Thursday

Entri yang sedikit menyesal

Assalamualaikum w.b.t

Emm bestnya duduk rumah :p *blurp blurp blurp*

Alhamdulillah , sekian lama memendam perasaan rindu kat rumah so akhirnya update blog juga di rumah . Kakaka (?)

Macam biasalah rutin aku akan berkongsi dengan ibu . Mehehe . Biasalah orang perempuan faham faham ajelah kerjanya apa benda dan kerja dua beranak ni akan bergosip memanjang aje . Ehem . Kami memang macam tu . Apehal ?

Hari ni dah siap semua . Rendang ayam , sup tulang , rebus nasi impit , lemang ayah beli :D . Dan aku pula ke hulu ke hilir pergi sana pergi sini beli barang . Nak harapkan siapa lagi ? Aku ni tak ada adik , abang pula dah kerja jauh tak dapat nak beraya bersama . Sabar ye bang , makan hati je lah yea . Kakaka . Dah alang alang ada kat rumah ni bukan bermakna dah dapat duduk rumah goyang kaki , makan , tidur . Bawak bawaklah bercucuk tanam dekat luar sana .

Hari ni Nilai hujan masyaALLAH lebat . Allahumma sayyiban nafi'an . Moga hujan yang turun ni bermanfaat . Ibu siap pasang doa lagi tau masa hujan . Kebetulan kami berdua nak cari kain untuk aku buat selendang last last kedai awal awal dah tutup . Sebab petang tadi agak busy dan aku pulak jenis ulat bulu menggatal nak pergi malam ni . Entah pasal apa entah . Dan disebabkan hujan yang terlalu lebat aku rasa nak pergi makan makan dengan ibu memandangkan dah lama tak lepak lepak dan borak borak dengan ibu jadi aku memutuskan bawak ibu pergi pekena makanan arab . Akan kerana lopak lopak air di jalan raya yang terlalu banyak dan aku tak nampak dan menyebabkan aku rasa berdosa memberi tempias kat brader yang bawak motor tadi . Tak apalah aku harap aku diampunkan lagipun dia mesti faham . Kakaka

Sebelum itu di dalam kereta tiba tiba ibu membuka topik fasal calon menantu . Aku rasa macam tak best sebab aku pun belum fikir ke arah tu lagi . Cuma setiap orang pasti ada ciri ciri yang dimahukan . Ya aku pun ada tapi aku tak nak fikir sangat sampai serius benar benar . Ini blog serius *tetiba* . So aku dengar je lah apa yang ibu katakan .

Ibu :  "Sentiasa doa dekat Allah , Ya Allah kurniakanlah aku jodoh yang baik , yang boleh menjaga aku dan lebih penting menyayangi kedua ibu bapaku seperti mana dia menyayangi kedua ibu bapanya .. Dr Fadzillah Kamsah pun cakap cemtu tau" 

Aku : "Entah lah ibu , adik tak fikir lagi pasal lelaki pasal jodoh ke.."

Ibu : "Eh janganlah camtu , kene fikir jugak .."

Aku : .........

Ibu : "Itulah pentingnya cari lelaki yang punya agama , macam mana dia layan keluarga dia macam tulah dia akan layan keluarga mertua dia pulak . Tapi kita ni nasib nasib je dapat dik .."

Kat luar dah lah hujan . Dalam hati lagi hujan . Aku takut sebenarnya . Entah kenapa aku takut tiba tiba ibu cakap macam tu . Aku ni entah kenapa tak nak fikir hal hal yang berkaitan dengan bab bab kahwin ke jodoh ke yang kene mengena dengan masa depan jugak . Yang aku tahu nak belajar je dan yang aku tahu aku umur 21 tahun ni aku muda lagi nak fikir benda tu semua . Sebab aku serah kat ALLAH je . Ya usaha mencari tu kene ada tapi biar je ALLAH yang tahu aku usahakan macam mana yang penting ALLAH lebih mengetahui luar dan dalam aku . Aku rasa aku tak perlu susah susah nak fikir lagi sebab aku yakin ALLAH ada something special DIA nak bagi cuma belum masa . Mungkin dulu aku silap mengharap pada manusia yang tak pasti seperti beriya iya yang aku tak tahu hujung pangkalnya apa . Nak sangat merasa shortcut bahagia so terlalu ambil mudah sampai lupa siapa patut aku berharap dan berserah . Menyesal weh belakangkan ALLAH . Menyesal . Sampai sekarang aku tak sudah sudah marah pada diri sendiri .

