Friday

Itu je

Assalamualaikum w.b.t

Slumber . Besok paper boleh lagi target nak post sesuatu kat sini . Yee slumber selalu  T.T

Bak kata Tuan Asawi .

" Hidup tanpa ujian ibarat belajar tanpa peperiksaan . Kejayaan pasti kepada yang cekal "

Ho yeah . Ho ho yeah .


Saturday

Lilo Sayang :]

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum and hai kawan kawan . Nama saya Lilo . Saya baru bangun tidur .
Mama
Iza kacau kiteeee .

Semalam teman Izati beli barang . Katanya nak beli terompah untuk ayah dia . Jadi apa lagi ke Jonker Walk lah kami malam tu . Malam minggu biasalah orang terlalu ramai sangat . Tak selalu pun nak ke sana itu pun kalau setakat nak suka suka jee :]


Lepas beli terompah ingatkan nak balik je terus takut lambat masuk kampus pulak . Tapi last last kaki ni laju je nak ke depan . Berjalan sampai ke penghujung Jonker Walk tu . Dah pulak mata ni nampak haiwan haiwan comel . Apa lagi duk belek lama lama . Jadi terbeli lah si Lilo ni hehe :] . Kata Izati dia nak bela balik hamster ni . Aku yang tak pernah nak pegang hamster bila main dan belai si Lilo ni jadi sayang sangat sangat . Mula mula tak pandai pun nak pegang hamster ni tapi gagahkan jugak . Alhamdulillah hehe rasa terkejut tu memanglah ada tapi lama lama okay dah . Bangun tidur je terus main dengan dia :]


Itulah kan , ALLAH jadikan haiwan ni sebenarnya penyubur kasih sayang pada manusia .


Dia menguis nguis benda tu dari tadi . Kata Zakiah dia nak cuba cari tempat paling sesuai untuk dia .
Ye
lah nak biasakan diri kat tempat orang . Hihi

Ok kerja dia bangun tidur makan sebelum tidur makan lepas tu tidur balik kemudian lompat lompat
lepas tu makan dan tidur balik :]


Hmmm mesti mama rindu kat Lilo lepas ni ;( haishh kene beli lah sekor lepas ni hehe :] . Okay lah . Nak sambung study . Entri yang special untuk Lilo :p

Doakan yeee .

NOTA : 380 lagi

minta maaf minta maaf

Assalamualaikum w.b.t

"Maafkan saya yee , saya minta maaf sangat sangat .."

Yee . Rasa bersalah sangat sebenarnya . Dan rasa macam silap je buat macam tu . Tak patut sebenarnya . Malu sangat dengan tindakan yang aku dah buat . Ya ALLAH ;(

Lepas dah buat tu , terus terfikir kenapa aku buat macam tu tiba tiba ? Mungkin ALLAH gerakkan hati aku untuk buat macam tu tapi entah kenapa rasa bersalah dan malu ya amat . Haishhh :/ . Lepas ni kene waspada . Takutnyaa . Takut akan jadi salah faham pula kan ? Moga saya dimaafkan . Maaf sangat sangat .

Dan minta maaf juga untuk semuanya kepada awak awak semua . Yee lah kadang kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu sebenarnya dah buat perasaan orang lain terguris tanpa kita duga . Maaf juga atas segala kekurangan dan kelemahan manusia yang menaip ni . Tak salah minta maaf secara umum . Orang yang minta maaf adalah orang yang paling berani n diri kita ni kene latih supaya rajin minta maaf dan jangan terlalu mengharapkan orang lain minta maaf kat kita . Yee lah kan manusia ni kadang kadang egonya tinggi . Dia tak salah buat apa dia kene minta maaf orang yang salah lah kene minta maaf kan ? Kalau orang yang salah tu dia tak nak minta maaf jugak macam mana ? Siapa yang nak minta maaf dan memaafkan ? Kan susah macam tu . Mesti lah ada sikap suka mengalah dalam diri ni . Tapi biarlah bertempat . Kalau masing masing ikut keras hati dan keras kepala memang tak akan ada penyelesaian . Hidup penuh dengan dendam dan amarah je keje dia. So , rajin rajin minta maaf dan memaafkan :]

