikimu

Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu



Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah




Assalamualaikum w.b.t

Allah . Saya suka dengan lagu ni . Bukan lagu je saya suka dengan lirik dia sekali . Rasa macam begitu syahdu dan sangat sangat membuatkan saya nak dengar lagu ni banyak kali . BERMAKNA  . 

Yea . Kadangkala manusia macam kita ni sentiasa risaukan siapa jodoh kita . Sama jugalah macam saya ni cewaah kan? . Tapi untuk apa kita nak kejar cinta yang kadang kadang kita tak pasti sama ada dia adalah memang jodoh kita yang dah tertulis kat Luh Mahfuz sana kan? Ada sesetengah orang kata mereka berusaha  . Yea berusaha . Semua orang berusaha . Alhamdulillah baguslah macam tu . Tapi di sebalik usaha kita dalam menjalani perancangan tu siapa tahu kan rencana ALLAH itu adalah lebih terbaik dari kita punya rencana sebab ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba hambaNYA . InsyaALLAH mana tahu kan , kisah cinta kita dengan pasangan kita ALLAH dah tulis lagi terbaik dari kisah cinta yang kita lalui sekarang ( kepada yang dah berpasangan tapi belum berkahwin ). Sebab itulah seperti kebiasaan yang kita tahu . Manusia ni hanya merancang tapi ALLAH yang tentukan :)

Kadang kala kita kecewa bila berhadapan dengan situasi situasi seperti putus cinta , kehilangan dan apa sahaja yang menyebabkan kekecewaan yang buatkan kita hilang pertimbangan . Yakinlah dengan setiap kejadian yang berlaku sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin bukan sekarang masanya ALLAH nak bagitahu keistimewaan di setiap perkara yang berlaku . Mungkin akan datang . InsyaALLAH . Yakinlah . ALLAH sebenarnya dah rancang baik baik perjalanan hidup kita ni especially Jodoh Pertemuan dan Ajal Maut semua itu ditangan ALLAH  . Kita sebagai manusia ni just follow the flow . Janji jangan sesekali kita tinggalkan apa yang DIA suruh dan jangan sesekali buat apa yang DIA tak suka  . Biasalah manusia macam kita ni mana lari dari sikap lalai dan terlupa dan juga leka mungkin . Bila dah tersedar tu cepat cepatlah mohon ampun . ALLAH suka orang yang cepat tersedar dari kesilapan lalu cepat cepat memohon maaf.

Perkara yang menyebabkan saya tersenyum apabila tentang perasaan kita pada seseorang . Mungkin ada seseorang suka berkongsi dengan kawan kawan yang rapat kononnya macam dah tak dapat tanggung rasanya kan? hehe . Mungkin ada juga yang hanya diam sebab malu untuk orang lain tahu . Dan mungkin takut pun ada juga yea dak . Yea lah susah juga kalau orang dah tahu kita ni suka siapa habis kita dikenakannya . Tapi bila kawan bagitahu yang dia suka budak ni janganlah sibuk sibuk nak heboh kat semua orang yang penting jagalah rahsia kawan kita tu kan? Cewah . Bagi saya , tak apalah . Memang tak salah suka seseorang dalam diam tanpa pengetahuan dia sekali pun kan? Sebab kita takut cinta bertepuk sebelah tangan . Benar . Kadang kadang perasaan tu datang tanpa kita sedar dan kita paksa sama sekali . Tak salah manusia itu jatuh cinta sebab tu fitrah walau jatuh cintanya itu hanya dalam masa yang sekejap sahaja  :)

Ok jujur . Saya suka dia , tapi saya harus sederhanakan rasa ni . Tak baik lebih lebih . Nanti diri sendiri kecewa kan? Yang selebihnya serah sahaja pada ALLAH . ALLAH tu lagi tahu apa yang ada dalam hati kita ni . Saya tak berani nak cakap hanya mampu diam je. Yea lah sebab memandangkan saya ni perempuan kan  . Tapi ingat tak Siti Khadijah dulu yang meminang Rasulullah S.A.W . Jadi bukan penghalang untuk perempuan mulakan dulu kan ? Huhu .Acewaaah . Tak apalah biarlah ALLAH yang uruskan . Jika memang dia untuk saya dan memang tercatat nama dia di Luh Mahfuz sana , dia pasti datang pada saya walau apa pun terjadi ALLAH dah tetapkan dialah jodoh saya  . Dan biarlah pertemuan saya dengan dia di bawah redhaNYA  . Walau dia dan saya tak pernah berdepan secara terbuka . Saya cuba menyiapkan diri dengan bersedia di atas segala kemungkinan yang berlaku . Hanya ALLAH sahaja tahu .  Shhhh :) . DIA tahu mengapa . :)

p/s : Dia bukan nama sebenar . Acewah .

