Tuesday

Ehem

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Bersyukur rasa dapat bebudak bilik yang bagus bagus belaka walaupun dari cabang yang amat berbeza . Akaun , Forensic , Sains Matematik dan aku Sains Pentadbiran . Dan part yang aku suka ialah apabila timbul kemusykilan dalam kefahaman agama kami akan bincang sama sama dan perbincangan kami akan meleret sampai ada yang lupa nak pergi mandi . Selekeh kan ?

Ok Sains Matematik ni namanya Liz .

Dari hari tu kisah beliau tak akan pernah habis . Ini berkaitan dengan rakan rakan sebaya yang masih kurang dengan kefahaman agama dan adakalanya mempersendakan sedikit sebanyak hukum hukum ALLAH ni . Bahaya dan ia sangat bahaya . Ya mungkin ALLAH nak uji dia sebenarnya . Alhamdulillah orang kata seru dah sampai dan tanda tanda ALLAH sayang dia , ALLAH gerakkan hati dia untuk buat perubahan yang baik . Dia dah mula pakai tudung labuh , pakai pakaian muslimah dan sewaktu dengannya . Aku ni entah bila semua nak labuh *nanes nanes* . Bila kita nak ke arah kebaikan ALLAH akan uji kita dengan dua perkara . Satu yang baik dan satu lagi yang buruk . Contohnya

1. Bila kita mula ke arah kebaikan ALLAH akan hantar orang orang baik pada kita . ALLAH akan uji kita dengan ilmu , ALLAH uji iman kita , ALLAH uji kesabaran kita . Di mana bila kita dengan orang orang baik ni kita akan rasa rendah diri dan amat jahil . Contoh , makin banyak yang kita tahu makin tinggi kita rasa kejahilan kita dalam diri sendiri . Betapa sikitnya ilmu kita berbanding luasnya ilmu ALLAH tu . ALLAH uji iman kita di mana bila kita tengok orang lebih power dari kita , kita mula rasa macam nak give up . Ayat biasa aku  dengar " Aku tak power macam diaorang , aku segan dengan diaorang .." Dan lagi satu , kesabaran kita akan diuji yakni kita ni istiqamah ke tidak dengan jalan yang kita pilih ni takut takut kita akan timbul rasa penat dalam diri bila mana mujahadah kita terberhenti di tengah jalan . Siapa tahu kan ? . Back to our niat in shaa ALLAH tak jadi masalah cuma masalahnya adalah diri sendiri dan juga kita nak teruskan ke tak itu saja . ALLAH takkan ubah nasib seseorang tu melainkan orang tu mengubah nasibnya sendiri . Surah ar r'ad carilah sendiri ayat mana .

2. ALLAH akan hantar orang orang yang jahil pada kita yang boleh bagi impak sangat sangat besar macam member aku ni sampai menangis diaorang kerjakan . ALLAH akan uji ilmu kita pada masa yang sama , ALLAH akan uji kesabaran dan keimanan kita pada masa yang sama juga . Sama macam ALLAH uji kita dengan situasi kita kat atas tapi kali ni pengaruhnya berbeza . Kita lihat dari sudut ilmu , bila mana kadang kadang kita akan diuji dengan macam macam jenis orang . Musykil dalam agama secara berlebih lebihan sehinggakan mempersendakan hukum hukum ALLAH .Ya tugas kita adalah menyampaikan dan memperbetulkan apa yang salah tapi bila mereka tetap dengan apa yang mereka percaya bak kata orang bodoh sombong . Itu kita serah pada ALLAH . Biar ALLAH uruskan hati dia . Kasi hadiah Al Quran yang siap terjemahan itu lebih baik . Benarlah kata imam Syafie :

"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu , tetapi aku akan kalah dan tewas kepada seorang yang jahil kerana mereka tidak mengetahui akan landasan landasan ilmu".

