Saturday

Aku baru beli buku .

Assalamualaikum w.b.t

Ni aku nak show off sikit :P


Ceceh duit elaun masuk je aku terus cekau buku ni . Dulu hari aku dah perati edition yang pertama "Di Sebalik Gunung" tapi tiba tiba terdetik aku nak beli buku ni . Alang alang nak tu biarlah sampai dapat .

Pergi kerja aku bawaklah buku ni ke hulu ke hilir . Tak ada customer aku layan buku ni .

Sekali tu ada sorang brader datang . Badan dia tegap macam ahli bina badan . Aku ni bukannnya apa naik segan aku menengok badan dia tu . Disebabkan customer aku layanlah dengan baik .

Dia tertinjau tinjau buku aku yang ada atas meja.

Brader : "Yakjuj dan Makjuj ni berasal daripada mana?"

Aku mula mula macam terkejut jugak dengan soalan cepu gangsa brader ni . Ah buku ni aku belum khatam ada hati nak menjawab soalan orang yang konfiden menanya aku . Gaya dia menanya memang macam orang dah pro pasal Yakjuj dan Makjuj ni . Aku agaklah brader ni orang kuat ilmu agamanya dan pengetahuan am dan khusus .

" Buku ni pun saya belum habis baca lagi bang . Tapi apa yang saya baca , Yakjuj Makjuj ni keturunan Nabi Nuh "

Brader tu senyum meleret sambil mengangguk anggukkan kepala . Entah entah brader ni pun tak tahu, saja nak tanya aku untuk dapat jawapan secara ringkas. kahkahkah . Boleh tahan juga rupa brader ni . Astaghfirullah !

Lepas tu ada jugak sorang brader ni datang dengan family dia . Dia pandang aku dia pandang buku atas meja aku .

Brader : " Best tak buku ni ? "

"BESSSSSSSST!!"

Aku rasa macam terlebih excited menjawab soalan brader ni . Malu pun ada masa tu .

Brader : " Siapa pembawa bencana tu ? "

"Yakjuj dan Makjuj lah"

Brader tu tersengih sengih . Dah kira besar tajuk yang dia bagi , dia boleh tanya aku lagi . Kene dengan aku sia sia je . Kah kah kah . Padahal aku suspen juga nak menjawab sebenarnya !

NOTA : Buku buku macam ni elok dibeli . Pengaruhnya kuat , pengetahuan pun bertambah !

Thursday

.....

Assalamualaikum w.b.t

Aku rasa air mata aku ni banyak dibazirkan untuk episod last Tentang Dhia ni .

Aku rasa aku adalah seorang perempuan yang sebetul betulnya perempuan
Aku rasa aku adalah seorang perempuan yang lembut di dalamnya walaupun gangster di luaran .

Power ! Power !

NOTA : Aku suka dialog terakhir si Dhia ni . Tapi aku tak ingat apa . Nanti aku salah tulis kang , ramai pula kecam blog aku nanti kahkahkah .

Aku saja saja je .

Assalamualaikum w.b.t

Kerja dalam air cond ni sebenarnya boleh tahan sejuknya . Sampai ke tulang sum sum pun rasa juga sejuknya . Kalau aku diberi kuasa macam cerita X-MAN tu aku nak jadi brader yang ada kuasa api tu . Ada tika aku rasa sejuk sangat aku akan gunakan kuasa aku tu untuk bagi haba kat badan aku ni . Minta minta jangan sampai terbakar sudah lah . Tak pasal pasal nanti aku jadi ayam golek dara kat simpang tiga tu .

Ada lah brader brader yang kerja kat tepi kedai aku ni suka pasang lagu kuat kuat . Lagu lagu yang dipasang tu boleh tahanlah sedapnya juga . Ada kalanya aku tak sedar yang kaki aku ni dah bergoyang goyang . Kahkahkah . Lagu brader brader rock lama lama ni aku layan juga . Berlawan lawan lah dengan lagu dalam Tesco tu . Yea lah raya cina dah nak dekat . Aku pun terlayan juga lagu lagu cina ni . Boleh tahan juga sedapnya . Ah , aku ni semuanya sedap !

Sekali tu brader ni suka lah pasang lagu rentak RnB . Sesekali tu bingitlah juga dengar . Macam nak pergi bertegur sapa dengan brader tu sebenarnya . Suruh dia pasang lagu berilmiah sikit . Aku rasa pergerakan manusia manusia dalam TESCO ni akan menjadi slow akibat terlalu insaf sangat dengar lagu brader brader ni dan yang berpegang tangan ni pasti akan terlepas serta merta . Alhamdulillah , kurang sikit aku menengok maksiat sebenarnya . Kahkahkah .

Sekali tu Ibu call .

Dah , nanti Ibu ingat aku duduk kat DISKO pulak sebab lagu background ni kemain rancaknya pulak .

NOTA : Aku rasa aku ni mengada je nak post benda benda macam ni .

Sunday

755

Assalamualaikum w.b.t

26 Disember 2011

Selamat Hari Jadi .

Selamat Hari Lahir .

Sanah Helwah .

Happy Birthday .


May ALLAH S.W.T Bless u always . Take Care .

Hemm .

Assalamualaikum w.b.t

Aku malas nak melayan manusia manusia yang duk mengutuk anak bangsa sendiri .
Aku tak kuasa nak ambil port manusia manusia yang cakap lebih .

Dari kau duk bercakap itu dan ini menuding jari dekat anak bangsa sendiri aku rasa baik tak payah . Kau duduk je diam diam kat rumah tu . Makan kacang ke . Memasak ke . Buatlah apa apa yang patut .

Daripada kau membazir air liur kau tu bercakap itu dan ini baik kau bazirkan tenaga kau untuk selamatkan anak bangsa kau sendiri .

Menceceh saja tak guna !

NOTA : Itulah masalahnya .

Layang Layang

Assalamualaikum w.b.t

Seronok tengok budak budak main layang layang ni sebenarnya .
Sebab ia salah satu cara untuk membawa aku dalam mengenang kembali zaman kanak kanak aku dulu .

Dulu aku suka tengok kawan kawan aku main layang layang .
Aku cemburu sangat sangat .
Lalu aku suruh ayah aku belikan layang layang gambar SAILORMOON.
Kalau tak ada pun ULTRAMAN ataupun DRAGON BALL .

Kau jangan main main . Aku ni kalau nonton kartun bukan calang calang kartun .
Kartun yang boleh buatkan aku jadi superpower !

Ayah aku pun belikan lah .
Aku pun bawak lah layang layang aku tu .
Muka aku masa tu memang sombong habis sambil sambil tu show off kat kawan kawan yang layang layang aku ni gambar kartun feveret aku .

Lepas tu aku suruh kawan aku pegang layang layang tu sebelum aku lari lari ke belakang .

"Pegang . Pegang ".

Lalu aku tersenyum layang layang aku terbang tinggi . Tapi aku geram kenapa layang layang aku ni tak pernah tinggi pun . Aku begitu semangat menghandle layang layang aku tu . Muka aku masa tu serius tak ada sorang pun boleh kacau . Siapa kacau siaplah aku belit dia dengan tali layang layang ni ! .

Lama lama aku pun tariklah layang layang aku tu . Kenapa layang layang aku ni tak tinggi tinggi . Kawan kawan semua lagi power dari aku .

Geram .

Bila tengok budak budak sekarang main layang layang . Aku rasa nak turun kereta je sekarang . Kemudian, aku nak pura pura berlari sambil membawa gunting lepas tu aku potong tali layang layang dia tu .

Barulah seperti

Layang Layang Terputus Talinya .

Kah Kah Kah

NOTA : Menyimpang benar niat aku ni .

Saturday

Tunang

Assalamualaikum w.b.t

Kawan aku dah bertunang .
Tapi kenapa aku pulak yang excited?

