Friday

Dulu lain , sekarang ? Sikit lah kot

Assalamualaikum w.b.t

Hmm sedap n tenang je lagu Secret Garden by Nocturne dia macam lagu yang unsur alam alam ni . Tapi nanti kau akan tiba tiba rasa macam annoying bila ada suara perempuan duk buat choir kat belakang . Aku rasa kalau takdak pun tak apa . Takdak lah nak meremang sangat bulu roma aku ni . Mihihi :3


Baaaahhhhhhh . Takot tak . Takot tak . K


okay lah . 
Aku sebenarnya berdebar debar jugek untuk mid term test yang berderet deret mulai minggu depan . Rebah bangun rebah bangun lah jugak aku nak memikirkan strategi untuk menang dalam PRU13 ni . Eh . Bukan apa , aku ni dah naik sem 4 kot . Pelajar Ijazah . Alah kalau cakap main main tu memang ada lah . Tapi aku rasa bersyukur duduk luar ni sebenarnya . Bila duduk luar ni pergi kelas pun dengan housemates . Sampai kelas pulak kemain awal . Pukul 8 dah terpacak kadang kadang tu pintu kelas tak bukak lagi pun aku dah siap melepak lepak tunggu akak tu bukakkan mangga pintu . Peh rasa sem ni penuh wibawa . Housemates aku budaknya bukan calang calang orang . Semua pandai pandai . Aku je masih lagi di tahap minima . Amboi sedih kalau duk study ramai ramai aku lah banyak main . Diaorang main main je tapi study tetap no 1 so diaorang ni adalah contoh jugak untuk aku lebih berjaya dan berwawasan *insaf 5 minit* *pejam mata tarik nafas 10 saat lepas tu lupa dah apa yang dimuhasabahkan*

Kalau nak dibandingkan masa duduk dalam dulu , aku lah muka selalu lambat datang kelas . Lecturer dah masuk dah siap mengajar sampai muka surat 2 , aku baru lah terhegeh hegeh nak sampai kelas . Haih apalah nak jadi dengan aku ni . Mula mula muhasabah lah diri sekejap , hmm dah nama sekejap esok tu buat balik . Ni dah duduk luar ni , kene lah ubah sikit perangai . Tak leh malas malas . Dah besar dah takkan mak ayah nak ajar lagi . *tetiba* . Eeeee tatutnyewwwwwwwww titewww minggu depan mid term . Dan aku tak boleh pergi mengenangkan subjek CASEA tu . Ya Tuhan . Bajet fokus je dalam kelas entah apa input aku ambik pun aku tak tahu . Lecturer tu cakap mengalahkan KLIA transit . Baru nak duduk dah sampai KL sentral . Laju tak laju engko . Senang cerita lecturer aku ni memang hebat dah nama ajar casea memang lah kene tahu semua kalau student tanya itu ini kau nak jawab apa . Memang google bergerak betul . Kalau dia cakap nama nama presiden dari negara negara asea yang pelik pelik semua dia tahu , sebutan semua betul . Peh menangis aku duduk kelas dia . Kalau tak skor aku tak tahu nak jawab apa . Masa diploma pun nyawa nyawa ikan belajar casea inikan dah masuk degree . Mahu tak keluar biji mata .

Doakan aku eh ?

Ni lah sebahagian dari housemates aku . Nampak muka pun dah tahu pandai kan ? hahaha . Kecuali aku lah tengok muka pun dah tahu sewel .


k bye


Monday

Marah tak bertempat

Assalamualaikum w.b.t

Undilah Barisan Nasional !

Giteww . Aku tak tahu lah kenapa aku berdebar debar nak tunggu keputusan PRU ni padahal ngundi nye pun idak lagi . Tak apalah apa apa pun , siapa menang siapa kalah namapun pilihan untuk beraya jadi mengundilah dengan bijak .

Aku sebenarnya baru je lepas mententeramkan hati sendiri dengan pergi memakan nasik dekat kedai bawah rumah tadi . Bukan apa kelas aku hari ni penuh dan menyebabkan otak aku sebelah kiri agak membengkak sedikit demi sedikit . Waktu rehat pun aku gunakan masa untuk membaca nampak tak betapa komitednya aku untuk sengaja mempercepatkan waktu tidur . Jadi masa peruntukan membaca pada waktu rehat 45 minit , tidurnya 1 jam . Langsung tak efficient . Kelas petang hari ni balik awal 10 minit je , mula mula lecturer kata 5.25 petang beliau akan lepaskan kami , jadi sampai lah ke 5.50 petang baru kami dilepaskan balik itupun berhalaukan balik . Kahkahkah . Apa lagi kami pun keluar kelas seperti bebudak darjah 1 yang eksaited jumpa mak ayah depan pagar sekolah . Teruk teruk .

