Sunday

Terima kasih doktor

Assalamualaikum w.b.t


Aku rasa aku kene bawak hadiah ni pergi jumpa doktor bahawa aku telah buktikan aku boleh !

Kekeke !


NOTA : Amboi sedap betul nasi lemak mak cik ni ! 

Cak Kun Cak

Assalamualaikum w.b.t

" Let ALLAH decide everything . Kadang kadang kita rasa apa yang kita miliki itu adalah yang terbaik tapi sebenarnya kita tak tahu sama ada ALLAH suka ataupun tidak , ALLAH redha ataupun tidak . Kadang kadang benda yang kita tak suka tu sebenarnya adalah yang paling terbaik ALLAH bagi untuk kita " .

Yes . Aku belajar dari kesilapan dan aku belajar dari kekecewaan dan kegagalan .

Kehidupan ni tetap akan berjalan . Dan apa yang bersama kita tak tentunya akan kekal . Aku belajar untuk redha dalam melepaskan sesuatu yang sememangnya aku kene buat . Yea . Aku kene buat jugak .

Berkata melalui mulut "redha" tapi hati tak rela itu namanya buang masa . Tak apa perlahan lahan . Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi mungkin belum tiba masanya untuk ALLAH bagitahu aku . Ujian ni tandanya ALLAH sayang .

Marilah berjalan sambil menyanyi lagu Hafiz Hamidun .

"Pada awan biru ku melakar kata kata , pada langit cerah ku panah semua cerita . Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi .."

Amboi ! :P

Apa apa pun . Hidup ni adalah pilihan yang penting usaha !

NOTA : Aku gelak je bila si Zakiah ni jadi panel tadi .

Tuesday

Aku sekadar beri pendapat

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak otw ke Melaka .
Dengan menaiki bas seperti biasa .
Bas pak cik Transnasional .

Sebelum nak sampai ke station bas .
Aku pun membuat keputusan untuk menaiki train sahaja .
Oh seperti biasa semestinya aku cop tempat dekat

"Wanita sepanjang masa"

Yea aku paham wanita selalu dipadankan dengan kaler pink sebab tu aku buat font kaler pink walaupun aku amat membencinya .

Yea aku seorang wanita .
Namun , alangkah terkejutnya aku masa tu .
Aku tengok ada sorang brader tiba tiba sesat dekat koc kami .

Dalam hati aku

'Apehal dia ni?'

Aku agak dia bukan warga tempatan .
Aku perati je dia .
Peh gaya macam orang kaki gaduh pun ada ni .
Aku perati je dia .

Aku agak dia ni tak faham apa yang tertulis dekat sticker tu .
Aku rasa KTM perlu memperbanyakkan lagi bahasa supaya
para foreigners memahaminya mengikut bahasa mereka.

Aku agak brader ni orang Indonesia .

So aku nak bagi pendapat sikit .


Slogan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" hendaklah ditukarkan kepada

"Cewek Aja Senantiasa !"

Kakakaka

NOTA : Aku tengah tunggu Nasi Goreng Tom Yam aku masak ni sementara bas belum sampai .

Monday

smile

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah .
Senang hati tengok nenek berselera makan bubur kacang durian .
Semalam beliau nak sangat makan bubur durian .
Alang alang ada durian yang kakak ipar aku beli itu hari aku terus nekad nak buatkan .
Yea lah lagipun nenek aku bukannya sihat sangat .

Dua hari ibu ke johor . Pergi rumah abang .
Ikut kakak ipar aku . Lagipun aku risau kakak ipar aku tu drive sorang jadi ibu pun ikut aje beliau .
Amboi pandai betul ibu aku jeleskan aku yang beliau tengah berseronok dekat air terjun .
Hari ni juga aku lunch sorang sorang .
Ayah dua tiga menjak ni sibuk aje .
Kesian aku tengok beliau .
Malam ni ayah kene kerja .
Ayah minta adik sepupu temankan dekat rumah .

Aku masak aku makan .
Selalunya kalau aku masak aku jenis tak makan apa yang aku masak .
*aku harap kau fahamlah apa yang aku cuba sampaikan ni*
Bukan senang nak jadi suri rumah sepenuh masa .
Yang penting kau kenelah ikhlas kerana ALLAH .
Demi keluarga kau tersayang .

Itulah yang aku rasakan .
Macam mana kerja sebagai seorang suri rumah , seorang ibu walau aku belum punya anak dan juga seorang isteri walau aku belum punya suami.
Bukan senang .