Bak kata seseorang : "Kita tak payah kejar cinta . Cinta pasti datang.."

Dan biarlah ia datang dari ALLAH itu yang aku nak sangat . Serokes rokes mana pun aku , apa gunanya kalau hidup aku tak ada redha ALLAH . Macam tin kosong gayanya .

Aku cuma iyakan saja kata kata ibu dan semestinya aku akan jadikan ia sebagai nasihat dan peringatan .
Dan bila berbual dengan ibu pasti akan ada hilai dan tawa gaya gaya langsuir dan pontianak . Well biasalah , aku anak ibu hahahaha :p

Tadaaa muka ibu happy dapat pekena makanan arab


;')


Salam Aidiladha semua . Maafkan segala salah silap akak yang atas ni . Kalau nak lagi penghayatan cuba baca balik kisah Nabi Ibrahim A.S dengan Nabi Ismail A.S ;') 

*Maaflah akak berpurdah sekejap sebab susuk akak dah keluar*-Ayat Kak Senduk

Semoga ALLAH merahmati kita semua dan semoga kita menjadi yang lebih baik . Ameen . 

Moga moga juga aku tak kene bahan lagi dengan budak budak ni . Mula mula rasa menyesal update pasal mende alah ni tapi aku harap diaorang faham kalau tak faham jugak jaga jaga aku beli *tin laici* kasi sorang satu .

Saturday

Pagi itu

Assalamualaikum w.b.t

Kisah di kedai mamak .

Akan kerana aku dah lama tak pergi melepak mamak untuk bersarapan pagi aku mengajak la member pergi meneman aku untuk sarapan pagi . Kami berdua je , kalau ramai ramai nanti macam tak ada gaya nak makan aje . Suasana pagi tu macam biasa . Agak sibuk sikit . Aku sempat mengerling ke arah jam tangan .
'Ah baru pukul 8.15'

Ketika kami berdua sedang berborok borok datang seorang brader mamak sedang membawa makanan yang kami pesan sebentar tadi . Roti canai dan nasi lemak serta milo panas untuk kami berdua . Aku mula kecur air liur . Selesai membaca doa makan , aku pekena milo panas dahulu . Peh jenis milo memang kena dengan selera aku gayanya . Sahabat aku hanya perati aku dari tadi .

"Engkau kenapa pandang aku macam tu ? Engkau punya milo kan ada , tak akan nak cilok aku punya pulak ? "

Dia ketawa dan menarik milo panasnya untuk diminum . Selesai minum dia membetulkan duduknya . Aku pulak dah sibuk memakan nasik lemak .

"Farish , kalau aku tanya kau satu soalan , kau sudi tak nak jawab?"

Aku mengangguk . "Aku hal hal negara , hal hal akademik jangan bawak bincang masa tengah makan . Kalau hal hal lain tak mengapa"

"Engkau ni tak ada pakwe ke , Farish ?"

Hampir nak terkeluar rasa ikan bilis rangup yang aku kunyah bersama nasik tadi .

"Kau punya soalan ni jenis aku tak boleh pergi betullah , Kiah .."

Kiah hanya tersengih sengih sambil dia menguis nguis mee goreng mamak dengan sudu di tangannya . Gaya seperti makwe sedang berdating .

"Kau rasa aku ada pakwe?"

Kiah mengerutkan dahinya . Memandang tepat ke wajah aku yang agak berseri seri pagi itu kerana berjaya mendapatkan nasi lemak setelah sekian lamanya memendam hajat . Kemudian dia mengangguk lepas tu menggeleng kemudian angkat angkat bahu .

"Ada"

"Serius ah . Serius ah Farish ada pakwe . Amaigad . Amaigad . Macam mana aku boleh terlepas cerita sensasi ni "

Kiah berlagak seperti sangat teruja . Aku hanya memandang dengan pandangan mendatar . "Siapa weh? Kenapa takde relationship status kat FB ?"

