Saturday

:)

Assalamualaikum w.b.t

Terharu . Apabila sahabat sahabat anda mengalirkan air mata dan berkata sambil memeluk kuat seperti tidak mahu lepas

" Rindu kau .. Lama tak jumpa .." . Tapi hari tu baru je jumpa .

Kerana apa ? Ukhuwwah fillah .

Ya ALLAH terima kasih sebab kurniakan mereka mereka untuk berada di sisi ku .


:)

TOTO

Assalamualaikum w.b.t

Yaa hari ni ke Shah Alam . Kali ni rasa special sikit sebab bawa ibu dan kakak ipar sekali pergi bersama . Aku drive kereta kakak ipar sebab beliau tak tahu jalan pergi Shah Alam . Aku cuma bertawakal pada ALLAH sebab dua tiga kali aku ke Shah Alam still sesat jugak . Sedih sangat :(

Kebetulan hari ni Hari Lahir Roro dan hari ni juga kami bersama sama melepak di Shah Alam sambil menemani mereka ambil jubah konvo .

Ni sebab aku nak termenangis baca mesej dari seorang sahabat .

Sahabat : Salam Farish. Tolong la datang Shah Alam hari ni  . Ibu ( Ibu Roro ) dah masak macam2 . Kami nak anda . Tak pe nanti kami belanja . Aku serba salah time aku susah kau ada , time kau aku tak ada kat kau plus aku dah janji nak belanja kau . Jangan hampakan kami . Naik bus pun tak apa . Aku naik bus je .

Mula mula aku blur . Bila masa aku cakap aku sedang susah dan bila masa aku cerita kat diaorang aku sedang mengalami kesusahan . Bukan masalah duit . Cuma masa je tak mengizinkan . Aku ada urusan sebenarnya yang perlu diuruskan .

Aku balas ini

Aku : Ok aku cuba jugak datang . Tunggulah kalau ada adalah . Kalau tak ada nak buat macam mana .

Sahabat : Ok . Kau kasi harapan . Aku tunggu kau . Tq Farish . Muah .

Aku jadi tak menentu . Ok sekejap aku punya fon memang tak ada printscreen . Tak macam fon korang kan ? hebat hebat . Jadi aku peduli apa sebenarnya .

Aku cakap dengan ibu . Ibu cakap pergilah . Aku rasa berat hati sebenarnya . Tapi bila aku fikir fikirkan . Bukan selalu dapat berkumpul ramai ramai . Jadi urusan aku tu aku tangguhkan untuk hari esok . Moga aku dapat laksanakan dengan sesempurna mungkin insyaALLAH . Aku angkutlah kakak ipar dan ibu sekali pergi berjalan Shah Alam .

Dalam kereta seperti biasa berbual bual . Sampai di Tol Nilai aku keluarkan Touch N Go abang aku tu . Aku tengok baki dia beratus ratus . Aku jadi bengang . Aku kata aku nak buat juga Touch N Go . Kakak ipar dah pesan awal awal . Suruh abang topup nanti . Yeah ! Touch N Go yang kawan aku bagi tu pun tak guna guna lagi . Aku nak suruh abang aku topup RM 200 . HEHEHEHE ! . Ingat aku sanggup? . Kesiann . Lepas aku buka topik Touch N Go tiba tiba kakak ipar aku bersuara

" Ibu , Faiz nak beli Toto .."

Aku terdiam . Abang aku main nombor ekor ke apa ni ? Jaga jaga . Jaga jaga dia balik nanti . Mahu aku siat siat dia .

IBU : " Haa toto ??"

Kakak ipar : " Haa toto nak buat baring baring sementara nak tunggu rumah siap . Senang bila kita ke sana nanti.."

IBU : " Ahhhh ibu ingat toto nombor ekor tu .."

Naluri keibuan memang kuat . Sangkaan ibu sama macam sangkaan aku . Jadi aku beristighfar sendiri . MasyaALLAH . Jauhilah sangkaan buruk . Husnuzon !

kekekekekkeke (?)


Friday

Teka teki

Assalamualaikum w.b.t

Adik sepupu aku yang berumur 9 tahun ni pantang sikit aku melepak dengan dia ada je benda dia nak tanya . Dan benda yang dia tanya tu berbentuk soalan teka teki . Dan aku memang tak suka berteka teki dalam kehidupan . Sebab asal orang tanya mesti ada rasa berputus asa dalam diri aku ni .

"Kak Farisha , Kimi ada banyak teka teki . Kak Farisha jawab tau ?"

Aku sengaja buat muka menarik minat . Yaa lah budak budak ni kan mahukan perhatian . Amboi power betul aku bab bab menjaga hati ni . Kekeke (?)

Soalan : Apa benda yang dia ada dua jarum lepas tu ada nombor ?

Jawapan : Jam

*Soalan ni aku tak dapat jawab sebab aku asyik membelek mesin jahit mak cik aku . Aku jawab aje lah mesin jahit . Baru aku teringat soalan dia kata ada dua jarum . -Bengang- *

Soalan : Gajah tu lalu kat atas titi lepas tu titi tu patah , lepas tu kambing pulak lalu . Apa yang patah ?

Jawapan : Patah balik laaa

*Soalan ni aku memang aku tak suka sebab apa . Sebab aku tak dapat jawab ! . -Bengang-*

Soalan : Benda tu kan susah sangat nak cari tapi bila dah dapat dibuang pulak . Apa benda tu ?

Jawapan : Tahi hidung

Akhirnya aku dapat jawab soalan ni . Aku ketawa besar .