Kau tahu tak kenapa ?
Sebab aku pun tak tahu aku ni kenapa sebenarnya .

Kuasa Tuhan buka pintu hatinya untuk menerima jodoh dalam usia masih muda .

NOTA : Alhamdulillah .

Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Bila orang cakap pasal jodoh ni , aku kurang ambil port sikit .
Memang aku macam tak ada perasaan punya orang .

Kalau boleh aku tak nak fikir sebenarnya .

Yang aku fikir sekarang , banyak benda yang aku kene perbaiki .
Terutamanya diri aku sendiri .

NOTA : Ajal maut , jodoh pertemuan di tangannya DIA .

Pertame

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hujan lagi .

Apa khabar lah budak budak yang masuk PERTAME ni .

Kebetulan aku terdengar member aku borak borak dengan seseorang dalam talian telefon .
Sambil tu aku fokus lah menyapu .

"Nombor satu siapa?"

Athirah : "Kau punya !"

Aku dah kata kompeni aku memang power . Kau orang tak nak percaya .
Kah Kah Kah

Alhamdulillah DELTA nombor satu . Tapi hari ni aku sedih sangat aku tak dapat bersama sama diaorang untuk memberi sokongan sebab aku ada urusan lebih penting harus diuruskan di sini .

Selamat maju jaya DELTA !

NOTA : Aku dah cakap diaorang memang power !

Friday

Traffic light

Assalamualaikum w.b.t

Aku ni kalau jalan yang ada traffic light aku suka duduk depan sekali .

Sebab apa aku tak nak duduk belakang ataupun aku tak berapa suka ada kereta depan aku ?
Bukan nak berlagak dan mendabik dada seolah olah aku lah raja segala jalan raya.

*****BUKAN*****

Aku ni bukan apa .
Selalunya aku tengok drama dalam televisyen tu .

Bila scene sedih .
Bila scene kecewa .
Bila scene flash back .

Mesti scene ni berlaku bila si pelakon tengah bawa kereta .
Dah sampai traffic light pun boleh termenung dan berfikir .
Bila traffic light dah hijau masih dalam menungan lagi .
Dah kene hon banyak kali barulah tersentak lepas tu kelam kabut .

Aku tak nak lah jadi tukang hon kat belakang kereta kereta yang tengah mengalami scene tersebut .
Sebab emosi orang yang bawa kereta depan aku ni aku bukannya dapat agak .
Nanti pasal dia jugak aku tak lepas untuk ke simpang yang dituju .
Gara gara traffic light dah merah balik !

NOTA : Ni kau faham tak apa aku maksudkan ni? 

Car Wash

Assalamualaikum w.b.t

Tension pula tengok keadaan kereta yang macam cerca merba .
Gaya kereta pun dah macam apa aje .

Macam gaya land rover pun ada .
Selaput sana selaput sini .

Pada mulanya nafsu nak basuh kereta semakin membuak buak .
Tapi lepas ada je benda yang menghalang terus membantut .

"Ah aku basuh kat kedai je lah , brader yang selalu aku pi basuh tu !"

Ramai pula lah customer datang membasuh .
Memang musim basuh membasuh agaknya .
Stail car wash ni tetap macam dulu .
Brader yang dulu sikit je rambut dia sekarang aku tengok dah lebat dah macam gaya tak pernah potong rambut pun ada juga .

Baru aku perasan customer hari ni semuanya di kalangan brader brader jugak.
Mana pula lah kakak kakak ni .
Tak ada niat ke nak basuh kereta boleh juga bawa bual hal hal perempuan masa ni .

Lama aku tunggu . Lama aku menunggu .
Yang datang tetap brader juga yang cuci kereta .

Apa aku boleh buat .
Memang aku agaklah kan perempuan ni memang pemalas basuh kereta .

kah kah kah

NOTA : Cun juga kereta ni bila dah basuh :) Alhamdulillah .

Thursday

Ini dia budak tu .

Tu kat tengah tengah tu yang sedang bermuncung muncungan .

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni adik adik ambil keputusan PMR .
Aku bersenang lenang sampai kan aku terlupa yang aku ada anak saudara sorang yang ambil PMR .

Aku kelam kabut cari telefon bimbit .

Mesej mak saudara dia .

"Salam . Result Nadiah macam mana ?"

Iz : "Shes got 8A's :) "

Alhamdulillah aku bangga dengan dia . Padahal rumah dekat nak mesej mesej bagai . Tapi bila aku tengok jam aku yakin dia belum ada kat rumah lagi buat masa ni .

Hari ni mak cik aku buat bacaan Yassin dekat rumah beliau untuk abang Hafiz yang ada dekat ICU sekarang ni .

Lepas habis bacaan Yassin . Masing masing sibuk berbual . Ada juga yang tengah makan .

Di ruang tamu lagi satu . Aku jumpa dia .

"TAHNIAAHHH !"

Paww !

Dan aku terus baling dia dengan bantal .

NOTA : Dari mak saudara kesayangan :)

Manusia

Assalamualaikum w.b.t

Manusia . Cara masing masing kenal orang ni lain .

Ada sesetengah kenal orang ni lepas tu dia tak ambil kisah pun orang tu macam mana .
Ada sesetengah kenal orang ni lepas tu dia mula memilih . Dia rasa dia tak patut kawan dengan orang ni .
Ada sesetengah kenal orang ni lepas tu judge macam macam .
Ada sesetengah kenal orang ni lepas tu dia rasa macam memang nak kenal dia sangat sangat . Iaitu hati dia .

Manusia ni macam macam .
Jadi aku tak nak ambil peduli sangat apa orang nak cakap dan fikir .
Bagi aku tu lah kuasa yang diaorang ada .

Terima kasih untuk mereka di sekeliling aku . Mereka lah yang nampak luar dan dalam aku .

Aku ini manusia lebih prefer dalaman . Ikhlas memang tak payah cari sebab ia tak nampak . Biarlah ia kerana lillahi ta'ala !

NOTA : Manusia ni ada kalanya kita kene hati hati .

Nyamuk

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang hari hujan .
Hari ni hujan saja .

Bawa kereta dengan berhati hati .
Membawa hajat ibu untuk beli lauk di kedai .
Tengok tengok apa yang patut juga untuk dibuat pencuci mulut hari ni .

*****Berangan*****

Ah . Jenis fokus punya orang kalau bawa kereta . Tiba tiba aku nampak ada benda kecil yang terbang terbang dan bersuka ria dalam kereta ni . 

Aku ni kalau bawa kereta tak boleh ada gangguan . Kerana ia akan membuatkan emosi terganggu .

Tiba tiba benda yang terbang tu adalah nyamuk . Aku mula naik marah sikit . 

"Mana pula datang nyamuk dalam kereta ni . Kene sekali sia sia je !"

Nampak aku marah kat situ . Emosi dah terganggu .

Aku perati nyamuk tu dengan ekor mata . 
Aku cuba sabar .

Aku perati lagi . Ia semakin galak terbang dan tersenyum senyum lagi depan aku .
Aku cuba sabar .

Ia semakin galak terbang dan menari nari lagi depan aku .
Kali ni aku tak boleh sabar .

PAP! PAP! PAP!

Ternyata nyamuk ni cekap !

NOTA : JAGA JAGA .

Wednesday

Telefon

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya kalau aku nak balik rumah lepas ni aku kene buat pengumuman secara besar besaran .

Aku bukannya apa . Bila aku kat rumah ni macam macam mesej dan panggilan yang masuk .

Nak ambil barang .
Nak minta tolong .
Nak itu nak ini .

Siapa tanya aku nak balik bila tu kau silap time sebenarnya .

