Sunday

Bila ayah telefon .

Assalamualaikum w.b.t

Sedang seronok tengok tv dengan ibu dan kakak ipar petang tu , tiba tiba telefon berbunyi .

Skrin telefon terpampang nama "AYAH"

Saya : "Eh ayah call , kenapa eh?"

"HELLO , AYAH .."

Ayah : "Adik , ayah belikan handphone untuk adik ni , alah macam ayah punya tu ..?"

Saya : *Diam* dan terdiam agak lama .

Ayah : "Dia warna putih tau .."

Saya : *Pandang ibu kemudian pandang kakak ipar kemudian lagi pandang si kecil tengah syok sangat main permainan dia*

sedar sedar ayah macam cakap sorang sorang saya terus jawab ..

"Haa? oh ok ayah .. "

Ayah : " Nak memory card?"

Saya : "Err nak .."

Ayah : "Ok ok .."

Saya terus letak telefon . Saya mula pandang ibu  .

Saya : " Ibu , ibu ada cakap dengan ayah ke pasal adik nak beli handphone baru?"

Ibu : *Dengan muka terkejut dan mata beliau amatlah besar*

"Eh mana ada ibu cakap apa apa dengan ayah pasal handphone? Kenapa?"

Saya terdiam . Setahu saya ibu sahaja yang tahu niat saya nak beli henset baru memandangkan henset ni mula naik tocang dia . Beralih pula pada kakak ipar .

Saya : "Haa kak zie yea bagitahu ayah?"

Kakak ipar : "Haa? eh eh bila akak bagitahu , akak tak tahu apa apa pun? Haa, ayah belikan adik henset baru eh?" *tersengihsengih selama 15 minit.

Ibu : "Yea lah tu , biarlah ayah nak belikan.. apa masalahnya dik.."

Saya : "Macam mana ayah tahu henset adik ni nazak?"

Semua senyum . Saya pula dungu kat situ . Aiyo . Mungkin ayah pernah nampak saya kadang kadang , asyik asyik charge phone , kadang kadang terdengar saya berdecit decit melayan kerenah phone ni . Kadang kadang macam nak get ready je baling phone kat dinding lepas tu buat tak ada perasaan ambil balik dan buat berlagak biasa . Ayah nampak kot semua tu ?

Saya susah sikit nak cakap dengan ayah saya nak itu saya nak ini . Saya ni susah sikit cakap dengan ayah , "Ayah , adik nak ni nak tu tolong belikan , yah?" . Err no no ! Saya memang jenis macam tu . Phone yang rosak tu pun beli dari hasil duit elaun komander . Itu pun beli dengan Busan (Roomate) . Alah cikai cikai je orang kata . Phone samsung warna hitam RM 68. Haha  -__________- . Janji dapat call dan mesej sudahlah kan? Cemburu juga kawan kawan pakai blueberry eh eh silap blackberry , phone yang mahal mahal lah kan? *Takmampu!* .

Ibu selalu bising : "Dik , cuba beli yang lebih bagus sikit , ni cepat rosak ni "

Diam je yang mampu , aduh . Malas rasa nak keluar duit banyak banyak . Lagipun banyak benda nak diuruskan . Semuanya pakai duit .

Saya : "Nantilah ibu .."

Ibu : " Duit PTPTN gunalah sikit buat beli phone tapi jimat jimat . Simpan duit tu dik .."

Hari tu ibu perasan kasut saya dah mula macam luntur je lepas tu siap teliti depan kasut tu macam nak terkoyak . Tapi saya tak rasa apa apa pun(?) . Dahsyat gila ibu ni !

Saya : " Ibu kasut ni elok lagi .."

Ibu : "Ya ALLAH elok apanya , belilah baru dik . Beg laptop tu entah zaman bila ibu bagi , dah nak terkoyak dah belakangnya , ish kenapa tak tukar ?"

