Thursday

Pengalaman saya

Assalamualaikum w.b.t

Seramat datang 2014 . Kau terlalu kejam kerana aku terpaksa mengaku , usia aku sudah banyak . Tapi seronok , tengok gelagat budak budak sekolah . Macam biasalah .

"Pengalaman saya sewaktu masuk sekolah Darjah 1"
Tapi aku terpaksa tanya ibu sebab sumpah aku dah lupa semua tu . Dasar tak kenang budi punya anak .

Aku : "Ibu, dulu adik masuk sekolah adik nangis tak?

Ibu : "Mana ada nangis , siap halau ibu balik rumah lagi adalah"

Aku berdekah dekah ketawa memikirkan kederhakaan aku masa kecik kecik dulu . Demi Tuhan , aku betul betul lupa .

Aku melemparkan pandangan ke sekolah yang ada kat depan aku . Aku harap budak budak sekarang mintalah emak ayah balik dengan cara yang baik .

Bila pentipu ditipukan

Gelagat Wafi ( 3 Tahun 6 Bulan)

Aku : "Wafi , bukak mulut . Mak su nak tengok" 
Wafi : "aaaa"
Aku : "Wafi , eeee ada ulat kat gigi Wafi"
Wafi : "Haaa ulat?.. mana ada. Hish Wafi nak gi sok (gosok) gigilah . 
*Aku tunggu dia, entah gosok entah tidak. Lepas tu dia masuk dan ambik torchlight kat tangan aku*

Wafi : "Mak suuu kak (bukak) mulut.."
*Aku bukak dia suluh dalam mulut bajet macam doktor gigi*
Wafi : "Maksu... ada taik!"
Aku : (.......)
*Dia terus pergi ke wan (ibu aku) dia, masa tu dia suruh wan dia bukak mulut padahal wan dia tengah bercakap dekat telefon. Sejak ibu keluar hospital tak putus putus orang telefon ibu*

Wafi : "Wan cepatlah kak mulut tuuu"
*Ibu aku pun bukak lah*
Wafi : "Ohhh wan, ada taik!"
Ibu : "Taik apanyaa Wafi?"
Wafi : "Taik cicaklahhh"