Bila kat rumah komitmen aku dekat telefon akan kurang .
Aku akan letak telefon aku dalam bilik dan aku akan bersuka ria di rumah tanpa menghiraukan telefon aku tu .Sekali sekali aku akan jenguk lah mesej yang masuk , panggilan yang tertinggal .

*SIGH*

"Ni aku kat rumah , nak apa apa cakap je dengan pembantu aku kat bilik tu"

Tak pandai aku 24 jam dengan telefon . Tersenyum senyum dapat call . Tersengih sengih dapat mesej .

Memanglah orang kata aku sekarang ni jenis tak ada perasaan punya orang . 

NOTA : Aku niat nak cari yang HALAL . Itu aja . 

Muhammad Wafi

Assalamualaikum w.b.t

Melayan anak buah sorang ni .
Dia memang fokus dengan something yang ada depan mata dia .

Kiranya dia ni seorang pemerhati yang bagus .
Aku perati je dia .

Untuk mengambil hatinya aku pun pasanglah lagu yang dia suka dengar dalam lappy aku ni.
Dia pun kejap kejap menari . Kejap kejap menari .
Aku perati je dia .

Jari dia ke hulu ke hilir kat laptop aku tu .
Aku pun joinlah sekali ke hulu ke hilirkan jari aku ni .
Aku perati je dia .

Lepas tu ada mesej datang dekat telefon bimbit  . Ni buat aku leka sikit . Aku biarkan dia syok sendiri .
Aku tak perati dia pun .

Tiba tiba .
Dia terus tekan button power off dekat lappy aku .
Semuanya senyap dan jadi gelap gelita.

Kali ni aku perati dia kaw kaw punya .

NOTA : Si kecik ni pandai . Dia buat salah dan dia buat muka tak bersalah . Lepas tu berlalu pergi macam tu seperti orang tak ada kesalahan apa apa .

Abang Hafiz

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah
Hari ni hati sedikit tenang .

Tengok keadaan abang tadi buatkan perasaan aku senang sekali .

Aku rasa macam tak cukup masa . 
Aku nak duduk lama lama dengan dia .
Aku nak bagi dia dengar aku cakap banyak banyak .

Sebab dia tahu adik saudara dia ni mengada ngada dan suka cakap banyak .

"Bila kita sakit ni kan bang , ALLAH nak uji kita sebenarnya . Ni pun ujian DIA sikit je . Mungkin dulu kita selalu lupa DIA , tapi sekarang kita kena ingat DIA . Sebab tu lah ALLAH uji abang sebab DIA nak abang ingat DIA , istighfar banyak banyak tau abang ".

Aku tengok kaki dia macam tak duduk diam . Aku pandang dan aku geleng dekat dia . 

"Abang jangan gerak gerak . Farisha tahu abang sakit . Sabar tau ".

Aku nak menangis . Aku tahan . Aku tengok mata dia tak lepas pun pandang aku . 
Rasa nak menangis aku makin menjadi jadi bila aku tengok air mata dia dah mula meleleh .

Aku dengar bunyi dari mulut dia yang disumbatkan tiub yang agak besar . Aku nampak mulut dia bergerak gerak . Aku tahu abang nak bagi tahu aku sesuatu . Tapi nak buat macam mana abang memang tak boleh cakap .

"Abang jangan cakap tau , nanti sakit . Erm Farisha lama tak jumpa abang , kitaorang semua tunggu abang balik . Kalau abang kuat semangat , semua ni akan kejap je . Yang penting kuat semangat !"

Sah , dia menangis . Aku pun memang nak menangis . Lagi sedih bila tengok keadaan dia batuk batuk . Batuk dia teruk sangat . Aku pandang tempat lain . Aku tarik nafas banyak banyak kali . Aku tak nak nangis . Aku tak nak nangis .

Di ICU ni tempat paling menguji perasaan . Di sinilah antara perlawanan hidup dan mati . Hebatnya kuasa Tuhan .

"Farisha balik dulu , ingat tau abang istighfar banyak banyak . Assalamualaikum ".

NOTA : Haa kau tengoklah aku memang banyak cakapnya . Boleh buat orang sakit bertambah sakit jadinya . Tak suka melayan hati kapas aku ni haa .

Syukur .

Assalamualaikum w.b.t

Guess what ? :)

Ok aku kat rumah sekarang . Ibu buatkan kari ayam special untuk anak perempuan beliau ni .

Sebelum tu aku merengek . Mengada . Benci .

"Ibu adik nak makan kari ayam lah ibu , hari tu kan pukul 3 pagi adik boleh mengidam nak makan"

Ibu : "Ayam tak adalah , ada tiga ketul je kat dalam peti ais "

"Ibu , tak apalah walau 3 ketul je . 3 ketul pun 3 ketullah ibu . Please ?"

Esoknya pagi pagi aku dah bau orang menumis kari .

Aku senyum pandang ibu yang  tengah kacau sesuatu dalam periuk .
Hari ni ibu masak awal , hari ni pun aku makan awal .

Dan paling aku seronok dalam tu bukan ada 3 ketul ayam malah berketul ketul ayam dalam tu ditambah pula dengan kentang . Ibu ohsem . Aku lebih prefer ibu yang masak dari aku yang masak sendiri . Sebab yang pastinya kan aku kata

Nak kari ayam ibu :(

Terima kasih ibu .

NOTA : Kari ayam  dah habis . Pergi lah order kat mamak sana .

Kari ayam

Assalamualaikum w.b.t

Boleh pulak tekak mengidam nak makan kari ayam .
Kecur .

Pukul 3 pagi termenung sorang sorang dalam bilik . Perut memang rasa lapar . Kari ayam memang dah terbayang bayang .

Haa tengok tu ! tengok tu !

"Aku nampak ayam terbang ".

Tak boleh macam ni . Kena cari juga , kesian anak dalam perut nanti dia dah keluar air liur dia meleleh je .

NOTA : Kari ayam ibu , nak kari ayam ibu :(

Kisah Mydin

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi aku pergi Mydin .
Aku tengok stail kakak tu scan barang .

Aku teringat masa aku kerja Mydin sebagai cashier .
Teringat satu peristiwa anak dengan mak .
Masa aku scan barang barang tu , ada satu ayat suci Al-Quran yang berbentuk frame .

Tang aku nak scan.

Anak perempuan : "Eh siapa beli ni?"

Aku terhenti untuk mengSCAN .

Mak : "Mak beli"

Aku paling menyampah bila scene drama anak kurang ajar dengan mak atau ayah depan mata aku dan depan masyarakat lain .

Aku kesal dan aku geram tang dia merungut dan marah bila mak dia beli ayat Al-Quran tu . Aku agak dia ni mungkin tak tahu yang mak dia nak beli sangat frame tu  . Tapi aku dapat scan hati mak dia masa tu . KECEWA !

' Kakak ni kalau kene dengan aku sia sia je pulak ' .

Aku boleh hilang hormat dengan orang macam ni !

Aku ni anak degil dan gangster jugak . Senakal nakal aku sebagai anak tak akan sanggup aku cakap macam tu walaupun aku ni sering bertegang urat dengan ibu . Sebab ibu dengan aku memang pendebat terbaik di rumah :)

NOTA : Habis scan barang . Bayar . Balik .

Sebenarnya macam ni

Assalamualaikum w.b.t

Aku sebenarnya ...
Aku sebenarnya malas .
Aku sebenarnya kesian .
Aku sebenarnya ...

" Eh aku dah malas sebenarnya nak melayan manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang dia ada . Dah tak cukup dengan satu , kau nak dua . Tak cukup dengan dua , kau nak tiga . Tak cukup dengan tiga dah tu kau nak berapa ? "

Ingatlah .

Manusia ni ada perasaan . Perasaan ni bukan barang mainan . Kata kata bukan jaminan .

Setiap orang akan berharap . Berharapkan sesuatu kebaikan . Macam tu lah aku .

