Wednesday

Produk

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni kalu bab produk susah benar nak istiqamah
Beli je mula mula lepas tu dah tinggal setengah ke suku suku ke dah melepet aje produk tu.
Aku ni memang dilahirkan memang jenis suam suam kuku agaknya.
Dah rasa mula mula eksaited lepas tu bosan
Susah. Susah aku ni kalau terjebak dengan alam percintaan.

Itu hari aku beli menda.
Haa ubat buang angin.
Dulik apa angin atas bawah keluar janji lega.
Dalam tu entah berapa capsules selalunya sebulan punya stok
Aku makan adalah dalam 2 minggu setengah lepas tu bior je lah ke situ
Dah tu selang selang pulak makan.
Ibu dah bising bising dah.
Asal ibu bising aku makan.
Bila ibu tak bising aku rilek.

Aku sekarang tengah berazam
Azam aku nak habiskan minyak zaitun yang dalam capsule tu.
Tapi itulah
Kejap idak kejap ye aku ni.
Menyampah pulak kalau berazam ni
simpan je lah tak ko bakor.

Kalau nak beli produk
beli betul betul kau nak guna ye Farish
Ate selama ni aku beli aku nak guna olok olok lah ye
Aduhai macam mana lah nak konsisten ni
Badan naik mendadak , makan banyak dengan konsisten boleh pulak engkau Farish

Okeylah aku nak tido
Post ni sekadar melepaskan keluhan yang sarat di dada akhbar

Giniii

Assalamualaikum w.b.t

Entah berapa lama melepet aku punya blog ni bila lama tak hupdate.
Entah la kenapa malas benar.
Kalau dulu 2-3 posts satu hari.
Rasa nak lempang diri sendiri pun ada masa tu.

Giniii
Aku sebenarnya tak tahu nak update apa
Bercinta jugak lah nak memikior apa benda lah aku nak hupdate
Takpe.
Esok mungkin ada cerita.

Kalau takde
Duduk diam diam sahaja.

Cekelat kek cekelat kek
hanya sesuap cekelat di bibir terukir aku terpikir pikir