Sunday

Ok Ok :D




Taraa trang trang tang tang .. hehehe !

Assalamualaikum w.b.t

Err nampak tak? nampak tak gambar kat atas tu? ^^
Hehe , tak apalah tunggu penutup post saya nak cakap sikit pasal gambaq atas ni.

Hari ni hari last :(
Ramadhan dah nak habis
Bak kata Wardina
"Menangislah!!! kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini"

Yea menangis dan bersedihlah .

Tapi ingatlah Syawal juga sedang menanti kita 
Bersama sama meraikan kemenangan bersama sama umat Islam yang lain .
Sabarlah,
Berdoalah moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi akan Ramadhan seterusnya
InsyaALLAH Ameen Ya Rabb..

Hari ni juga biskut raya terakhir dari saya huhu ~
Nama sebenar biskut ais krim tapi malam ni saya tak tahu la kenapa coklat masakan yang saya beli ni,
Dulu senang je nak topping kat atas macam ais krim McD tapi hari ni tiba tiba dia flat .
Geram rasa.
Lama lama saya bagi nama Biskut Snow White.
Ah lantaklah, rasa Alhamdulillah sedap tapi tak tahu lah kan orang lain macam mana pula?
Selalunya biskut ni paling laku 
Hari Raya kedua dah kosong dah balang -,-
Dapat pula lah mata mata yang suka mengintai balang balang yang dah berisi kuih
Belum lagi masuk dalam bekas dia dah kebas dulu . Cis ~!


Biskut  ni ada kisahnya tersendiri kenapa saya bagi nama Biskut Ais Krim hehehe ~
Dah lama tak buat biskut ni , dan semalam saya kempunan nak buat .
Last buat pun masa raya dua tahun lepas.
Tahun lepas pula , orang sponsor kuih raya .Alhamdulillah rezeki kan? Thanks kak long n kak ngah ^^
Tahun ni mengenangkan raya saya hanya empat hari sahaja , saya nak juga buat.
Lepas sahaja pukul 12 malam saya terus ke dapur. Acewah bajet macam chef dalam gelap haha :P
Nasib baik ada buku resepi turun temurun.
Bayangkan berapa lama ibu simpan buku resepi hasil tangan beliau.
Ibu dah pesan jaga buku tu elok elok . Hehehe !
Betul juga kata kakak ipar , beliau cadangkan taip balik semua resepi yang ada dalam buku tu dan compilekan semuanya .

*Rasa rasa tajuk depan buku tu apa yea?*

Huiyooo mak gua dah ada buku resepi sendiri.. :P
Haha . Ibu nak juga teman saya buat kuih raya walaupun beliau mengantuk dan letih . Dua hari ni asyik berjalan je . Mana tak letihnya kan?
Kakak ipar pula setia menemani sampailah habis buat kuih katanya beliau nak belajar . Sambil buat sambil gossip. Itulah keje orang perempuan :P

Mengenangkan anak saudara malam ni meragam saya suruh sahaja kakak ipar tidur ,
Mata saya ni elok pula segar bugar, tak mengantuk pula walau badan mula rasa tak sedap. Mengenangkan jam dah menunjukkan pukul 4 . Saya terus memasak untuk juadah sahur untuk suami dan anak anak :)
Dan la ni , boleh update blog lagi kan? Kenapa dengan mata ni tak tahulah . Mungkin dah biasa kot . Ish ish,
Ibu mesti akan bising , ibu kata jangan biasakan bila dah kahwin nanti susah . Asyik tumpu kat kerja , nanti keluarga pun boleh lupa.
Hehehe ~
Apa apa pun . Perkara yang saya nak cakap kat sini adalah
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin jika ada yang terguris hati dengan saya dan kata kata serta perilaku yang kasar dari saya sama ada dalam keadaan saya sedar mahupun tidak . Harap maafkan saya yea :)
 NOTA : Terima kasih ibu :D
NOTA : hati hati di jalan raya ok?
NOTA : Salam perantauan untuk nun jauh di sana . Jaga diri

Palestin

Assalamualaikum w.b.t

Tiba tiba rasa nak update untuk hari ni . Perasaan melonjak lonjak sungguh.
Tiba tiba teringat pasal perasaan teruja minggu lepas.
Angan angan yang disimpan sejak sekolah andai tertunai dengan izin Allah . Maka saya lah orang yang paling gembira sekali . Ceceh ~