Dan masa tu iman dan kesabaran kita akan mula berbolak balik . Member aku ni lembut hati orangnya . Dia selalu merendah diri yang dia masih cetek agama tapi bagi aku tak cuma dia belum ada keyakinan untuk bersuara . Tapi kalau dengan orang orang macam tu bila mana kita cuba bantu dia untuk faham balik ikut landasan agama dia tak nak dengar baik campak aje dalam lombong tak pun kat tasik shah alam tu . K . In shaa ALLAH , ALLAH pasti akan permudahkan urusan dia dan aku harap dia sabar lah dalam hal hal macam ni . Bila dia cerita itu dan ini pada aku perasaan marah automatik timbul seperti menukar gear auto R dan kereta akan R dengan sendiri . Dan masa tu kita akan marah dan menyesal kenapa salah tukar gear . Ya apa kene mengena ? dan apa kene mengena ?

Aku tak tahu aku nak sudahkan apa dengan post aku kali ni . Oh yaa pesan aku , kebergantungan hanya pada ALLAH sebab hidayah tu milik ALLAH dan bila bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik hidayah tu dan ALLAH juga berkuasa membolak balikkan hati kita ni . Sebab sejak azali lagi ALLAH dah tahu iman manusia ni tak pernah setia :(


Macam ada kene mengena tak ? Aku rasa ada . Ya ada . Saya yakin , Halim .

Ok bye .

K

Assalamualaikum w.b.t

Hai , kelas aku macam biasa bila hari Rabu datang akan bermulalah tuisyen untuk hari ni . Jadinya kelas aku akan bermula pada pukul 5.30 petang . Power kan ?

Dan sejak habis cuti Ghaya Hajiw hari tu selama 10 hari , kelas asyik asyik tak ada je memanjang . Dan mungkin ada hikmah juga bila mana salah step pakai shawl dan kelam kabut pergi kelas menandakan itulah hikmah terbesar yang aku perolehi *ujub*

Dan aku sedikit sebanyak menyesal bila mana balik bilik aje budak budak ni mulalah mengomel , merungut , merejam , mengecam dan sewaktu dengannya

"Kauorang ni asyik tak ada kelas je , syok gila !"

Aku hanya mendiamkan diri . Malas nak layan kata kata sinis yang dilemparkan . Aku terus tukar baju dan tarik bantal untuk tidur sejam dua . Lepas tu bangun untuk pergi kelas seterusnya dengan harapan kelas itu akan wujud . Ya aku sengaja bersiap lambat dan sambil tu membebel dalam hati

'Ok kelas ada hari ni tak payah nak cancel sangat'

Berjalan sambil berborok borok dengan member member tiba tiba terserempak dengan classmates

"Kelas takdak"

Dua perkataan tu saja menyebabkan aku terus berpatah balik dengan pantas sekali . Marah ada , suka ada , sedih ada , geram ada dan bahagia telah mendominasikan perasaan aku sebenarnya . Nampak ? Akan sebab aku malas naik bilik aku lebih suka luangkan masa kat bilik hafa sahaja . Sebab bilik dia tak payah nak naik tangga masuk saja Melati dah nampak pintu bilik dia . Power kan ?

Hafa's roommate says :

"Asyik tak ada kelas je , kauorang punya course ni wujud ke tak ?"

Reaksi aku :



K

Saturday

:'(

Assalamualaikum w.b.t

Semua sedia maklum kan apa yang jadi kat Gaza sekarang ? Bukan sekarang je sebelum ni pun Gaza dah kene serang dan makin berlarutan sampai la sekarang . Dan sekarang makin teruk sangat . Aku sampai tak sanggup nak tengok video2 , gambar2 lebih lebih lagi gambar2 budak kecik menangis , badan penuh darah dan hampir seluruh badan diaorang terbakar . Keji gila Israel ni . Memang KEJI SANGAT SANGAT bak kata Arozsha

"Kalau aku ironman dah tembak Israel. Tapi apa kan daya . Hanya doa yang mampu ku kirim"

