Sunday

Cakap dan cakap lagi !

Assalamualaikum w.b.t

Sempat update blog . Power ni . Power !

*Sebab saya tinggal sorang sorang kat padang untuk hendel barang barang Biro Dewan dan Protokol*
-____________________________________- best kan?

Sapa suruh bagi diaorang balik . Tu lah baik hati sangat . -___________________-'

Tadi baru je lepas perhati adik adik buat latihan untuk passing out nanti . Kasihan . Muka masing masing gelap . Rasa kalau balik nanti mesti ada mak atau ayah yang dah tak mengaku anak . Macam saya kene dulu . Oh terbaik lah kan? Lepas habis je LIBK balik rumah terus tidur . Topup tidur mahu macam orang koma . Tak sedar apa pun . Lepas solat tidur . Lepas solat tidur . Memang PENAT terbaik baq ang ! . Kulit ni macam nak tunggu musim . Mengelupas sikit demi sikit . Tapi haruslah redha bila macam macam bentuk muka bumi yang ada kat seluruh muka ni . Paling best dan menariknya , boleh buat petalah orang kata .
Apa yang dapat saya cakap . Adik adikku , bersedialah di atas segala kemungkinan yang akan berlaku nanti . Jangan sampai pengsan pulak bila tengok muka sendiri kat cermin nanti . Yang penting ingatlah dan bersyukurlah anda masih lagi sempurna dan tidak kehilangan pancaindera yang Allah dah bagi tu . Cuma perubahan ketara adalah berat badan , bentuk badan dan juga warna kulit . Akak pesan , berkabunglah kat umah tu dalam masa dua minggu . Jangan pergi mana mana spa mahupun pusat pusat kecantikan silap hari bulan ...... *krik krik krik* ( bunyi cengkerik ).

Macam macam benda yang kami bagi dan kami ajar cukup cukup . Tak payah cakaplah kan kalau ada yang menangis tu . Tu semua adat kene TORTURE dan kene HELL . Itulah yang kami hadap sebelum nak pegang title komander . Saya pun pernah jugak nangis , orang yang lebih kuat pun ada jugak yang nangis . Mula mula saya pun tak sangka macam ni sekali saya dan kawan kawan yang lain kene hadap semata mata untuk masuk jadi komander  . Bukan senang nak naik . Kene hadap macam macam ujian . Pahit getir , suka ria semua ada . Tapi yang pastinya kenelah selidik balik niat kita masuk badan uniform ni . Sebelum tu fikir dulu risiko yang bakal dihadapi . Bukan senang nak senang , bukan susah nak susah . Yang penting adalah sama sama . Benda yang susah pun boleh jadi senang kalau buat sama sama . Kali ni LIBK dalam sejarah ada yang nak tarik diri. Termasuk hari ni dah nak dekat sepuluh orang dari beratus ratus orang yang join LIBK ni . Rasa kecewa tu ada jugaklah kan? Bayangkan cuti semester ditarik sebab untuk LIBK ni . Dan senang senang nak berhenti . Buang masa je datang sini kan? Oh macam macam juga lah saya lecture adik adik yang nak berhenti ni . Sampaikan nangis nangis diaorang dengar lecture saya . (nampak tak macam orang yang suka psycho? kih kih kih :P )

Paling utama ayat saya macam ni je..

"Kalau awak fikir masalah awak sorang je , awak kene fikir orang lain jugak . Kita tak tahu ada yang menanggung masalah lebih besar dari kita ni . Sebelum nak buat sesuatu keputusan , bayangkan kita ni ada kat dalam kasut seseorang . Tapi diaorang tetap nak teruskan sebab apa ? Diaorang semua ada kemahuan dan keinginan yang kuat tu diaorang tetap teruskan LIBK ni . Awak rasa apa yang awak dapat bila awak buat keputusan macam ni? Bagitahu saya apa kebaikan yang awak akan dapat dan apa keburukan yang awak akan dapat.."

Ayat yang sama jugak saya cakap dan berulang ulang cakap dari sorang ke sorang adik adik Bakal Komander ni (BK) yang buat keputusan nak keluar komander. Mungkin diaorang fikir kami komander terlalu kejam buat itu dan buat ini sampaikan mentaliti diaorang pun jatuh . Tak sama sekali pun . Kami buat sebab kami nak ajar kami nak pupuk kami nak tanam semangat tu . Bukan senang tau bila kita macam ni . Berkumpul dalam satu kumpulan dengan muka muka yang tak kenal . Last last bila susah je sama sama bantu antara satu sama lain . Masa tu akan rasa semangat satu kumpulan dan semangat adik beradik . Benda tulah kami nak pupuk . Masuk komander ni atau masuk dalam satu komuniti atau organisasi ni bukan nak kejar pangkat atau apa , bukan nak pentingkan diri sendiri atau apa , memang tak dinafikanlah dalam satu kumpulan tu mesti ada sorang dua jadi racun perosak . Macam buah nangka . Mesti ada dua atau tiga ulas isi dia yang busuk . Buat apa nak ambik yang busuk ni kan? Ambiklah yang elok untuk kebaikan diri sendiri jugak . Macam ni lah hidup dalam satu kumpulan yang baik kita contohi yang buruk jangalah ikut kalau boleh topup balik supaya jadi lebih baik . Benda tu tak susah pun :) InsyaALLAH boleh kalau buat sama sama kan?

"Korang semua boleh ? Kita semua boleh ! Kita semua kuat ! Jangan nangis tau !"

