Sunday

Assalamualaikum w.b.t

Aku risau . Risau dengan kondisi sahabat aku sebenarnya . Dia jugak ada masalah kaki . Kene sampai pergi buat MRI lagi .

Aku ni cakap orang je lebih tapi doktor suruh datang buat check up lagi . Boleh mengelat . Lagi seronok main badminton . Tapi badminton yang tak ada semangat sebenarnya . K


Saturday

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah . Perjalanan diploma dah tamat . Pedih perih yang dihadapi masa diploma adalah bekalan untuk masa akan datang . Perjalanan aku sebenarnya masih jauh lagi . Terima kasih ALLAH . I Love You soooo much !

Please aku nak ini . Hehehehe (?)



Ok bye .

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang kadang kita sibuk sibuk nak tolong orang . Tolong orang keluar dari masalah . Tolong orang redakan dari kesedihan dan selamatkan orang dari itu dan ini serta macam macam lagi .

Sedangkan diri sendiri masih lagi tak tertolong . Masalah pun masih tergantung . Tapi itulah diri kita sebenarnya . ALLAH gerakkan hati hati kecil kita . Menyatakan bahawasanya kita ini masih mampu kuat menempuh segala macam ragam kehidupan . Yaa aku kuat .

Terima kasih .
Assalamualaikum w.b.t

Di mana mana sampai ke hari ni impak semalam masih lagi berbisa . Kat twitter macam macam apatah lagi Facebook , Myspace dan semua media cetak tempatan . Ini semua tentang Bersih 3.0





Ini lagi best .



Ya bagi aku masing masing pandai fikir pandai nilai sendiri . Aku sebenarnya tak ambil port pun pasal benda  benda ni sebenarnya . Cuma nama Malaysia dah makin tercalar . Azan Zohor berkumandang masih ada yang memekak mekak dan menjerit jerit . Pelancong kiri dan kanan semua memandang . Tentunya macam macam assumptions akan datang . Malaysia demokrasi cara macam ini kah ?

Memang kita diberi kebebasan tetapi adakah kita gunakan dengan cara yang betul lagi rasional ? Engkau orang bacalah sendiri komen komen atas ni . Ini lah hasil yang kami belajar masa diploma dahulu . Tak sia sia belajar Law tak sia sia belajar Gov and Politics . Inilah impaknya sebenarnya . Thanks friends !

Ok lah gua nak berehat . Bakal meninggalkan Perak lepas ni ! Moga dipermudahkan perjalanan . Ameen Ya ALLAH .



Wednesday

Saja cerita

Assalamualaikum w.b.t

Ah masa macam ni juga aku nak teringat hal hal sekolah dulu . Cuma buatkan aku tersenyum tiba tiba bila mana   aku terlibat dengan urusan bab bab handle menghandle disiplin sekolah . Ya masa itu aku menyandang jawatan sebagai Exco Disiplin Badan Pengawas sekolah . Yaa masa nama aku tercalon aku bagaikan mahu menangis teresak esak di bahu sahabat aku sebab aku rasa aku tak ada lah disiplin mana sedangkan aku pernah melawan Penolong Kanan Sekolah apatah lagi nama aku pernah naik dekat Balai Disiplin sekolah . Yaa dahsyat tak dahsyat aku dulu . Aku apply pengawas ni pun sebab aku dicabar . Dicabar oleh cikgu Matematik aku . Tak sangka . Lepas aku kene interview aku dapat . Elok uniform aku suci bersih warna putih kini bertukar warna peach . Peach beb . Peach ! 

Dulu manusia yang berpakaian warna peach ni lah paling aku anti dekat sekolah . Tapi bila mana aku mula pakai uniform pengawas ni aku yakin rate haters paling banyak adalah aku sebenarnya . Tambah pula dengan jawatan yang aku sandang . Bagaikan membawa beras dua kampit yang beratnya 10 KG kat dua dua belah bahu . Aku gagahkan juga dan yakinkan diri untuk menghadapi cabaran ni dan dalam masa yang sama aku nak ubah diri aku juga . Satu perkara paling aku risaukan . Hati orang mana kita dapat agak . Bila orang dah menyampah ni macam macam dia boleh buat yea dak ? . Aku mengenangkan motor aku sebenarnya . Aku teringat lagi masa first day aku bertugas . Masa rehat aku kelam kabut pergi intai motor aku dekat parking . Ohh selamat . Aku takut disebabkan marah sangat dengan aku silap hari bulan motor aku tayarnya pancit ataupun nombor platnya patah ataupun silap hari bulan juga motor aku kene humban ke tempat lain . Alhamdulillah ternyata budak budak ni baik orangnya . Mungkin ayah aku ada buat pendinding kat motor anak beliau ni agaknya . Hehehehehe !