Fuiyohhhh ~ haha

Cerita kat atas ni macam nak good good je kan? :P 
Tak delah . Cerita je kan? Tak salah kan? :P hihii

Apa apa pun chillex. Jangan kecewa dengan hilangnya cinta kekasih yang belum pasti dia memang milik mutlak kita . Bersedih tu hendaklah berpada  Jangan macam nak gila . Apa guna juga nak bersedih dengan sesuatu yang belum pasti . Jika benar dia untuk kita . Pasti dia akan datang balik pada kita kan? :)

Astaghfirullah banyak nau berangan mak cik Farish ni :P 
Oklah . Sambung berehat balik :P 

Jaga diri ya semuaaa . :D

NOTA : Restu dan redha ALLAH ni penting . Tanpa redhaNYA siapalah kita ni di sisi DIA Maha Kuasa :)

NOTA : ALLAH tak akan ambil sesuatu yang kita sayang , tapi ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik . InsyaALLAH . Jangan sedih okay ! :D

Cerita yang entah apa apa mungkin :)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Dah 2 papers berlalu pergi . Tinggal 4 papers menanti . Dan kami menjadi semakin susah hati . Lama pula nak tunggu paper yang selanjutnya . Pergi library pula keadaan tak berapa tenang . Mula mula masuk ingatkan Pasar Borong Selayang . Memang terbaik . Agaknya dah penat brader brader dengan kakak kakak yang jaga Lib tu nak suruh diam . Biasalah melayan budak budak yang semakin meningkat dewasa walaupun dah sedia dewasa . KERAS KEPALA .

Semangat membaca buku Business Law ni mula merundum . Seperti gaya matahari nak terbenam untuk menjemput waktu maghrib sebagai pembuka waktu malam . Mata semakin berat . Belek jam tengok tengok dah pukul 6.30 . Ya Allah cepat benar masa berlalu . Tak sedar pun , masa masa yang sebelum ni saya gunakan untuk buat perkara apa . Sia sia . Kalau fikir pun masa tu dah pergi dan terbang . Jangan harap dapat putarkan balik . Rasa macam nak mulakan balik baca buku LAW ni . Rasa macam nak mulakan balik semua yang saya lalai dan saya tak endahkan .

Balik bilik . Tak ada orang . Masuk hari ni dah dua malam saya tinggal sorang sorang kat bilik . Bagus juga bila fikir fikirkan . Bila study sorang sorang ni best sikit tak adalah pula ada gangguan dan anasir anasir yang boleh menyebabkan hilangnya tumpuan bila nak study ni hehehe . Kalau ada je member member bilik ni ada je benda nak dibualkan . Memang menguji betul . Silap hari bulan mahu tercicir dalam study ni . Haih susah betul macam ni . Sebelum balik tadi pun boleh main kira kira lagi . Malam ni berapa chapter nak dihabiskan . Mengenangkan  paper yang akan datang  ni berderet deretnya menyebabkan kepala makin bingung . Kejap nak baca tu kejap nak baca ni . Susah juga nak hendel situasi situasi macam ni sampai buatkan hidup jadi tak sistematik . Pehh ayat nak bagus je . PANG !

*Sebabnya . Habit students suka buat kerja last minit . Kesimpulannya hanya mampu cakap kat diri sendiri*


PADAN MUKA 


Jangan risau . Sentiasalah cakap dengan diri sendiri. Ada masa lagi ada masa lagi sambil tepuk tepuk dada. Gunakan masa yang ada . Kamon Kamon . Bila kita cakap dengan diri sendiri ni kadang kadang akan naikkan sendiri semangat kita yang macam kat hujung tanduk ni . Tapi janganlah cakap depan orang ramai . Sah lah kene cop orang kurang siuman silap hari bulan kaki korang kat kepala diaorang . Tak pasal pasal bawa gaduh sampai main parang . Aduh .