Moga ALLAH merahmati .

NOTA : Kau rasa skrip drama aku ni layak tak kalau buat filem?

Cucuk cucuk

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni stail juga aku bawa kereta .
Kira macam aku layak lah kalau nak pergi mana mana pertandingan .

*SIGH*

Tapi itu semua hanya angan angan . Aku cuma dapat tunjukkan skil skil membawa kereta yang paling stail di kawasan kawasan kampung sahaja .

Aku tahu kau kata aku ni jenis tak follow undang undang punya orang . Tapi kau percaya ke apa aku tulis ni ? haha .

Ingat bila aku taip "haha" kau harus membaca "haha".

Sedap sedap tengah drive , tiba tiba aku rasa kurang selesa dengan kereta belakang aku ni . Kejap kejap cucuk cucuk belakang aku . Bila aku amati dengan cermin pandang belakang , aku hanya senyum sinis .

"Ah Myvi ada hati nak berlagak dengan aku , kalau dikirakan saiz kereta siapa paling besar , nahh kereta aku paling besar walaupun kereta aku tak sepopular kereta kau " .

Dia cucuk lagi . Aku tak tahu harus bagaimana lagi  . Aku bawa sesetail habis .

Dia cucuk lagi .

Aku rasa nak berhentikan kereta aku ni .

Aku nak cucuk mata dia !

NOTA : Kau jangan risau aku ni manusia yang berperikemanusiaan .

20 sen

Assalamualaikum w.b.t

Suatu malam pergi 7E tanpa niat . Malam tu badan macam tak sedap sedap , tak enak enak .

Baru balik dari :-

Seremban - Nilai - Salak tinggi - Cempaka 

Macam gaya orang sibuk . 

Sebelum melangkah masuk 7E aku sempat tinjau skill brader tu buat burger . Kira macam dapat perhatianlah burger dia tu . Tapi malang aku tak beli pun . Nafsu aku ke arah 7E sahaja .

Masuk masuk aku macam orang konfius .

Nampak susu HL perisa coklat aku terus cekau dan terus beli ais krim .


Aku bagi duit ambil plastik ucap terima kasih dengan penuh yakin dan terus nak keluar .

" Kak , tak nak ambil duit baki ke kak ? Janganlah cam tu "

Aku lupa ada baki 20 sen lagi untuk aku ambil . Ah kene jugak ambil 20 sen ni memandangkan aku bukanlah orang senang senang . Boleh juga belikan adik adik gula gula . Sekarang kan 20 sen dapat 4 biji ?

Aku pun patah balik dan senyum . Nasib baik customer tak ramai masa tu . Cashier tu pun senyum senyum .
Senang cerita semua orang memang kene senyum bila terjadi hal hal macam ni .

"Sorry yea ? terima kasih " Dengan muka slumber aku bersori sorian . 

Masuk terus dalam kereta . Aku pandang 7E tu macam nak telan . Aku buka ais krim dan aku terus makan .

NOTA : Menahan malu dan radang elok makan ais krim ni .

Boyfren . Kau ada?

Assalamualaikum w.b.t

Lepas balik dari Seremban berdua dengan sepupu kesayangan .

Kesian ,
Radio ni memang cakap sorang sorang .

Tiba tiba telefon sepupu aku berdering .
Aku perlahankan radio tanda aku hormat dia untuk menjawab panggilan tu .

"Ah malas nak angkat".

Aku : " Kenapa? Siapa call?"

"Boyfren aku".

Aku : "Oh kenapa?"

"Merajuk dengan dia"

Panjang cerita dia sebab apa dia merajuk dengan boyfren dia tu .
Kemudian dia pandang aku.

"Kau tak ada pakwe , Cha?"

Aku sengih dan sengih .

NOTA : Kau rasa sebab apa aku sengih ?

Tuesday

Musibah

Assalamualaikum w.b.t

Sedang bersenang lenang .
Dapat panggilan dari ibu tersayang .

Yea rasa jantung macam terhenti sekejap .

Memang benarlah jika ALLAH nak bagi musibah . Bila bila masa je DIA boleh bagi . Contohnya macam saya ni . Keadaan yang sedang bersenang lenang , tiba tiba dapat satu petanda peringatan dari ALLAH .

" Abang Hafiz dah masuk ICU dik " - IBU -

" Saya memerlukan doa anda semua , semoga abang saudara saya sihat seperti sedia kala . Ameen Ya Rabb "

Terima kasih .

Segera pulang dengan hati yang walang .

"Dari ALLAH kita datang , kepada ALLAH jua kita dikembalikan"

Teringat masa ibu ditempatkan di ICU dulu . Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan masa tu .
"Adik janji adik tak nangis depan ibu "

Tapi kuasa Tuhan , aku tetap nangis jua ! Sebab aku sayang Ibu

NOTA : Tak berani janji , takut takut menangis esok .

Monday

Merepek , merepek lagi !

Assalamualaikum w.b.t

Berlagaknya post banyak kali .

Semalam adalah malam yang riuh . Macam buat majlis makan makan pula kat bilik ni .
Dengan mash potato-nya , dengan mihun sup-nya , dengan maruku-nya . Masing masing duk mengunyah sambil tu mulut berpot pet .

Suddenly,

"Eh korang , contohlah korang ada kawan yang luar negara punya , contoh la kan contoh la kan , dia nak tahu Malaysia ni cam ne , negara lain ni cam ne . Dia tengok melalui filem2 yang dipublish . Contah la kan klip 3GP ni , lepas tu citer2 hantu , citer2 gangster ni so dia akan fikir "ouhh Malaysia punya country macam ni ke?" lepas tu pulak dia tengok citer Indonesia , contoh la kan Ketika Cinta Bertasbih kan kat Indonesia kan ada banyak citer2 yang berunsurkan Islamik so dia fikir yang Indonesia ni country dia macam ni , macam ni .. faham tak ? faham tak ?"

By Zakiah

Kemudian masing masing pula berebut rebut nak bagi pendapat masing masing . Saya malas nak cakap apa apa . Tengok je perdebatan diaorang . Bila bilik dah mula bising .

Ciki

" Dah dah dah , diam diam diam semua ! "

Apa yang Zakiah cakap tu ada betulnya ada salahnya . Saya bukan lah nak komen lebih kan , tapi saya dapat lontarkan kat sini kadang kadang penyampaian sesetengah filem tak berapa sampai . Ada juga filem yang kadang kadang buat kita jadi tak faham apa sebenarnya derang nak sampaikan ni ? Ada jugak filem yang ending-nya macam tersangkut .

" Apa ending dia tersangkut , dooh (?) "

Dan ada pula filem yang kadang kadang terover actingnya . Tepuk dahi juga la bila tengok citer macam tu .
Itulah sesetengahnya saja . Saya ulang sesetengahnya sahaja . Kadang kadang nak salahkan pelakon tak leh jugak . Sebab derang hanya menjalankan tugas untuk follow the jalan cerita tersebut . Yang penting kat sini adalah jalan cerita sebab  jalan cerita sebenarnya yang menyampaikan mesej kenapa cerita tersebut kami kene tonton . Komedi komedi tu , fantasi fantasi tu tak adalah saya ambil port sangat sebab semua orang mahukan kelainan . Tapi kelainan boleh dibuat tapi jangan lah berlebihan kadang kadang orang boleh naik bosan .

Saya layan je kot semua filem dan semestinya 100% dari Malaysia . Cuma itulah semua orang ada pendapat masing masing kan ? Kadang kadang orang suka tengok filem ni sebab pelakon kegemaran derang berlakon dalam cerita tu . Erm mungkin lah . Saya ulang mungkin lah kan ? Tanpa filem dan produksi pun , kita bukannya kenal sapa tu Adi Putra , Aaron Aziz , Maya Karin tu semua. Tanpa pelakon hebat hebat juga produksi tak akan melonjak naik . Tu lah pentingnya , saling bergantung antara satu sama lain . Masyarakat pun memainkan peranan penting juga kan? Contohnya ... pikiaq sendiri .