Garu kepala nampaknya lepas ni . Saya ni barang tu dah rosak betul betul dan real real punya barulah saya terhegeh hegeh nak tukar . Entah lah saya macam tak berapa pandai lah dalam hal ni . Memang dah style macam tu . Sebab saya sayang gila kot . Elok lagi kat mata saya . T________________T hmm

Ibu lah penasihat saya dalam hal hal macam ni . Sebab saya tahu beliau mahu yang terbaik . Mulut berat nak cakap macam tu lah saya kan?
 -_______________-

Balik balik je ayah . Ayah terus ke dapur , sebab beliau tahu kerja saya mesti duduk je kat dapur , sebab saya suka  kacau ibu masak dan tak pun saya tengah memasak untuk makan makan dan minum minum petang.Masa tu saya tengah masak kuih buah melaka . Kegemaran ayah . Duduk rumah ni asyik masak, belajar macam macam jenis kuih dari ibu . Alhamdulillah . Dah boleh kahwin :)) hahaaaa . *ketawabesar.

Ayah : "Adik , nah ni . Jangan lupa charge 8 jam .

Saya : *Tengok je ayah keluarkan phone tu . Semua yang ada dalam kotak tu habis ayah keluarkan . Lepas tu ayah terang satu persatu*

Ayah : "Haa , ayah dah masukkan sekali memory card dalam tu . 2 GB"

Saya : 'Mak aih besarnya saiz waaa T____T'

Lama lama barulah cakap

"Terima kasih ayah .."

Saya pula belek belek phone tu . Cantik . Mahal ke tidak saya tak kisah . Sebab ayah dah belikan . Tapi phone ni memang cantik dan style .


Waaawa , tak ada lah macam ni phone yang ayah belikan tu . Tapi comel kot phone ni kan? kehkeh . Tapi satu je . Kenapa mesti warna pink? T________________T aaaaa ~ Nasib baik ayah belikan warna yang sesuai dengan jiwa .

Apa apa pun terima kasih ayah untuk phone yang baru ni . Cantik . Macam tahu tahu je . Patutlah ibu ada cakap ayah dah tukar phone baru . Cantik . Wah wah ayah belikan sama macam beliau punya . Anak dan ayah sehati sejiwa . ceceh . :) Alhamdulillah .

NOTA : Terima kasih ayah lagi sekali .

Tak tahu tajuk apa yang sesuai . Minta maaf .

Assalamualaikum w.b.t.

Fuh , fuh , fuhssssss !
Walaupun bunyi macam yea yea je kan? Padahal bukan ada habuk pun dekat blog ni . Yea la setiap kali kalau lama tak hupdate blog mesti dikatakan "Belog I dah bersawang sawangan Uolls . Rimas I , rimas !" . Err mana sawang nak tengok sikit ? -_________- haha

Actually ,sebenarnya tatau kenapa tangan ni macam malas saja nak menaip apa semua . Ada je sebenarnya benda yang nak dikongsikan tapi tak tahu kenapa tangan ni berat je nak klik link blog kemudian sign in dan update . Saya tidak tahu mengapakah (?) . Tadi dah buka sebenarnya blog tinggal nak update je . Roomate pun pelik tengok saya terkebil kebil sorang sorang depan laptop dan jari jemari dah get ready nak menari nari dekat papan kekunci ni .

" Err tak tahu lah nak update apa untuk blog.. hmm " *off *

Sambil tu dengar lagu kat Music Player .

'Kenapa lagu mesti nak sedih sedih?'
'Eh eh , dia sendiri yang download kemudian save dan play'

Itulah , sekarang ni suka cakap dengan hati sendiri . Gumam sorang sorang . But I know , ALLAH sentiasa dengar apa yang saya cakap , ALLAH tahu apa yang saya rasa , ALLAH tahu apa yang saya tanggung . But now , semuanya di hati dan bisikan doa . Tak guna rasa untuk cakap banyak banyak dalam ni sebenarnya . Manusia hanya baca , tapi tak semua dapat dalami dan semua tak semestinya akan faham apa yang kita cerita sebenarnya . Yang penting mungkin terkadang mereka hanya sekadar ambil peduli sepintas lalu . Who knows right?