Bila nak exam ni pula macam macam masalah datang . Tension , duka cita , rasa nak cekik orang , memberontak dan macam macam lagi . Masa tu lah kita gunakan masa dengan enjoy gila gila . Gila punya gila lama lama gila nak jawab exam sebab tak study punya pasal . Itulah kerja GILA namanya . Haha . Maaflah . Nampaknya saya betul betul banyak merapu sekarang ni memandangkan kondisi tak berapa stabil dan amat memerlukan rehat . Dan juga saya perlu lebih tenang selepas ni memandangkan paper yang akan datang ni amat menguji diri dan minda . InsyaALLAH saya cuba yang terbaik di samping doa yang berpanjangan kerana saya tahu ALLAH sentiasa melihat usaha usaha hamba hambaNYA . Dan apa yang kita usahakan itulah yang kita akan dapat :)

Tawakkal adalah sesuatu kesudahan yang baik . InsyaALLAH :)


Ok lah saya nak berehat sekejap . Doakan kami semua .

NOTA : Semakin hari sahabat sahabat semakin syahdu . Saya hanya mampu tersenyum haha

NOTA : CA , LAW dan DA . Baik baik dengan saya tau . Saya sayang awak semua :)

Saturday

Ibu ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Tengah ambil feel jap sambil membiarkan notes notes yang comel serta berwarna warni bersepah sepah di atas meja . Ibu datang dengan membawa satu bungkusan di tangan.

"Adik, nanti tolong hantar lauk dekat wan ya , nanti wan nak makan ubat .."

Selepas itu , 
Tanpa disengajakan sedang ibu meletakkan bungkusan di atas meja study saya tiba tiba..

Jeng je ke jeng je ke jeng ..

Air tertumpah lalu notes saya pun basah kuyup .
Nasib baik air kosong , kalau air milo ke , air kopi ke mahu meraung saya kat situ .

*Haha salah sendiri sebab apa biarkan cawan yang ada air kat situ kan?

saya pun

"Ibuuuuuuu notes adik ... huuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuuuuu"

Dengan pantas saya mengibas ngibas notes tu konon konon dapatlah kering sekelip mata

*Haha salah sendiri siapa suruh notes tu bersepah sepah atas meja kan? PADAN MUKA !

Ibu pun tersengih sengih 

"hehehehehehehehehehe"

Lalu saya pun tersengih jua .

Kasihan tengok ibu terkocoh kocoh ambil tisu dan terus lap notes saya dan juga meja yang habis basah dek air . Lihatlah lihatlah dikau akan kasih sayang seorang ibu itu . Baru air je yang tumpah . Dulu kau muntah kat baju ibu , ibu senyum je . Ibu yang lap kan , ibu yang kemaskan muntah kau tu . Tahu tak Farish? Masa kau sakit ibulah jaga , tahu tak tu Farish sampai ibu tak tidur pun . Kau tahu tak tu ?

Isk isk .

Terima kasih ibu :* muaaah . 

NOTA : Ibu . She is my everything ~

NOTA : Anak paling nakal . Saya lah tu . Anak paling degil . Saya lah tu . Anak paling suka susahkan ibu . Saya lah tu . Tapi ibu tak kisah ^_^

NOTA : hey hey study study apa pandang pandang?



Friday

Tips Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t


Tips sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan:

-Kalau boleh bangun awal . Siapa yang liat sangat bangun awal tu suruh kawan kejut . Kalau tak sedar pun suruh kawan geletek bawah kaki sampai korang ketawa berdekah dekah.

-Kalau boleh lepas subuh jangan tidur sebab masa tu memang masa paling sesuai untuk study .

Bak kata lecturer 
"Kepada sesiapa yang liat nak bangun subuh tu , satu sem yang tak pernah bangun subuh ni nak exam ni bangun bangunlah , solat subuh!" 

keh keh keh

-Pastikan korang semua mandi ingatlah bahawa ketika orang tak mandi ni anda telah membawa masuk anasir anasir yang tidak sepatutnya ke dalam dewan peperiksaan dan menyebabkan sesak nafas yang terlampau. Mandi jangan tak mandi nanti baru ada feel nak jawab paper yea dak?