Hehe keep smiling people . Okay lah dari tadi cakap nak tidur lepas tu keluar cerita lain pulak -,-

NOTA : Saya minta maaf :/

3.30 a.m

Assalamualaikum w.b.t

Ya ALLAH sedih sangat hati ni . Nak tinggalkan tempat yang banyak berjasa dan yang terlalu banyak kenangan dan lebih lebih lagi nak tinggalkan adik adik kesayangan kat sini :'(

Malam kelmarin pun semua nak touching touching . Bila mana si kakak mula bagi pesanan dan nasihat kat adik adik . Dalam suka suka pun terselit kat hati ni rasa berat sangat nak tinggalkan diaorang semua . Yea lah aku ni tak ada adik kan , diaorang semua lah adik adik aku . Melayan sampai ke pukul berapa tak sedar masa study pun dah terabai .

"Ya ALLAH , berat hati nak tinggalkan korang semua ni ..."

Rasa diri diaorang dihargai sangat sangat . Bila mana setiap kali ada masalah mesti dikongsi , sampaikan soal pakwe makwe pun , siapa suka siapa pun dah ada kat dalam tangan ni . Macam macam diaorang ni . Tapi itulah yang buatkan diri aku juga dihargai sebagai seorang kakak dan itulah yang merapatkan kami semua . Yang paling sedihnya diaorang sangat ambil berat . Baru nak tipu sikit diri gagah sekejap , cepat je diaorang detect yang aku ni tengah sakit T_T  

" Tak pe kakak , nanti kakak datang lah sini lawat kitaorang..."

InsyaALLAH , akan datang juga tengok adik adik . Sayang sangat dekat korang kerana ALLAH . Yang paling sedihnya , kami sebatch ni mula dah fikir masa depan . Lepas tu masing masing mula bergenang air mata bila mana fikirkan hala tuju kami semua lepas ni . Takut takut , bila masing masing dah mula jauh agak susah lah nak jumpa dan berkumpul macam sekarang . Ya ALLAH , permudahkan urusan kami . Dekatkanlah hati hati kami Ya ALLAH . Jangan biarkan ukhuwwah yang terjalin keranaMU lenyap macam tu jeee. Ameen . Itu lah lumrah hidup ni . Kita kenal manusia dekat pelbagai stage kehidupan . Lepas frasa satu berlalu , frasa dua datang , lepas tu frasa tiga pulak dan seterusnya . Manusia akan datang dan pergi . ALLAH bagi nikmat dan peluang untuk kenal betapa indahnya hidup ni . Macam macam pengalaman dan keadaan yang kita boleh rasa . Sweet kan ?

Jika ukhuwwah itu berlandaskan syariat for sure sampai Jannah insyaALLAH . Manisnya kurma ini eh manisnya perjalanan hidup ni . Macam macam yang aku dapat . Suka dan duka , pahit dan manis . Dan yang paling penting sekarang aku nak fight untuk sem last ni . Ya ALLAH bantulah aku dan permudahkan urusan hambaMU ni Ya ALLAH . Huhu takutnyaa . Kawan kawan lain sibuk pujuk rileks jangan fikir fikir dan stress , mesti boleh punya . Diaorang boleh lagi duk cakap rileks dan cool walaupun masing masing pun sekarang kat semester akhir jugak . Cerita pasal exam masing masing buat  biasa biasa je . Aku pulak yang naik tension bila mana kecoolan diaorang tu buatkan aku rasa macam tak senang duduk je . Hihi . Tiba tiba aku teringat ibu kata masa berbual kat telefon  

Aku : " Ibu adik takutlah ibu , ishh tak tenteram rasa.."

Ibu : " Haa takut tu boleh buat lah tu . Baguslah ada rasa takut  . Tak ada apa , jangan fikir dah. Buat betul betul kat paper lepas ni pulak .."

Ameen Ya ALLAH . Hihi .