Hari tu semasa di padang dengan jurulatih sekalian .
Sedang sibuk rancak berbual mengenai pengalaman beliau ke Bosnia  untuk misi kemanusiaan
Di mana ketika itu Malaysia termasuk di dalam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan Malaysia juga merupakan pasukan pengaman di Bosnia(Tiba tiba teringat pasal sejarah form 5 nih haha).
Seronok betul rasanya. Dan cerita pasal keadaan kat sana sangat sangat sedih dan cuaca kat sana pehh superb. Geram rasanya haha. Dan perjalanan ke Bosnia tak silap selama err -,- minta maaf lupa lah . Rasa rasanya hari tu Encik Mat kata 72 jam . Dengar dengar macam tu lah sebab termasuk transit lagi kan? Kalau dah transit berapa lama pula . Teringat kisah lucu masa sampai kat lapangan terbang Mesir . Masing masing hanya berlagak biasa memakai T Shirt sekali keluar dari Kapal Terbang baru tahu langit tu tinggi ke rendah betapa sejuknya cuaca kat Mesir masa tu . Semua pakat masuk dalam pesawat balik haha. Silap hari bulan ada yang bawak lari selimut dalam pesawat tu .

Saya : "Sejuk ke cik masa transit kat Mesir tu?"

En. Mat : " Sejuk dia tak payah cakap , kami tak tahu pun masa tu musim sejuk , kemain berlagak masing masing turun pesawat pakai baju biasa sekali sejuk baq hang terus masing masing kelam kabut cari baju tebal "

Saya : " Mesir ni kalau panas , panas sangat kalau sejuk sejuk sangat haha "

En. Mat : " Tu lah , tapi kalau panas dia , huuiishhh cecah 38 tau "

***PITAM***

Bual punya bual . Tiba tiba kami terkeluar pasal isu Palestin . Dulu ada program untuk ke Palestin . Tapi kurang sambutan yang sayunya En. Mat dah siap siap simpan duit tapi malang program tu tak menjadi .

En. Mat : " Saya dah siap simpan duit dah , baik punya . Sampaikan orang rumah saya tak tahu pun saya simpan duit dalam almari hehe "

Saya : " Eh saya dah tahu cik simpan kat mana haha , kenapa program tak jadi cik ?"

En. Mat : " Sebab tak ada sambutan , tu lah .. susah lah kan? "

Saya : " Impian saya dari sekolah kot cik , misi kemanusiaan ke Palestin.."

En. Mat : " Kalau nak , buat kertas kerja dari sekarang , kita buktikan kita boleh , sikit sikit dari sekarang , insyaALLAH kalau sampai ke Timbalan VC , dia akan tolong kita.."

***TERUJA***

Saya terfikirkan masa rakan rakan ke Perlis . Semasa mesyuarat agung Komander Kesatria , mereka cerita tentang VC ada mengadakan nasib nasib Komander seperti telur di hujung tanduk . Mula mula saya rasa marah sangat sangat . Tapi bukan saya sorang je Komander , saya yakin pasti mereka mereka yang lain tu pun sama juga perasaannya dengan saya . En. Mat nampak reaksi saya masa tu . Beliau mahu kami buktikan kami boleh . Hanya usaha dan kerjasama serta doa yang berpanjangan . Jika projek ni diluluskan saya rasa impian satu tu kalau dah tercapai cukuplah bagi saya menjadi manusia dalam dunia ni. Tetapi saya tahu tidak cukup lagi dengan tu . Ya Allah ku mohon dengan sangat . Kawan kawan doakanlah kami ni . Siapa yang tak nak pergi tengok saudara saudara Islam kita kat sana . Ada jugak kalangan kita ni yang masih tak bersyukur duduk kat Malaysia yang aman damai ni . Kalau tak kita dah jadi macam diaorang tu .

InsyaALLAH . Izati dan saya cuba buat yang terbaik bersama rakan rakan yang lain . Jika tak berjaya tak apa saya redha dan saya dah bersedia menerima segala kemungkinan . Usaha untuk usulkan cadangan ke pihak lebih atas pun sudah cukup memadai . Di harapkan hasrat kami ni di dengar oleh semua pihak yang membolehkan kami untuk menjayakan kertas kerja kami ni. InsyaALLAH .

Palestin . We HEART you . 

NOTA : Mohon doa .