Ya kalau ikutkan semua orang , jika ada kuasa dah lama Israel laknatullah tu kene lanyak dan lenyek buat lempeng cicah sambal . Tapi siapa kita ? Ya kita orang Muslim . Kita orang Islam . Kita ada ALLAH MAHA BESAR . Kita ada senjata yakni DOA . Memang kita rasa tak cukup dengan doa macam kita ni tak buat apa apa tapi yakin dengan ALLAH dan yakinlah , dengan doa yang ikhlas dan penuh pengharapan serta bersungguh sungguh pasti ALLAH akan makbulkan . Sebenarnya apa yang jadi kat saudara saudara kita tu adalah cara ALLAH nak buka pintu hati dan jugak besarkan mata kita ni . Ya kita pastinya akan cakap camni

"Beruntungnya aku duduk Malaysia ni , Alhamdulillah"

Memang beruntung sangat . Makan sedap , buat itu buat ini tak ada orang tegah , macam macam kita bebas gi sana gi sini . Kita bijaksana bijaksitu bijakthere *tetiba*. Tapi perasan tak apa ALLAH nak kasi tahu sebenarnya ? Tanya pada diri sendiri . Perintah ALLAH kita pandang tak pandang , apa yang ALLAH tegah lagi kita buat :'( semua yang jadi kat muka bumi ni semua bersebab . Tak ada benda yang akan jadi tanpa sebab dan munasabab . Ok ramai juga bersungguh sungguh nak boikot mcd sebab barangan israel . Memang mcd barangan israel dari dulu tapi kenapa tak dari dulu kita boikot dia ? Dan sekarang ramai ramai pakat nak boikot . Sebab tu salah satu ALLAH gerakkan hati hati manusia ni semua . Macam aku dulu pun suka juga makan mcd tapi tak adalah selalu . Dah nama fast food so mana yang fast aku just sumbat je dalam mulut . Dan aku dengar mcd nak bagi burger free eh Isnin ni . *terus tumbuk dada dan pejam mata* *terus zikir takheran takheran takheran takheran takheran sampai tertidur* Nampak tak permainan diaorang sebenarnya ? Makin banyak kita sumbang kat diaorang makin banyak la income nak beli jet jet pejuang , senjata senjata yang canggih untuk lanyak Islam . Dan hikmah pada pekerja mcd yang kerja separuh mati diaorang ada sikit ruang untuk berehat sebab tak banyak kerja . Bagus kan ? Tapi istiqamah tak aku ni ? Doakanlah aku weh :'(

Tapi bila mana kita sebukk sebukkk nak boikot bagai tu kita tengok dalam diri kita balik

"Kalau solat pun aku susah apatah lagi nak bukak Al Quran ada hati ke aku nak boikot mcd ?"

"Kalau solat subuh pun liat nak bangun makin enak pula tidur dengan selimut kulit babi ada hati ke aku nak boikot mcd?"


:'( wuuwwwwuuuu dengan kepala berdarah semua tu dia masih lagi buat PEACE . Tsk . PEACE FOR GAZA . Hebatnyaaa , dan benarlah orang Islam kat Gaza ni bukan calang calang orang . 

Yang pastinya janji ALLAH itu pasti dan ALLAH tidak pernah memungkiri janji

Para Mujahidin dijanjikan syurga apatah lagi yang syahid kat jalan ALLAH . 

"Dan sampaikanlah khabar gembira  kepada orang orang yang beriman dan berbuat kebajikan , bahawa untuk mereka (disediakan) syurga syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai . Setiap kali mereka diberi rezeki buah buahan dari syurga , mereka berkata "Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu". Mereka telah diberikan buah buahan yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya".