"Cerita dia panjang , Kiah .." . Aku memulakan bicara dengan menghirup milo panas sekali dua .  Kiah menanti dengan penuh pengharapan .

"Dah lama dah , tapi kami berpisah macam tu aje tak ada penghabis cerita . Aku dapat tahu yang dia ada perempuan lain . Sedih hati aku , Kiah . Sampai sakit sakit aku menahan kecewa dengan rasa sakit hati aku ni . Mentang mentang lah jauh , dapat pulak makwe yang dekat dengan dia dan makwe tu pulak jenis pandai pandai , lawoo pulak tu . Jadi aku ni mula lah macam nak mengalah . Perempuan mana lah yang tak marah kalo pakwe ada simpan makwe lain . Walaupun dia anggap macam kawan tapi tengok macam lebih lebih tu syak wasangka la aku kan ? Mana tak nya sampai perempuan tu siap cari aku kat Fesbuk minta kepastian . Tapi jika nak dibandingkan dengan diri aku ni Kiah , makwe tu jauh lebih baik dari aku . Aku ni engkau tahu aje lah , kasar , gangster , kaki pukul , tak lawo tapi manis ada , kuat makan , tak ada lah pandai mana tapi macam itu lah , garang tapi manja , gemuk tapi comel . Akan kerana aku ni terlalu merendah diri aku mengambil keputusan diaorang nak buat apa buatlah . Sayang tu sayang lah Kiah , tapi sebagai manusia siapalah kita nak melawan takdir . Tak lama lepas tu pulak , aku dapat syak yang dia ada perempuan lain lagi , ni pulak perempuan satu negeri dengan dia . Amboi sebak hati aku Kiah , apa lah yang dia nak sebenarnya . Aku ni bila fikir balik , jahat ke aku dengan dia sampaikan dia buat macam tu sekali . Jadi aku cuba lah nak slow talk dengan perempuan ni untuk mengelakkan syak wasangka berlebih lebihan . Tapi ya lah aku bukannya niat nak rosakkan hubungan orang tapi aku nak kepastian kalau memang betul pun so ternyata aku kene pergi dari hidup lelaki tu . Apalah gayanya nak menunggu sesuatu yang tak pasti . Buat sakit hati aje . Tapi apa yang aku agak perempuan ni macam tak nak percaya aku . Tak apalah aku tak kisah  harap diaorang bahagia . Dan aku anggap kami dah tak ada apa apa dah , Kiah . Pengalaman mendewasakan . Aku pun silap jugak Kiah , ikut sangat nafsu sebagai shortcut bahagia . Alhamdulillah aku lebih selesa macam ni . ALLAH ada Kiah , ALLAH sentiasa ada dengan orang yang sabar . Ajal maut , jodoh pertemuan di tangan DIA . Dah tak ada jodoh nak buat macam mana yea dak ? Dia dah tak nak aku buat apa lah aku nak terhegeh hegeh lagi Kiah . Siapalah nak budak macam aku ni melainkan family , kawan kawan dengan ALLAH aje .."

Tangan aku lantas dipegang oleh Kiah . Tanpa disedari air mata Kiah merembes laju lalu terjatuh ke dalam milo panasnya sebentar tadi . Daripada paras milo itu tinggal separuh kerana Kiah telah meminumnya tadi kini ia penuh kembali seperti sedia kala .

*bersambung*

Woi woi dah lah tu . Kahkahkah . Penat jugek menipu buat cerita cerita macam ni . Sudah lah aku nak tidur .


Friday

Kisah dulu dulu

Assalamualaikum w.b.t

Amboi entah kenapa waktu waktu macam ni aku aktif pulak online . Sepatutnya bawak bawaklah kasi makan rohani sikit . Astaghfirullah al adzim . Kejap lagi aku nak tidurlah ni . Baru aje badan ni elok dari demam . Alhamdulillah . Ya lah jenis manusia banyak dosa macam aku ni ALLAH kasi aku musibah sikit . Bagi cuci dosa dosa aku ni ):