Hari Isnin . Macam biasa lah . Perhimpunan . Dan semestinya setiap pelajar akan datang lebih awal dari biasa dan juga lebih smart dari biasa . Hari Isnin juga lah setiap pelajar kelihatan begitu suci dan murni . Port tugas aku sebenarnya satu sekolah . Kejap kejap aku terkejar kat pintu masuk nak update kalau kalau ada masalah . Kejap kejap aku lari kelas ke kelas nak tengok budak budak dah turun ke tidak . Kejap kejap aku intai keluar pagar belakang takut takut ada pelajar mengelat . Itulah rutin aku setiap hari . Cuma aku teringat ada satu minggu aku buat plan sembunyi sembunyi . Aku dapat report ada budak budak lambat lalu kat longkang besar kat tepi Padang Sekolah . Dalam longkang ya . Longkang . 

Aku rimas dengan berkot kot ni sebenarnya . Dengan keadaan slumber masa pengetua tengah berucap aku dengan cool nya pergi naik ke padang . Sorang sorang . Perlahan lahan aku jingkit jingkit kat tepi padang . Aku dengar ada suara suara manusia yang tengah berbisik bisik . Aku senyum sinis . Aku intai sekali lagi . Aku lihat ada dua tiga orang pelajar sedang merangkak rangkak dalam longkang tu . Ikutkan aku rasa nak simbah dengan air . Astaghfirullah . Diaorang tak perasan aku dah pun berdiri tegak . Ada sorang pelajar tu terkejut tengok aku bila mana dia mula mendongak kepala . Muka dia terus berubah . 

" Buat apa sini ? "

Pergerakan mereka terhenti . Aku sebenarnya nak tergelak . Tapi aku tetap berusaha menegangkan muka . 

" Saya nak awak semua masuk ikut pintu belakang . Jangan siapa siapa cuba lari ! "

Kelam kabut patah balik . Lepas diaorang pergi aku rasa macam padang tu aku punya aku boleh lah gelak puas puas tapi member setugas aku potong daun pula . Dia risau bila mana aku naik padang tapi tak turun turun . Aku lagi risau bila mana aku dengan dia berdua je kat atas padang ni . Pandangan masyarakat mana kita dapat agak . Aku cepat cepat beredar . Akhirnya berjaya jugak budak budak tu masuk sekolah . Macam biasa kene dendalah kan ? Lepas kejadian tu Alhamdulillah tak ada lagi dah . Aku cuba kerapkan diri pergi ke padang untuk periksa . Alhamdulillah . Baik budak budak ni . Insaf dah agaknya . 

Macam macam sebenarnya peristiwa yang melucukan . Tapi itulah dikatakan kenangan yang mengasyikkan zaman sekolah . Zaman sekolah zaman kegemilangan . Ah time time macam ni juga dia datang .

Rindu rindu . 

Thursday

Hello Perak !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Alhamdulillah .
Lepasnya rindu bila dapat jejak ke negeri kelahiran .

Hello Perak Darul Ridzuan !

Kebetulan adik sepupu aku dari Perak datang bercuti kat rumah aku kat Negeri Sembilan ni . Tak nak balik punya pasal sampaikan mak beliau datang sendiri jemput balik . Hehehehe . Ni dikiranya aku membalas lah budi baik beliau lalu aku pergilah bercuti sekejap dekat sini . Ya ALLAH rindunya ! Dan terima kasih bagi kesempatan lagi untuk aku jejakkan kaki ke sini . Cuma air muka aku akan berubah bila nampak signboard KAMPAR .