(Surah Al Baqarah : 25)

Dan ini bagi Israel laknatullah

"Kalian akan tahu siapa yang akan mendapat tempat terbaik di akhirat dan sesungguhnya orang-orang zalim itu tidak akan beruntung" 

(Surah al-An’am: 135)

"Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Besar lagi Maha Perkasa , kurniakanlah kemenangan bagi Islam . Kurniakanlah kemerdekaan bagi Islam . Lindungi saudara saudara ku ya ALLAH Yang Maha Pelindung , hapuskanlah mereka yang menzalimi saudara saudaraku Ya Rabb . Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta dan memohon pertolongan dan kepada Engkau jualah tempat kami bergantung harap . Selamatkan saudara saudaraku Ya ALLAH.."


Monday

:(

Assalamualaikum w.b.t

Biasalah kita ni mana pernah lari dari masalah . Masalah besar ke kecik ke ia tetap nama masalah atau musibah . Itu semua ALLAH nak kasitahu yang ALLAH sayang kita sesangat :') cuma kita je ambik benda tu besar dan lama lama jadi berat . Setiap masalah mesti ada jalan keluar sedangkan sakit pun ada penawar inikan pulak masalah yang kita punya sekarang ni . Sebagai manusia bila kita mengaku kita beriman dengan ALLAH maka kita kene mengaku kita beriman dengan setiap musibah yang kita hadapi . Ini kan kesetiaan n cinta pakwe makwe pun diuji dan ada sesetengah orang sanggup buat apa je untuk uji makwe pakwe dia tu sampai menyamar2 bagailah , apalah semata mata nak tahu sama ada dia betul sayang atau tak apatah lagi iman kita ni . ALLAH Maha Tahu sejak azali lagi dah tahu iman kita ni camne . Bukan macam malaikat tiap masa meningkat meningkat tak pernah turun . Tiap masa sujud tiap masa memuji ALLAH tak macam kita ni masa susah je pandai cari ALLAH . Bila time senang dan berguling sana sini mana nak ingat kan ? Tahu nak seronok je . Yeah aku lah tu . Hmm . Sebab tu lah dunia ni palsu dan dikatakan dunia ini sampah dan pemburunya adalah anjing .

Hari ni aku rasa sedih sangat . Sedih yang begitu bersebab . Barulah masa sedih tu fikir balik apa yang pernah ALLAH kasi sebelum ni . ALLAH kasi terserempak dengan orang yang kita suka dalam diam , ALLAH kasi nikmat bahagia sebab kelas cancel je memanjang , ALLAH kasi rezeki makan sedap sedap, esok pulak roommates ajak pergi secret recipe semata mata nak tunaikan hajat kat hati ni sebab lama dah tak pi , tapi ada je kekurangan dalam diri ni .

Bila dah tengah tengah rasa sedih terus cakap pada diri sendiri

"Kalau ALLAH boleh sabar dengan dosa dosa aku , kenapa aku tak boleh sabar dengan apa yang ALLAH uji aku sekarang ? Haih masalah , aku anggap kau cuma sebesar tapak tangan aku je sedangkan aku punya ALLAH Yang Maha Besar lagi Maha Agung Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

Kalau nak tahu kita ni kerdil ke tidak untuk syukur akan nikmat yang ALLAH kasi kat kita ? Kita celup jari kita kat air laut yang besar dan sangat luas tu dan air yang tersisa kat jari kita tu lah sebenarnya kita dan nikmat ALLAH tu adalah lebih luas dari laut laut yang ada kat dunia ni . Seluas 7 lautan jika dijadikan dakwat belum tentu dapat habis tulis nikmat nikmat ALLAH sebenarnya . Siapa kita nak sombong ? :'( hmm



K bye

Saturday

Husnuzon

Assalamualaikum w.b.t

Ok semalam jugak kisahnya . Ada kuiz arab . Yezza online quiz that need you to answer 10 questions in 5 minutes ONLY. Mana cukup oi . Aku bukan minah arab or bangsa bangsa syeikh dan syarifah ni . Dan masa tu jugak kawan mintak tolong jawabkan kuiz untuk bahagian dia sebab dia kene attend seminar yang apa benda entah yang melibatkan fasi fasi ni . And she got RM100 per day . Yes per day . Deyy machaaa kenapa tak cakap awal awal boleh lah buat side-income sikit . *sigh*