Kita boleh je buat filem filem berunsurkan Islam cuma tak diperbanyakkan yang banyak pun cuma drama drama kat televisyen tu . So siapa kata kita tak boleh ?


Pasal apa yang Zakiah cakap tu , derang jangan hanya menilai setiap masyarakat dalam sesebuah negara melalui filem yang ditonton . 


Yiossshhh apa yang aku merepek ni  ><

Dah zohor ayuh ayuh !

NOTA : Kalau berterabur , sorrylah yea . Banyak sangat gangguan kat sini -.-

Jaga Jaga

Assalamualaikum w.b.t

Hasil perbincangan dengan seorang sahabat .
Moga ia menjadi panduan dan juga peringatan buat diri ini dan sekalian manusia juga.


" Ingat setiap kenyataan yang kita buat , setiap apa yang kita nyatakan itu ALLAH hitung satu persatu .."

Ni ulasan yang saya dapat ulaskan . 

Dari surah As-Saff ayat 2-3 yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya ! . Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya .."

Memang benar terkadang manusia seperti kita ni ada munafiknya . Nauzubillah . Ya Rabb jauhkan lah kami dari sifat sifat sebegitu .

NOTA : Ramai manusia yang putus cinta dengan makwe dan pakwe . Harap harap mereka tak putus rahmat dari ALLAH untuk selama lamanya .

Ehem

Assalamualaikum w.b.t

Kemain sukanya diaorang bila dapat tahu kelas batal esoknya . Ala satu je kot kelas batal .

Saya lagi BEST . Kelas sebulan sekali . Satu hari iaitu hari sabtu hari paling bahagia sekali .

Saya ulang . SEBULAN SEKALI .

heee awak ada kelas eh? hihi

Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey

NOTA : Berlagaknya post ni . MasyaALLAH .

Video brader panglima

Assalamualaikum w.b.t

Video " Nak ludah mahasiswa? "

Hari ni roomate yang sorang ni baru tengok . Ah saya jenis malas nak ambil port . Cukuplah hanya menggeleng dua tiga kali lepas tu terus close tab .

"Panglima konon . Panglima dulu dulu pun pandai nego dengan orang tau !"

Dia beriya iya suruh saya bukak video tu . Belum sempat video tu habis , dia dah naik angin .

"Aku terasa tau sebab aku pun mahasiswa , sampai nak meludah ludah ni apehal?"

Baru dia sorang yang naik angin . Belum kira berpuluh puluh ribu mahasiswa yang buat protes kat mana mana . Dahsyat . Rileks . Saya rasa kalau abang panglima tu nego baik baik dan minta pelajar pada malam berkenaan minta maaf secara terbuka lebih baik kot dari buat video kecam sana kecam sini sampai hentak hentak meja saya rasa memang tak cool .

Memanglah manusia ni ada ego masing masing . Ada panas masing masing . Tapi kalau ikut kepala masing masing macam mana lah benda nak settle kan ?

InsyaALLAH semua ni boleh diselesaikan dengan cara yang baik kot . 

Yang saya kesal sikit ,

Tak perlu rasanya menayang bendera UMNO kat belakang tu jika sikap dalam memelihara ketuanan melayu semakin luntur kerana kita semakin hilang budi bahasanya .

"Kami mahasiswa adalah pemimpin tapi sebelum itu kami harus dipimpin supaya dapat memimpin"

Manusia bukan seperti plastisin . Diketuk terus berubah. Manusia seperti tanah liat yang hendak dijadikan tembikar, perlu dibentuk dengan sabar dan cermat "- Hilal Asyraf

So kepada roomate , brader brader kat luar sana , kakak kakak yang sedang menyinsing lengan baju sebab marah harap lepas ni cool cool je . Moga ALLAH merahmati kita semua okay?

NOTA :  Semua orang ada pandangan , jadi ni lah pandangan saya .

Sorry ^_^

Hujan

Assalamualaikum w.b.t

Bumi Melaka hujan lagi .
Hujan kali ni lain sekali . Lama juga termenung tepi tingkap .
Sempat jugak intai kelibat kelibat manusia di sebalik hujan yang lebat ni ..

Hujan ini rahmat . Kalau kita salahkan hujan , merungut sebab hujan maknanya kita salahkan dan merungut akan rahmat ALLAH . Haaa . JAGA JAGA

Moga hujan yang diturunkan membawa kebaikan kepada sekalian manusia . InsyaALLAH aminn.

"Semalam adalah kenangan , mari kita cipta sejarah untuk hari ni pula !" Yeay !

Hujan . Salah satu waktu mustajab berdoa .

Sunday

Mimpi .

Assalamualaikum w.b.t

Bangun je tidur tercengang cengang .
Rasa macam tak percaya .

Ya ALLAH , permainan apakah ini . Ceceh .

Mimpi semalam memang syahdu .
(ok background music lagu Selamat Pagi Cinta)

Dan dalam mimpi tu saya ingat lagi apa yang saya cakap :

"Doakanlah dia bahagia sebab tu lah jodoh dia , itu lebih baik .."


Redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah




Ah jenis yang kuat layan novel macam tu lah . Mungkin mimpi semalam , kalau buat novel mahu kat peringkat Klimaks ni . Wooooo !
Bila suka orang dalam diam ni susah juga kan? Tapi bukan ke diam itu lebih baik ?

NOTA : "Euww , Farish layan novel ? wow wow wow"

Novel tu buku jugak . Ikut orang lah kalau nak terlayan lebih kan? 

I've been proposed and I'm enganged !

Assalamualaikum w.b.t


Tak ada kata kata yang menarik dapat saya ungkapkan melainkan ini . "Dena , kisah awak sangat sweet , dan ALHAMDULILLAH , awak seorang perempuan yang bertuah !". Percaturan hidup diaorang yang dah ALLAH aturkan dengan begitu sweet sekali sehinggakan saya begitu cemburu . Ceceh .

Memang betullah , ibu dan ayah sentiasa mahu yang terbaik untuk anak anak , jadi kita tak akan rugi . Macam Dena ni . Atas pilihan mak dan ayah akhirnya mereka disatukan .

Saya yakin lepas ramai tengok video ni , semua nak macam ni kan ?

Dena ni umur 19 tahun? Wow sekali lagi , memang bertuah ditemukan jodoh yang awal dalam keadaan yang begitu diberkati . Superb!

NOTA : Tiba tiba nak play lagu Selamat Pagi Cinta ( Violin Instrumental ) . Lagu yang pernah buat kesemua roomates pilu bila saya setkan lagu ni sebagai MESSAGE TONE . Sweet kan ?

Thursday

Coklat jatuh dari langit !

Assalamualaikum w.b.t.

Al kisah tentang seorang perempuan dan seorang lagi kawannya yang sedang bermalas-malasan pada penghabisan waktu zohor .

Seorang lagi pula sedanglah tidur dengan nyenyaknya ala ala brader brader yang baru balik kerja kontrak. Di tingkat bawah katilnya ada seorang perempuan yang sedang enak berbaring baringan sambil mendengarkan lagu di telefon bimbit sambil sambil itu berbual dengan jiran sebelah katil pula .

Ok payah macam ni nak cerita .

Semangat untuk study buat masa ni belum up lagi walaupun buku dah pun siap sedia atas meja untuk dibaca dan nota pun hanya sekerat jalan cuma . Semuanya spirit nak tidur je . Al maklumlah pukul 2 dan 3 ni waktu waktu paling sedap untuk membuai mimpi yang karut marut . Haish .

Tengah tengah saya berbual dengan Zakiah .