Tengoklah aku ni , boleh siap update blog . Notes 380 pun boleh terbantut . Gara gara tercetusnya idea nak update blog . Ya ALLAH sorry sangat aku bazirkan banyak masa sebenarnya kan :( . Haisshh aku asyik mintaak je dekat ALLAH tapi tengoklah usaha aku macam mana . Dua tiga kerat je . Macam mana ALLAH nak bagi yang paling oseem dekat aku . Mintak lebih lebih , usaha ciput ajeee :(

Oklah nak rehat . Sekarang dah nak masuk jam 3.45 pagi . Huu dah lambat dah . Selalunya tidur dulu nak stay up waktu waktu macam ni tapi ni mata ni tiba tiba je tak nak tidur huhu . Ok awak awak semuaa . Doakan kitaaa :]

Moga ALLAH merahmati kalian . Sorry cerita agak berterabur dan entah apa apa hehe :]

NOTA : take it easy 

Tuesday

SPM

Assalamualaikum w.b.t

Hewhew tengah tunggu mesej dari adik sepupu yang nak ambil result SPM hari ni . Aku pula yang berdebar lebih lebih . Ya ALLAH siapa lah yang tak takut kan nak ambil result , silap hari bulan ada yang bermalam kat luar dewan sebab takut nak ambil slip punya pasal . Siapa cakap tak ada , ada tau . Masa ni lah macam macam ragam kita tengok , ada yang pucat , ada yang mengigil , ada yang duduk dalam kereta lama lama , ada yang menangis , ada yang ke hulu ke hilir kat luar dewan , paling best masa berbaris nak ambil slip ..

"Eh tak apalah kau dululah , aku baris belakang kau eh ?"

haha

Teringat betul masa nak ambil slip . Takut macam mana pun gagahkan juga merempit pergi sekolah . Pergi sorang sorang . Ibu dan ayah tak temankan pun . Sedih tau . Orang lain semua bawa mak ayah . Sampai mak ayah teman masuk sekali dalam dewan nak ambik slip . Kita sorang sorang je tau ke hulu ke hilir .Tsk Tsk :'( Sampai sekolah parking motor jauh jauh , masuk sekolah dengan langkah slow sekali . Sementara tu mata duk tengok kawan kawan lain yang dah ambil result . Memek muka pun dah tahu dia dapat result macam mana . Haishh masa tu lah mula fikir bukan bukan . Result SPM tahun ni jatuh ke ?  Apa lah nasib aku lepas ni Ya ALLAH .. !

Dah sampai dewan , duduk dekat luar sekejap . Tengok gelagat gelagat manusia yang ada dalam dewan tu . Jantung macam rasa nak terkeluar je . Berdegup kemain laju lagi . Tak dapat ditahan tahan lagi gelora hatiku ini . Nak masuk dewan pun fikir dua tiga kali dan akhirnya ku gagahkan juga masuk ke dalam dewan . Berlagak macam tak ada apa apa yang berlaku . Padahal , bila sampai je kat depan cikgu yang bertugas , tangan aku kemain lagi menggigil pegang pen nak turunkan tandatangan . Amboi macam nak sign borang nikah gayanya yea dak ? Cikgu tu senyum je . Macam biasa senyuman aku lebih manis dari cikgu tersebut hewhewhew . Astaghfirullah . 

Cikgu : " Farizahani yeee ...." *sambil tangan beliau menyelak satu persatu slip yang ada*

Arghhh aku tak sanggup nak pandang . Ku toleh kanan , ku toleh kiri , ku toleh kanan semula .

Cikgu : "Tahniah , Farizahani ..!"

Pura pura terkejut lima minit . Tengok slip dengan hati yang tak terkata . Alhamdulillah Ya ALLAH , apa yang aku target KAU berikan lebih kepada aku rupanya . Syukur syukur . Jumpa semua cikgu yang pernah mengajar aku . Salam diaorang dengan penuh lemah lembut dan muka yang begitu manis sekali . Kepada cikgu Sejarah yang paling aku cinta , dekat kelas beliau aku selalu ambil peluang untuk tidur , ambil peluang untuk curi curi makan coklat ataupun keropok , masuk kelas suka hati lambat dan paling tak boleh lupa ponteng kelas lepak dekat Bilik Kaunseling ramai ramai . Tapi cikgu sejarah aku ni gamble dan slumber orangnya . Dia tak pernah kisah pun , tapi aku tahu aku banyak dosa dengan dia , aku tahu dalam hati cikgu mana yang tak berbekas bila anak murid dia buat macam tu kan ? Ya ALLAH pelajar jenis apa aku ni ...