Ok tak apalah macam tu . Dia kata penat . Biasalah tu penat macam macam kot nak kene handle . Janji masyuk and berbaloi kot . Ok dah bukak i learn ni lepas tu dia nak password pulak . Aku dah mula urut kepala . Kenapa ustazah tak bagitahu yang quiz ni kene masukkan password ? Cek cek phone credit ya ALLAH tinggal berapa seng je . Hati jadi susah lama lama roommate baik hati kasi pinjam phone :( lepas tu duk call Farid . Alhamdulillah nasib baik akhi Farid ada :P dah tu masa dah bersungguh sungguh nak buat quiz tiba tiba phone berbunyi . Classmate tanya macam macam . Aku pula kene bagitahu step by step dan masa aku dah terbuang kat situ . Bila mana aku nak buat soalan yang ke tiga tiba tiba dia kasi tahu masa aku dah TAMAT . Aku macam tak percaya dan terus keluar final result . So the result is 2 out of 5 . Am sooooooo sad :'( memang macam nak nangis . Pujuk hati dan istighfar bebanyak . Husnuzon husnuzon husnuzon .

Lepas tu aku pun proceed la member aku punya part dan paling sadis she got 4 out of 5 . Dan aku punya sendiri pun tak setanding macam dia punya . Terus termenung depan laptop dan buat conclusion sendiri .

"Dalam hidup ni kita terpaksa berkorban" 

Ok terus tiba tiba .

Pahtu dapat call . Yeah akhi Farid-lah-sangat call . 

"Macam mana boleh buat tak ? Dapat berapa ?"

Me : *ceritakan segala galanya*

Dan dia gelakkan aku , so kene lah menadah telinga dengan penuh ikhlas dan sabar . Dan terus letak telefon.

Roommates datang pujuk 

Hani : "Its ok lah gaga , kau dah tolong orang nanti ALLAH akan tolong kau jugak. Farid gelakkan kau ?? Nantilah dia kalau dia kene macam kau , kau pula gelakkan dia "

Liz : " Takpe , kau dah tolong orang kot walaupun masa tu tengah nak jawab kuiz . Husnuzon"

Im so touched . Dan hikmahnya terus teringat , ustazah kata ada lagi satu kuiz minggu depan so lepas ni jangan angkat call sesapa . Hahahahaha . 

K bye .

:">

Assalamualaikum w.b.t

*tolak buku ke tepi tari laptop ke mari*

Sambil melatih jari jemari sebentar sebelum mula menekan huruf satu persatu untuk dijadikan satu demi satu perkataan dan terlahirnya perenggan demi perenggan dan di situ juga terbentuknya sebuah cerita yang entah menda menda .

K

Sebenarnya aku jadi lupa pulak aku nak post pasal menda ni ? Ok lepas bersin terus ingat balik . Nampak tak powernya bersin tersebut . Ehem .

Sebelum tu kejak kejak aku nak tunjuk satu gambaq ni


Lecturer diploma aku punya komen :

"And I love your new profile pic..looks exclusive and sweet. Bertutup lebih exclusive dari berbuka..macam barang mahal dalam cermin dalam kotak cantik di exlusive mall dengan barang murah yang tidak ada kotak tidak ada cermin tapi dilonggok saja di pasar malam.. So keep it up!.."

*awkward silence*

Do you feel me ? Do you ?