Ni tadi aku teringat bab bab rumah hantu ni . Engkauorang masa hari kantin sekolah ada tak persatuan persatuan yang organize rumah hantu ni ? Kalau ada baguslah , kalau tak ada tu lagi bagus jangan jadi macam aku . Memang tak boleh lupa . Kisah 7 tahun dulu lah . Sekarang aku 21 pandai pandai lah engkauorang tolak . Takpe biar aku bagitahu , masa tu aku form 2 umur pun masih belasan tahun . Ya lah bila umur dah puluhan tahun ni masa tu lah semua benda kita akan ingat . Baik jahat baik buruk sebab bila dah masuk puluhan ni kita di zaman pertengahan dan masa zaman pertengahan tu kita akan menghadapi refleksi dari masa lampau . Apa benda aku cakap ni ? Aku tak tahu mana fakta aku ambik ni dan semestinya bukan dari subjek Psychology . Maaflah . Maaflah .

Dulu masa aku kecik kecik dulu ayah aku ada bawak pergi jalan jalan ke Genting Highland . Masa tu Genting Highland memang kota keriangan tahap gayat gils tapi sekarang tidak lagi semua pakat pergi Legoland . Apa ada entah lah aku tak tahu abang aku ada juga mengajak bila dapat tahu tiket mahal sampai sekarang dia senyap tanpa berita . Kakaka . Abang aku busy sekarang entah cuti raya haji ni balik ke tidak dia . Kasihan aku tengok dia kerja keras . Alhamdulillah itulah tugas sebagai seorang ketua keluarga . Ini hal hal rumah tangga ni , ni aku tak boleh pergi . Maaflah Maaflah . Ok ayah aku mengajak aku pergi masuk rumah hantu . Abang aku dah menolak awal awal sebab dia takut . Aku je berlagak berani ya lah masa tu baru umur 7 tahun mana reti semua tu . Tahu nak seronok je lebih . Aku dengan ayah aku satu kereta . Abang aku sorang sorang dalam kereta lain . Ibu tunggu luar sebab ibu jenis dah biasa tengok tengok hantu ni . Ibu nak tengok hantu real apa barang hantu main cak cak ni . Kakaka . Jadi masa masuk tu aku siap gelak gelak lagi dengan ayah aku . Ayah gelak bukan sebab beliau join aku gelak sebab beliau geli hati menengok gelagat abang aku yang persis macam nak kene pukul . Tak adalah seram mana , tapi bila dah besar ni kalau masuk aku tak tahulah apa gaya yang akan aku lakukan nanti . InsyaALLAH .

Baiklah aku nak cerita masa sekolah dulu . Dulu masa sekolah lebih lebih lagi masa form 2 . Aku ni geng dengan budak budak nakal aje . Kawan kawan pun jenis rokes rokes . Bab bab skema tu tunggu masa PMR dengan SPM nanti . Kakaka . Aku tak ingat lah persatuan mana yang sibuk sibuk nak organize rumah hantu ni tapi tak silap aku Kelab Pencegahan Jenayah  . Antara kelab yang aku aktif masa form 4 dengan form 5 apabila dapat jawatan sebagai Pengerusi kelab tersebut . Mungkin ALLAH kasi aku peluang untuk tebus dosa aku kepada brader yang pernah aku sepak kepala dia dulu . Sampai sekarang mangsa tidak mengenali siapa suspek utama . Aku rasa aku pun tak kenal siapa yang jadi hantu masa tu sebab keadaan gelap gulita . Masa tu kawan kawan aku dah siap belikan kupon . Jenis aku tak suka masuk rumah hantu yang tak elegan tu kene sorang sorang . Apehal ? Disebabkan geng geng aku jenis kaki rokes kami pakat pakat masuk ramai ramai apabila berjaya kautim dengan tukang jaga pintu .

Bila masuk tu first aku dengar suara menjerit jerit . Jenis pakai radio . Semuanya jenis siaran ulangan . Bagilah yang real sikit , baru best . Mula mula aku dah terkejut bila mana ada kepala terjojol dari tepi . Aku terkejut lalu mengurut dada dan beristighfar . Aku antara rokes rokes yang agak islamik sikit dan masih punya iman . Kawan kawan semua pakat jerit gaya histeria tahap 4 . Jenis hantu yang kejap muncul depan ni pun aku tak suka jenis minta jantung keluar bergolek golek . Ah sudah kalau jantung dah jatuh bergolek golek dalam gelap tu engkauorang nak suruh aku buat apa ?

