Tuesday

;(

Assalamualaikum w.b.t

Masing masing peMALAS nak pergi kelas . Mementang cuti 3 hari . Lulz . Cakap orang padahal aku pun macam tu jugak . Macam tak dapat terima kenyataan yang kelas ada hari ni . Arghh makan budak ! makan budak !

Ok setiap kali aku pergi kelas setiap kali tu jugak aku memikirkan keadaan aku bila nak mendaki tangga batu caves tersebut . Lepas tu daki pulak tangga nak ke kelas sampai tingkat 4 . Arghhh makan ayam ! makan ayam ! . Ya lah kaki aku ni dah la dua dua problem . Sedih tau mengenangkan kembali kecekapan aku menaiki tangga suatu ketika dahulu masa di Melaka T________T .

Sakit kay aku tak tipu . Lepas je masuk kelas kaki aku akan menggigil2 .Badan ofkos macam baru lepas marathon tanpa henti yee . Ok hari ni kisahnya kelas aku mula 10.30 pagi sampai lah pukul 6.00 petang . Kelas pertama kelas bahasa Arab . Wahaha punya kemain aku semangat naik tangga walau kaki dah mula berdenyut . Dengan berpeluhnya kitaorang semua dalam kelas last2 lecturer tak masuk ! . Ok begitu juga kelas seterusnya .

Bayangkanlah macam mana perasaan kitaorang yang merangkak naik tangga terakhir sebab penat .Berpeluh peluh sampaikan boleh perah yee . Last last habuk pun tarak

*Tolak meja , baling kerusi , tendang pintu*

Dan terus aku pergi makan dengan perasaan kecewa dan marah ;(

Saturday

:D

Assalamualaikum w.b.t

Okay balik rumah tak buat apa kerjanya baking sahaja . Oven kat rumah tu hanya akan panas kalau aku ada kat rumah . (Y) ! .

Kebetulan hari ni aku nak ke rumah mak cik kat Perak . Bawa ibu dah lama sangat nak jumpa makcik sebab makcik tak balik raya tahun ni T_T . So alang alang aku nak ke rumah makcik aku ingat nak buat lah sikit manisan . Takkan nak melenggang lenggang je . So aku decide nak buat kek gula hangus . Cubaan kali pertama itupun aku campur adukkan resepi member aku dengan ibu . Mula mula bertekak la dengan ibu , sebab resepi ni cakap cemni cemni , ibu pulak cakap cemni cemni . So me just follow the seniority kehkeeh . Mengenangkan ibu punya resepi gaya veteran so aku gunalah resepi ibu . Itu pun sebab aku nak belajar buat kuih tradisional pulak ;)

Ibu tukang hanguskan gula je selebihnya aku buat sebab ibu masa tu takde kerja so ibu nak tolong hanguskan gula . Wah first time buat kek gula hangus lagipun ni kek kegemaran arwah atuk dan arwah nenek T_T . Emm sedihhh . Kalaulah arwah atuk dan nenek masih ada kan ?

Ibu saja menakut nakutkan aku bila mana dia kata kek aku tak naik naik . Aku dah gelabah semacam kejap kejap bertenggek tenggek kat depan oven menung tengok kek aku tu . Berdoalah banyak banyak dalam hati . Ibu hanya gelakkan aku je haruuuu kejap . Aku yakinkan diri dengan berkata

"For sure kek adik cantik , gebu dan sedapppp!"

Bila dah masak , aaa Alhamdulillah menjadi juga akhirnya ;D
Ibu kata sedaapppp !