Dan beliau amatlah terkejut dengan secara mengejut bila aku bagitahu yang tu bukan aku *terus nyanyi lagu kerispatih -TAPIBUKANAKU*

Ok aku bukanlah tergolong dalam light-skinned person macam adik arab dalam gambaq ni . Aku pun tak tahu nak describe aku punya skin colour macam mana . Ciklat ? Sawo matang ? Kulit langsat yang kusam ? Kuning langsat , duku or else , manggis , oren mangga ? TAK TAHU .
Ni pun aku cilok dekat entah sapa sapa punya entah . Its all about GAZA actually . So nampak tak aku minum air sarsi sambil menyelam di lautan pasifik ? *hiperbola plus metafora lalu menjadi flora dan fauna*

And she replied  :

"X apa apapun gambar yg cantik. U can also take something like that and put as profile.. :)"

Siap smiley tu yang aku tak tahan sebenarnya . Adakah ini dipanggil HAJAT ? HAJAT seorang pensyarah terhadap bekas pelajarnya? *nangis nangis*

Lepas ni kene bergambar sambil lilit shawl menutupi separuh muka . Lepas tu pakai shades . Pehh . Power power . Berangan lebih berani buat ke ? LOL . Dan siap letak caption untuk mengelakkan apa apahal yang melibatkan berlakunya salah faham dan silap mata di sini "eh"

"Ini bukan saya"

Habis cerita .

Ok aku nak ceghita ni . Ehem . Apa perasaan kauorang bila sesuatu yang korang hajat dan berdoa sangat sangat pada ALLAH tiba tiba ALLAH kasi hint kat kita . Macam orang kata tempias termakbulnya doa tu . Mestilah happy walaupun itu baru sikit . Baru sikit dah menggelabah macam tu belum tup tup kat depan betul betul . Entah entah pengsan agaknya .

Macam ni . Aku sebenarnya ada suka kat seseorang ni . Siapa ? *baling botol* mana boleh kasitahu siapa . Malulah . Biar je lah ALLAH yang tahu :"> *senyum sememeh*

Berdoa yang baik baik dan bukan sesuatu yang boleh melanggar hak hak ALLAH pada kita . Nak minta kat ALLAH ni kene sabar , khusyuk , tawaddhuk dan permintaan tu janganlah berlebih lebihan sebab kita sendiri tahu kita ni merancang ALLAH je yang tentukan . Serah pada ALLAH , ALLAH tahu dah nak buat apa sebab ALLAH sendiri dah tahu dari awal hati kita ni macam mana . ALLAH Maha Tahu segala galanya :">

Aku berdoa harap dapat jumpa seseorang itu dengan izin ALLAH . Dan sentiasa bersederhana dengan hati dan perasaan . Sebab hati dan perasaan ni pun hak ALLAH . Suka tu fitrah kan ? Tapi kene pandai pandai handle sendiri . Err seseorang tu tak kenal pun aku tapi aku yang kenal dia heheheh . Macam mana ? *baling pinggan* mana boleh kasitahu :P

Kebetulan semalam my roommate ajak teman pergi betulkan printer dia yang begitu sewel . Aku ni bukan apa mudah sangat termakan dengan pujukan dan godaan . Lalu aku pun ikut ajelah dia . Pergi dengan sorang lagi kawan kami , untunglah ada kereta :P . Kebetulan masa tu hujan sangatlah lebat . Ya lah sekarang kan musim angin monsun . Dan secara tiba tiba semasa aku nak menghala ke tempat yang aku minta kawan aku untuk pergi sana entah kenapa hati aku tergerak untuk pandang luar tingkap . Alangkah terkejutnya hanya ALLAH je yang tahu . Aku nampak kereta dia kot ! dan siap tengok nombor plat lagi . Nafas terus terhenti kejap . Masa tu dia dalam kereta nak melintas jalan . Aku ingat dia akan ikut jalan yang kami guna ni tapi dia jalan kat tempat lain :( . Tak nampak sangat dia tapi kereta dia memang terang lagikan bersuluh nampak lah kan  dengan nombor plat yang terang lagi jelas dan nyata . Tiba tiba darah berderau

Me : "Ya ALLAH tu bukan..tu bukann.." *tergagap gagap*

Dah lah duduk depan tiba tiba tak senang duduk . Kawan kawan dah pelik

Me : "Ya ALLAH . Ya ALLAH . Ya ALLAH.." *sambil tutup muka dan lepas tu tutup telinga* apehal entah aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu . Happy ada , sedih ada , kecewa ada , bahagia ada , yang penting SYUKUR !

