Friday

Menceceh 5x

Assalamualaikum w.b.t

Apabila terpampang sudah nama saya di blog seorang kakak .
Mata mula mencerlung .
Mencari cari idea .
Jawapan apa yang best untuk kelentong.

:)) tenenew

Ok tak baik menipu

Bak kata saya masa tadika dulu dulu yang menyebabkan kawan kawan seangkatan semua terdiam seribu bahasa . Hanya kerana perkataan NERAKA . Mampu bawa macam macam rasa .

"Tak baik tipu , kalau tipu dosa , bila dosa masuk neraka !"

GULP!

Kecik kecik dulu pandai cakap , bila dah dewasa dan pandai fikir . Perangai makin menjadi jadi . Masya-ALLAH .

Ok teruskan sesi soal jawab .
Soalan cepu perak ni boleh bawak gaduh sebenarnya .
Tapi ada sesetengah part boleh buat hati berdebar debar hehe .

Soalan soalannya .

1. Sila describe diri kamu dalam satu perkataan.
Biasa


2. Kalau diberi pilihan, negara mana kamu mahu duduk?WHY?
Malaysia oh Tanah Airku .

3. Zaman umur berapa tahun 1st crush kamu? Pernah confess kat orang tu tak? cuba cerita sikit =)
Pasal soalan cinta cinta ni wajib tanya ke?
Minta maaf , malas rasanya nak ingat kisah lama :)
Pffffft

4. Apa perkara yang paling kamu ingat dalam hidup?(x kisah la baik ke buruk)
Out of sudden , satu hari balik dari rumah kawan naik motor tengok sorang atuk tengah mengerang sakit kat tepi jalan . Kebetulan memang kamcing dengan atuk tu sebab balik sekolah je mesti kene singgah kedai atuk dan bual bual dengar cerita cerita atuk . Tengok tangan atuk berdarah dan kedai atuk bersepah . Kebetulan masa tu tengah panik tak tahu dengan siapa nak mintak tolong . Atuk cakap pencuri tu baru lari . Saya dengan berani dengan tiba tiba tanpa dirancang terus kejar naik motor . Saya geram dan terus pecut dengan kelajuan yang tak disedari berapa . Tapi gagal . Pencuri tu lagi cekap . Balik terus report kat ayah . Nasib baik ada ayah :) . Semestinya ibu bising . "Kenapa berani sangat kejar orang tu , kalaulah orang tu ada pistol ke , parang ke macam mana? kenapa tak balik terus bagitahu ayah?" . Sengih sengih lah jawapannya .

5. Agak2 kamu start berjalan umo berapa tahun?(jalan pendek dan jalan panjang--->hah?)
Ya ALLAH memang tak ingat . Haha :">


6. Nak jugak tahu family kamu besar ke kecil? sila perkenalkan.
Ayah - Zainal Abidin Bin Muhayat
Ibu - Hamisah Bt Abdul Hamid
Abang - Mohd Faiz Ahlami
Saya - Noor Farizahani 
Kakak ipar - Roziah Bt Che Ani
Anak buah - Muhammad Wafi Bin Mohd Faiz Ahlami


Adik beradik saya tak ramai mana pun . Dua kerat je . Teringin juga lah kan nak adik beradik ramai . Tapi ni yang ALLAH bagi ibu dan ayah saya . Mungkin ada hikmah . Dulu ibu jaga 8 orang adik di bawah beliau .  Kasihan ibu kalau ada anak yang ramai sekarang ni . Nak layan kerenah dua orang ni pun ibu dan ayah pening kepala :)


7. Benda paling pelik di dunia ni yang kamu pernah tengok?
Ada satu haiwan ni . Saya tak ingat . Jap jap dia sejenis ikan tapi memang rupa dia sangat sangat pelik . Tapi yang pelik tu lah tanda tanda kebesaran ALLAH Yang Maha Agung kan? Walau dia pelik tapi comel kot . kehkeh

8. Saya ini siapa bagi kamu? Macam mana ye kita jumpa?
Kak Pini kakak saya . Yang tag saya ni kakak Pini . Saya jumpa kakak pini sebab kita satu UiTM dan saya masuk komander , terus rapat dengan kakak Pini . Terima kasih jaga gaga masa gaga sakit , teman gaga pergi jumpa doktor . Lebiu kakak :)

9. Quote yang kamu pegang dan dari mana asalnya?
Cool ! Cool ! 
Saya rasa semua orang mesti akan cakap benda ni dalam semua situasi tak kiralah dia tengah sakit hati ke , geram ke , happy ke , apa ke . 

10. Siapa orang femes yang kamu pernah jumpa?
Entah lah . Tak tahu nak describe orang tu famous tang mana . Walaupun beliau artis sekalipun , Perdana Menteri ke atau apa apa sahaja . Dia tetap manusia biasa . 


11. Hadiah birthday paling best yang kamu pernah dapat?
Ibu bagi diari dan diari tu ibu siap kiss . Ada kesan lipstik lagi . 


Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

"Ibu sayang anak anak ibu.."

haa yang ni lah pantun ibu tulis kat muka surat belakang sekali diari tu :)

Ok kakak pini . Gaga dah selesai menjawab . Terima kasih sebab tag . Hihi

NOTA : Yeay esok badminton