Cubaan kali pertama memuaskan . Mak cik kata pun sedap and gebuuuuu :D oh myy sukanya tengok dia makan :D

Tak ketinggalan sempat juga aku buatkan kek batik untuk sepupu ;) Alhamdulillah aku puas hati heewheww


:)

:|

Assalamualaikum w.b.t

Oh yeah orang lain sibuk sibuk pergi dengar ceramah dekan untuk fakulti FSPPP , aku pulak slumber balik rumah melepak melepaskan angin renduuuuu . Aww :p

Cuma aku nak cerita sikit lah . Cerita ni lain dari yang lain la jugak . Itu malam , Khamis malam Jumaat , Kolej Melati yakni asrama yang aku nginap sekarang buat Malam Tautan Kasih . Kiranya nak menyambut kedatangan penghuni baru lah macam tu . As usual aku memang tak suka pergi benda alah ni tapi aku berazam untuk datang jugak untuk mana aktiviti2 belok . Bukan apa , yalah aku sebenarnya tak nak lah duduk rumah sewa kalau boleh aku nak elakkan la sebenarnya kau tahukan kenapa ? Aku bukanlah anak datuk yakni anak orang kaya yang mampu menampung kos hidup yang tinggi kat sini . Tapi kalau dah tercampak jugak aku untuk duduk kat luar aku nak buat lagu mana lagi . Hmm . Kenelah redha janji niat aku nak menuntut ilmu kerana ALLAH . Ok aku tahu aku sibuk sibuk pulak cerita benda lain . Aku nak bagitahu ini je

Kau tahu tak aku paling suka bila tengok montaj yang kreatif kreatif tak kira la mana mana pun . Montaj yang aku boleh terima bila mana lagu dan gambarnya sesuai itu aku boleh accept dan aku akan tepuk tangan gila gila tanda aku salute montaj macam tu . Orang kata biar montaj yang kita buat kene tempat dan kene tema .

Tapi cuma aku agak sedih plus marah bila mana montaj yang kakak kakak Kolej Melati buat untuk menunjukkan bahawa kolej kami memenangi macam macam anugerah . Gambar peace2 , sengih sengih , lentok sana lentok sini , lefchuu sana lefchuu sini mana menang anugerahnya ? Lepas tu apehal kau letak background music lagu

"IT'S A FINAL COUNTDOWN !!"

Member aku cakap memang tak kena langsung dan terus aku tak nak tengok lalu aku main game kat fon kawan aku . Game monyet terbang terbang letupkan belon . Kalau lagu final countdown tu letak sebagai background music untuk game yang aku main ni lagi sesuai KOT (?) . K

Aku jawab cemni je : " Tu montaj express namanya " . 

Bila nak habis majlis kami dikehendaki untuk menyanyikan lagu kolej . Penyanyinya macam ainan tasneem je suara dia . Lagu nak comel la macam tu . Aku terus bisik kat member sebelah .

Aku : "Alangkah bagusnya dia letak lagu ni untuk montaj tadi ?" Yalah gambar cecomel mestilah letak lagu cecomell kan ?

Lepastu aku update kat twitter 

"Lain kali kalau nak buat montaj pastikan gambar bersesuaian dengan lagu yee T_T "

Baik aku layan lagu ni 

Montaj dia pun boleh tahan ! 


(Y) !

Friday

Rombakan

Assalamualaikum w.b.t

Gewamnyew titew . Titew ghasew macam nak tampau tampau jewww . Ewww titeww gewam niw .

Tahu tak ?

Tahu tak ?

Tahu tak ?

Kring Kring Kring * new BBM
Pehh nak BBM jeww 

"Weh , jadual kene rombak ! Rasa macam nak jerit jeeee !!"

Cemtulah bunyik kawan aku send BBM .

Dan aku

What ?
what ?
what ?
why ?
what ?

*ok sila cari perkataan tersembunyi dalam masa setengah saat* teeettttt gegel !

Ok usaha gegeh aku menghupdate kisah aku bersungguh sungguh susun jadual sampai pening pening lalat dan mabuk mabuk laut amatlah tidak berbaloi sama sekali . Dan teramatlah tidak berbaloi apabila beriya sakan aku menyusun jadual kemain cantik lalu terus dirombaknya semua . Apa perasaan aku kalau ditanya ?

....

....

....

....

"Kau ada liter dengan minyak petrol tak ?"



....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

Takdak mood . Terus tidur . Zzzzzz .