Kau ingat aku boleh lupa nama cikgu cikgu yang pernah aku derhaka dulu ? Ingat sampai sekarang yee ..

Cikgu Davishanti : " Tahniaahh Farizahani , Good Job ! " .

Aku rasa happy sangat sebab senyuman beliau kali ni luar biasa . Ya ALLAH terima kasih sebab aku dapat buat beliau rasa happy dengan apa yang aku peroleh . 

" Ni je saya dapat bagi cikgu ..."
*Nangis nangis sambil lap dengan lengan baju*

Jumpa kawan pun kejap kejap je yang penting mesti lah masing masing nak cucuk jarum . Nak tahu petua kecantikan aku sebenarnya eh bukan nak tahu result berapa lettew ! Macam biasalah kita ni manusia , kadang kadang kita tak boleh tengok orang lebih dari kita . Kadang kadang bila kawan dapat kurang daripada kita , dalam hati mula terdetik rasa bangga yang kita ni lagi power dari dia . Bila kita dapat kurang dari kawan kita , mula lah kita fikir yang bukan bukan . Mula lah nyanyi lagi Yuna . 

"Ini tidak adil tidak adil baginya .. ini tidak adil tidak adil bagiku ..."



Sampai rumah ibu dah tunggu depan pintu dengan seyuman . Ibulah teman nangis , teman cerita , teman tidur , teman ketawa , teman bergaduh , teman masak masak , masterchef aku paling vogue. Ibu jugalah yang setia menanti anak perempuan beliau ni balik rumah . Ibulah segala galanya buatku . Tsk tsk :'( terima kasih ALLAH . Ibu tersenyum bahagia tengok slip exam anak perempuan beliau ni .

"Alhamdulillah Ya ALLAH , ibu bangga dengan anak ibu .."

Sampai sekarang ibu sentiasa cakap perkataan yang sama . Adik lagi bangga punya ibu yang paling hebat dan gagah . Terima kasih ALLAH :]

So adik adik , bersyukur lah dengan apa yang kita dapat . SPM bukan penamat segala galanya . SPM bukan penentu kita pandai dan kita kurang . Perjalanan adik adik masih jauh , macam macam lagi yang adik kene tempuh . Itu sebenarnya permulaan . Jangan nanes nanes . 

Keep calm and HEHEHEHE .

Macam kakak Farah Lee cakap :]



ALLAH akan beri ujian tak kira apa pun keadaan kita . HE knows the best for us . DIA lah pengatur yang terbaik buat kita . Macam mana hebat pun perancangan kita tak boleh tanding dengan perancangan ALLAH yang lebih the best buat kita semua . Berjalanlah tanpa henti .

Ni lagu untuk kita semua :]


Devotees : Bejalan Tanpa Henti .



Ok daaaaaaaaaaa !

NOTA : semail semail


SPM - Sayang Papa Mama :]

:]

Assalamualaikum w.b.t

Dah nak habis sem . Dah nak habis diploma aku ni rupanya . Mudah mudahan ALLAH permudahkan segala galanya . Ameen Ya ALLAH .