Tiba tiba

***********

Paaawww !

Ada sesuatu jatuh di atas kepala saya dan serta merta kepala merasa pening sekali . Zakiah yang melihat kejadian tersebut tercengang-cengang apatah lagi saya mendapat tahu sesuatu yang jatuh itu membuatkan saya menjadi bengang . 

"Apa benda ni ... lahaii , coklat Bedah ke ?"

Yea . 'Sesuatu' yang jatuh di atas kepala saya adalah coklat . Coklat yang jatuh ni bukan sembarangan coklat . Coklat ni terbang dari New Zealand . Mula mula rasa heavennya ada coklat jatuh dari langit . Tapi ni langit bukan sembarangan langit . Jenis yang baik hati macam saya hanya dapat tenangkan diri . Kalau tak dah boleh bawa gaduh dengan hal hal macam ni . Silap hari bulan hak milik terpelihara coklat tu boleh berpindah ke tangan saya sekarang jugak !.

Zakiah dah mengekek ketawa . Saya yang masih blur dan pening hanya tersengih sengih dalam masa yang sama cuba menahan hati yang pedih . Nasib baik ada adik yang sedia membantu . Perlahan lahan Zakiah letakkan balik coklat tu bawah bantal Bedah . Lasak juga budak atas ni tidur . Lepas ni entah apa pula yang jatuh . Dalam sejarah rasanya dia tidur lasak sampaikan benda yang tak disangka sangka jatuh kat kepala saya  . Betul lah orang kata , tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni.

Al kisah kenapa coklat tu bawah bantal Bedah . Yea . Mari sini hamba ceritakan . Pada masa itu , pulangnya kakak beliau dari New Zealand selepas tamatnya pengajian beliau di sana , dengan baik hati kakaknya telah membawa pulang sekali coklat coklat yang bermacam macam jenama . Alhamdulillah , Bedah ni jenis yang tak lupa adik adik beliau lalu beliau pun bawalah coklat yang selebar entah berapa inci tapi bagi saya ia coklat yang agak besar . Besar bukan sembarangan besar . Besar bawa makna . Maknanya ia adalah coklat yang sedap .

Pada mulanya .

Bedah : " Ga , coklat ? Ni kakak aku bawak dari New Zealand ( jenis riak punya cara cakap)

Gaga : "Oh .." ( tercari cari logo HALAL )

"Halal ke ni Bedah? Haish takut pula nak makannya .."

Bedah : " Halal Ga , makanlah.."

Bila meyakini apa yang beliau sampaikan lalu saya pun mencuba . Sah memang satu cubit tak cukup . Nampak tak tamak haloba kat situ? 

*Konon makan satu cubit . Sebab segan punya pasal :">

"Titew segan tau . Sapelah titew nak makan coklat dari New Zealand ni.."

Coklat tu pada mulanya cair . Lalu beliau mengambil iniatif untuk meletakkannya di bawah bantal beliau . Katanya cepat keras . Yea bagus juga stail stail orang dulu dulu jenis lipat baju letak bawah bantal esoknya nak pergi mana mana tak payah gosok . Hihi .

Yea . Lepas itu saya telah diketawakan . Ni semua Zakiah punya pasal . Habis diceritanya . Haish . Pening . Nasib baik dah hilang . Kalau tak , risau juga boleh bawa ke migrain ni . Bahana coklat punya pasal !

NOTA : Kuiz , aku tetap akan menantimu .

Lapar .

Assalamualaikum w.b.t

Eh eh .
Perut ni memang pandai dan cerdik.
Baru satu hari stop main badminton , asyik lapar je rasa .
Wawa .

Gua lapar ni . Haish Haish Haish
 
Besok main badminton pagi pagi . Minta minta lah tak rasa lapar macam ni lagi .

NOTA : Dari tadi tunggu , tak muncul muncul jugak soalan kuiz kat i-Class ni . Haish . Susah macam ni .

Friday

:)

Assalamualaikum w.b.t

Kasihan . Dia agak sibuk kebelakangan ni . Walau sesibuk mana pun . Dengan sukanya saya ingin memesan "Sila jaga diri" .

Moga hati kamu sentiasa di dalam peliharaan DIA dan hati awak tidak akan terbabas ke mana mana selain hanya pada DIA . Saya tahu awak seorang yang sabar .

Wish you all the best .
InsyaALLAH , DIA akan sentiasa permudahkan segala urusan awak.

Selamat berhujah .

:)


You'll always be my favourite ice cream . Ohsemm :)
Tak cukup lah makan ice cream dekat Laksamana tu T_T

NOTA : Ya ALLAH sila pelihara hati dan emosinya .

Tuesday

Tercengang - cengang

Assalamualaikum w.b.t.

Bila main badminton kat dalam dewan ni rasa lain sangat kot.
Feel dia lain macam sikit .
Dan paling best bunyi kasut ala ala berdecit decit menunjukkan bahawa pemain badminton tersebut berpotensi untuk pergi jauh ..

*Farishkaucakapdepancerminkah?

Penat dia jangan cakap .
Berjalan nak ke bilik tiba tiba kaki pula buat hal.
Alah bisa tegal biasa .

Sedang berjalan jalan sempat pula tengok anak burung hantu kat atas pokok depan blok perempuan . Eeeee dah lah comel , burung hantu dewasa pun comel . MATA DIA !! cantik . Kening dia memang terbaik hihiii .

"Assalamualaikum , hai selamat pagi , awak tau tak awak comel , mata awak tu cantik faham tak ? faham tak ?"

*gayaoranggilacakapsorangsorangdenganpokok.

Brader brader yang lalu naik moto , adik adik yang jalan kaki nak pergi kelas semua pelik .

"Apehal doh , akak ni cakap sorang sorang ?"

*peduliapaden? hihii

Balik dan terus balik sambil dengar walkman . Lagu "Ku pinang kau dengan Bismillah" . Dengar lama lama sedap juga . Dah sampai kat susur gajah nak menuju ke blok tiba tiba ada seorang budak perempuan dia tegur . Mula mula pandang mulut dia je . Yea la sebab tak dengar sangat apa dia cakap . Saya ni kalau pasang lagu suka kuat kuat . Tapi tak de lah kuat sangat kan? Pfffft .

Terus tanggal earphone

Gadis manis : "Komander kan kan?"

Gadis je : " Yea kenapa?"

Gadis manis : "Hee nama sapa eh  , lupa lah"

Gadis je : "Err Farizahani .."

Gadis manis : "Haaa , komander comeeellll !"

Gadis je : 'Budak ni kenapa??'(dalam hati) .. "oohhh? hahaaa" <<< seperti orang gelak tak ikhlas .
"Nak pergi mana ada kelas kee??"

Gadis manis : "Haah , kelas CTU "

Gadis je : sambil tengok jam dengan muka serius "Awalnya pergi kelas ? Bagus Bagus "

Gadis manis : "Heee , yupee .. Eh eh duduk Tun Senaja kee?"

Gadis je : "Haah .. hehehe " <<<< tak ikhlas lagii

Gadis manis : "ok pergi kelas dulu, byeee !"

Gadis je : "Ok bye byeee !"

Saya terus lari naik tangga sambil tepuk tepuk dahi . Lepas tu berhenti jap sambil pandang dia turun perlahan lahan tangga hadapan untuk pergi ke kelas . Tak sempat pun tanya siapa dia , kalau dia komander sekalipun tentu dia tahu saya duduk Tun Senaja .

"Siapa budak perempuan tu ? Aku tak kenal sebenarnya , tiba tiba je dia ? errmm cantik jugak dia ni kehkehkeh"

*nampaktakadanalurikelakiankatsitu

Masya-ALLAH !

Bila dia cakap saya comel tu , darah panas mula naik ke muka . Rasa nak tutup muka pakai beg raket tu wawa.

eeeee , awak ni jangan lah cakap cam tu titeww malu cangaaatttttt !