Thursday

Course Registration

Assalamualaikum w.b.t

SEDIH 

SEDIH

SEDIH 




"Hangpa jangan cuba nak cakap apa apa dengan aku , aku tengah fokus ni daftar kos , nampak serabutnya rambut aku nih?"

Tahu tak , perkara paling aku tak suka adalah apabila menyusun jadual yang kelasnya berterabur sebab berebut dengan member member lain bila tang aku nak pi daftar tiba tiba 

Total Maximum = Total Current 

Kenapa hangpa tak bukak lebih sikit kuota untuk satu kelas ?
Tahu dak , ramainya tak boleh masuk kelaih feveret depa ?

Dan tahu tak aku tak boleh nak selitkan kelas untuk third language dan tahu tak kelas tu kelas Bahasa Arab? 
Dan di sebabkan subjek lain dan lain juga kelaihnya menyebabkan aku tak boleh masuk mana mana kelas third language? 

Mandarin = Penuh
French = Nt available for FSPPP
Germany = Not available for FSPPP
Jepung * Jepun = walaupun ada tapi aku memang tak nak ambik . Arghh aku bencik jepuk dengan koreank . 
Korea = Diam ah . Fuh nasib memang tak ada pun dan tak available untuk FSPPP
Itali = Not available
Thailand = Not available
Arab = Penuh 

CLASH . Eihhh perkataan paling aku tak suka bila mana nak register course tiba tiba pop out 
"Maaf subjek blablabla bertindih dengan blablabla.." 

Hangpa yang sibuk sibuk pi tukaq subjek lain pi kelaih lain pasaipa ? Hangpa tahu dak hangpa dah menyusahkan aku dengan kawankawan lain ? Hangpa tahu dak ? 

8 SUBJEK aku amek masa degree ni . Tercekik sat .

*nangis nangis*

Sampai la ni aku tinggai third language nak pi sumbat mana . Tadi duk berguling sakan , termenung jauh sampai la kat Nepal sana , urut kepala yang tak berapa nak pening , duk minum ayaq acap kali dah ni . 

Aku dah tekad ni .

..

..

..

..

..

..

..

..

Seriously tekad gila gila punya !

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Aku tekad nak pi tengok movie lepaih tu aku pakat pi tidoq . Bismillahirrahmanirrahim . Bismikallahumma ahya wa amut . Ash hadualla ilahaillallah , waash hadu annamuhammadarrasulullah .

ZZZ

Tuesday

:'D

Assalamualaikum w.b.t

Guess? Ye semua budak bilik dah tidur . Sekarang jam 2.12 pagi . Aku ? Membelek blog tak habis habis . Ada je benda aku nak ceghita . Hari demi hari bahagianya duduk sini Alhamdulillah . Cuma air muka akan berubah bila mana tiba masanya untuk ke fakulti mula kuliah macam biasa dan menaiki tangga yang tinggi humang aih yang luar biasa tu . Setiap kali aku naik tangga aku akan bermonolog sendiri .

"Ahhh bestnya kalau ada magic , boleh la aku tukarkan tangga ni kepada escalator . Oh alangkah berjasanya aku pada UiTM" .

Dari semalam ke la ni aku asyik cerita pasal tangga . Ya lah nak menapak ke kelas memang lah agak jauh sikit . Jauhnya bukan apa nak kene menapak 3 tangga tertinggi kat sini . *Tepuk Tangan* . Memang betullah dikatakan usaha tangga kejayaan . Masa diploma dulu adalah juga sesi panjat memanjat ni tapi kali ni memang betul betul buat aku rasa macam nak merangkak masuk ke pintu kelas sebab penat sangat . Dan duduk sini semuanya kene buat sendiri dan semuanya kene belajar sendiri . *Tampar pipi* . Padan muka sebab masa diploma manja sangat . Semua dah tersedia tinggal nak masuk dan belajar . Sekali hamekau dah terjun je ijazah ni semua kene buat sendiri . Dan lecturer tak de dah nak sediakan slides dan notes . Kauorang catat dan catit lah apa yang keluar kat mulut lecturer tu . Slides dan notes usaha sendiri macam mana nak dapat . Dan lecturer tak akan masuk selalu kelas yee harap maklum . Tapi itulah yang bestkan hahaha . NO .