Cuma aku sedikit kelakar sebenarnya .
Rupanya ramai tak tahu aku extend semester . Sekarang aku semester 6 .  Diaorang ingat aku datang Melaka ni saja saja . Duduk duduk sini jumpa kawan kawan lain . *Banyaklah kerja aku kan hewhewhew*

Ada yang terkejut , ada yang terpinga pinga dan ada yang sedih . Apa apa pun terima kasih kawan kawan . Aku bukan niat tak nak bagitahu . Bagi aku buat apa lah aku nak bagitahu pun , apa barang extend extend ni yea dak ? Ada yang malu nak mengaku . Mula mula memanglah malu nak mengaku tapi kene hadapi jugak . Ramai je kawan kawan aku yang lain extend sama . Jangan salah anggap . Kami bukan buat pakatan rakyat dekat sini . Haha (?) *gelak paksa*

Dulu kawan kawan lain pujuk aku jangan extend jangan extend pergi degree sama sama . Tapi aku tolak dengan baik sebab aku tak nak paksa diri dan semata mata ikut kawan sebenarnya . Aku percaya ada hikmah sebalik semua ni . Korang jauh macam mana pun , korang tetap dalam doa dan hati aku ni
*lap lap air mata dengan lengan baju*.

Hari tu lawat kawan kawan kat Shah Alam dan Kampus Bandar Melaka . Ternyata masing masing luahkan perasaan suasana kelas tak sama macam diploma dulu . Masing masing rindu . Ada yang hampir give up mengenangkan environment yang sangat menekan , subjek yang terkejut bukan kepalang dan sangat burden . Biasalah kan adat kehidupan degree . Macam tu lah aku tengok kakak kakak senior yang guling guling buat assignment , tarik tarik rambut study sampai demam demam . Dahsyat dahsyat style diaorang belajar kan?

Semester ni aku ambil 3 subjek . InsyaALLAH , lepas ni untuk degree azam baru pulak . Moga ALLAH permudahkan . Degree ni lagi mencabar . Tak boleh main main lagi . Tapi yang tak bestnya

"Farish , meh lah duduk Shah Alam . Jom ah jom ah.."

"Farish , Melaka lagi best dari Shah Alam ok . Kau sambung sini je lah .."

"Kakak please lah dapat Shah Alam , duduk sama sama dengan adik . Kakak masak , adik makan . Please lah kakak , duduk dengan adik dekat sini ..." - adik sepupu fastrack engineering

Ok aku tension sebenarnya . Hihi . Tapi hati aku dah dekat Melaka . Lagipun Kampus Bandaraya aku dah biasa dah sebab buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) kat kampus bandar ni . Aku sambung PJJ ni pun sebab yealah kan , biarlah aku je tahu kenapa . Kalau dapat Shah Alam pun Alhamdulillah syukur at least dapat jugak berjihad balik . Tapi mintak mintak lah jugak dapat Melaka :]

Tadi jumpa jugak member satu batch yang extend cuma tak sempat tegur sebab nak cepat sangat masa tu . Cuma sempat main mata je lah kan . Chewah ! . Apa apa pun moga perjalanan kita ni tak akan berakhir and jangan sesekali give up okay ? Jangan pernah ingat orang extend ni sebab dia tak pandai . Rilekslah ada je yang extend sampai 3 kali tapi dia tak pernah give up. Yang dia tahu dia nak habis dengan selamat dan dia tahu perjuangan dia akan berbalas dengan usaha yang dia dah buat . Peduli lah apa orang nak kata , janji kita tak berhenti kat pertengahan jalan . Ini semua ujian dari ALLAH . Husnuzon :]

Aku teringat kata kata Ustaz dari PEMBINA masa pergi satu forum dekat KUIM :

"Ada orang pandai tiap tiap semester dia Dekan tapi dia tak solat , itu semua ujian ALLAH nak bagi . Sama jugak macam sapa yang tak Dekan dan tak pandai mana pun tapi dia solat , itu semua ujian ALLAH bagi . Itulah bentuk ujian ALLAH beri kat kita , sama ada dalam bentuk nikmat dan kesusahan . ALLAH nak uji sama ada kita ni ingat tak dekat DIA walau macam mana pun keadaan kita.."


Aku nak tekankan balik ayat warna merah merah itew . DALAM APA JUA KEADAAN . Aku tak fokuskan kepada dua golongan di atas . DALAM APA JUA KEADAAN means umum yee :] . So , marilah kita sesama lihat ke dalam diri .

So , hewhew . Doakan aku ye kawan kawan . Dua lagi . Satu Alhamdulillah dah lepas . Moga dapat yang terbaik lepas ni .