-Sarapan atau makan pagi . Bukan melantak atau mentedarah . Jangan ambil makanan berat yang bertan tan tu nanti korang mengantuk dalam dewan dan kalau boleh jangan makan terlalu banyak cukup hanya makan sekadar untuk alas perut .  Bahawasanya siapa yang makan terlalu banyak ni dia adalah orang yang malas dan pelupa . Lepas habis final exam ni kau nak makan apa kau makanlah . Restoran restoran tu kau nak telan pun tak apa . Tu namanya lepaskan gian dan dendam . Jangan lupa ajak saya sekali ^_^

-Sebelum tu pastikan kad matrik dan juga slip peperiksaan . Masukkan dalam beg siap siap . Pastikan bawak alat tulis , kalau boleh bawaklah yang belum berbuka dari kotak dia tu , pemadam bawak sekali yang ada enam biji dalam satu peket tu . Liquid paper pastikan jenama ... jenama apa eh? apa apa jelah . Lebih baik tak payah bawak liquid paper tu sebab nanti mesti korang sibuk sibuk nak conteng meja . Alang alang dah conteng meja tu apa salahnya tinggalkan nombor telefon? weh weh vandalisme korang ni .

- Kalau boleh tu bermaaf maafan lah sebelum nak masuk dewan ni . Mana tahu kita ada buat salah dengan orang sama ada kita sedar atau tak minta maaf je . Masa nak exam ni lah kita kene mengalah . Kalau asyik ikut ego masing masing silap hari bulan ilmu tu tak dihalalkan nanti . Kalau boleh jerit satu blok tu

"Aku minta maaf semuaa . Halalkan apa yang kurang dan lebih . Selamat Maju Jaya !!!"

Berwibawa tak orang macam tu?

-Telefon ibu dan ayah . Minta restu dan doa . Jangan laju je telefon pakwe atau makwe . Entah dia ingat atau tak yang korang nak exam hari ni . Kalau dia lupa tu tak payah lah reject je terus . Apa orang macam tu nak dijadikan pakwe dan makwe . Tak bagi semangat dan dorongan langsung . *JAHAT*

-Bila nak mula exam ni kene banyakkan berdiam dari berbicara dan kurangkan ketawa anda yang mengilai ngilai seperti ponti . Nanti terbang ilmu tu mampu ke nak kejar dan tangkap balik . Bye Bye je lah . Kalau boleh banyak banyak kan selawat dan jangan lupa baca surah Al-Insyirah yakni doa ni untuk lapangkan hati kita . Caranya dibaca surahnya itu sambil tu telapak tangan kanan letak kat dada kiri dan tekan . Baca sebanyak tiga kali minta dilapangkan dada kita. Ya saya tahu ramai yang gundah gulana, bersedih berduka cita sebab malam tadi gaduh ngan pakwe atau makwe , selipar kene curi , pensil kene curi , pen terhabis dakwat dan macam macam lagi . Itulah doanya

-Kalau boleh nak exam ni letak masalah kat belakang dulu . Apa apahal kejar exam ni yang penting . Masalah , insyaALLAH ada jalan penyelesaiannya . Rileks dan cool . Lepas final exam korang nak bergaduh dan bercakaran terpulanglah .

Tips bila berada dalam dewan peperiksaan :

-Baca bismillah dan selawat banyak banyak . Cek semua dah ada dalam tangan , slip exam , kad matrik , alat tulis .

-Ambik tempat duduk paling strategik kalau boleh tepi tingkap baru dapat feel tapi tu bergantung pada nasib kalau dapat tempat duduk belakang sekali syok jugak . Barulah luas pemandangan . Masa tulah paling best lihat gelagat sekalian manusia sedang menjawab exam . Mesti sure punya korang senyum sendiri .

-Kalau boleh senyum senyum lah dengan kawan kawan kiri , kanan , depan , belakang . Ucapkan kata kata semangat . Tak salah kalau korang nak cakap dengan gunakan microphone kat depan tu . Barulah namanya tokoh pelajar yang berkeyakinan.

-Kalau boleh fokus apa yang diterangkan oleh ketua pengawas peperiksaan . Jangan buat hal sendiri ingat korang dalam dewan . Sekali kene tegur tak ke korang akan jadi perhatian . Tak apa sekali sekala nak glamour dengan cara macam tu apa salahnya yea dak?

-Kalau boleh bawalah bekalan gula gula tu lebih sikit . Bagilah kawan kawan kalau boleh hulur hulurlah untuk satu dewan tu . Gula gula ni tahan ngantuk . Mana tahu bila makan gula gula ni tiba tiba idea mencurah curah ke ladang gandum ?