Aku ni sekarang dah tak boleh letih . Nanti aku akan rasa nak pitam . Nak berdiri lama lama lagilah . Sedihnya rasa hati tapi aku kene jugak gagahkan diri . Sakit bukan penghalang . InsyaALLAH , ada orang lagi teruk sakitnya tapi boleh je diaorang survive dan berjuang saat saat akhir . Air 100 plus mesti kene ada itu je ubat . Masa hari pendaftaran tu yang buatkan aku rasa macam nak tumbang and balik je lemah longlai sangat sampai kawan aku pun risau siap dia yang papahkan bawak ke bilik dia :'( . Aku pun tak sangka aku boleh jadi macam ni sekali . InsyaALLAH , diri sendiri kene kuat kalau tak kuat macam mana lah nak sihat kan ? .

Sebenarnya banyak benda aku kene habiskan jugak , tak nak dah tangguh tangguh . Tadi pun pening pening susun jadual dengan kawan . Kelas mana nak masuk , subjek apa nak tukar . Nasib baik terus lompat ke sem 3 pheewww semoga perjalanan lebih selamat kali ni insyaALLAH Ameen Ya Rabb . Alhamdulillah syukur , dapat kawankawan sebilik yang sama kepala . Nak tahu ? Baru je sehari kitaorang duduk bersama bilik kami yang paling kecoh dan riuh rendah sampai ada yang pelik . Baru jumpa dah riuh macam tu sekali ? Haha well , kawankawan sebilik semua hebat hebat tahu , sorang ni akaun , sorang ni sains forensik , sorang ni sains actuary ( bekas roomate kat Melaka dulu hewhew :p ) . Diaorang minggu ni kene pergi kelas ? Aku je duduk bilik goyang kaki :p sebab minggu ni kami boleh skip kelas yee :p ahhhhhh heaven nyewwww :p

Minggu depan , kuliah dah start dah . Dan yang pasti fizikal dan mental kene get ready jugak . Hati kene terang minda kene bukak niat kene padu insyaALLAH semuanya akan OKAY (Y) ! . Mohon doa :)


ini lah usaha tangga kejayaan ke fakulti aku tu nampak macam biasa 
jom naik (?)

hihihi *mengilai*


Orang kata tak nak penat kira satu satu tangga tu . *Ah takde kerja aku*



Ok sekian mokaseh :)

Monday

haaaa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Aku baru separuh melangkah ke dalam kehidupan yang lebih mencabar . Sampai je kat sini aku macam rasa entah apa apa . Teruja , sedih , takut , tertekan , lapar (?) eh silap dan macam macam lagi . Lagi satu aku tertekan adalah melihatkan tangga ke fakulti humang aih macam tangga batu caves . Dah la duduk rumah tak ada buat exercise apa apa , badan dah macam belon , semuanya rasa berat . Sampai kat pertengahan batu caves tu aku dah termengah mengah .

"Farish kau boleh Farish , Komander mesti boleh !"

Amende wehh aku dah pencen tak ada kene mengena dah . Aduh menitis ayaq mata dalam perut . Semalam yang agak penat sebenarnya sesi pendaftaran yang agak kelam kelibut . Beratur panjang panjang macam nak beli tiket wayang dan popcorn . Alhamdulillah . Semua berjalan dengan soft n smooth sekali . Walaupun berpeluh peluh , terkocoh kocoh , akhirnya settled ! . Phewww . Ni tinggal nak bayau yuran asrama , buat course registration ( hari jumaat baru boleh daftar yeee , ceh ) , hantar borang kesihatan kat klinik kesihatan . Sekian wasalam . Teheheh

Firstly , aku tekad untuk tak main main lagi sebab aku kene sedar diri sikit aku bukan budak kecik aku dah 21 tahun yee . Dah masuk degree life dah mana boleh main main lagi dan malas malas lagi . Aku tekad juga aku tak nak aktif mana mana badan uniform dah kalau ada aktiviti2 blok dan persatuan insyaALLAH aku pergilah juga . Dan untuk ucapan diri sendiri .