Habis dari peristiwa tu naik bilik terus pandang cermin . Konon konon tak percaya diri memang comel
. Serius kita kena sedar diri . Ambil cermin dan cakap sorang sorang . Alhamdulillah aku sempurna .

Pfffffft . Asal muka aku lain dalam ni ?  Bila masa pulak aku ada janggut ni ? Musykil .
Dan seterusnyaaa..



Lepas tu gelak sorang sorang dan cakap .

"Budak perempuan tu memang salah orang !"


Ok nak rehat !

NOTA : Dahsyat permainan dunia ni .

Monday

Harap harap carrymark tinggi . Boleh target tinggi untuk Final Exam ni .

Assalamualaikum w.b.t

Terkena tag lagi .
Menceceh menceceh lagi .
Soalan kali ni betul betul mencabar.
Pakai kalkulator pun tak dapat jugak jawapan.

*Berpeluh peluh

*tolongjangantanyasoalansusahsusahsayataknakkenerepeat!

Soalan soalanya berbunyi..

Tededeng tededeng..

1. Kalo bleh bg nama nak bg nama apa untuk saye?? kenape??
Alah kakak ni buat buat tanya . Yang selalu kitaorang panggil kakak tu apa ? Akak yang tahu kenapa kan? Takkan lah nak tulis kat sini :"> hihii

2. Perkara yg kamu suka tentang saya...
SETIA .

3. Apa yg kamu xsuka tentang saya??
"Kakak ,biarkan je.. buat apa kakak nak susah susahkan diri kakak?"

Akak faham kan? apa maksud gaga kat atas ni kan kan? :)

4. Perkara paling bodoh penah saye buat??
Setakat ni apa yang akak buat tak ada lah bodoh di pandangan gaga.

-..- ape ke "bodoh" pulak .

5. Perkara paling lawak dlm hidup??
Yang ini terbaru , gaga rasa adik ni nak cepat so dia tersalah eja nama ayah gaga .
Terkejut jugak , bila tengok ada jadual waktu yang dah tersiap atas meja siap nama penuh lagi

Yang buat tergelaknya..

NOOR FARIZAHANI BINTI ZAINAK ABIDIN 

wawaa . Dah macam apa je bunyi ZAINAK ni T_________________T

Bahaya . Bahaya . Boleh bawak gaduh ni . Haha :))

Ok . Yang kelakar nyaa .

Ni perkara yang tak boleh lupa . Soalan kakak sama dengan kakak Fifah tapi nasib baik soalan kakak Fifah within 24 hours . Nampak tak permainan dia kat situ .

Ok macam ni . Masa tu kebetulan kakak sepupu tengah masak kat dapur . Masa tu tengah tunggu ikan masak kicap . Kebetulan adik dia tengah ada kat dapur .

Kak Ngah : "Oh adik , tolong rasa garam . Masin tak?"

Adik : " Ok "

Kak Ngah tengok je pergerakan adik beliau . Yang paling tak boleh terima . Kak Ngah dia suruh rasa garam dalam lauk tu , dia pergi rasa garam dalam BEKAS GARAM TU . Power . Power .

Kak Ngah : " Dik , ape ke mengong kau ni , Angah suruh rasa garam dalam lauk , bukan rasa garam dalam bekas ni ! Ya ALLAH ! adik adik !"

Adik : "Angah cakap lah awal awal nak suruh adik rasa garam dalam lauk tu !"

Tepuk dahi sekarang tepuk dahi sekarang !

6. Dah berpunye ke skg? ehemm2...
Alhamdulillah . Tetap setia dengan DIA  :"> . Malunyerr titeww

7. Sape saye dlm hidup kamu?? menyesal x kenal dgn saye?? haha
Kakak adalah kakak gaga. Gaga rasa happy Alhamdulillah sebab gaga ada ramai kakak . Kakak lah selalu teman gaga ke sana sini . Teman gaga gelak2. Teman gaga nangis2. Teman gaga sakit .

Terima kasih kakak .

Menyesal lah jugak sebab kalau gaga tak makan ubat ke atau apa ke , mesti ada orang report kat kakak , tak pun report kat kakak Fifah .

Menyesal menyesal ! Haha :P

Acah mak eton je lah kakak , mana ada menyesal . Tak pernah menyesal pun kenal semua orang dalam hidup gaga ni .

8. Kalo hari ni hari terakhir saya... ape yg kamu nk cakap kat saya?

"Kakak , kakak nak makan apa?  Gaga masakkan special untuk akak".

Hari hari terakhir seseorang , kita tak dapat nak jangka kan kakak? Belum sempat kita nak tengok dia , dia dah pun pergi dulu .

 Jadi gaga tak tahu nak cakap apa melainkan ini . Walaupun belum hari terakhir sekali pun ;)

"Kakak , terima kasih . Gaga sayang kakak . Harap kakak maafkan gaga sepanjang hidup kakak yea??"

Ni semua ambil dari skrip drama !

9. Lokasi kat mane skg??
Dalam bilik .

10. Macam mane hidup anda skg??
Alhamdulillah . Syukur . Apa apa pun , jika ada masalah dan rintangan hadapinya dengan cool.
ALLAH kan ada ? :D wihiiii!

NOTE : Harap harap lepas ni dah tak ada dah soalan tag tag haha !

Sunday

Harap dapat A+ dengan jawapan jawapan yang diberikan .

Assalamualaikum w.b.t


Waaawa saya telah ditag lagi . Daripada kakak tersayang , Nurul Afifah Bt Basir
Kali ni penuh debaran .
Weheeehe


Hari demi hari rahsia hidup semakin terbongkar .
*janganfikirdirihotsangatkay*


Pffft .




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani saya menjawab soalan kakak :)


1. Dah berapa lama kita tak jumpa?
Ya ALLAH lama kot tak jumpa . Last jumpa tahun lepas T_T ok?


2. Rindu saya tak? ke marah sebab dah lama tak jumpa?
Rindu sangat sangat . Rindu nak dengar kakak membebel itu dan ini dan rindu nak dengar kakak marah marah sebab kedegilan gaga wehehe. Marah? Oh tak tak . Akak kan busy . InsyaALLAH ada masa mesti kita akan jumpa jugak kan kan? ;)

3. Bila first time kita jumpa or kenal?

Masa LIBK . Kakak paling garang n teringat kakak baling botol air sebab masa tu ada BK minum air sejuk . Ketaq ketaq lutut :P

4. Apa saat yang paling anda ingat bila dengar nama saya?

"Gajah , Gajah , Gajah" sambil menari narikan tangan ala ala Sin Chan . Ingat tak ? Ingat tak? Masihkah kau ingat . Pada waktu itu , sekuntum bunga mekar , ia menjadi layu , lalu ku genggam ia menjadi debu . ceceh . 

5. Benda paling lawak terjadi within 24 hours.

Ok masa bangun tidur . Semalam yang sangat penat . Sampaikan terpisat pisat pergi bilik air . Nak gosok gigi  , tak sedar benda yang disangkakan ubat gigi rupa rupanya pencuci muka . Nasib baik tak picit lagi kat berus gigi kalau tak . 


"WOW.. mulut saya berbau Safi Balqis Gamat!!" kehkehkeh.


Rasa yang ni kot paling lawak . Ehem . Jangan ketawa . Senyum sememeh tak apa ;(


6. Siapa nama no 5 dalam phonebook awak?
Arif .

7. Bila last time rasa stress?

Sem lepas masa Final Exam . Memang musim stress dan frust menonggeng pun T_T

8. Bila last time pegi pantai?

Ok soklan ni best . Minggu lepas . Main bot pisang, main storm . Tinggal nak try jetski je . Belanja boleh? 