-Cek balik betul tak paper yang korang ambil tu sama tak macam jadual hari ni punya exam . Kalau paper LAW pastikan ia adalah paper LAW bukan paper AGAMA ISLAM . Kalau paper INDUSTRIAL RELATIONS pastikan ia adalah paper INDUSTRIAL RELATIONS bukan paper POLITICS & GOVERNMENT.

Tips ketika menjawab exam :

-Jangan tulis terlalu confident sangat sampai bergoyang goyang meja tu korang kerjakan . Ia akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada rakan rakan lain tak pun akan menimbulkan rasa ketakutan kepada mereka mereka yang lain.

-Di saat fon korang tiba tiba berbunyi sebab korang lupa nak silentkan pijak terus fon tu . Dan selepas tu pura pura seperti tak ada apa apa yang berlaku . PERINGATAN . Sebelum nak masuk exam baik tak payah bawak fon letak je kat bilik tak pun sorok dalam almari dan mangga almari tu siap siap.

-Kalau masa tu tiba tiba blur . Tenang . Tarik nafas dalam dalam dan kemudian selawat . Kalau tak boleh jugak jawab soalan lain . Jangan banyak habiskan masa pada soalan yang buatkan korang jadi blur tiba tiba.

-Kalau boleh masa orang tengah jawab exam tak payah nak mengada ngada nak pergi toilet sebab korang mengundang satu dewan untuk memandang korang ke mana korang nak pergi sebenarnya . Dan masa juga dihabiskan di situ juga dengan memandang korang semata mata nak ke tandas.

-Pastikan bila korang nak minta answer booklet lebih, pastikan kawan kawan anda tak nampak. Sebab itu juga akan menimbulkan ketakutan kepada mereka juga. Tapi selalunya nampak jugak .

-Kalau dah habis jawab tu kalau boleh cek dua tiga kali mana tahu ada salah ejaan ke . Apa ke tersalah jawab ke . Kalau dah habis cek, tidur jangan sibuk sibuk main mata dengan makwe atau pakwe sebelah anda . Anda sedang mengundang .

Tips lepas habis jawab exam:

-Dah habis jawab paper tu jangan sampai suka sangat . Kalau boleh jangan terkinja kinja depan dewan peperiksaan . Anda sedang mengundang sebenarnya .

-Kalau boleh jangan discuss . Bila korang discuss last last ada soalan yang korang salah jawab . Korang sendiri akan merana sebenarnya.

-Kalau boleh balik terus, dan percepatkan langkah . Nanti anda akan menjadi perhatian orang ramai untuk diinterview oleh rakan rakan seperjuangan .

-Jangan senyum senyum nanti mesti korang akan diperli

"Weii jangan senyum sangatlah tahulah dapat jawab kan?"

-Apa apa pun sila fokus untuk paper akan datang .Jangan fikirkan sangat paper yang dah dijawab.

Selamat maju jaya .
Ada sesetengah hanya tokok tambah sahaja . Rileks rileks bukan nak bagi korang tension tapi hanya tips dan rekaan semata mata .

USAHA . DOA . TAWAKKAL


Gagal bukan untuk selamanya . Ia adalah peluang untuk kita perbaiki diri sendiri supaya memperoleh yang lebih baik ~

Sekian dari saya .
Tuan punya blog ni

NOTA : SELAMAT MAJU JAYA

NOTA : Syioknya merewang rumah kenduri . Hey study study , apa pandang pandang?

Thursday

Lagu redakan stress masa study

Assalamualaikum w.b.t



Apa salahnya kan sambil study sambil dengar lagu

*walaupun asyik duk ulang banyak kali hehehe

Lain orang lain style study yea dak,
ada orang suka study dalam keadaan yang sunyi sepi 
ada orang suka study sambil dengar lagu
ada orang suka study sambil makan (ada ke?)
ada orang suka study sambil tergolek terlentang lepas tu kroh kroh kroh

Apa apa pun selamat study dan selamat maju jaya .

ni lagunya

Percaya pada luka by Nashrin

Lagu dia best sangat
lirik dia terbaik
sebab tu saya suka
walau ulang banyak kali tetap tak bosan



Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata
Pre-chorus
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
Chorus
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita
Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu
Ulang Pre-chorus
Ulang Chorus

hehehehehehe.

NOTA : Law Law nape awak tak macam Malaysian Legal Principle . T_T rindunya masa part 3 .