"Woi Woi bukak lampu kejap , aku nak cari jantung aku ni . Mana entah guling guling nya tadi . Tolong aku cari kejap . Susah tak ada jantung , macam mana aku nak hidup nanti ni . Cepat aku ada masa dalam 3 saat je ni !"

Ah sudah silap hari bulan aku yang jadi hantu kat situ . Kakaka . Baik mari sambung . Selepas tu aku mula meneruskan perjalanan . Masa nak sampai kat penghabisan aku rasa kaki aku macam kena raba . Aku rasa tak sedap . Aku cuba mengelak lagi last last aku sepak berkali kali . Aku jadi marah dan terus aku tolak kerusi dan meja yang ada kat situ , habis berselerak  . Lepas tu pakat ajak member lain keluar . Apa lagi suara kecoh hantu hantu tersebut dah mula bergema lebih kuat dari suara kak ponti kat dalam radio tu . Aku geram dan keluar dengan perasaan marah . Pergi beli air dan terus berlalu . Jenis tak ada mood aku orang raba raba kaki lebih lebih lagi lelaki . Agak agak lah brader . Hantu real pun tak pernah raba orang tau . Aku tau niat diaorang saja nak mengacau tapi bab lebih lebih ni memang tak berkenan lah gayanya . Agaknya dia cam kot ya lah dah kawan kawan aku semua perempuan gaya jerit pun serupa perempuan lah kan tak akan gaya aaron aziz menjerit pulak . Aaaaaa *jerit gaya mendatar bunyinya*

Lepas tu aku dengar berita servis rumah hantu tergendala seketika sebab berlaku kekecohan . Aku dengan kawan kawan buat muka tak tahu apa apa dan terus pergi jauh jauh .

" Siapa suruh raba dah aku kasi penyepak , free je "

Dan aku memang tak tahu siapa yang aku sepak tu . Kalau brader tu ada terbaca ke blog aku ni , aku harap dia cepat cepat contact aku . Sebagai tanda minta maaf bolehlah aku belanja ayam kentaki seketul dua . Kalau dia tak puas hati jugak aku belanja lah dia dominos ke , pizza hut ke ? . Macam mana entah aku memang tak boleh lupa kenangan 7 tahun lepas .Dan ingat tak muzium negara pernah buat pameran hantu ? Ya aku nak sangat pergi tapi ayah aku busy sangat kerja sampai merajuk rajuk aku dibuatnya . Dan apabila majalah 3 buat jelajah pasal pameran tu terus aku tak nak pergi sebab aku teringat bila dia tunjuk hantu tinggi . Amboi tinggi betul keting dia . Jenis kalau melintas bawah macam kita lalu antara dua pokok . Seram aku sebab nanti aku takut ternampak aurat dia yang tak sepatutnya dan hantunya lebih seram dan ternyata lah aku semakin penakut . Bab bab berbungkus bungkus ni aku memang sensitif sampaikan bila aku balik kerja malam depan rumah aku tu adalah pokok nangka sebatang . Ayah memang suka balut buah nangka kira nak peram sampai masak  Hinggakan aku ingat apa bendalah yang bergantung gantung kat pokok tu . Begitulah aku .

Jadi bila dah masuk 21 tahun ni aku ingat nak beranikan diri masuk mana mana rumah hantu . Nak trylah uji tahap keimanan dan tahap ketakutan aku kat skala mana . Haih .

Tapi pengalaman aku tak boleh lupa . Bila mana benda tu menjelma jadi kawan kau . Bila kau panggil dia tak menjawab . Apa kau rasa? Itulah pengalaman masa aku jaga budak budak kem dekat Ayer Keroh Melaka dulu . Pandai iblis dan jin nak mengaburi mata manusia . Nasib baik member lelaki aku tahan sebab dia dah dapat agak kalau aku ikut 'benda' tu aku tak tahu apa jadi dengan aku masa tu .


LOL 


Ok lah dah pukul 3 pagi ni . Jenis seram sejuk juga aku dibuatnya .


PERHATIAN : Jangan tiru aksi ini di mana mana aktiviti yang berkaitan dengan rumah hantu ni.

