Sunday

Harap dapat A+ dengan jawapan jawapan yang diberikan .

Assalamualaikum w.b.t


Waaawa saya telah ditag lagi . Daripada kakak tersayang , Nurul Afifah Bt Basir
Kali ni penuh debaran .
Weheeehe


Hari demi hari rahsia hidup semakin terbongkar .
*janganfikirdirihotsangatkay*


Pffft .




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani saya menjawab soalan kakak :)


1. Dah berapa lama kita tak jumpa?
Ya ALLAH lama kot tak jumpa . Last jumpa tahun lepas T_T ok?


2. Rindu saya tak? ke marah sebab dah lama tak jumpa?
Rindu sangat sangat . Rindu nak dengar kakak membebel itu dan ini dan rindu nak dengar kakak marah marah sebab kedegilan gaga wehehe. Marah? Oh tak tak . Akak kan busy . InsyaALLAH ada masa mesti kita akan jumpa jugak kan kan? ;)

3. Bila first time kita jumpa or kenal?

Masa LIBK . Kakak paling garang n teringat kakak baling botol air sebab masa tu ada BK minum air sejuk . Ketaq ketaq lutut :P

4. Apa saat yang paling anda ingat bila dengar nama saya?

"Gajah , Gajah , Gajah" sambil menari narikan tangan ala ala Sin Chan . Ingat tak ? Ingat tak? Masihkah kau ingat . Pada waktu itu , sekuntum bunga mekar , ia menjadi layu , lalu ku genggam ia menjadi debu . ceceh . 

5. Benda paling lawak terjadi within 24 hours.

Ok masa bangun tidur . Semalam yang sangat penat . Sampaikan terpisat pisat pergi bilik air . Nak gosok gigi  , tak sedar benda yang disangkakan ubat gigi rupa rupanya pencuci muka . Nasib baik tak picit lagi kat berus gigi kalau tak . 


"WOW.. mulut saya berbau Safi Balqis Gamat!!" kehkehkeh.


Rasa yang ni kot paling lawak . Ehem . Jangan ketawa . Senyum sememeh tak apa ;(


6. Siapa nama no 5 dalam phonebook awak?
Arif .

7. Bila last time rasa stress?

Sem lepas masa Final Exam . Memang musim stress dan frust menonggeng pun T_T

8. Bila last time pegi pantai?

Ok soklan ni best . Minggu lepas . Main bot pisang, main storm . Tinggal nak try jetski je . Belanja boleh? 


Kakak , jom pergi picnic ?

9. Benda paling awak marah dengan saya?

Degil . Tapi nak marah pun buat apa , adik dia ni pun ikut jugak kedegilan kakaknya .


Bak kata pepatah 
"Di mana tertuangnya air kalau tidak ke cawan".. kan? kehkehkeh

10. Kalau satu hari nanti saya dah tak de, awak nangis tak?

Hanya ALLAH sahaja tahu macam mana perasaan gaga masa tu, kak.


11. BILA NAK KAHWIN? Hehehehe....
Ish berdebar jugak nak jawab soalan ni :S


InsyaALLAH , jodoh dari ALLAH belum sampai . Belum masa jugak nak mencari lagi buat masa ni :">


NOTA : Ya ALLAH banyak kalinya ulang lagu Ombak Rindu ni T_T