Keadaan dah banyak berubah sebenarnya . Lagipun rumah mak cik aku ni jauh dari tempat tinggal aku dulu . Kuala Kangsar lama . Takpelah insyaALLAH ada masa lagi aku sampailah ke sana . Dua tahun lepas ada juga aku jenguk2 mak cik pak cik yang masih tinggal kat situ and tak sangka diaorang semua masih ingat lagi anak dara sorang ni :')

Mula mula aku tak nak lah pergi sebenarnya kesian ibu sorang sorang kat rumah tapi semalam abang and kakak ipar balik mengejut and masing masing cuti lima hari . Jadi aku cair lah jugak dengan pujukan adik sepupu aku and mak dia ni . Kebetulan adik sepupu aku yang lelaki ni baru balik dari kem PKBM . Banyak betul dia bercerita sampai aku terpaksa tahan mengantuk . Kene baling dengan telur lah , kene sapu muka dengan colgate la , kene itu lah kene ini lah . Adat lah kan nak jadi askar sangat hehehehe ! . Tak sangka dah handsome dah dia . Dah tingkatan dua dah . Bukan selalu dapat jumpa diaorang ni sebenarnya .

So dah sampai Perak ni aku cubalah sikit sikit guna loghat Perak walau dari kecik tak sempat nak belajar setakat dengar dengar macam tu je lah .

I thank ALLAH .

Wednesday

Aku tak tahu apa aku nak cakap

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni aku pergi berjogging di tempat biasa . Disebabkan lama dah tinggalkan aktiviti tersebut rasa mengah mula kunjung tiba . Biasalah kene lah berhati hati juga . Ini pun bahananya aku dah rasa . Kaki aku mula sakit dan aku tak boleh jalan dengan lebih tertib dan bergaya . *amboih macam gaya pantun pula* . Ini berjalan pun terpaksalah cover cover sikit .

Dalam fikiran aku ni macam macam ada . Rasa takut , rasa sedih , rasa kecewa ah macam macam lah ada . Aku berjogging sambil menikmati ciptaan Tuhan . Peh peluh yang keluar rasa macam aku sedang menikmati mandi pagi dengan shower . Tu namanya lama dah tak berjogging dan bersukan . Ambik sekali terasa nikmat melepaskan dendam kesumat !

Aku sekarang ni sebenarnya tengah berdebar debar tunggu keputusan interview . Interviewer tu kata dia akan call untuk interview kali kedua . Amboih padahal bukanlah untuk kerja kerja yang berpangkat dan ekslusif pun tapi bagus juga dia buat macam tu yaa lah untuk ambik pekerja masuk dalam sesebuah organization bukan kerja macam cabut cabut undi . Nombor siapa kena dia lah yang dapat . Ni kaw kaw punya dia teliti . Ni lah pengalaman pertama aku kene interview macam ni . Kalau sebelum sebelum ni aku kene interview tak adalah macam ni sangat . Setakat ala kadar je . Peh terbaik . Lepas ni dapatlah aku gunakan pengalaman untuk jadi lebih yakin dan berani untuk percubaan masa depan pula . InsyaALLAH .

Dan sekarang perasaan takut dan musim luruh jantung semakin menggila . Ya ALLAH . Result dah nak keluar . Perasaan aku dah makin bercampur baur , gigil beb gigil . Tapi aku dah terus terusan tawakkal dan berserah pada ALLAH . Ya ALLAH berilah yang terbaik . Ameen :) . Aku tak boleh tengok orang lain takut takut ni sebab penyakit takut takut ni mudah berjangkit . Tapi aku tetap berusaha supaya sentiasa nampak cool dan gamble . Ehem .

Ni mak cik aku dah bising ni . Nak ajak aku keluar ni . Aku malas sebenarnya . Hehehehe

Tuesday

Cincai

Assalamualaikum w.b.t

Yaa . Aku sebenarnya bila dah lama lama macam ni rasa tak selesa dengan keadaan diri sendiri . Rasa badan aku ni seperti dipam pam . Sampai bila entah aku nak macam ni gayanya . Nasihat doktor pun aku dah lama abaikan . Sekarang ni pula musim hujan . Sudah terang tang tang diberitahu di televisyen bahawasanya kawasan Seremban mengalami hujan lebat .

