Thursday

Nyamuk

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang hari hujan .
Hari ni hujan saja .

Bawa kereta dengan berhati hati .
Membawa hajat ibu untuk beli lauk di kedai .
Tengok tengok apa yang patut juga untuk dibuat pencuci mulut hari ni .

*****Berangan*****

Ah . Jenis fokus punya orang kalau bawa kereta . Tiba tiba aku nampak ada benda kecil yang terbang terbang dan bersuka ria dalam kereta ni . 

Aku ni kalau bawa kereta tak boleh ada gangguan . Kerana ia akan membuatkan emosi terganggu .

Tiba tiba benda yang terbang tu adalah nyamuk . Aku mula naik marah sikit . 

"Mana pula datang nyamuk dalam kereta ni . Kene sekali sia sia je !"

Nampak aku marah kat situ . Emosi dah terganggu .

Aku perati nyamuk tu dengan ekor mata . 
Aku cuba sabar .

Aku perati lagi . Ia semakin galak terbang dan tersenyum senyum lagi depan aku .
Aku cuba sabar .

Ia semakin galak terbang dan menari nari lagi depan aku .
Kali ni aku tak boleh sabar .

PAP! PAP! PAP!

Ternyata nyamuk ni cekap !

NOTA : JAGA JAGA .