"Platun 6 boleh? Kamon lagi sikit je ni ok ! BERTAHAN!"

"Support kaki , support tangan wei ! Sikit lagi sikit lagi!"

Itulah yang saya dengar masa kami bagi HELL kat adik adik kami . Kami nak tengok semangat adik beradik yang diwar warkan oleh mereka . Jangan depan kami je baru nak tunjuk tapi kekalkan kalau boleh . Kami sentiasa tengok dari masa ke semasa. Adatlah tu kalau ada yang tidur dalam baris lah , lambat lah , terkurang asam lah , apalah . Adat . Tapi yang kami ajar tu praktikkan . Memang tak dinafikan kami komander bukanlah baik sangat malah diherdik , dibenci orang pun . Yang penting buat derk dan buat dont know sudah . Kita tahu apa yang kita buat kita tahu apa yang kita lakukan . Biasalah macam saya cakap sebelum ni ada jugak segelintir komander yang buat tahi (maaf kasar) . Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Itu yang bahaya jugak tu . Tapi Alhamdulillah . Kami di sini masih diterima . Yang tak terima tu (apa den peduli) keh keh keh :P

Tapi yang tak menahannya diaorang masih ingat lagi pesan saya .

"Kalau korang semua kene macam ni (torture/hell) anggap je semua benda ni di celah kaki dan di celah gigi , faham ??!"

Nak tergelak pun ada tapi terima kasih sebab ingat . Ingat lah benda tu sampai bila bila . Benda tu akan jadi kebiasaan sebab nak melatih diri kita ni tak jadi seorang yang pendendam dan jenis yang tak simpan dalam hati . InsyaALLAH . Dulu pun sakit hati jugak dengan senior ni kan? Keh keh keh :P . Tapi bila kami fikir balik . Inilah yang patut kami praktikkan untuk adik adik kami . Semua yang kami lakukan semuanya ada sebab bukan saja saja nak cari pasal :)  . See Alhamdulillah semakin hari semakin improve . Mungkin dengan cara tu diaorang dapat didik diri diaorang sendiri . Siapa yang tak suka tengok kan? :) Heeee !

Oh yang semalam tu siapa kene torture cukup cukup semalam tu Happy Birthday tau . HEHE ! Menjadi jugak plan aku . Last last menangis sebab nampak kek depan mata . Punya tahan air mata tu dari jatuh sebab kene torture habis habisan semalam akhirnya menangis di depan kek sendiri kah kah kah :P . Yang paling tak tahan bila saya tanya diaorang semua malam tu masa diaorang kene down tu .


Bila cakap pasal mak dan ayah .... tenenew


Saya :"Korang rindu mak ayah korang tak BK?!!"

Adik- Adik :"Rindu sangat , komander !" *masa ni dah dengar bunyi esakan tangis . Yea saya faham perasaan diaorang , saja nak uji kan? * kah kah kah :D

Saya :"Kalau korang rindu , apa janji korang dengan mak ayah korang once kau jejak masuk LIBK ni , cakap!"

Adik-Adik : 1. "Jadi yang terbaik , komander !" 2. "Nak ubah diri jadi lebih baik komander!" 3."Lebih berdisiplin komander!" 4."Nak berjaya komander!" blah blah blah *memang berterabur jugak lah , lepas sorang jawab yang lain pun nak jawab sekali.

Saya diam . Saya tengok setiap platun . Ada yang dah mengalir air mata dan menggigil gigil tahan badan dari jatuh . Dan paling kagum semangat adik beradik diaorang yang sangat sangat supportive. Sebak lah hati den bila cakap pasal mak ayah ni . Mahu dah sebulan lebih den tak balik umah . Menyesal pulak bila cakap pasal tu -________________________-' cheeehhhhh! . Akhirnya seksa mereka habis dengan air mata dan makan kek ramai ramai . Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah adik adikku ini . Chewah ayat macam nak kene lempang je  :P . Yang paling terbaik bila muka ni jadi santapan krim kek . Redha je lah yea? -__________________-'

Setiap yang berlaku mesti ada pengajaran kan? Macam nilah . Oh kulit makin gelap . Memang best lah . Harap harap balik nanti ibu masih kenal anak perempuan beliau ni lagi :P . Huuu~ Sedih tau hanya dapat call ibu lepas je dikeluarkan ke hospital . Rasa macam nak balik sekarang tapi disebabkan tugas saya redha !

Ok lah . Rasa mengada sangat je nulis panjang ni . -__________________-'

Ok jaga diri semua :)

NOTA : Errr saya tak layan korea !

NOTA : Bila lah rasanya masa tu akan tiba ya . Allah hai -______________-'

Tuesday

LIBK

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah walau baru je tiga hari LIBK ni berjalan tapi dengan penatnya , dengan kelam kabutnya , dengan senget bengetnya , dengan emosinya . Habis semua campur . Lebih lebih lagi ni first time UiTM Melaka buat LIBK besar besaran dengan menjemput UiTM Puncak Perdana dan UiTM Puncak Alam (Shah Alam), UiTM Kuala Pilah (Negeri Sembilan), UiTM Chendering (Kuala Terengganu), dan pasukan paling ramai dari Melaka sendiri . Teringat pula menghendel situasi masa sukma dulu . Dengan dewan sekali , dengan padang kawad sekali , dengan makanan sekali dan macam macam lagi . Dan paling erghhhh nya bila dapat tahu tentatif kejap kejap berubah , dan paling erghhh sekali diaorang ni tak dibenarkan buat latihan luar contohnya buat latihan pengkalan hutan dengan alasan terlalu ramai kapasiti BK (Bakal Komander) untuk dihendelkan . Ok saya give up
 -______________________-' . Makin manja la diaorang ni lepas ni bila tentatif makin berubah ubah . Tak best . Asyik terperap je kat dalam kampus ni . Mana je nak terjah . Asyik asyik tempat yang sama . Tak berkembang lah yea dak? .