Ni hal bas pulak . Itulah kalau duduk shah alam , 3 bas ke destinasi yang sama pun asyik penuh je aku tak tahu lah nak buat macam mana lagi . Asyik mengalah mengalah pun orang penat jugak kan , bas keempat yang ni pun penuh jugak aku tak boleh berlengah lagi mengenangkan jam dah nunjuk pukul 6.30 petang . Kaki aku pulak dah sakit , berdiri kemain lama pulak dalam bas dengan menahan kemarahan yang membuak buak kat ulu hati sebab traffic light kejap gila kot . Kejadah kau 2 bijik kereta je lalu lepas tu dah merah . Bijik apakah ni ? Lalu aku pun terus menahan sabar . Aku sebenarnya tengah memegang duit kertas RM 1 yang masih belum berbayar dekat pakcik bas tu sebab aku masuk pintu belakang kalau ikutkan pintu depan tak tahu lah aku ni lepas ke idak masuk jadi aku pun menyelinap senyap senyap . Mula mula rasa sangat berdosa aku mengambil keputusan untuk bayar masa aku nak turun tadi . Disebabkan terlalu lama berdiri dalam kesesakan manusia manusia dalam bas tu menyebabkan aku turun bas dengan keadaan yang begitu tidak terkawal sebab aku dah lambat nak balik ke rumah sewa .

Dan satu perkara aku tak buat

"Alamak aku tak bayar lagi duit tambang ni , ah esok ajelah bayar.."


Dan aku berjanji besok aku akan bayar jugak . Tak baik tau pakcik tu pun cari makan dan aku pulak takdak hak nak marah marah sesiapa pun . *tampar diri sendiri*

Masalahnya aku tak tahu aku nak marah orang ramai dalam bas tu , driver bas tu , atau bas tu sendiri . k

Jiwang rokes

Assalamualaikum w.b.t

Rasa kecil hati masih lagi tak hilang sebab masih tak dapat tengok cerita Rock Oo . Sedih juga apabila seorang rokes gagal menengok cerita yang memang kena pada jiwanya . Aku masih menanti . Menanti kepada sesiapa yang ada download cerita tu tolonglah kasitahu aku . Aku nak sangat . Nampak tak terlalu melampaunya kehendak aku iteww . Yang aku marah bukan kepalang yang rasa nak sebarkan santau melalui sms kat abang aku bukan apa dia pi upload tiket wayang Rock Oo kat instagram dia menyebabkan aku berperang dengan perasaan . Kenapa takdak aku masa tu ? Dia tak tau ka adik dia ni rokes ?

Hari tu sepupu aku pi tengok dengan abang dia . Tweet yang buat aku sakit hati

"Aku dari masuk panggung sampai keluar panggung tak habis nak gelak ja"

Dia tatau ka yang aku baca tweet dia tu dengan mata berapi?

Okaylah malam ni aku duk sibuk study csc . Kononnya . Bukan apa Jumaat ni Quiz . Cewah study awal padahal baru 2 muka surat duk selak . Duk highlight apa tatau . Baca pun idak . Menyampah dengan diri sendiri . Tapi bangga dengan semangat yang sementara . Sem ni semua subjek membaca . Bila membaca aku suka pasang lagu . Yaa aku suka lagu lagu lama macam era 80 an . Mintak maaflah siapa yang tak suka tu sebab aku memang membesar dengan lagu lagu macam ni . Biasalah pada yang tak suka tu bak kata member aku

"Tu semua peminat Justin Bieber" .

Malam ni genre ala ala balada rock , pop rock . Rock rock la kononnnya . Bukan apa ikut mood jugak . Saja je orang kata nak kembalikan nostalgia . Tapi aku terkejut jugak dengan dua tiga lagu tiba tiba ada dalam playlists

Ziana zain - Madah berhelah
Alda - Aku tak biasa

Apa cerita sebenarnya ni?

Koyak2 kertas .

Senyum kambing

Assalamualaikum w.b.t

Budak budak rumah bersungguh sungguh head banging dekat meja masing masing untuk membuat persediaan menjawab test esoknya . LAW n KIMIA .

Muni : "Gaga esok gaga takdak kelas kan ? Bangun awal tau tolong kitaorang"

Aku yang tengah melayan perasaan sambil makan nasik berlaukkan sardin dan telur masak kicap hanya mendengar gitu gitu saja .

Ekin : " Haah gaga , esok gaga snap gambar buku ni pastu send kat bbm eh?"

Aku : "Bbm tak aktif dah" *sambung makan*

Muni : "Gaga kene tolong kitaorang mesej apa yang kitaorang tanya gaga esok"

Ahh aku dah agak , ni mesti nak aku jadi toyol ni . Menyesal jugak makan nasik depan diaorang ni dan buat pengumuman yang aku langsung takdak kelas esok .

Mengenangkan dua dua pernah dapat Dekan sem lepas . Aku dengan muka slumber dan mulut yang dipenuhi nasik yang berbau sardin dan telur berkata :

"Oh macam ni ka cara kauorang berdua dapat Dekan sem lepas?"

*krik krik krik krik krik*

Pedas tak ? Awassss ko

p/s : Aku tahu depa tak macam tu . Aku ja macam tu .

Kempunan

Aku nak bagitahu



AKU DAH LAMA TAK PERGI BERENANG . TOLONG FAHAM . AKU NAK BERENANG !! 

Senyum Pisang

Assalamualaikum w.b.t

Susah jugak kalau duk layan cerita seram sampai duk bawak bawak pi tidur . Lepas tu nak tidur kalau terdengar bunyi bunyi sikit mata dah terbukak . Bijik mata duk putar 360 darjah .

Nak sedapkan hati

"Takapa rumah ni budak budak rajin solat , rajin mengaji . Takdak apalah"

Pukul 3 pagi baru dapat tidur .
Rasa nak lempar barang satu rumah .