NOTA : Alamak kad raya diri sendiri tak siap lagi ah .. haha 



Friday

Ehemm nak cakap sikit ni ..

Syukurnya.. itew dah sampai kampung itew
Empuknyaa tilam ni . Ermmm ~

Assalamualaikum w.b.t

  


Rasa sayu pula nak meninggalkan UiTM.
*Nampak nau menipunye*

Lepas habis je kelas Public Financial Administration ,
Ada yang pakat berebut-rebut nak keluar dari kelas.
Ada yang sedang berpeluk-pelukan sambil muah muah dengan rakan sekelas,
Ada yang sedang berlagak ala ala Perdana Menteri yang memberi ucapan di hadapan,
Ada yang sedang sayu memikirkan tiket bas yang sememangnya SOLD OUT!,
Begitulah ragam students UiTM .

Saya rasa ada yang sanggup berlari - lari ke kolej kediaman semata mata nak cium bantal , tilam , sorokkan teddy bear dan berjumpa dengan para penghuni kolej semata mata nak cakap

"Aku balik dulu eh , Camat Hari Raye aww , nanti jangan lupa bawak kuih raya eh , kirim salam mak ayah semua .. byeee ~"

Dan paling saya kagum , 
Seorang sahabat saya rela bawak luggage pergi kelas .
Memang ada style pelajar oversea baru balik Malaysia .
Terharu juga saya tengok dia , tapi dia sangat sangat segan silu plus malu.
Sebab dia sorang je yang kelihatan membawa beg sebesar itu .
Saya bangga dengan beliau .

Siap kemas kemas semua,
Semangat menunggu sepupu jemput untuk pulang bersama sama
Sambil sambil tu dengar lagu Jalan Cinta .
Lirik dia memang terbaik.
Hayati betul betul. Ceceh~

Dalam kereta sempat jugalah main game angry bird dalam phone sepupu tersayang.
Best juga. Burung dia pun comel comel belaka.
Tapi fikiran arah lain.
Duk sibuk fikir buka puasa ni nak masak apa.
Kali ni nak ambil tugas memasak pula kat dapur. Ibu dah beberapa hari tak sihat. Rindu nak tunggu saya balik. Isk .
YA ALLAH kurniakanlah kesihatan yang baik baik kepada kedua ibu bapaku. Aminn YA ALLAH

Tiba tiba teringat nak masak mee bandung . Minta minta la ada bahan bahan yang nak dimasak .Kalau ada insyaALLAH tak jadi hal . 

Balik balik je si comel dah sambut mak su dia . Terkejut . Dia dah merata berjalan . Habislah kalau dah dapat kaki . Terus dipeluknya saya . Mengomel . Bunyinya macam tengah mengadu sesuatu . Kasihan . :) Lama saya tak jumpa dia . Walau Melaka dan Negeri Sembilan tu tak jauh tak semestinya dapat balik selalu .
Nyamannya di kampung. Anda pula bagaimana?

Mengantuknya mata ni . Semalam tak tidur sangat pun . Pening kepala cari contoh contoh kes . Entah mana kes yang paling best tak tahu lah untuk perihal Tax Collection ni . Terkejut tengok jam . Dah pukul 5 pagi . Alamat terus sahur lah macam ni .

Sedar tak sedar , Ramadhan hampir nak tinggalkan kita . Kita tanya tak kat diri kita apa yang kita dapat sepanjang Ramadhan ni... Hm
Tidak perlu kita hebohkan , kita beribadat , kita tunjuk yang kita ni taat.
Allah tahu apa kita buat . HE Knows He Knows

Apa apa pun , saya nak ke dapur dulu
:P Nak tengok apa yang tak cukup
Lepaskan rindu dendam berbuka di rumah

Ok tata ~

NOTA : Terima kasih atas kad ucapan yang sweet tu . Walau kecik , tapi ucapannya amat besar. Ceceh~

NOTA : Juling mata edit kad raya . Waa




Thursday

Mereka sibuk cakap pasal raya.. tapi



Assalamualaikum w.b.t 



Aceceh ~ 
Amboi . Amboi . Amboi
Dah dapat blog baru ni kemain teruja lagi tangan ni nak menaip.
Astaghfirullah . Astaghfirullah

Tadi kat kelas , 
Sahabat sibuk cakap pasal raya.
Tadi nak turun pergi pasar
terdengar pula lah suara kegembiraan seseorang
"Yey yey ! Nak raya dah .. hee tak sangka kan?"