Dah berapa hari nak main badminton n eksesais . Pasal insiden kaki yang belum sembuh ni aku tak pernah pun ambil peduli . Bila mana dia nak sakit , aku biarkan dia sakit . Sakit tu kadang kadang bikin diri macam terkena renjatan lektrik . Bila mana kaki ni dah terlalu lama berjalan ke sana ke mari . Apatah lagi kaki ni pernah buat hal masa pertandingan tertutup badminton masa kat UiTM itu hari sehinggakan game terpaksa diberhentikan seketika . Sehinggakan aku terbaring kat tengah gelanggang menangis tersedu sedan menahan sakit . 5 minit kemudian aku paksa jugak sambung main . Knee guard yang aku pakai pun tak ada function langsung . Yaa lah tak guna juga disalahkan knee guard tu , diri sendiri yang degil . Siapa suruh . PADAN MUKA .

Kat kampung aku ni dewannya pun macam dah tak serbaguna dah . Yang aku tahu dewan yang dekat desa cempaka tu adalah . For sure lah brader brader takraw dah memenuhkan dewan serbalah guna itu . Kee nak aku join takraw sebenarnya ni ? Tidak mungkin itu akan terjadi . Nak buat team bola jaring rasanya kekuatan untuk satu team tak cukup rasanya . Yaa lah , anak anak remaja kat kampung aku ni tak ada lah ramai mana cuma majoriti penduduk adalah dari golongan warga emas . Kee nak aku buat macam ni ..


Sekian .

NOTA : Apehal lagu Shahir - Pendam ni buat aku rasa sebak lain macam ni . Ehem

Sunday

Sekadar renungan

Assalamualaikum w.b.t

Oh yaa , tentang interview semalam aku rasa ia adalah interview yang sangat lucu dan tak pernah dibuat orang . Ok aku malas nak cerita .

"Kalau malas baik kau tak payah cerita , Farish .."

Aku tak tahu apa dalam fikiran aku sekarang sebenarnya . Hati aku minta aku buka blog dan update . Oh mungkin aku ada terbaca twitter seorang sahabat . Yaa bagus bagus tweetnya aku harap dia terus terusan tweet perkara yang bagus bagus . Tak macam aku lagho2 aje .

Dia bercakap tentang usaha . Yaa usaha . Berusaha dalam macam macam jenis perkara . Terutamanya berusaha bangkit dari kesedihan , kekecewaan dan juga kegagalan . Yaa kita kerap kali dengar ayat ini dan aku juga sentiasa berpesan pada diri sendiri .



La Tahzan innallaha ma'ana - "Dont be sad Allah is always with us.."

Yes . NO DOUBT .

Tapi yang penting . Usaha dan berdoa . Usaha dan berdoa . Kalau semua nak bergantung kat ALLAH tanpa usaha apa apa macam mana nak dapatkan hasil ? Dalam Al-Quran pun ada cakap , "ALLAH takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri .." . ALLAH minta kita usaha , usaha dan usaha . Geddit ? Geddit ? Geddit ?

Hilangkan kesengsaraan . Hidupkan kebahagiaan . Rahmat Tuhan sentiasa bertebaran . Jadi berusaha lah ! Kecapilah !

"ALLAH suka air mata yang jatuh itu kerana takut kepadaNYA "

Ya Rabb , jika aku terlalu melebih lebih kerana kecewa akan manusia , ampuni aku Ya Rabb . Ameen

Ok buku ni sangat best . Siapa belikan aku sayang dia lebih hehehehe !
Ok apa apa pun . Bak kata seorang teman

"KEEP CALM and HEHEHEHEHE! "

:) keep smiling people . Berbahagialah sebab kalau tak kerana kesedihan dan kekecewaan kita tak akan berdiri dengan lebih berani seperti hari ni kan ?


Friday

Takut takut berani

Assalamualaikum w.b.t

Ehem .

Yaa hari ni sesi interview akan berjalan . Berdebar aku masih macam semalam . Amboih siap prektis lagi speaking depan adik sepupu . Entah entah interviewer aku tu siap guna bahasa Melayu tulen . Silap hari bulan ada juga yang interview aku ni pakai bahasa kampung .

"Ekau nak kojo apo ? Kek sini berlambak lambak kojo . Memang polukan ohgang " 

Ah aku lupakan angan angan tu . Angan angan tak akan bawa ke mana . Dengan berbekalkan imej perempuan kampung dan semangat yang jitu aku gagahkan juga untuk pergi interview . Yaa aku kelihatan hensem hari ni.