Dan sekarang , saya cuba tak mengambil kisah apa yang pernah berlaku pada saya dulu . Dan apa yang saya lalui sekarang walau ia sebenarnya berkaitan dengan kisah yang dulu . Apabila saya terlihat semuanya . But , saya sebenarnya gagal . Alahai hati kenapa sukar nak kawal kau sebenarnya ? Susah ke ? Sekarang senang sahaja . Diam . Diam . DIAM ! . Lebih baik .. lagi pun dah memang tak ada kene mengena untuk apa nak dikenang lagi , untuk apa nak sibuk sibuk lagi . *cakapmemangsenanglah KAN? . Tapi saya cuba dan sentiasa cuba . What else? *tahanperasaandansabar . Saya tahu , masa kian beranjak pergi , waktu kian beransur dan terus beransur . Manusia , penawarnya hanya masa . Mengaku . Diri sendiri kene kuat . Kekuatan dari hati sendiri .

Hu ha hu ha . Pergi sana pergi sini . Sibuk sana sibuk sini . Itu semua benda yang sebenarnya cuba untuk merawat hati . Memang benarlah kan. Hati yang sakit umpama besi yang bengkok . Aduh . Macam mana lah nak luruskan balik hati tu . Keluh kesah ? haha . Tak ada kerja lah . Nak berkeluh keluh . Haih ! Haih ! Haih ! . Kadang kadang penat rasanya sebab sentiasa je nak mengalah . Tapi sekarang dah lali dengan penat . But , thank you ALLAH , YOU're always be there for me . Di saat rasa macam berat sangat sangat dan gundah sangat sangat , sudah cukup KAU dengar apa yang sedang aku cakap dan rasa dengan hati :) . Lepas tu automatik diri akan rasa cool . Walaupun cool yang sekejap kemudian rasa tu datang balik tapi hati sebenarnya terawat dengan lebih cepat dan effective walaupun keadaan yang sama akan saya lakukan berulang ulang . Saya tak kisah lah :) ALLAH lagi tak kisah . ALLAH lagi suka adalah . DIA tak pernah penat .

"Nyum Nyum Nyum" . Pukul 2.00 pagi dan pagi yang terlalulah buta mengunyah coklat . Roomate pelik kemudian datang dekat dekat .

Roomate : "Gaga , kamu tension ke? Kenapa ni ?"

Saya : "Hah, mana ada tension lah kita ok je? Kenapa?"

Roomate : "Yeke ni ? Makan coklat ni kita tengok ? Fakta kata kalau makan coklat malam malam ni selalunya orang tension tau.."

'Yeke?' . Saya makan pun sebab coklat tu dah nak cair , orang penat penat belikan tak akan lah nak biar macam tu je . 'Terima kasih yea.. sedap juga coklat ni'

Lepas ni get ready dengan hidup yang bakal mendatang . Hello sem akhir. InsyaALLAH . Tak sangka dah masuk semester akhir . Walaupun suasana kian berlainan . *sedarlahdiridahtuanoorfarizahanibluek* Wah wah wah . T________________T




waaaa , bahagianya kalau hidup seharian macam ni . Ceceh . Bajetnya konon konon terlalu busy . Cepuk nanti tahu lah . Yang lunch tu macam tahu tahu je saya makan style macam tu *malunyasayaauwauw* hee buruk perangainya saya ni kan ? Well , ucapkan pada diri sendiri . ALL THE BEST ! dan juga semua kawan kawan ! Apa apa pun . Ah cool lah , rileks sudah . Buat biasa biasa je . Pengalaman tu buatkan hidup kita lebih berhati hati mungkin ALLAH uji untuk letakkan kita di zon yang agak selesa ni , siapa tahu kan? :) hmm .

Kehidupan adalah proses pembelajaran . Dan setiap permasalahan itu adalah platform supaya menjadi lebih matang dalam bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi . Hendakkan sesuatu kebaikan , ALLAH akan uji kita dulu :) .

Ok lah dah pukul 3 SUKU Farish oii , kenapa tak tidur tidur lagi , mentang mentang lah tak ada kelas hari Isnin :P . Ramai jeles saya tahu . Saya simpati :P

Ok . Selamat Malam .

NOTA : Pening pula makan coklat , ada apa dalam coklat ni ? O.o