Bismikallahumma ahya wa amut .
Selamat malam .

Wednesday

amende

Assalamualaikum w.b.t

Itu hari aku ada modul . Aku memang tak suka modul . Sebab aku tak suka cuti aku diganggu . Bila masa cuti aku boleh buat macam macam benda . Jadi akan kerana ia WAJIB jadi aku wajibul ghunnah kan diri untuk ke tempat modul . Ah dekat fakulti aku la kat mana lagi ? Menapakla aku pagi pagi buta . Pada mulanya aku risau gils sebab once aku keluar bilik takada sorang pun makwe makwe FSPPP lalu lalang kat level . Aku mulalah ragu ragu ada ke tidak ni modul kalau tak aku nak masuk bilik balik . Akan kerana keyakinan aku melebihi rasa ragu aku tetap gagahkan kaki menari nari menuruni tangga .

Lepas menunggu mak datin siap kat bilik dia kami pun berjalan seperti biasa . Sehinggalah modul pertama selesai aku dan kengkawan pergi mentedarah nasi . Siapa yang tak habis aku akan cakap macam ni

"Ish ish tak baik tau kalau tak habiskan rezeki ni , nanti tak dapat suami / isteri yang soleh/solehah".

Dengan pantasnya mereka habiskan nasi setelah aku berjaya SAIKO derang . Kahkah . Nasib baik ada yang tak telan bekas nasi tu kalau tidak aku yang kene jawab dengan panel . LOL . Dan kemudian modul kedua bermula pukul 2.00 petang . Kami semua terpisah dan terpaksa ikut group yang ditetapkan . Alah biasalah bab bab ice breaking ni memang paling common kot . So aku tak payah lah nak excited sangat  pergi . Buuuuurrrrrrrrrrr !

Masuk masuk aje aku terkejut tahap zimbabwe , LOL . Aku ingat fasi aku tu Johan Asari (Botak Juvana) rupa rupa PTD kahkahkah . Lantak dia . Lepas kenalkan diri semua . Tiba lah giliran aku . Aku ni bab bab membohong cita cita memang kesukaan aku . Kahkah .

"Cita cita saya nak jadi administrator itu pun baru dapat ilham.............TADI !"

Satu kelas ketawakan aku . Air mata aku mula bergenang . Kahkah jangan percaya lah ! Aku pun siap ketawa sama sampai nak baling kerusi kot . Habis part ice breaking tibalah kerja dalam kumpulan . Kali ni kami kene buat satu event . Group aku dapat event Bicara Siswa . Aku rasa excited sebab bende alah tu dapat sambutan hangat lah jugak . Fasi aku duk perati je apa group aku buat . Aku mula pandang dia dengan cari gaduh . Aku cuba menghalang penghilatan dia . Oleh kerana dia suka plan event kitaorang jadi kitaorang telah ditahan untuk present paling last sekali sebelum balik . Aku jadi bengang dan mula pegang meja *kahkah*

Bila group aku present aku minta member lelaki aku yang huraikan apa benda alah kitaorang duk menulis dari tadi . Lepas tu kumpulan aku telah diprovokasi . Mengenangkan aku ni punya semangat assabiah yang tinggi jadi aku terus bersuara . Menyelamatkan maruah kumpulan aku . Bila last soalan yang fasi tu cuba nak push kumpulan aku aku terus jawab dan terus jawab .

Fasi tu kemudian berhenti untuk menyoal dan terus cakap camni

"Hehee saya saja je nak provok kumpulan awak..."

Dan reaksi aku




kahkahkah


Ekhem

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni adalah hari rabu di mana kelas aku bermula pada pukul 5.30 petang - 10 malam

Ak Ak Ak Ak Ak Ak *bunyi gagak*

Okay makna kata hari rabu aku ada tuisyen . Ye lah tuisyen kan selalu mula lepas office hour ?