Selamat maju jaya dunia akhirat . ALLAH ada bersama . Dan aku kene bersama DIA dalam menuntut ilmu kali ni .

"Ya ALLAH berila kami kekuatan dan kesabaran untuk menempuh cabaran kali ni . Semoga ilmu yang kami tuntut ini diberkatiMu . Ameen Ya Rabb " :)

Got to go :)

sekian mokasehhh

Saturday

Oreo cheese cake !

Assalamualaikum w.b.t

Orang lain sibuk mengemas baju semua . Sibuk check balik borang borang yang kene bawak . Aku ? Aku buat apa ?

Tadaaaaa !


Oreo Cheese Cake

Arghh aku agak frust la sebab aku lambat tutup dengan tudung periuk so jadi kekuningan sikit . Phewww naseb tak merekah . Hehe . Alhamdulillah . Sedap :D

Nahh resepi 

Untuk base bawah tu :

30 keping oreo ( dibuang krim tengahnya ) 
1/4 butter dicairkan

Untuk kek dia :

500gm cream cheese 
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar perahan lemon
1/2 gula pasir halus
1/2 yoghurt asli 
1/2 cawan oreo yang dicincang conceng :p

Camne nak buat dia ni haaaa dia :

Untuk base mula mula korang kisar oreo tu lepas tu masukkan butter yang korang dah cairkan tu lepas tu masukkan kat dalam dulang yang dah disapu majerin tu yee tu yee . Tepekkan lepas tu masuk dalam peti ais kasi sejuk kejap .

Sementara nak kasi base tu sejuk , baik korang panaskan oven dulu . Suhu kasi 170 darjah . Panaskanlah dalam 10 minit ke . Alang alang tu teruslah buat bahan bahan kek tu . Masukkan semuanya telur , creamcheese , gula , esen vanilla , yoghurt n lemon dalam mixer lepas tu kacau lah dengan kelajuan sederhana . Dalam 3 ke 4 speed . Bila tengok adunan dah sebati , agak agak cantik dipandang so masukkan oreo yang dicincang tadi . 

Keluarkanlah loyang yang korang buat base tadi agak agak dah mampat so masukkan adunan kek tu . Ratakan so kalau korang nak letak biskut oreo cam aku buat ni letak laa . Kalau tak nak pun takpee T___T tsskk tsskkk . 

Ok sebelum nak membakau aku gunakan steam bath punya style . Firstly dalam oven tu paling bawah ada loyang empat segi yang besar tu kan ? Masukkan air panas yang baru dimasak ye jangan air sejuk harap maklum . Lepas tu letak la jaring kat atasnya . Sebelum nak bakau kek tu balut lah loyang tu dengan aluminium foil untuk mengelakkan percikan air masuk ke dalamnya . Dah agak agak cantik balut tu bakau lahh kek tu . Suhu 170 masa 1 jam .

Untuk mengelakkan kek merekah dan kekuningan macam aku ni T_______T diam ah ! Dah 40- 45 minit agak agak kek tu nak masak tutup kek tu dengan tudung periuk atau tutup dengan aluminium foil . Lepas tu dah cukup satu jam biarkan kek tu dalam oven bukak pintu oven tu sikit bagi wap panas keluar . Agak agak dah 15 minit tu masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan selama 4-5 jam yeee atau nak semalaman pun boleh :)

Sekian , mokaseh :D


Tuesday

^_^

Assalamualaikum w.b.t

ALHAMDULILLAH apabila berada di comfort zone ni sememangnya membuatkan aku lebih lebih selesa dua kali ganda :D

No pain , No cry . InsyaALLAH .