"Ya ALLAH , lindungilah kami semua dari sifat berputus asa , Ya ALLAH .."

Paling gembira , aku dapat grad dengan adik beradik komander Batch 7 . Dari mula sampai ke akhir kita tetap bersama . Terima kasih ALLAH .
:] smile no matter what .

NOTA : PAD 380 .

Thursday

Mari kita lihat dalam diri

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sahabat sahabat ku ,

Note to self juga


Aku terdetik mahu post ini .

Cuma aku nak cakap ini jelah .

" Masa Final Exam adalah masa ataupun saat yang sangat genting . Dan kita pun cari ALLAH masa kita genting je , mana pula masa kita senang ? Adakah kita ingat DIA ? Yeah , manusia macam kita ni memang selalu alpa . Tapi bila kita fikirkan dan tengok balik , kita sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan kita suka tak bila susah baru orang cari kita , bila senang hilang entah ke mana ? Mesti kita rasa berbekas kat hati ni . Kita asyik fikir perasaan kita je , tapi kita fikir tak perasaan ALLAH macam mana ?
Walaupun ALLAH tak pernah kisah tapi adakah pernah kita fikir bab tu ? Kita asyik cakap "ALLAH Maha Pengampun dan Penerima Taubat .." yeah benar tapi tengok balik kita istiqamah tak apa yang kita buat sebenarnya ? Fikir fikirkan .Note to self juga ".

Ok chow .

NOTA : tsk tsk

Wednesday

Teruskan

Assalamualaikum w.b.t

"Orang yang kuat adalah orang yang tak pernah mengalah . Orang yang power adalah orang yang tak pernah berputus asa . Orang yang bahagia adalah dia percaya sesuatu yang akan datang dapat membaiki apa yang ada sekarang "  one second ago

Peluang itu ada di mana mana . Ini baru ujian frasa pertama , Farish . Lek dulu . ALLAH baru uji kau sikit je ni .

FIGHT UNTIL THE END .

Percaya . Akan datang adalah lebih baik dari yang sekarang . Baik punya .

Noor Farizahani likes your status  

Alhamdulillah 

NOTA : Sampai di sini .

Sunday

Kerana mereka ada :]

Assalamualaikum w.b.t


TanpaMU ALLAH

Tanpamu Ya Rasulullah 

Tanpamu ibu dan ayah 

Tanpamu sahabat sahabat 

" Tanpamu ku kan terlewat tanpamu ku kan sedih . Karena kau lah penyelamat yang akan sentiasa di hati "

Jyeah ! 

NOTA  : :]

Friday

Wan , adik rindu wan .

Assalamualaikum w.b.t


Sebagai manusia siapa aku nak menghalang pemergian orang tersayang untuk pergi menghadap kepada Sang Empunya segala yang hidup . Bagaikan tak percaya rasanya . Tapi itulah . Kenyataan yang payah memang kene terima seredha dan seikhlasnya . Kalau tak ikhlas dan tak redha maknanya kita tak percaya pada segala takdir yang ALLAH dah tetapkan dan ia bermakna lagi kita tak percaya ALLAH dan kita tak sayang ALLAH .

MATI . Bila bila masa aja ALLAH akan panggil . Sama ada bersedia ataupun tidak tak ada masa dah kita nak patah balik semula . Tak ada masa sikit pun . Ia tak akan terawal dan tak akan terlambat . Ia datang tepat pada masanya .

Cuma aku agak terkilan sebenarnya . Kebetulan seminggu aku balik ke rumah , malam malam aku akan duduk dengan wan , aku perdengar Al - Quran padanya . Aku usap wan , aku usap ubun ubunnya , suapkan makanan dan minuman walaupun wan tak dapat nak telan apa apa dah . Macam wan dah tahu wan akan pergi tinggalkan kami semua .