Ok paling tak best diaorang dibenarkan atau dilepaskan awal . Pukul 12 malam dah lepas . Tension je . Nasib baik semua aktiviti bergantung dari pihak atasan kalau atas komander sendiri siaplah korang keh keh keh . Astaghfirullah -_____________________-' . Teringat pula la pukul 3 pagi lagi masa LIBK batch saya kene tahan belum lepaih masuk bilik lagi . T_______________________T . Dan dari situ lah kami tahu macam mana nak jadi Komander yang sebenar benarnya walaupun tak adalah yang 'sebenar benarnya ' sangat keh keh keh . Tapi insyaALLAH kami sentiasa cuba mencari kekurangan dan ketidaksempurnaan kami dan kami cuba perbaiki dari masa ke semasa . Biarlah orang nak maki ka, perli ka, benci ka, kami tak kisah . Jangan hanya ada sesetengah yang terlalu menjelikkan . Kami pun terkena tempiasnya sekali . Bukan semua macam tu . Biasalah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga . Tapi kami tak khuatir apa orang nak cakap dah . Kami hanya menjalankan tugas . Tapi yang gila kuasa tu hang jaga baik . Jangan nak besaq kapla sangat. Aku seligi kapla hang satgi . keh keh keh .

Ok biaq la bawah ni gambaq yang menceritakan semuanya .
*Purkey tiba tiba keluar loghat Kedah ni*


Tudiaa tetamu kehormat. Yang duk tengah tengah tu lah Rektor UiTM Alor Gajah, Melaka



Ni antara yang terpilih . Kontinjen Melaka punya .


Ni kontinjen Melaka nah . Ada lagi sebenarnya . Total kontinjen kami ada 90 (bakal komander).


Ni masa kawad perhubungan . Campur campur dengan kontinjen lain.

Allah dah lambat dah ni . Nak tidur jap :)

NOTA : Doakan supaya saya sihat sihat ja sepanjang aktiviti ni berlangsung. Mudah mudahan . InsyaALLAH Ameen Ya Rabb .

NOTA : Tudia pukul 3 pagi . Mata masih segar . Ni silap pekena nescafe O pak cik Nuar la tadi ni . Pekena maggi jap . Lapaq :) . Nak buat lagu mana . Kalau ada dapuq dah lama jadi chef kat sini . LIBK ni buat diri jadi tak berapa selera sangat.

Friday

Bila perempuan bercerita

Assalamualaikum w.b.t

Cakap luar . Cakap dalam . Cakap dengar sini .
Kalau saya cakap awak mesti dengar sekali . *nyanyi jugak ikut rentak lagu senyum*

Ceceh!

Tadi lepas meeting untuk persediaan LIBK, terus pula hantar cik Abel pergi Hospital . Kesian tengok dia . Dah dua tiga hari asyik batuk batuk sambil sambil tu tak henti henti mengurut lehernya . Katanya tekak rasa perit sangat sangat . Nak tidur pun susah apatah lagi kalau nak bercakap dan diselang selikan dengan ketawa yang seakan akan tersekat di kerongkong . Kasihan .

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam . Ceceh macam juruhebah radio pula . Susah juga nak hendel situasi situasi macam ni bila kene berdepan dengan pak guard eh jap jap dah tukar . Sekarang dah jadi polis bantuan jangan main main tau . HEHE . Lepas cakap cakap , bual bual , bertukar pandangan dengan polis polis bantuan yang segak segak belaka tu saya pun lepaslah membawa arnab gergasi yang berwarna putih ni untuk dipecut ke hospital yang berdekatan . Tengah tengah tunggu angka giliran . Sempat juga lah snap snap gambar kan? Contohnyaaa.


Motip ada gambar ni? Sebab sangat comel bila baca banyak kali . 

Tanda tanda kami adalah warganegara Malaysia . Kami hanya membayar RM 1 sahaja . Anda pula bagaimana? Ceceh 


ceceh ! Show off tau cik Abel ni .

Lepas cek sana sini . Lepas suluh suluh anak tekak . Lalu beliau hanya diberikan dua bekalan ubat sahaja. Saya macam dengar tak dengar je apalah yang dicakapkan dek doktor ni . Dah la mulut tutup ngan mask . Suara pun macam dalam kelambu je . Si Abel ni pulak duk angguk angguk je lah keja dia . Saya tahu dia tak paham satu butir pun apa yang keluar dari mulut doktor tu .

Kemudian balik dengan bekalan KFC di tangan . Sakit sakit pun boleh tahan juga selera dia ni. Lepas feeling feeling dia ajaklah saya pergi lepak lepak kat bilik dia sambil mempelawa yang lain makan . Tak apalah juga kebetulan saya memang sorang sorang duduk kat bilik malam ni . Tambah tambah lagi malam ni malam sabtu . Malam sabtu ada apa? HEHE. Lepas tu masing masing duk pakat cerita pasal kenangan dulu dulu . Dari sekolah sampai lah laaa ni . Amboi kan? Masing masing cerita tak pernah nak kalah . Dari sorang ke sorang nak bercerita . Lama lama makin riuh rendah lah bilik tu dibuatnya.