Ak Ak Ak Ak Ak Ak *bunyi gagak*

Kelas 5.30 petang kelas CTU . Kelas favourite tapi itulah bila ustazah duk bebel kat depan aku sibuk duk melukis bunga bunga , melukis pasu bunganya sekali . Apehal entah aku ni . Tapi kelebihan aku , aku punya multi tasking skills . Apa dia ? Melukis sambil mendengar dan menulis main points yang terkeluar dari mulut ustazah comel . Itupun aku boleh kira berapa kali kepala aku ni diangkat untuk pandang ke depan . Macam LAME pun ada okay . Mungkin hari ni aku tak berapa semangat kot sebab aku dah kerah tenaga tengah hari tadi basuh kain . Ish ish sampai kan aku punya bekas letak sabun buku boleh jatuh dari tingkap toilet yang terletak di tingkat 2 . Lepas tu aku duk termenung lagi bukan nak pergi ambik ke apa ke . Nampak tak permainan aku dengan kain kain tersebut ? So aku decide aku malas nak turun dan pergi ambik . Apa yang aku harapkan adalah untuk bekas tu naik dengan sendirinya . Please lah naik !

Kemudian lepas kelas CTU terus main kejar kejar dengan kawan kawan semua pergi solat maghrib . Surau macam biasa penuh dengan manusia kaum hawa . Berlaga laga tu perkara biasa tapi aku tak puas hati budak semalam yang sondol tangan aku masa aku nak cucuk pin kat tudung . Mana dia ? Mana dia ? . Ehem . Ustaz kata kalau kita maafkan orang , ALLAH akan maafkan dan ampunkan dosa kita :') jahatnya aku ni tak faham situasi langsung orang tengah ramai lagi nak cari gaduh . Dan pengajaran aku nak kasi tahu , kalau kita ada terlanggar orang ke atau tersondol ke atau apa at least say sorry la jangan menonong je pergi . At least tengok la sikit keadaan orang yang kauorang terlanggar tu mana tau ke jatuh ke dia , tergolek ke dia , tercucuk pin ke kat tangan dia tak ke naya tu ? -.- nampak tak aku masih tak puas hati ? Astaghfirullah al adzimmmmm... (Aku memohon keampunan pada Tuhan Yang Maha Agung)

Ok malam tu jugak ada kelas LAW . Ini adalah pertama kali kelas LAW bermula ye anak anak muda . Dan perkara paling teruk bagi aku bila mana kelas tu memang dah mula tapi kitaorang yang duduk duduk kat luar sambil bertepuk tampar masih lagi buat rileks dan assume yang kelas tak mula lagi . Masuk masuk je lecturer dah mula bab 1 . Apa kau rasa ? Macam nak tampar je diri sendiri . Eeee geramnya . Aku jadi marah bila mana tatau kelas ni mula pukul 8.10 ke 7.50 ke ? dear friends please do not be a jual ikan at all the times . At least ada lah sorang informer kasi tahu yang kelas dah mula awal . Eee dah masuk degree pun perangai macam ni lagi -,- Geramnya . Geram dengan lecturer lagi . Strict gila baq hang . Rasa nak makan makan buku tu . The Lawyer k? . Mula mula dia macam tu lah dah lama dia okay . Lagipun muda lagi so darah muda katakan , kacak dan bergaya serta elegan kene ada dalam diri . Aku agak kekok jugak dengan lecturer lelaki lebih lebih lagi bila ajar subjek LAW sebab sebelum ni lecturer yang ajar subjek LAW semua perempuan dan bersifat keibuan sebab tu aku manje . *EKHEM* .

Dan aku masuk masuk je kelas dia terus tuding jari kat aku bila mana dia nak examples of Invitation To Treat . Aku yang tengah kelam kabut keluar buku terus jawab "Advertisement" . Nasib baik betul . Bila dia mula bagi warning jangan menulis apa apa just dengar je apa dia cakap aku cuma mampu menangis dalam hati bila mana aku tak dapat nak melukis bunga dan pasu bunga sekali :( . Dan aku ni berani mati pulak

Sir : You all stress ke dengan suubjek ni ?

Aku : Stress ! *kawan kawan lain hipokrit kot jawab NO*

Sir : You takut dengan I ke ?

Aku : Takut , sir serius sangat *Yang lain . Krik Krik Krik*

Ok aku jujur . At least aku jujur . Cuma result Muet aku duk bohong sir , dengan cita cita aku pun aku duk bohong sir . Muahaha . Ok aku jujur bertempat . Tapi aku tetap berdosa :'( hihi




Bayangkan yang ni lecturer aku . 