Nasib baik kawan yang bawak kereta kalau aku bawak kereta dengan keadaan yang terkejut bukan kepalang tu macam mana agaknya lah kereta tu dan ke mana pula lah kereta tu .

Kawan : "Kenapa ? Kenapa ? Ada apa?"

Me : "Errr eh tak ada apa.." *terus tersedar dan buat buat tenang sebelum tu sempat juga toleh belakang , dan seseorang tu dah jauh tinggalkan aku*

Sedih tu sedih tapi bila dah macam tu pun aku menggelabah apatah lagi kalau kereta dia betul betul sebelah kitaorang dan terpandang antara satu sama lain . *PENGSAN* *PENGSAN*

Dan aku terus cakap kat diri sendiri . Jangan terlalu excited sangat Farish , itu salah satu nikmat ALLAH kasi kau sikit je . Syukur syukur syukur . Serah semua kat ALLAH . Okaylah tu jumpa dalam keadaan macam tu . Dalam hujan yang penuh rahmat pulak tu . So sweeettttttttt . LOL *tampar diri sendiri yang masa tu dah sampai tempat yang kami nak tuju sebenarnya* Tempat yang aku minta kawan aku untuk bawak aku pi sana terus tak jadi berhenti tepi jalan sekejap lepas tu terus pergi tempat yang nak repair printer tu . Sebab hajat dah tercapai kot ? Heheheh . Entah kenaapa entah aku . Macam cubaan lari dari samseng . Ah aku kan ketua samseng apa barang main sorok sorok *tiba tiba*

:) senyum sampai lah balik kampus . Dan hanya ALLAH saja yang tahu sebab munasabab senyuman aku . Syukur . Balik balik solat dan dalam sujud

" Terima kasih ALLAH "

Maha suci ALLAH yang mengetahui segala isi hati dan Maha Pengatur lagi Maha mengetahui apa yang terbaik :">

Malu lah cam niwwwww k bye .

Friday

Assalamualaikum w.b.t

Itu hari aku plan nak tukar dp pakai doodles . So aku pakat cari dekat google . Setelah lama bergoogling , aku tejumpa gambar gambar ni kat salah satu tumblr sorang perempuan . Aku tak kenal pun tapi percaya tak dia yang lukis semua ni ye? Hebak hebak !

Minta maaf lah curi ye awak sebab saya dah try cari macam mana nak minta izin awak ni kalau awak ada ternampak doodles awak kat mana mana search sila cari saya meheheheh . Moga awak redha , saya tak ada tumblr so susah lah sikit . Tskk .


Aku suka gambar ni . Tak tahu kenapa macam nampak tenang sajewwww.

Ok yang ni pun boleh tahan sebab err tudung dia cantik kot ? Tapi mana hidung dia ? Emm seni seni .


Yang ni comel tu je aku boleh cakap .

Ehem

Assalamualaikum w.b.t

Soalan : "Apa perasaan engkau , kita suka diam diam kat seseorang sekali tu kita ternampak gambar gambar dia dengan perempuan perempuan yang jaraknya amatlah rapat ?"

Aku menjawab : "Sedih lah , sebab tak dapat bergambaq dengan dia.."

Krik Krik Krik

Soalan : "Apa perasaan engkau kalau orang yang kita suka diam diam tu sombong dengan kita?"

Aku menjawab : " Dah kau suka diam diam memang layak lah dia nak sombong dengan hang , cer kasi tahu dia yang hang suka kat dia?"