Bila fikir fikirkan balik . Naik rindu juga zaman sekolah ni . Fikir macam mana tak matangnya kita masa tu . Terlalu enjoy dengan keBRUTALan diri sendiri . Sibuk ponteng kelas physics, chemistry dan add maths . Tapi bab sejarah mana pernah tinggal . Mesti celik je mata ni . HEHE . Hey hey jangan cakap sejarah tak best . Terbaik ok! . Fikir fikir balik macam mana singanya jadi pengawas yang pegang jawatan Exco Disiplin . Asyik duk menghambat budak je kejanya . Syok juga bila fikir fikirkan kan? Macam macam juga . Dan makin seronok bila terkenangkan benda benda paling jahat yang pernah kita buat dulu . MasyaALLAH saya memang jahat sangat sangat kat sekolah . Kaann? Perempuan jahat ni . Astaghfirullah.. -_____________________-'  tau tau saya sangat nakal .  Tak tahulah macam mana boleh naik nama jadi pengawas yang sanggup pegang jawatan Exco Disiplin . Tak cukup lagi pegang jawatan yang macam macam kat sekolah dulu sampaikan ibu cakap

"Dik , senang cerita ambil alih lah jawatan menteri besar tak pun perdana menteri ke? Busy je memanjang macam mana dengan study kalau asyik sibuk macam ni . Ke hulu ke hilir . Kem sana kem sini . Menembak sana menembak sini, balik sekolah lambat je selalu . Lepas sekolah kawad kaki pula tak pun dengan game kat padang yang tak habis habis.. bla ..bla.. bla.." Haa ala ala macam tu lah ibu pernah cakap masa saya sekolah menengah dulu  -_________________________- ' ok redha je bila ibu cakap cam tu kan?

Tapi Alhamdulillah lah kan? Tak terganggu sangatlah masa study . Kenelah pandai bahagi bahagikan masa. Cewah ! Ayat ni saya curi dari pelajar pelajar cemerlang di mana saya tak ada lah cemerlang mana PUN ! . Cuma salahkan diri sendiri kalau masa tu terbuang macam tu je . Kalau diri kita kata kita mampu buat semua tu . Teruskan . Kalau tak mampu jangan paksa . Kita ni kalau orang dah bagi kepercayaan kene gunakan sebaik mungkin . Ikhlas dalam bekerja ni tak akan buat kita rasa bosan dan penat . Yang penting jangan terlalu paksa dan tekankan diri kita ni . Enjoy dalam bekerja sangat sangatlah penting . So , tak adalah macam rasa errghhhhh! So macam tu lah prinsip saya masa sekolah dulu . Kerja biar enjoy , kalau stress kepala runsing . Alhamdulillah SPM capai target . Saya target tak adalah tinggi mana tapi saya bersyukur apa yang saya target akhirnya tercapai juga tapi tak sangka juga ALLAH nak bagi saya lebih kan? Alhamdulillah syukur. Kenangan paling best bila dikenangkan adalah waktu sekolah .

Bila dah masuk universiti ni . Rasa sengal pun ada juga sebenarnya . Macam tak sangka la kan umur dah kian nak menganjak masuk puluh puluh an ni . Sistem pembelajaran yang berubah . Environment yang semakin mencabar . Paling bahaya kalau berdepan dengan perkara perkara yang membuatkan budaya semakin terkejut dan mengejut lalu ia menjadi kejutan budaya . Mana tak terkejut opocot kan kalau kita tak ada pendirian hidup maka terumbang ambinglah hidup kita ni .  Cewah ! Haishh ayat nak good good je . PANG! . Enjoy tu enjoy . Tapi berpada pada . Kene ingat kita datang untuk apa , kita datang demi siapa . Jangan terlalu sangat syok sampai tak sedar diri akhirnya diri sendiri yang hanyut ke tengah lautan . Siapa nak selamatkan? Hidup ni adalah risiko . Risiko sebenarnya datang dari diri kita sendiri . Kalau kita pandai hendel tak jadi hal pun kan? InsyaALLAH saya boleh , awak boleh , semua orang boleh :)

Bila saya kenangkan balik . Kehidupan universiti banyak jauh bezanya dengan sekolah . Semuanya mengamalkan sikap mandiri ataupun mandi sendiri eh tak tak saya tipu . Maksudnya sama dengan independent. Semuanya kene berdikari . Sebab tu life kat universiti ni sangat sangat mencabar diri kita sendiri sebenarnya . Dan masa ni kita akan kenal siapa kawan siapa lawan . Kita akan kenal perangai perangai dan sikap sikap manusia yang sedang meningkat dewasa dan nak menjangkau usia yang matang . Saya suka kawan dengan semua orang dan saya tak kisah sama ada orang nak kawan dengan saya atau tak . Buat apa nak paksa orang kan? Jadi diri sendiri adalah lebih baik . Orang akan selesa dengan style kita dan cara kita dan dari situ orang akan ingat kita ni siapa melalui cara kita sendiri . :) Lagi best . 