Monday

Beribu Sesalan


Gua sebal . Gua sebal macam nih !
Assalamualaikum w.b.t

Beribu sesalan hari ni . Tak ada kene mengena dengan lagu Ning , Jaclyn dengan Shila .
Ni beribu sesalan dari saya sendiri . Sebal gue !

Hari ni kemain lagi test untuk Local Government . Feeling feeling jalan atas jambatan sambil berasak asak dengan manusia manusia yang pergi balik kelas . Macam macam pe'el ada . Dating tu lebih lebih lagi lah . Kalau dating ke kelas tu tak ada masalah lah kalau setakat nak mengada ngada dan bergurau senda bukan masanya dik . Orang lain pun nak pergi kelas juga . Jambatan ni bukan anda berdua yang punya untuk buat tempat bergurau senda kat sini ala ala manja kucing masing masingnya . Dah la jalan lambat -,- . Hadoii . Kan dah tambah dosa je cakap benda ni semua .

Tambah pula kalau ada group yang buat discussion memang kene kat tengah tengah jalan agaknya . Itu yang sememangnya menyebabkan kadar traffic jammed semakin meningkat kat Malaysia ni. Inilah salah satu penyebabnya . Memang macam nampak sangat UiTM ni tak sediakan facilities atau ruang untuk students melepak dan juga berkumpul untuk buat discussion,  kat tengah tengah jalan jugak dia nak berkumpul . Memang kene buat usul ni supaya buat highway LEKAS kat sini supaya lekas sikit nak ke kelas tanpa halangan halangan yang macam ni .

Yang paling syahdu sekali . Sempat lagi tu nak tangkap gambar . Tempat orang lalu lalang jugak yang dia nak ambik port . Aduh kan? Nampak tak macam macam halangan yang saya kene tempuh . Belum lagi bila masa nak mendaki tangga Batu Caves . Tambah tambah pula yang lambat lambat naik tu , yang feeling feeling main mesej sambil naik tangga tu lagi menyebabkan satu masalah. Ada jugak yang naik usul buat escalator kat sini . Tak pun naikkan papan tanda

" Para pelajar yang dihormati sekalian , dilarang sekali untuk berbual, bermain telefon bimbit mahupun jalan begitu lambat menaiki tangga , ingatlah tangga ini untuk semua ,  semua untuk tangga ni . Bukan awak sorang je yang nak pergi kelas "

whoa .. berani nak buat macam tu ? :P

Jam menunjukkan lagi 15 minit kuliah nak mula . Sampai Dewan Kuliah pukul 2.20 ok lah tu . Kuliah mula pun pukul 2.35 macam tu . Sampai sampai masing masing duk sibuk baca buku . Huu takut takut . Kalau masuk Dewan Peperiksaan jangan harap kau nak macam ni . Yang sebalnya ada yang masih rileks rileks lagi dan boleh buat lawak . Ni mesti dah tahu soalan bocor ni . Dah buat malam tadi lah tu . Superb . Tak nak pulak dia kongsi kan? haha :P

Test tadi Alhamdulillah ok KOT (?). hehe !

Yang menyebabkan kesebalan yang begitu meninggi adalah apabila ada satu soalan tu menyebabkan saya terfikir panjang dan boleh termenung . Padahal jawapan jawapan pendek dah siap buat dash dash lagi kat tepi soalan tu . Saya tak tahu apa yang saya menungkan . Inilah sebabnya . Banyak menung habis masa kat situ je . Shengal la kau ni Farish . Habis habis buat je . Masing masing kelam kabut nak hantar , nak balik . Mengada ngada macam budak tadika cubalah lagak sikit macam pelajar U haha :P *Ala yang cakap ni pun sama je .

Tengah tengah dalam perjalanan nak pergi ke pasau malam...

Syed : " Guys, jawab soalan berapa? "

Syed , Roro dan Zul : " 3 HAHA " 

*kecuali saya pelik apesal diaorang suka sangat dengan soalan nombor 3 . Nampaknya saya sorang je melencong jauh jawab soalan lain .

Syed : " Haha tak sangka kan soalan tu keluar bestnyaa !"

Zul : " Haah tak expect pun selamatlah. "

Farish : " Kauorang apa kena ni? Jawab apa? "

Syed : " Kau lambatlah Farish kitaorang siap buat discussion lagi pasal soalan 3 tadi , sebijik gila soalan dia!"