Doakan aku yee . *Lap lap air mata*

Duri yang terlindung

Mempunyai seorang teman sepertimu
seumpama duri menikam hati
biar serupa hakikatnya berbeza
hilang kejujuran sering kau ucapkan
sewaktu dulu...

Pemikiran kita yang sering bertentangan
menjadikan hidup tak sehaluan
jalan akhirnya
adalah perpisahan
yang akan dapat 
memberi suatu kesan yang mendalam

di dalam ketiadaanku
hilanglah dosa menglingkari
diri dan hatimu yang simpati
dengan apa sudah kau lalui
sementara ada orang doa doaku
aku bersama doa yang tak henti
agar kau sedar dari mimpi
yang tiada menjadi pasti...

Aku menjadikan ini
satu kenangan yang paling hitam
yang tak mungkin aku lupakan di mana kau berada
yang tak mungkin aku lupakan di mana kau berada....





Ya . Mana saja kau berada aku tak akan lupa .

Thursday

Tajuk sia sia

Assalamualaikum w.b.t

Yaa .
Hari ni aku mencuka memandu kereta .
Jangan silap sikit kereta depan mahupun belakang . Aku akan perhatikan pemandu kereta tu kaw kaw punya .
Kalau kereta dia cantik aku puji lah sesaat dua .
Tapi kalau sekali aku naik marah yaa .
Jaga jaga lah .
Yaa lately aku sekarang ni mengalahkan supervisor yang salah terima barang dan yang baru berpisah dengan makwe di kalangan supplier .*kerja supervisor ada yang terima barang ke?*

Bukanlah aku ni dikatakan samseng jalanan.
Yaa tadi adik sepupu aku ayat dia buatkan aku berfikir panjang . Ibu cuma ketawa di belakang .

"Wooooo Ustazah Samseng Jalanan.."

Yaa aku hanya menggeleng . Title Ustazah dirosakkan kerana aku . Yaa aku ini yang entah apa apa .
"Maafkan saya" sambil tunduk tunduk.

Oh ibu teringin nak makan burger . Aku parking kereta betul betul depan kedai brader brader jual burger tu . Jadi kebetulan masa tu ramai pula adik adik yang baru balik tuisyen . Ada sorang adik lelaki ni dia lalu depan kereta aku . Dia pandang aje aku . Bila aku pandang , dia alih pandangan tempat lain . Ah budak budak biasalah . Suka mainkan perasaan .

Kemudian aku pandang dia . Oh kami bertentangan mata . Perasaan bertaut . Lepas tu aku cakap
"Apehal pandang pandang?"

Ibu pula kata

"Amboi gangster betul sekarang ni"

Ah nasib baik cermin kereta masa tu aku tak bukak . Kalau bukak kau rasa apa respon dia ?

"Sweater akak cantik .."

Ini puisi atas lara



Yaa aku sudah tanam sedalam dalamnya .
Aku pijak pijak tanah tu bagi mendap .
Aku henyak henyak tanah tu bagi padat .
Aku harap kau tak akan muncul lagi .
Aku menangis .

Aku lihat ada satu yang masih kurang .
Yaa ada satu yang kurang di situ .
Oh ya mana , mana kayu ?
Aku lihat ada ranting di situ ..
Ranting di sebalik daun daun kering nan layu .
Bersepah . Merata .

Aku ambil dan aku ceracakkan .
Aku taburkan daun daun kering itu .
Aku menangis lagi .
Aku keronyokkan daun daun itu menjadi serpihan kecil

Aku taburkan.
Ini ini aku mahu tunjuk pada kau walau kau dah tak nampak lagi.
Ini umpama hati aku yang telah kau siat siat hingga lumat .
Air mata aku kian lebat . Yaa selebat hujan yang mencurah curah .

Kerana apa ?
Aku hanya menanam sebuah memori .
Aku hanya mencacakkan amarah .
Aku hanya menaburkan kesakitan .
Aku hanya mencurahkan benci .

Kerana terlalu lama . Dan sangat terlalu lama . Kuat macam mana pun . Manusia akan longlai tatkala diuji . Yaa itulah aku . Manusia yang tenggelam timbul .

Tuesday

Ehem

Assalamualaikum w.b.t

Ya agak berserabut juga lah fikiran aku hari ni . Aku tak tahu apa yang aku fikirkan .
Lalu aku membuat keputusan untuk pergi berjogging petang ni . Yeah .