Ok terima kasih hinggakan saya dapat gelaran 

"Ustazah gangster"

Cehh apa kene mengena saya dengan title ustazah saya tatau . Bagilah gelaran yang comel comel ke kan? Macam "Ustazah Pilihan" ke "Ustazah Melayu Terakhir" ke? Cewah . Feeling feeling . PANG!
Astaghfirullah -________________-' berangan . Tapi tak apalah cool jugak nama tu kan? Awak ada? HEHE. Apa apa pun bersahabatlah kerana ALLAH . Itu paling terbaik . Jangan memilih sangat dalam berkawan ni . Gunakan kesempatan yang ada untuk kenal semua orang . Macam macam yang kita akan dapat rasa nanti . Jangan masuk universiti ni fikir yang kita memang dah besar , memang dah jadi budak budak up sekarang . Ala ala dah market siap nak cari awek dan pakwe lagi . Cehhh . Kejar benda tu buat apa . Pasal benda tu jangan risau . Fikirkan perjalanan hidup kita yang sebenarnya masih jauh lagi . Biarlah cinta itu yang datang cari kita . Kalau best bila cinta itu adalah dari ALLAH sendiri . Sweet kan? :)
 
Ceceh ! Ye ye jek kan saya ni? :P hihiii minta maaf tau

Ok lah . Saya nak tidur sekejap . Wawa kepala makin pening. Pening melayan kerenah diaorang ni .Banyak sangat babak dalam cerita kami ni HAHA . Ok lah astaghfirullah . Banyak sangat ketawa ni 
-_______________-' ish ish tu lah kalau perempuan bercerita . 

Ok tata !

NOTA : Saya minta maaf tau  ^_______________________^' . Haish Allah je tahu .

NOTA : Ya Allah Ya Allah Ya Allah . Makin kuat pula perasaan ni -_____________________-' 

NOTA : Settle t shirt . kemas bilik . basuh kain . clear kan semua . Rasa rasa boleh habis dalam satu hari
? ***krik krik krik***





Melalut dan mengarut

Assalamualaikum w.b.t

Teka apa saya rasa sekarang ni ...


Ohh yesss ! Paper dah selesai semua !


ALHAMDULILLAH . 

Syukur .


Semua sibuk nak balik . 

A : "Ok lah uolls i nak balik kemas barang kejap lagi parents i sampai.."

B : "Aku balik petang ni , ibu aku ajak pergi mana entah .."

C : "Hahaha tak sabarnya nak balik.. "

Ok bab bab macam ni saya hanya mampu diamkan diri . Nak excited lebih lebih macam diaorang memang tak dapat LAH . Banyak benda yang kene hendel kat sini . LIBK yang akan datang ni pun macam dah tak ada semangat je nak pegi tapi nak buat macam mana tugas tetap tugas . Tapi seronok juga nak menghadap muka adik adik baru ni , sekali sekala nak kembalikan zaman zaman keGANGSTERan masa sekolah dulu . Kali ni biar lebih ganas sikit . Nak tengok siapa yang memang tahan bab bab macam ni . HAHA . Astaghfirullah -___________-'

*Ok tiba tiba teringat masa latih skuad kadet polis kat sekolah siap ada ranting kayu panjangnya setengah depa . Siapa jalan tak cantik , tangan tak paras memang kene sebat . Ok saya mengaku saya jahat dan saya rela dikatakan ketua platun paling kejam kat sekolah tu -________________-' . Kalau baik sangat nanti semua nak pijak kepala . Bila bagi consideration sikit mula nak ikut kepala masing masing . Kerja is kerja . Main is main . Serius is serius . Itu prinsip saya . Tak serius masa kerja itu akan membawa kepada sikap yang suka main main . PANG !*

Kali ni berumah bertangga di UiTM tercinta . Memang dah siap calit calit lagi kat kalendar . Sedihnya bila kenangkan . Lagi beberapa hari lagi MUET dah nak start . Bilik pula belum mula kemas lagi . Borang clearance lagi lah belum ambik kat pejabat kolej lagi . Alahai nampak sangat macam tak ada semangat nak buat satu kerja pun . *Eh eh update blog satu kerja jugak kan ? Semangat nampak menaip ? *

" Isk awak ni malulah titew "

HEHE. Tadi siap kemain termenung tengok kawan kemas barang barang dia . Yea lah paper dia 9 Oktober ni habis , bukan apa dia ada adik kat UiTM ni alang alang dia nak hantar adik dia balik sekali rap lah kan hantar barang barang dia sekali balik rumah . Haishh profitlah (untunglah) ada kereta . Haishh profitlah rumah dekat . Bila sesak sesak senang je nak balik :) . Tak apalah saya ada kereta lagi besar tapi orang lain bawak lah itupun dalam sebulan dua tiga kali je naik . Apa dia . Eh eh boleh tanya . Bas lah kereta besar saya :P Hihii mampu?  . Walaupun Negeri Sembilan dengan Melaka ni tak jauh mana tak semestinya ia tanda saya adalah seorang pelajar PBSM ( Pelajar Balik  Setiap Minggu ) . Ohh tidak sama sekali . Sedih tau dengar keluh kesah ibu . Harap je tempat belajar dekat, nak kata boleh je balik tapi bukan selalu. Nak tengok anak perempuan beliau yang sorang ni balik pun susah . Minta maaf yea ibu . Nasib baiklah ibu faham . Kadang kadang tu seminggu sekali mesti kene call . Kalau tak saya yang call ibu yang call saya . 
-____________- ishh tah pape kan saya ni . Ada ke patut ibu yang call . -__________- hisssh

Nak buat macam mana . Saya ni adik beradik tak ramai . Dua kerat je . Abang pulak kerja jauh kat Johor sana . Nasib baik kakak ipar duduk sekali dengan ibu dan ayah . Bolehlah tengok tengok kan ibu dan ayah kat rumah . Tambah pula ada cucu hilanglah sikit boring ibu kat rumah tu . Haishhh . Bukan apa , kalau saya balik je mesti ibu suruh gedek kereta ayah bawak pergi jalan jalan . Sedihnyaaa hey ! . Allah haii . Apalah khabar ibu kat rumah . Baru je keluar hospital . Harap harap beliau tak buat kerja berat berat . Nanti adik balik yaa ibu . 