Tepat pukul 4 petang hari Isnin wan hembuskan nafas terakhir . Hari ahad kali terakhir aku jenguk wan sebelum aku balik ke Melaka . Berat hati sangat masa tu tapi aku kene gagahkan balik sebab banyak urusan yang aku perlu segerakan sebelum final exam menjengah . Tapi nak buat macam mana , aku tak ada di sisi wan masa tu . Lepas ibu dan sepupu call air mata aku tak henti henti jatuh sampaikan aku tak khusyuk solat asar petang tu . Mana taknya jasad aku dekat Melaka roh aku entah ke mana menerawangnya . Redha . Ikhlas kerana ALLAH . Alhamdulillah wan pergi dengan senang sekali . Terima kasih ALLAH .

Cuma aku terkenangkan wan berselera makan bubur kacang durian yang aku masakkan hari tu . Sebab wan nak sangat makan jadi aku masakkanlah . Nasib baik ada durian lebih .

Aku : "Wan , sedap tak wan ?"

Wan : "Sedaappp .."

:'( Al-Fatihah . "

Ya ALLAH tempatkanlah wan di kalangan mereka yang beriman dan paling KAU cinta , Ya ALLAH .."

Sunday

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Siapa yang tak gembira bila mana sahabatnya sudah mula berhijrah kepada diri mereka yang baru . Dari tidak bertudung sekarang dah mula bertudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna . Malah lebih sempurna dari aku sebenarnya .

See ,
ALLAH itu Maha Penyayang dan pemberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-NYA dan bersyukur atas usaha mereka juga dalam mencari redha ALLAH dan juga dalam mencari hidayah ALLAH . ALLAH memandu hati hati mereka dengan penuh kasih sayang dan teguranNYA yang begitu lembut sekali penuh hikmah semuanya :') Allahu rabbi .

Sahabat sahabat ,
Moga kamu semua istiqamah dengan penghijrahan ini . Biarlah kerana ALLAH , ikhlas kerana DIA bukan kerana desakan , suruhan siapa siapa pun . Moga ALLAH merahmati kalian , Ameen .

Hee cantik diaorang dah pakai tudung . Sempurna .
Aku ni bila lah nak sempurnanya T_T

NOTA : Syukur .

:]

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Thanks to ALLAH . Thanks for everything . Im happy enough :]


Hewhewhew :3 
Kebetulan ni masa kat Shah Alam . Kokpa yang snap pic ni . Candid sebenarnya sebab aku tak get ready dan tak perasan yang dia memang dah snap dah pun .

Apa apa pun aku suka gambar ni . Sebab ternyata aku ceria sangat masa tu .
Tengoklah Roro dah macam gaya mak hantar anak dah hihi :p

Oh , thanks Kokpa for BELLE's plastic bag . Dia agak terkejut bila mana aku dari Melaka datang Shah Alam hanya lenggang Mak Limah . Dengan bawak phone dan wallet sahaja . Power kan ? Yeah aku selalu kalau ke   mana mana mesti aku gedek aku punya beg sekolah Nike tu tapi kebetulan kawan aku pinjam sebab nak travel jauh . Kesian dia . Oh , aku tak suka pakai handbag sebenarnya rimas nak kepit2 bagai . 

Thanks korang seronok dapat jumpa korang . Aina get ready tau  untuk 7 April ni . InsyaALLAH , moga tetap dengan pilihan kau . Tapi aku tetap tak puas hati kenapa kau nak buat tema warna pink juga !. Tak apalah dia punya pasal lah nak warna apa kan aku sibuk sibuk kenapa hihi . Thanks Roro , ibu and nenek sedap sedap makanan . Thanks Kokpa and family sebab tumpangkan budak ni kat rumah yang cantik tu and bagi pinjam baju Kokpa yang warna pink tu -,- 

Well , im happy . Alhamdulillah ;]

NOTA : Bila datang Shah Alam je mesti nak sebut2 seksyen 7 . Entah kenapa entah .

Kisah Benar

Assalamualaikum w.b.t

Ni aku nak cakap sikit pasal ni sebenarnya :


Ini sebenarnya kisah benar . Minta maaf aku bukan minta perhatian dari sesiapa . Ini sebab aku sayangkan saudara saudara aku . Kebetulan kejadian ini jadi masa aku nak balik ke kampus . Ia memang kebetulan sekali .