Apa benda yang dia tak sangka saya pun tak tahu . Saya macam tak ada feel je nak sambut raya . Orang lain dah kecoh kecoh kemain. 
Yang pastinya
"Haaa sedihnyaa , baju raya I tak beli lagi ..!"

Bila depa sibuk cakap pasal baju raya , saya pula sibuk duk fikir berapa helai baju kurung dalam almari saya yang gedabak besar tu.
Cukuplah kot untuk raya ni . Pakai je apa yang ada. Kalau asyik nak baru je mana nak letak pula yang lama tu . Lagipun boleh pakai lagi kot.Kot lah kan ? hehe
UiTM bagi student merasa raya empat hari je . Tak ke sebak tu . Memang raya ni pakat duk beraya habis lah . Buku jangan haraplah jadi santapan . Ceceh ~

Kalau tak muat tu.. apa kata sedekah kan ke rumah rumah anak yatim atau kepada sesiapa yang memerlukan 
Tak guna juga kalau beli baju mahal mahal last last setahun je boleh pakai . Kirim salam je lah .
Belilah ikut kadar keperluan . 
Beli punya beli . Sedap punya sedap .
Last last dalam poket tinggal rm0.20 . Nak buat apa? nak nangis kat depan mak cik yang jual kuih raya tu? Mimpilah ~

Sedar tak sedar , Ramadhan makin meninggalkan kita . Allah hai . Memang betullah kan orang kata , mulut je cakap sedih tapi hati melonjak nak raya sangat sangat . 
Sungguh kenapa saya tak ada feel nak raya sedangkan ia merupakan kemenangan umat Islam . 

Adakah saya tidak bersyukur? 
Bukan sebegitu, mungkin masa saya banyak dihabiskan di UiTM ni , 
Banyak benar ujiannya di sini . Bila nak cuti tu , masa tu juga lah kerja berduyun duyun datang.
Apa apa pun cuba buat yang terbaik.
Cuma test LAW tu agak mengecewakan sedikit lah, kalau tak bersemangat nak buat LAW.
Ni semua sebab emosi kurang stabil semalam. Susah macam ni . Ish2
Nasib baiklah ada Syed dan kak Roro . Sweet diaorang ni terima kasih banyak banyak .

Naik raya ni ,
Macam macam menanti.
Kemudian dengan penuh debar , Final Exam dah nak menjelang.
Memang rasa tahun ni masa cepat sangat berlalu . Allah hai.. apalah yang saya gunakan dalam masa masa tersebut kan?

Apa apa pun , nak ucap selamat hari raya lambat lagi .. 
Tunggulah dalam post seterusnya eh :P 

NOTA : Semangat semangat sidai kain nak tunggu kering kemudian kemas bilik untuk bergerak pulang ke kampung lepas solat jumaat esok . InsyaALLAH

NOTA : Rindunya. Terima kasih ya :)




Bersilat


Sedihnya . Sedihnya kitaaa. 


Assalamualaikum w.b.t




Pang pung pang pung.
Cerita dia , nasib lah badan kene buat blog baru.
Sebak dan kecewa .
Tangis dan hiba.

Rupa rupanya ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku
Monolog : "Mungkin blog aku yang lama ni saja buat hal sebab dia suruh buka buku baru ni.."

Ok lah pasrah kali ni.
Ya Allah . Ya Allah .

Memang bersilat lah saya pagi tadi . Mengedit header satu hal pula . Tapi aceceh comel  juga .
Macam muka saya ke? Alahai tak payah lah cakap macam tu . Saya tahu tu .
Saya tahu header ni lagi comel dari saya kan? (low profile yang sangat sangat down to earth)

Dah tu tiba tiba ,
semangat nak post macam macam hilang begitu sahaja.
Aduh , nasi padprik betul.
Moga moga lah blog ni setting dia tak tunggang terbalik macam sebelum ni.
Kalau tak saya nak hantar surat pencen kat geng blogger ni .

Apa apa pun ,
Ni baru sikit je , belum Pom Pom Pom lagi ceceh~

Ok lah selamat datang blog baru .
Moga blog ni sememangnya dijadikan sebagai buku baru .

NOTA : Alhamdulillah . Fuh sedap juga sate ayam Makcik Melah ni *tak kenal pun nama mak cik yang jual sate tu apa*

NOTA : Test LAW memang terbaik lahhh . He He He :P