Roro : *Dia memang tukang sengih memanjang*

Farish : " Oklah macam ni kawan , tak nak bagitahu kan? Blah lah ... "

Konon konon merajuk . Sikit bengang la jugak . MasyaALLAH sensitipnya .Ni belum final exam lagi . 

Zul : " Alah Farish , tak expect pun benda ni keluar "

Syed : " Chaihh! Yang kau jawab sampai tiga helai kertas tu apa benda ? "

Cis dia ungkit , apa den jawab kat kertas LG tadi . Masa IR pun dah kene perli dengan dia . Dah la saya orang paling last hantar kertas jawapan IR . Tak boleh panjang sikit tulis kene perli tak boleh lebih sikit kertas dah kene perli . Adoi angry birds betul haha 

Saya : " Kalau kau bagitahu awal awal benda tu tak jadi hal pun yea dak? "

Haa ambik kau . Haha . Feeling punya pasal sampai terguris rasa hati yang mulus ni . 

Moral of the story is . 

Kalau rasa rasa soalan tu keluar untuk test ke , kuiz ke , final ke pakat pakatlah kongsi . Alang alang nak berjaya biar sama sama ye dak haha .

Ok lah nak makan

NOTA : Kita tutup buku lama , kita buka buku baru.

NOTA : Tabah dan redha itu kunci utama , cinta tak ke mana . Biar ia yang cari kita .

NOTA : Tak suka bila kene edit post balik sebab kesalahan bahasa haha . Moral of the story is , pastikan jangan excited sangat bila nak post ok? haha 

Sunday

Campur aduk


Haha akak sebelah tu buat lawak lah . Suka kita tengok dia . Kita sukaa kikiki 

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah rasa tak update blog ni. Kalau blog dulu kemain update macam update status kat FB lah kononnya T_T . Jari jemari ni sekarang macam malas je nak naip sketsa sketsa cerita yang panjang lebau walau banyak benda yang jadi sejak kebelakangan ni rasanya biarlah tuan punya belog ni je yang tahu :P ( shengal baik tak payah update cani )

Dah berapa hari hujan T_T tapi tak setanding hujan di hati ni yang belum belum surut lagi nape nape? *tiba tiba* tak de kene mengena pun. Memang feel betul hujan turun kalau bawak tidur ni mahu tak sedar sampai ke maghrib agaknya. Nasib baik mata ni baik . Duk sibuk menyiapkan kerja gunting sana lekat sini , gunting sini lekat sana. Taip sini , taip sana. Makan minum entah ke mana . Ceceh~

Study LG pun mata macam rasa nak terkeluar . Adui . Sejak kebelakangan ni banyak rehat je . Kesihatan tak menentu . Sedih rasa. Study pun macam apa je . Aduh tak boleh lah macam ni . Nanti satu benda pun tak jalan . Final just around da corner je . Nanti terlebih lap kat corner tak ke susah? diri sendiri yang cedera parah sebab diri sendiri jugak yang mengundang padah . Padan muka padan muka .

Study week dah nak dekat niat memang tak nak balik . Duk umah bukan belajau nau . Duk sibuk melepaskan gian melepak lepak kat rumah . Kalau baca buku pun . Aca aca je duk baca , kalau bosan kepala dah berat mula on TV cari info cerita apa best malam ni . Kalau dapat cerita hantu syok jugak . Jerit jerit, terkejut terkejut, main sorok sorok muka dengan bantal , main tutup tutup mata dengan tangan sambil sambil tu intai intai kat celah jari alang alang hantu tu nak dekat sampai dengan background music yang terlalu seram nak mamfus barulah tutup mata sambil mulut tu cakap "FUH FUH FUH ! Antu tu dah datang ke belum , sound effek dia kemain lagi ni , dah dekat eh ? ha ? ha? "

Huiyoo feel gila .