Dan ini adalah reaksi aku .

:p maafkan saya sir *dalam hati*


Ok bui

Tuesday

Pencuri Kerepek

Assalamualaikum w.b.t


"Yea , aku lah budak yang curi kerepek kau masa kelas CTU . Apehal ?"

*takdekerja*

Ok bui

Ceghita Ceghita

Assalamualaikum w.b.t

Hewhew adakah post kali ni aku bercerita pasal tangga ? Oh semestinya TIDAK sebab aku pun dah naik muak menengok dan mendaki tangga tu hari hari . Ceceh . Berlagak .

Alhamdulillah semuanya okay .

Bila tak ada kelas tu kiranya memang adat budaya kat sini , tapi kalau jenis yang tak tahu nak bagitahu awal awal ada yang kene sumbat dengan kasut aku yang warna merah ni . Bukan apa kau bayangkan lah bila mana kau dah bersungguh sungguh naik tangga yang tinggi tu tiba tiba dapat mesej

"Budak budak balik cepat , kelas batal!"
*menangis dalam tawa*

Lalu aku terus bertukar jadi naga dan menyembur api ke sekeliling ku . Arghh misi mencari dragon ball bermula !

Ok not good at all . Sebenarnya aku tak adalah nak salahkan depa semua tapi salahkan diri sendiri sebab tak save number kelas rep . Nampak tak permainan aku dengan 7 biji dragon ball tersebut ? Okay bukan apa aku tak nak save sebab jumlah subjek yang aku ambik semuanya 8 biji . Jadi semua subjek tu lain lain kelas dan bila lain lain kelas aku ada lain lain kelas rep . Sebenarnya aku marah dengan sistem bukan dengan bebudak ni sebab macam entah apa apa je -,- bila nak ambik semua subjek untuk duduk satu kelas tapi ada pulak subjek yang boleh clash antara satu sama lain .

Apehal ? Apehal ? Apehal ?

So aku redha je lah aku datang sini bukan nak cari gaduh dan tunjuk samseng tapi aku nak belajar lillahita'ala . So berhenti merungut banyakkan bersyukur ;)

Lecturers semua okay :) Alhamdulillah cuma ada dua lecturers yang tak masuk kelas lagi dan sememangnya aku tak kenal pun siapa beliau beliau tu . Ternyata lecturers yang ada kat sini bukan calang calang orang di sebalik lalang lalang yang ada . Eh ?

Noor Farizahani's recent actvities


Study sambil makan tu memang habit gua . Apehal ?


Sambil study sambil menengok gambar lebih lebih lagi gambar ibu n ayah kat atas sana ;*


Oh perkara biasa online movies atau drama . Sekarang ni tak lain tak bukan drama Farish dan Adam ehh bukan Adam dan Hawa 


Ok lepas tu assignments . Menimbun2 .  

Moga ALLAH permudahkan urusan kami ;) insyaALLAH ameen . 

Eh aku nak berlagak sekejap aku ambik bahasa ketiga bahasa arab . Best GILA baq hang .Ustazah dia comel dan cantik . Cantik sebab beliau pregnant . Atototo . Mula mula aku nak ambik jepung sebab kelas arab tak dapat nak masuk aku jadi sedih lalu aku terus tekad ambik bahasa yang sememangnya aku tak suka -,- ceit takde pendirian betul kau budak . 

Tapi setelah kawan kawan cuba meyakinkan aku dengan cara ini 

"Gaga, kita belajar ilmu ALLAH ni besar pahala . Ia berkaitan bacaan solat , Al Quran dan macam macam . Kejadah kau nak ambik jepung , kau dalam solat baca bahasa jepung ke?"

*Minta penampar*

Haha bukan apa aku merajuk sebenarnya tak dapat masuk kelas arab tu aku beralih arah sekejap hiwhiw . Jadinya aku terus pergi cari gaduh ( bukan sebenarnya aku nak cakap consult ) dengan orang HEA sebab suruh dia buka kuota lebih sikit sebab rupa rupanya ramai lagi tak boleh nak masuk . Kesiann . 

Okaylah aku nak rehat kelas aku kul 5.30 petang sampai 10 malam . Power kan ?

Ok buiiii .