*Ni apehal ni kau cerita semua ni*

Ok ok fine ! . Berbalik semula kepada motip cerita ni ! . Aceceh ~ 

Sedih tak dapat balik . Rasa rasa mahu sebulan cuti sem dihabiskan di UiTM ni . Tapi ada lah jalan jalan sikit ke UiTM Kuala Pilah untuk jambori . Alah dekat je kan? :( hmm . Dan berpisah dengan kawan kawan sekelas adalah perkara paling mengharukan . Tadi masing masing duk pakat nangis . Termasuklah saya . Punya tahan lah air mata ni dari nak jatuh tapi nak buat macam mana ia tetap berguling guling jatuh di pipi saya ni . Sabarlah Farish . Sabarlah . Bertahan untuk satu sem lagi okaiii . Tak sabar nak tempuh lagi satu sem ni . Lepas tu barulah boleh kembang kembang sikit  cakap "OH SAYA BARU JE HABIS DIPLOMA" . Kannnn? 


Lepas tu insyaALLAH sementara nak tunggu rezeki degree datang bergolek bolehlah membiakkan income dengan mencari kerja . Masing masing dah pakat nak cari kerja apa . Amboi semua kerja nak sedap je . -_____________-' . Tak apalah terpulang pada diri masing masing kann? Apa apa pun pastikan ianya halal dan bila dapat duit gaji tu jangan sombong pula dengan mak ayah kita . Hulur hulur lah sikit . Lagi berkat tau duit gaji tu . Allah suka sangat orang macam tu tak sombong dengan apa yang dia ada . :) .

Ceytt dah merepek . Ok nak gi Rembau ada hal sekejap . Memang dah lambat sangat sangat ni . Ni pun pinjam kereta orang . Pinjam kereta orang ni susah sikit . Kene booking awal awal . Kalau tak jadi macam saya . Janji kul 3 tapi kul 6 jugak kereta sampai . Sabar je lah . Ok doakan saya menjadi drifter cemerlang dalam perjalanan ke Rembau nanti. Hehuuu

Ok  tata !

NOTA : Hissh malu sungguh peristiwa kat I City tu tak boleh lupa . -____________-'

NOTA : Malam nanti nak baca lagi . Seronok sangat :) . Bagus kamu ni .

NOTA : Ya Allah . Kalau lah betul dapat . Aku orang paling bersyukur sekali sebab aku tahu KAU takkan hampakan hamba hambaMU kan? :')


Tuesday

Masa

Assalamualaikum w.b.t

Tik Tik Tik
Tok Tok Tok

Ya Allah,
Tak sangka betul masa cepat sangat berlalu .
Macam tak sedar apa apa pun .
Macam tak tahu apa benda yang dibuat sepanjang masa yang ada ni.

Rasa macam baru je semalam ponteng kelas Physics dan Chemistry dengan geng *tiba tiba*


Rasa macam baru je semalam makan nasi lemak dengan geng pengawas kat sekolah *tiba tiba*


Rasa macam baru je semalam gaduh dengan kawan baik pasal BM dan Math *tiba-tiba*


Rasa macam baru je semalam lepas habis SPM *tiba tiba*


Rasa macam baru je semalam daftar masuk UiTM *tiba tiba*


Rasa macam baru je semalam baru habis MDS (Minggu Destinasi Siswa) *tiba-tiba*


Rasa macam baru je semalam jalan jalan dengan kawan sampai ke fun fair dan mereka paksa saya naik aladdin . Lalu saya pitam *ni betul* 
hehe . (kes final exam punya pasal) ish ish

Ah semua ni karut . Jangan percaya

Memang betul lah.
Manusia ni kalau terlalu sangat enjoy dan suka ria tanpa fikir apa apa pun
Bila masa dah terbang dan melayang jauh baru lah sibuk sibuk duk fikir

"Apalah yang aku buat selama ni"

Rasa macam nak..



" Oh please please . Saya nak ubah balik jam ni ke pulul 1.45 petang "

Jangan harap.
Jam memang boleh ubah .
Tapi masa yang ada sekarang memang tak dapat ubah. Jangan pernah mimpi tu.
So , bila dah sedar ni. Cer muhasabah diri kita ni balik.
Mungkin selama ni kita banyak sia siakn masa yang ada.
Yang boleh buat kita jadi lupa semua .

Lupa yang kita ni adalah hamba Allah yang menumpang .
Lupa yang kita ni adalah hamba Allah yang bakal kembali pada DIA jugak.
Lupa yang kita ni adalah hamba Allah yang sombong dengan DIA.
Lupa yang kita ni adalah hamba Allah yang tak reti bersyukur .