Sebab aku sentiasa berpesan dengan diri sendiri menggunakan pesanan taja oleh IBU . Apa pesanan tu biar aku je yang tahu . Sesungguhnya aku amat merasa malu dengan diri sendiri . Apa perlu aku tunggu tunggu untuk sesuatu yang tak pasti . Untuk apa aku puja dengan sesuatu yang belum tentu untuk aku . Untuk apa aku kecewa dengan orang yang tak pandai nak menghargai . Life is so fun sebenarnya . Kelakar bagi aku . Seolah olah apa yang telah kita lakukan akan dipantul semula untuk kita berfikir panjang masa tu lah rasa ..

"Alahai bodohnya aku , apesal la aku buat macam tu kan ? Apesal lah aku percaya bla bla bla ? Apesal la aku beriya iya sangat bla bla bla.."

Lepas tu jadi menyampah kat diri sendiri pun ada jugak . Terfeeling lebih . Bila sedih sikit update twitter , update Facebook , update Belog . Wuwuwuw . Aku teringat blog aku yang lama apa khabarlah agaknya tapi aku dah delete sebab bagi aku entah apa apa je . Aku banyak meluahkan rasa kecewa dan sedih serta sakit hati kat Facebook hanya kerana seorang Jejakewww . Sedangkan ALLAH sentiasa ready je nak tunggu kita luahkan kat DIA T_T .


Tehehe ni dari kak Dyra yang ohsemm :) 

Percaya tak ? Kita gagah hingga ke hari ni sebab doa dan usaha kita sendiri untuk melupakan ? Sila percaya dan aku amat bersyukur sekali sebenarnya . Alhamdulillah . Moga aku berterusan macam ni insyaALLAH . Siapa yang tak suka kan ? Tapi jangan beriya iya sangat dalam kehidupan ni kene sentiasa get ready dengan benda yang tak dijangka jangka .

Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia 

dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih 

banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat

:)

So no more cry :)
Kalau sakit berusahalah .
Dengan doa dan usaha untuk melupakan :)


Sekian mokaseh !

Saturday

:)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur sangat sangat :'D

Tehehehew

Itu hari buat jamuan makan sikit sikit khas untuk kawan kawan ;)

Ibu masakkan bakso dan kuah kacang . Aku minta ibu jangan buat banyak banyak . Biar sederhana dan selebihnya bab bab dessert aku lah yang yang buat . 5 jenis desserts untuk kawan kawan . Berperang dengan tepung , telur dan semuanya kat dapur dari 2 petang sampai lah pukul 3 pagi . Bab bab memasak dan baking ni aku suka sangat . Nasib baik ibu tolong masakkan bakso dan kuah kacang . Haishh lega rasa :)

Ramai juga kawan kawan datang . Majoriti kawan kawan sekolah menengah dulu :'D . Diaorang bising lama tak jumpa jadi aku buatlah jamuan . Hambekkk happy sangat rasa :'D .

Antara dessert yang aku buat .

1. Chocolate and blueberry muffins
2. Kek batik biskut marry
3. Rainbow cake
4. Puding roti
5. Brownies

:'D Alhamdulillah habis dan diaorang puji sedap . Ya lah masak ni kene ikhlas dan penuh minat . Bila kita minat dan bersungguh sungguh insyaALLAH semua akan jadi . Aku pun tak sangka pulak sekali banyak aku buat . Itu nasib baik tak buat koktail buah buahan . Hihi .

Yaa yang ni menjadi pojaaan :D


Comot habis . Bukan apa aku agak menyesal lah beli whipping cream yang dalam kotak tu . Macam tak berapa ok lah tapi ini lah hasilnya . Cream cincai cincai aku sapu sebab pisau khas untuk sapuan cream cakes entah mana hilang . Sedih T_T .

Disebabkan kawan aku nak sangat makan and sepupu sepupu suka makan maka aku buatkan untuk diaorang :)


So ni lah dia rombongan pertama datang :)
Alhamdulillah , ukhuwwah fillah ke Jannah  , InsyaALLAH Ameen :)
Ni sahabat sahabat sekolah dulu .

Yang rombongan kedua rakan rakan UiTM ;) dari jauh sudi datang

Thanks sangat sangat ;)