Aku pun tidak lah seperfect mana dan aku ambil ini sebagai iktibar . Tapi serius aku terkilan sangat sangat . Sedih beb . Naik sahaja bas , aku ambil port belakang sekali dan aku lihat dia naik selepas itu dan duduk tak jauh dari aku . Manis budaknya . Dan kebetulan kami satu destinasi . Alhamdulillah selamat sahaja sampai , aku cepat cepat turun sebab kebetulan maghrib masa tu dah nak habis . Dan dia turun paling akhir sekali . Alangkah terkejutnya aku melihat tudung yang dipakainya tu terbang entah ke mana . Hilang . Disumbat dalam beg agaknya .

Dia yang perasan aku terpandang ke arah dia , cepat cepat dia beredar dari situ . Ya ALLAH , kenapa aku tak kuat untuk panggil dia ? Kebetulan kami dari Seremban dan bertukar bas untuk ke kampus yang sama . Mungkin tudung ia jadikan syarat untuk sejukkan hati mak ayah . Astaghfirullah . Moga aku dijauhkan dari sifat sebegitu . Maknanya aku hipokrit dengan ALLAH , ibu ayah, agama dan saudara saudara aku .

Adik sia sia sahaja awak buat macam tu . Sia sia sangat dik .

Kebetulan status yang aku update ni bukan sahaja aku tujukan untuk dia sebenarnya . Aku jadikan ia untuk pengajaran umum termasuklah diri aku yang hina ni .

Ya ALLAH ampuni kami Ya ALLAH . Rahmatilah kami ini Ya ALLAH ....

NOTA : .....

Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum w.b.t

Aku terbaca status seorang sahabat di Fesbuk . Ia benar benar menarik perhatian bila mana aku ada benda nak cakap sikit pasal ni

Mari kita lihat apakah status tersebut :



Kau nampak tak ? Kalau tak nampak sila klik dua kali untuk tumbesaran . Bila aku baca tang TORA dan DENG DANG aku ketawa kecil . Mana boleh lupa benda feveret masa kecik kecik dulu sampai mamak kedai tu pun dah paham fe'el aku ni . Asal keluar je iklan TORA yang baru kat tv aku mula bergegas ke kedai mamak berdekatan untuk dapatkan the latest one punya . Sekarang budak budak mana pandang dah .

Tapi cerita pasal peningkatan teknologi yang macam cendawan tumbuh selepas hujan , setiap masa mesti ada gadgets yang baru . Budak budak sekarang dah moden . Ah termasuklah aku kan . Lepas ni agaknya tak payah susah susah nak menaip . Just cakap je , biar keypad jalan sendiri . Mampu ?

Dulu nak minta ayah jemput balik sekolah , beratur lah panjang panjang dekat Public Phone . Bila masukkan seposen , baru cakap hello dah mati terus kenelah tambah dalam 20 sen kalau nak cakap lebih . Sekarang , pakai phone . Phone bawak pergi sekolah . Bila ada pemeriksaan sorok dekat toilet tak pun bersubahat dengan pengawas then belanjalah pengawas tu KFC dinner plate . Ah , tu zaman aku jadi pengawas tapi bab bab nak bersubahat masa zaman aku Alhamdulillah tak ada lagi . Setakat masa tu , pengawas2 semuanya singa singat belaka .

Sekarang ni kemudahan macam macam ada . Budak budak sekarang mana nak pakai Public Phone yea dak ? Kang nanti dikatanya pula tak kelass lah apa lah . Ah bagi aku sekarang ni kemudahan internet yang terus disalurkan dekat telefon pun makin dua kali ganda kelasnya .

Contohnya twitter lah kan ,
Sekali orang tweet mesti akan terus kat phone kita . So tak payah susah susah nak nak refresh home untuk tengok TL .

Silap hari bulan ,

Anak terus tweet je ayah tak payah susah susah . Jimat kredit pula tu .

"Ayah , kakak dah habis sekolah . Please jemput sekarang . Hehe .."

Haha .
Entah apa aku merepek pagi pagi ni .

NOTA : Tenene Tenene