Kakak , jom pergi picnic ?

9. Benda paling awak marah dengan saya?

Degil . Tapi nak marah pun buat apa , adik dia ni pun ikut jugak kedegilan kakaknya .


Bak kata pepatah 
"Di mana tertuangnya air kalau tidak ke cawan".. kan? kehkehkeh

10. Kalau satu hari nanti saya dah tak de, awak nangis tak?

Hanya ALLAH sahaja tahu macam mana perasaan gaga masa tu, kak.


11. BILA NAK KAHWIN? Hehehehe....
Ish berdebar jugak nak jawab soalan ni :S


InsyaALLAH , jodoh dari ALLAH belum sampai . Belum masa jugak nak mencari lagi buat masa ni :">


NOTA : Ya ALLAH banyak kalinya ulang lagu Ombak Rindu ni T_T 



Friday

Menceceh 5x

Assalamualaikum w.b.t

Apabila terpampang sudah nama saya di blog seorang kakak .
Mata mula mencerlung .
Mencari cari idea .
Jawapan apa yang best untuk kelentong.

:)) tenenew

Ok tak baik menipu

Bak kata saya masa tadika dulu dulu yang menyebabkan kawan kawan seangkatan semua terdiam seribu bahasa . Hanya kerana perkataan NERAKA . Mampu bawa macam macam rasa .

"Tak baik tipu , kalau tipu dosa , bila dosa masuk neraka !"

GULP!

Kecik kecik dulu pandai cakap , bila dah dewasa dan pandai fikir . Perangai makin menjadi jadi . Masya-ALLAH .

Ok teruskan sesi soal jawab .
Soalan cepu perak ni boleh bawak gaduh sebenarnya .
Tapi ada sesetengah part boleh buat hati berdebar debar hehe .

Soalan soalannya .

1. Sila describe diri kamu dalam satu perkataan.
Biasa


2. Kalau diberi pilihan, negara mana kamu mahu duduk?WHY?
Malaysia oh Tanah Airku .

3. Zaman umur berapa tahun 1st crush kamu? Pernah confess kat orang tu tak? cuba cerita sikit =)
Pasal soalan cinta cinta ni wajib tanya ke?
Minta maaf , malas rasanya nak ingat kisah lama :)
Pffffft

4. Apa perkara yang paling kamu ingat dalam hidup?(x kisah la baik ke buruk)
Out of sudden , satu hari balik dari rumah kawan naik motor tengok sorang atuk tengah mengerang sakit kat tepi jalan . Kebetulan memang kamcing dengan atuk tu sebab balik sekolah je mesti kene singgah kedai atuk dan bual bual dengar cerita cerita atuk . Tengok tangan atuk berdarah dan kedai atuk bersepah . Kebetulan masa tu tengah panik tak tahu dengan siapa nak mintak tolong . Atuk cakap pencuri tu baru lari . Saya dengan berani dengan tiba tiba tanpa dirancang terus kejar naik motor . Saya geram dan terus pecut dengan kelajuan yang tak disedari berapa . Tapi gagal . Pencuri tu lagi cekap . Balik terus report kat ayah . Nasib baik ada ayah :) . Semestinya ibu bising . "Kenapa berani sangat kejar orang tu , kalaulah orang tu ada pistol ke , parang ke macam mana? kenapa tak balik terus bagitahu ayah?" . Sengih sengih lah jawapannya .

5. Agak2 kamu start berjalan umo berapa tahun?(jalan pendek dan jalan panjang--->hah?)
Ya ALLAH memang tak ingat . Haha :">


6. Nak jugak tahu family kamu besar ke kecil? sila perkenalkan.
Ayah - Zainal Abidin Bin Muhayat
Ibu - Hamisah Bt Abdul Hamid
Abang - Mohd Faiz Ahlami
Saya - Noor Farizahani 
Kakak ipar - Roziah Bt Che Ani
Anak buah - Muhammad Wafi Bin Mohd Faiz Ahlami


Adik beradik saya tak ramai mana pun . Dua kerat je . Teringin juga lah kan nak adik beradik ramai . Tapi ni yang ALLAH bagi ibu dan ayah saya . Mungkin ada hikmah . Dulu ibu jaga 8 orang adik di bawah beliau .  Kasihan ibu kalau ada anak yang ramai sekarang ni . Nak layan kerenah dua orang ni pun ibu dan ayah pening kepala :)


7. Benda paling pelik di dunia ni yang kamu pernah tengok?
Ada satu haiwan ni . Saya tak ingat . Jap jap dia sejenis ikan tapi memang rupa dia sangat sangat pelik . Tapi yang pelik tu lah tanda tanda kebesaran ALLAH Yang Maha Agung kan? Walau dia pelik tapi comel kot . kehkeh

8. Saya ini siapa bagi kamu? Macam mana ye kita jumpa?
Kak Pini kakak saya . Yang tag saya ni kakak Pini . Saya jumpa kakak pini sebab kita satu UiTM dan saya masuk komander , terus rapat dengan kakak Pini . Terima kasih jaga gaga masa gaga sakit , teman gaga pergi jumpa doktor . Lebiu kakak :)

9. Quote yang kamu pegang dan dari mana asalnya?
Cool ! Cool ! 
Saya rasa semua orang mesti akan cakap benda ni dalam semua situasi tak kiralah dia tengah sakit hati ke , geram ke , happy ke , apa ke . 

10. Siapa orang femes yang kamu pernah jumpa?
Entah lah . Tak tahu nak describe orang tu famous tang mana . Walaupun beliau artis sekalipun , Perdana Menteri ke atau apa apa sahaja . Dia tetap manusia biasa . 


11. Hadiah birthday paling best yang kamu pernah dapat?
Ibu bagi diari dan diari tu ibu siap kiss . Ada kesan lipstik lagi . 


Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

"Ibu sayang anak anak ibu.."

haa yang ni lah pantun ibu tulis kat muka surat belakang sekali diari tu :)

Ok kakak pini . Gaga dah selesai menjawab . Terima kasih sebab tag . Hihi

NOTA : Yeay esok badminton

Thursday

Bukan keluhan

Assalamualaikum w.b.t

Sibuk luar sibuk dalam sibuk dengar sini .

Sibuk sibukkan diri boleh buat kita lupa apa yang kita hadapi .
Hanya dengan doa moga ALLAH sentiasa memberi saya kekuatan macam mana DIA ada dengan saya sentiasa.
Saya sendiri mengaku .

Hidup ini akan menjadi terlalu penat apabila kita terlalu mengalah dan mengalah.
Mengalah bukan maksudnya saya kalah , tapi saya memberi ruang kepada mereka mereka itu .
Dulu satu perkara.
Dan sekarang satu perkara.

Seperti berturut turut berlaku pada diri ni.
Tapi tak berguna dipersoalkan tentang untung dan nasib badan .
Bila mulut berkata redha dan sanggup .
Tapi hati memang suka menipu .
Ternyata redha yang tidak pernah ikhlas .

Mungkin ALLAH nak bagitahu saya sesuatu tapi masanya belum sampai.
Yea , hidup di dalam kesabaran demi kesabaran sememangnya manis .
Walau saya tahu banyak perkara yang perlu saya telan untuk saya rasa dan kumam pahitnya .
Hidup ni tak akan rasa manis jika saya tak pernah rasa pahitnya .

Biarlah , jika masa itu tetap berganti seiring dengan nafas saya andai tu yang boleh mengubat semua benda ni . Saya cuba relakan. Takapalah . ALLAH Maha Tahu . Melepaskan sesuatu yang kita sayang memang pahit andai itu buatkan mereka bahagia . Alhamdulillah .

Moga ALLAH permudahkan perjalanan hari hari saya . InsyaALLAH :)

"Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang orang yang sabar"



NOTA : Ok  tededenggg ! Tamat !