Sedih . Sedih . Sedih

Kadang kadang kita terlalu ambil ringan tapi kita tak sedar benda yang kita anggap ringan tu impak dia sangat besar . Bila Allah bagi ujian kat kita tu , janganlah cepat mengalah . Setiap masalah adalah didikan dari Allah . Bila Allah bagi musibah kat kita , jangan cepat melatah . Setiap musibah yang Allah bagi tu tak kira kecil atau besar semua tu Allah nak bagi peringatan kat kita . Maknanya Allah sayang kita . Tapi pengorbanan apa yang kita lakukan untuk Allah pula? Contoh sayang apa yang kita nak tunjuk pada Allah? Jangan ingat diri kita ni suci sangat sangat . Dalam satu hari tak sah kalau tak ada satu dosa pun yang kita buat . Sama ada kita sedar mahupun tidak . Setiap hari tu juga Allah ambil kira apa yang kita buat sebenarnya kan? Belum tentu orang yang solat lima waktu tu dia benar benar terlepas dari dosa . Belum tentu . Kadang kadang saya cemburu tengok orang orang alim ni tau . Huhuu . InsyaALLAH semua orang boleh jadi macam tu yang penting kenelah ikhlas dan istiqamah . Lakukan semata mata sebab Allah bukan sebab orang lain :) . Tapi kita kene ingat orang yang beriman yakni manusia , akan sentiasa merasa teruji dengan kedudukan dia sendiri dan juga dengan pengaruh dari keadaan sekeliling . Sebab tu lah dikatakan iman manusia ni ada masanya bertambah ada masanya ia akan berkurang . Macam mana nak maintain? Yang tu kene tanya kat diri kita ni . Tepuk dada tanya iman :)

Hihii . Cewah .
Saya minta maaf tau . Biasalah saya ni manusia biasa macam awak semua . Saya cakap ni pun apa yang saya rasa dan saya nak cakap sangat sangat . Sebab kat atas ni pun semua yang berkenaan adalah kene mengena dengan saya :) . Jadi saya ni kenelah sentiasa ingatkan diri saya sendiri . Biasalah saya ni dah tua selalu je lupa kaan? Hehe !

errr malasnya nak baca IR ni banyaknya sections dia wawaaa.
ish ish tengok tengok pemalasnya tuan tanah kedaung blog ni . Wuwuuuu

T________________T isk

Alamak . Tiba tiba lupa pula resepi nak masak mihun singapura .
Tiba tiba dalam bilik air tadi teringat dah balik resepi dia macam mana . Wah hebat dalam tandas pun idea boleh datang kan?
 -____________________________-

Ok lah .
Apa apa pun jom lah muhasabah diri bersama sama.
Titew shayunk awak semua taw taw :P

NOTA : Cuma boleh tengok je . Tak apalah saya redha :)

NOTA : Bersabar itu penting . Biarlah Allah tentukan semua :)

Sunday

Kenapa ni Kenapa ni Kenapa ni

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak tahu kenapa dengan saya hari ni .
Saya tak faham kenapa tiba tiba saya macam ni .
Saya sendiri tak mengerti apa yang berlaku sebenarnya sekarang ni.

Ok banyak sangat benda yang bercelaru .

Saya sebenarnya.


Titew malu lah awak . *sambil gentel gentel kulit pokok*

Saya takut + segan nak cakap sebenarnya .
Saya takut + segan nak mulakan sebenarnya .
Saya takut + segan nak tegur sebenarnya .
Saya takut + segan nak luahkan sebenarnya .
Saya takut + segan nak terus terang sebenarnya .
Saya takut + segan nak dekat sebenarnya .

Saya takut , saya segan , saya malu , saya khuatir , saya risau .

Semuanya ada . Perasaan bercampur baur .

Tak apalah . Diam itu lebih baik kan ?
Biarlah ALLAH je yang tahu .
Shhhhh ! :)
Takut dan risaunya saya . Segan dan malunya saya .

Tak paham ke ? Tak apalah . Sebenarnya tak tahu nak luah kat mana . Nasib baik blog ada . Tapi saya tahu korang still tak paham kan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya . Hehehe !

Alah , tak payahlah paham ok?  :P

Hehehe

Ok lah nak study hehehe

NOTA : D.A awak ni cute lah . Cute lah lagi tau . Sebab kalau awak cute senang sikit saya nanti nak baca awak . InsyaALLAH :)

Saturday

Paper LAW

Assalamualaikum w.b.t

Bila cakap pasal LAW , saya mula bersemangat .
Bila cakap pasal LAW , saya sentiasa melekat .
Bila cakap pasal LAW , saya menjadi suka sangat sangat !

Dulu belajar MLS . Saya tak pernah lekang dengan MLS . Bila time nak test atau kuiz . Saya sentiasa buat bersungguh sungguh . Belajar sampai berguling sana sini . Bila masuk final exam , kaki terketaq ketaq sana sini tapi dengan harapan saya akan score subjek kecintaan saya ni . ALHAMDULILLAH . Allah sayang saya . DIA bagi saya peluang . Akhirnya Allah makbulkan doa saya . Saya SCORED !

Dulu juga belajar ADMIN LAW . Walau pusing pusing dan ke hulu ke hilir tapi saya tetap cintakan LAW . Tapi satu je saya tak berkenan sangat dengan ADMIN LAW ni . Bila jumpa issues yang seakan akan sama saya mulalah rasa macam nak gigit gigit je buku ADMIN LAW ni . Bagi saya ADMIN LAW ni macam tak ngam dengan saya . Tapi saya cuba jugak belajar kelebihan ADMIN LAW ni . Cewah . Setianya saya . Masa final exam saya cakap jujur saya macam tak konfiden dan kesimpulannya saya macam tak dapat jawab . Saya balik bilik dan saya menangis puas puas . Cuba mencari cari apa yang saya kurang sangat dalam ADMIN LAW ni

sampaikan saya bermonolog

"Kenapa la takada MLS 1 , MLS 2 , MLS 3 , MLS 4 . Kenapa kene ada ADMIN LAW ni ! Bencilah ".