Member aku : *lari lari tutup muka dan menggeletis atas katil* "Ala kitew maluw"

Aku menjawab : "hehehe kalau aku pun , aku tak berani nak kasitahu.." *menggeletis sekali*

Krik Krik Krik

Soalan : "Apa perasaan engkau kalau orang yang kita suka diam diam tu rupanya dia duk suka orang lain?"

Aku menjawab : "Orang lain tu sapa aku ke?" *sambil makan keropok*

Member : "putus kawan!"

Krik Krik Krik

Soalan : "Apa perasaan engkau kalau orang yang kita suka diam diam tu akan kahwin dengan orang lain tak pun dia dia dia dia ...... ada makwe?"

Aku menjawab : "Aku harap kau bersabar lah , jangan kau bertukar jadi hijau pulak" *makan keropok*

Member : "Please Farish , please berperasaan .."

Aku memandang beliau dan memeluk bahunya dan tersenyum

"Kita ada ALLAH , bila kita rasa suka kat seseorang tu  itu pun datang dari ALLAH . Fitrah tu fitrah lah bila suka kat orang tapi kita kene pandai pandai handle . Bila dah suka kat seseorang segala maharaja nafsu mesti akan ada dalam diri kita . Yang penting kenelah sentiasa berdoa dan mengharapkan semua yang terbaik . Contoh doanya macam ni ..

'Ya ALLAH Yang Maha Mengetahui luar dan dalam ku , Yang Maha Pengatur segala galanya dan Yang Maha mendengar .  Peliharalah   ______________________ dari segala perkara yang boleh membawa kepada kemurkaanMU . Kau peliharalah hatinya dan imannya serta dirinya Ya ALLAH . Jadikanlah dia seorang lelaki yang baik Ya ALLAH . Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buatku , berilah petunjuk kepadaku Ya ALLAH . Jika benar dia adalah jodohku Engkau dekatkanlah hatinya dengan hatiku , jika bukan jodohku maka jauhkanlah pesonanya dari diriku Ya ALLAH . Ya ALLAH Ya Tuhanku , peliharalah hati dan perasaanku ini supaya tidak berlebih lebihan . Aku hanya seorang perempuan yang mudah lemah dengan perasaan . Dan jika kami bertemu Ya ALLAH , pertemukanlah kami di bawah redha dan izinMU '

"Kita hidup kat dunia ni tak lain tak bukan nak redha ALLAH , kalau tak ada redha ALLAH macam tin kosong hidup kita ni . Kau dah besar panjang boleh fikir mana baik dan buruk . Serah je semua dekat ALLAH . ALLAH dah terlebih tahu pun kau dah memang suka orang tu . Bersabarlah mungkin apa yang kau lihat tu sekadar ujian dari ALLAH . Sabar dalam jihad , kita suka orang dalam diam ni sebenarnya satu jihad untuk pelihara hati kita ni . Memang sedih tapi siapa kita pada dia . Dia tak kenal kau kan? Kau pun kenal dia dalam diam diam . ALLAH tahu apa yang terbaik , ALLAH kan ada?"

Member : "Tapi aku just tegur tegur dia dalam Facebook or Twitter je tapi dia macam err nak tak nak je layan. Hmmm"

Aku menjawab : " Sebab dia tak kenal kau lagi kot , takpee husnuzon . Mana tahu ke kau terserempak dengan dia nanti ke dan suatu hari nanti siapa tahu ke dia jadi kawan baik kau ke apa ke ? Kita tak tahu , tapi jangan berharap sangat sangat . Sabar dalam doa ".

Member : *mengangguk sedih* "Farish , expert betul kau dalam hal hal ni?"

Aku menjawab : "Aku pun ada suka kat seseorang" *senyum sememeh sambil berlalu*

Member : "Siapa ? Siapa?"

Aku terus tarik selimut dan tidur .

"Farishhhhhhhhhhhhhhh!!!!!"

zzzZZZZ