Dapat pulak cerita cinta yang leleh leleh air mata , cerita cerita melayu yang memang dramatik memang habis layan. Itulah budak UiTM yang memang gayat kalau balik rumah . Bukan nak kata UiTM daif tak de TV pun nak beli tapi kitaorang ni pemalas nak turun bilik TV tapi jangan ingat kami ni macam KATAK BAWAH TEMPURUNG , tapi kami ni KATAK DI BAWAH GELAS KACA :P . Apa guna internet dan juga surat khabar yang ada kan? Ni asek fesbuk je benda apa yang jadi kat negara sendiri pun kita tak tahu ye dak? *terasanya kitaaaa T_T

Kisah semalam perkara paling menyedihkan adalah .... tak dapat makan untuk Majlis Hari Raya pra-graduation anjuran  UiTM kat A Famosa Resort . Penat penat pakai baju raya siap siap semua last last tak dapat makan pun datang je terus duduk kat meja yang kosong tanpa makanan T_T . Akhi Farid terus ajak pergi KLIA . Belum panas pun kerusi tu kene duduk dah kene pergi dari situ . Menu yang mengiurkan hanya dalam angan angan . Minuman yang diidamkan hanya dalam ingatan . Malas rasa nak angkat call dan reply mesej sebab tahu, mesti kawan kawan lain marah sebab datang kejap lepas tu tiba tiba terus balik. Tak apalah dah dapat tangkap gambar sama sama tu kira ok lah kan? T_T

Terbayang-bayang di mata senarai menu yang begitu mengiurkan ~ arghh!

Dalam kereta hanya diam . Perut rasa memang lapar . Mata rasa sangat berat . Pagi pagi lepas subuh bersiap siap . Letih malam semalam pun tak hilang sebab event MPG kat tempat yang sama jugak . Hehe maknanya ada jugak lah makan makan untuk event MPG malam semalam tu tapi tak makan banyak mana pun nasi cuma lalu 3 suap je selebihnya hanya makan buah . Tak tahu kenapa perut tiba tiba mengada ngada T_T orang datang nak makan sedap wuwu ~ . Tapi menu Sambutan Hari Raya ni lagi sedap kot dari semalam . Wawa jangan cakap dah jangan cakap dah . sia sia ~

"Akhi , lapar .."

"Nanti kita makan ya?"

Nanti , nanti dan nanti lama lama tertidur . Malas nak singgah mana mana, akhi duk sibuk pikir pikir nak makan kat mana last last saya beli cekedis dengan air je makan dalam keta T_T sedih tak sedih tak ? sebab perut lapar sangat yea lah gatal makan 3 suap je malam tadi haha .

Akhi : " Sorry la yaa, tak dapat makan kat resort tadi terus bawak gi KLIA "

Saya : ****diam sambil makan cekedis****

Dalam hati dah nangis nangis , rasa nak cekup je bantal kat muka n jerit kuat kuat , rasa macam nak suruh je hantar balik kat resort tu biar Akhi Farid pergi sorang sorang T_T

Astaghfirullah

Membalas dendam dengan pergi rumah lecturer yang buat open haus . Masa tu siap makan macam macam lagi . Hee buruknya lah perangai kan? Laksa terengganu fes time makan rasa memang superb ! Tak cukup dengan tu makan pulak pizza . Waa sempat lagi belajar macam mana nak masak laksa terengganu. Rupanya rasa dia memang lain . Kalau nak makan laksa terengganu ni pekena dengan kerabu sayur ni lagi pehh sedap majnun! Tapi maaflah yea saya tak sertakan gambar dalam ni sebab niat nak beraya dan datang makan bukan nak bergambar ceceh ~

Pergi pulak rumah sir yang mengajar masa part 1 yang dulu berstatuskan bujang sekarang dah berkahwin dan mempunyai seorang anak haha :P melepas uolls ! Comelnyaa baby sir . Tahniah ! Alhamdulillah :D
Sedapnya kek sarawak dengan mee sarawak dan mihun sup huu T_T . Aduh memang leleh lah makan . Hee nampak tak banyaknya saya makan sebab balas dendam punya pasal haha xD *tenenewwww . Balik jalan kaki haha :P

Apa apa pun hari ni memang best . Eh esok students degree nak masuk balik eh? Sedar sedar lah brader n sistah , Rumah kata pergi UiTM kata mari haha :P Padan muka sudah sudahlah cuti 4 bulan lamanya kini tiba masanya nak proseskan balik otak yang sekian lama membeku haha :P *Jangan maree

Kami dah nak cuti :P hihi! . Amaran sila pusingkan laptop anda jika ada rasa sakit hati di sini :P

Apa apa pun all the best semuaa !

Fighting!

NOTA : Di hati ini hanya Tuhan Yang Tahu huuuuuuuu ~

NOTA : Hati hati balik ^_^