Assalamualaikum w.b.t
Sedang seronok tengok tv dengan ibu dan kakak ipar petang tu , tiba tiba telefon berbunyi .
Skrin telefon terpampang nama "AYAH"
Saya : "Eh ayah call , kenapa eh?"
"HELLO , AYAH .."
Ayah : "Adik , ayah belikan handphone untuk adik ni , alah macam ayah punya tu ..?"
Saya : *Diam* dan terdiam agak lama .
Ayah : "Dia warna putih tau .."
Saya : *Pandang ibu kemudian pandang kakak ipar kemudian lagi pandang si kecil tengah syok sangat main permainan dia*
sedar sedar ayah macam cakap sorang sorang saya terus jawab ..
"Haa? oh ok ayah .. "
Ayah : " Nak memory card?"
Saya : "Err nak .."
Ayah : "Ok ok .."
Saya terus letak telefon . Saya mula pandang ibu .
Saya : " Ibu , ibu ada cakap dengan ayah ke pasal adik nak beli handphone baru?"
Ibu : *Dengan muka terkejut dan mata beliau amatlah besar*
"Eh mana ada ibu cakap apa apa dengan ayah pasal handphone? Kenapa?"
Saya terdiam . Setahu saya ibu sahaja yang tahu niat saya nak beli henset baru memandangkan henset ni mula naik tocang dia . Beralih pula pada kakak ipar .
Saya : "Haa kak zie yea bagitahu ayah?"
Kakak ipar : "Haa? eh eh bila akak bagitahu , akak tak tahu apa apa pun? Haa, ayah belikan adik henset baru eh?" *tersengihsengih selama 15 minit.
Ibu : "Yea lah tu , biarlah ayah nak belikan.. apa masalahnya dik.."
Saya : "Macam mana ayah tahu henset adik ni nazak?"
Semua senyum . Saya pula dungu kat situ . Aiyo . Mungkin ayah pernah nampak saya kadang kadang , asyik asyik charge phone , kadang kadang terdengar saya berdecit decit melayan kerenah phone ni . Kadang kadang macam nak get ready je baling phone kat dinding lepas tu buat tak ada perasaan ambil balik dan buat berlagak biasa . Ayah nampak kot semua tu ?
Saya susah sikit nak cakap dengan ayah saya nak itu saya nak ini . Saya ni susah sikit cakap dengan ayah , "Ayah , adik nak ni nak tu tolong belikan , yah?" . Err no no ! Saya memang jenis macam tu . Phone yang rosak tu pun beli dari hasil duit elaun komander . Itu pun beli dengan Busan (Roomate) . Alah cikai cikai je orang kata . Phone samsung warna hitam RM 68. Haha -__________- . Janji dapat call dan mesej sudahlah kan? Cemburu juga kawan kawan pakai blueberry eh eh silap blackberry , phone yang mahal mahal lah kan? *Takmampu!* .
Ibu selalu bising : "Dik , cuba beli yang lebih bagus sikit , ni cepat rosak ni "
Diam je yang mampu , aduh . Malas rasa nak keluar duit banyak banyak . Lagipun banyak benda nak diuruskan . Semuanya pakai duit .
Saya : "Nantilah ibu .."
Ibu : " Duit PTPTN gunalah sikit buat beli phone tapi jimat jimat . Simpan duit tu dik .."
Hari tu ibu perasan kasut saya dah mula macam luntur je lepas tu siap teliti depan kasut tu macam nak terkoyak . Tapi saya tak rasa apa apa pun(?) . Dahsyat gila ibu ni !
Saya : " Ibu kasut ni elok lagi .."
Ibu : "Ya ALLAH elok apanya , belilah baru dik . Beg laptop tu entah zaman bila ibu bagi , dah nak terkoyak dah belakangnya , ish kenapa tak tukar ?"
Garu kepala nampaknya lepas ni . Saya ni barang tu dah rosak betul betul dan real real punya barulah saya terhegeh hegeh nak tukar . Entah lah saya macam tak berapa pandai lah dalam hal ni . Memang dah style macam tu . Sebab saya sayang gila kot . Elok lagi kat mata saya . T________________T hmm
Ibu lah penasihat saya dalam hal hal macam ni . Sebab saya tahu beliau mahu yang terbaik . Mulut berat nak cakap macam tu lah saya kan?
-_______________-
Balik balik je ayah . Ayah terus ke dapur , sebab beliau tahu kerja saya mesti duduk je kat dapur , sebab saya suka kacau ibu masak dan tak pun saya tengah memasak untuk makan makan dan minum minum petang.Masa tu saya tengah masak kuih buah melaka . Kegemaran ayah . Duduk rumah ni asyik masak, belajar macam macam jenis kuih dari ibu . Alhamdulillah . Dah boleh kahwin :)) hahaaaa . *ketawabesar.
Ayah : "Adik , nah ni . Jangan lupa charge 8 jam .
Saya : *Tengok je ayah keluarkan phone tu . Semua yang ada dalam kotak tu habis ayah keluarkan . Lepas tu ayah terang satu persatu*
Ayah : "Haa , ayah dah masukkan sekali memory card dalam tu . 2 GB"
Saya : 'Mak aih besarnya saiz waaa T____T'
Lama lama barulah cakap
"Terima kasih ayah .."
Saya pula belek belek phone tu . Cantik . Mahal ke tidak saya tak kisah . Sebab ayah dah belikan . Tapi phone ni memang cantik dan style .
Waaawa , tak ada lah macam ni phone yang ayah belikan tu . Tapi comel kot phone ni kan? kehkeh . Tapi satu je . Kenapa mesti warna pink? T________________T aaaaa ~ Nasib baik ayah belikan warna yang sesuai dengan jiwa .
Apa apa pun terima kasih ayah untuk phone yang baru ni . Cantik . Macam tahu tahu je . Patutlah ibu ada cakap ayah dah tukar phone baru . Cantik . Wah wah ayah belikan sama macam beliau punya . Anak dan ayah sehati sejiwa . ceceh . :) Alhamdulillah .
NOTA : Terima kasih ayah lagi sekali .