Tapi ..

Ya . Aku hanya berjogging di dalam kereta sahaja . Sungguh mood aku hilang . Nak keluar kereta pun aku jadi malas . Dalam kereta pula lagu kemain sedih . Dari elok perjalanan hanya 3 kilometer tanpa aku sedar aku dah menjangkau 10 kilometer ( aku agakla ) .

"Peh jauh juga gua berjalan menikmati ciptaan Tuhan".

Bermonolog sambil mengesat air mata yang bercucuran .

Lalu aku pun patah balik untuk menjimatkan minyak kereta . Ya lah tengah kering . Kerja pun tengah intai intai ni . Doakan aku ya . Aku ingat nak apply cikgu kat sekolah lama aku dulu lah . Harap harap pengetua masih maintain cool macam dulu :] 

NOTA : " apply ustazah .." 

Monday

Sekian

Assalamualaikum w.b.t

Terlalu lama dan sangat lama . Terlalu banyak dan sangat banyak . Sekarang aku kalah dengan perasaan aku sendiri . Tak dapat kawal dan ditahan sebenarnya . Kenyataan aku sangka ini adalah terakhir untuk aku terima . Belajar untuk redha sesungguh sungguhnya .

Sudah cukup sudah , cukup sampai di sini saja .

Hari ni tamatlah segala galanya . Syukur kepada Tuhan , kerana diberi kekuatan . Aku yakin selepas ini banyak cabaran aku kene tempuh . Ini baru percikan peringatan dari Tuhan . Terima kasih wahai Tuhan . Terima kasih kerana berikan kelapangan di dada ku dalam menerima semuanya .
Just let go .

Sekian .

Satu kesan abadi






Jalan terang


Luas menanti aku
Dengan dendang
Irama hidup baru
Dibelai cintaMU

Hilang dendam
Lenyap ia sendiri
Datang tenang
Makin aku hayati
Makin lapang dadaku
Ku rasa sentosa

Sendiri meminta
Dicantum padanya
Tak gelisah lara
Cerita yang punah
Biarpun meronta
Tidak menjadi ngeri

Ku yakin disana
Gelap yang tiada
Kesan satu cinta
Terpancar cahaya
jelas segalanya
Hanya sinarmu
Yang mampu
Memberi cinta itu

Dengan aman
Senyumlah sepuasnya
Jauh berbeza
Bagai yang dirasakan
Rasa yang disini

Itu satu rahsia
Hanya tersendiri
Itu satu iringan
Nyayian mimpi

NOTA : Lagu dari iklim . Terbaik . Bila aku hayati lagu dia , lirik dia sangat bagus dan bermakna . Thank You ALLAH . Alhamdulillah lepaskan semuanya dengan tenang dan redha itu adalah lebih baik .

Sunday

:]

Assalamualaikum w.b.t

Lain rasa gambar ni tanpa roro . Apa apa pun dia happy tengok bestie kami dah bertunang . Alhamdulillah .
Ok ok aku tak suka PINK . wawawa




Tadaaaaa . Tahniah Aina Nadirah Bte Ishak . Moga tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan yeee .
Semua orang kata badan dah naik balik . Bahagia ke ?

Jadi apa masalah kalau gua berisi ni ceceh gaya marah pula . Sejak dua menjak doktor tak bagi aktif ni kerja aku macam biasa melepak saja . Yaa , lepas ni kene berdegil lagi macam main badminton itu hari sampai kan aku terpaksa stopkan game sebab kaki aku meragam .

Gua nak pergi smash ni engkau orang nak join ?

......

Assalamualaikum w.b.t

Bak kata Hilal Asyraf

"Cintailah orang lain , dicintai semula itu urusan ALLAH .." 


Yes, ALLAH knows best . Thank You ALLAH kerana terlalu memahami .

Thursday

Singkat

Assalamualaikum w.b.t

Aku tak harapkan karma atau apa apa pun yang datang kepada kau . Tapi aku NAK sangat sangat belajar dari kesilapan dan kelemahan . Kita manusia ni WAJIB belajar dari kedua dua itu supaya tak rendah martabat kita apabila digelar manusia yang bodoh sombong dan tak sedar diri .

Gua nak pergi lari . Kau orang nak ikut ?

NOTA : Malaysia panas sekarang , kat sana macam mana . Hebat .