Bila tersedar . Saya terus beristighfar sepanjang panjangnya . Tak baik tau benci ilmu Allah ni . Ni Allah bagi pinjam kira untung, ada orang nak belajar sangat tapi tak dapat pun . Yang kita ni , dah dapat benda yang paling istimewa dan buatkan diri rasa bertuah ni pun tak reti nak bersyukur lagi . Bila saya fikir fikir akan dialog mengong saya tadi , hampir saya terlupa . Setiap perlakuan kita ni ada batas batas dan had hadnya , kalau tak ada undang undang mahu Malaysia ni huru hara . Cewah cewah . Alhamdulillah paper ADMIN LAW saya lepas jugak dari target yang konon kononnya macam nak kene "R"
-___________-' . Bila buka sem je , rupa rupanya ada lebih malang dari saya . Terpaksa duduk semula paper tu . Tak apa jangan mengalah . Peluang kedua ni adalah peluang yang terbaik ! :)


Tahu tak kenapa saya macam ni ????

Paper LAW tadi buatkan hati saya macam kene cakar . Business LAW tadi memang buat saya rasa macam . T____________________________T . ok nampak tak emoticon yang panjang dan juga menyebakkan dada tu . Saya sedih tau. Kali ni saya rasa memang soalan Business LAW ni makin mencabar . Budak budak DPA semua kata Business LAW ni macam apa je . Mungkin sebab kami DPA bukan budak budak 
Bisnes dan Banking . Bukan nak cakap jiwa kami ni macam tak kene dengan bisnes kalau tak kejadahnya pula lah kami nak belajar account , financial dan apa semua yang boleh buat diri yang semakin low profile menjadi mata duitan serta merta . wuwuw .Lepas tu belajar lagi undang undang dalam bisnes bisnes ni . Dahsyat betul . Tiba tiba saya kagum dengan student student yang ambik LAW ni . Macam mana lah diaorang ni agaknya kan . Kami yang baru merangkak rangkak belajar LAW . Ni kan diaorang dah memang superb dan power .

Sahabat 1 : " Muntah darah aku baca law ni , kes dia tak boleh panjang lagi ke ? Seksyen dia mak aih , mengada ngadanya . Arghhhh ! "


Sahabat 2 : " Kepala aku letih baca law ni .."


Saya : " Engkau orang fikir tak pasal budak budak lain yang memang ambik LAW , kau rasa macam mana pulak perasaan diaorang ? "


************ Bunyi Cengkerik************


Ok jujur . Paper Business LAW tadi saya rasa macam merapu meraban je saya jawab . Orang nak lain saya bagi lain . Haa macam tu lah kot . Sedih tau . Keluar je dewan . Saya tengok kawan kawan semua buat muka toya . Saya apatah lagi . Toya kuasa 3 kemudian darab 4 . Sebenarnya perasaan saya tak tenang dari semalam . Tengah guling guling study Business LAW , dapat call yang ibu masuk hospital . Terkejut bukan kepalang . Baru je dua hari berbual bual kat telefon . Bercerita panjang lebar sampai tak sedar kredit dah habis . Sampaikan ibu yang kene call balik . Haishh buat malu je tau  -____________-" . Dan hari ni , tiba tiba semangat hilang dan melayang . Masuk dewan dengan langkah longlai . Pura pura senyum dengan orang sekeliling . Dalam hati saya sedih bukan kepalang . Apa yang saya baca tiba tiba terus lenyap macam tu . Saya redha menjawab semuanya .

Saya redha dengan paper Business LAW ni . Saya tawakal saja . Saya cuba bersiap sedia dengan apa akan jadi . InsyaALLAH saya redha . Tak nak dah pandang belakang . Saya nak bagi yang terbaik untuk paper akan datang . Mungkin paper esok dan esok ni juga buat diri semakin mencabar . Macam kepala ni tak dapat nak rehat . Macam rasa tersembul urat kepala ni .Acewah konon nak tunjuk semangatnya belajar tapii hmmm ..krik krik krik

-_____________________-' . InsyaALLAH farish . Boleh . Boleh dan boleh . Ada orang lagi besar masalahnya dari kau . Jangan fikir . Dan doakan ibu sentiasa sihat sihat sahaja dan sentiasa dalam peliharaan Allah . InsyaALLAH Ameeenn Ya Rabb

"Ya Allah  , kurniakanlah kembali semangat aku yang hilang , pandulah aku ke jalan jalan yang membawa kebenaran dan ketenangan dan bantulah aku dan juga rakan rakan seperjuanganku dalam menjawab peperiksaan akhir ni  "

Ok lah lepas ni saya nak rehat sekejap . Kepala tengah tak berapa stabil . :)

Doakan saya dan kawan kawan juga 

NOTA : CASEA saya harapkan awak baik baik je dengan saya macam saya baik baik dengan awak . Saya sayang awak tau sebab ALLAH bagi saya pinjam awak kejap je ni :(

NOTA : Apalah nak jadi dengan business law saya ni kan? Allah . Aku serahkan semua ni padaMU .