Yang penting ,
nenek aku dah kembali berselera makan .
Yang penting beliau betul betul banyak makan bubur yang aku buatkan tadi :)
Dapat jugek beliau merasa.

Hmm :)

Ah , keinginan aku membuak buak pulak nak buat rainbow cake esok dengan chocolate topping !
Ini gara gara pengaruh kak pot ni .

NOTA : ......

Saturday

Kisah KL

Assalamualaikum w.b.t

Ah migrain aku pergi KL ni . Jem tu memang adat lah yea dak ?
Ini tak . Entah mana orang entah mana pelusuk datang berpusu pusu ke KL ni.
Aku ni tak ada lah kira berpusu pusu sangat .
*sambil berdehem dan tersenyum*

Tibanya aku di Time Square .
Aku memuji ketinggian bangunan tersebut .
Betul aku tak tipu .
Demi ALLAH aku tak pernah jejak .
Dulu kawan kawan aku ajak pergi main main dekat Time Square .
Dulu sepupu sepupu ajak aku pergi main main dekat Time Square .
Dan kini aku tiba di Time Square !
*teruja*

Dulu masa jalan jalan kat sini .
Tempat yang aku jejak Low Yatt , Mid Valley , SOGO  , paling tidak pun Lorong Haji Taib.
Ah tadi masa aku drive aku ternampak pula nama jalan tu .
Lorong Haji Taib .
Lalu aku senyum sorang sorang .

Iye betul . Aku ni KL tak "in" sangat .
Haih . Susahnya anak bangsa macam aku ni tak banggakan sangat ibu negara sendiri .

Tapi kali ni aku betul betul marah .
Marah aku marah bertempat mungkin .
Aku cari cari tempat solat dalam Time Square . Namun yang aku tengok tempat makan aje yang banyak .
Lalu aku pun makanlah kejap .

Ni adik sepupu aku gelakkan aku dia kata bunyi aku menekan keyboard macam gaya orang berlari .
Dia bukan apa dia bosan lettew sebab dia mengajak aku menengok citer SONGLAP .
Gayanya aku kene habiskan cerita aku ni cepat .

Tak surprise betul bila dia dah baca apa yang aku nak tulis sebenarnya .

Sambung...

Asar dah semakin mahu melabuhkan tirai.
Aku semakin kelam kabut keluar dari Time Square-lah sangat tu .
Orang sangat sangat ramai dan aku hanya mampu berserah ketika itu.

Lepas teman kawan aku beli kasut aku terus pecut kereta keluar dari bangunan yang aku banggakan sekali sahaja seumur hidup tu .

"Apa benda punya Time Square , surau pun tak ada !"

Roro : " Nak buat macam mana tempat chinese kan?"

Aku hanya diam . Dan meneruskan perjalanan .

" Roro tolong tengokkan masjid yang dekat dekat ni . Jalan sini aku tak tahulah . Kau tahu ajelah kan? "

Selang 15 minit kemudian

Roro : " Haa tu masjid Farish .."

Aku pun memandang ke arah yang dimaksudkan .

Yea aku terpandang khubah berwarna kuning dan aku tersenyum .

"Alhamdulillah" lalu  aku pun terus membelok .

Tapi aku pandang semula "masjid" yang dikatakan itu . Aku pelik kenapa ada macam lambang yang tiga tu ?

Roro : " Eh Farish tu kuil lah .."

Krik krik krik . Ah nasib baik aku tak terus masuk . Beriya iya pula membawa beg berisi telekung . Tak ke bawa masalah kan?

Aku terus singgah ke petronas lalu menebalkan muka menumpang surau staf yang ada . Terima kasih sangat sangat abang dan kakak kasi saya tumpang surau tu . *senyum senyum*

Apa apa pun . Enjoy mana pun . Jangan lupa waktu dating kita dengan ALLAH .
Aku ingatkan diri aku juga ni

NOTA : ........

Friday

KL ?

Assalamualaikum w.b.t

Tempat yang paling aku tak suka pergi sebenarnya ialah ...

KUALA LUMPUR !

Walaupun ia ibu negara Malaysia . Tapi aku tetap berkeras yang aku tak suka pergi .

Tapi di sebabkan aku ada misi yang perlu dijalankan . Aku harus gagahkan jua kaki ini untuk melangkah pergi .
*Sambil lap lap air mata*

NOTA : teneeee teneenee

Cinta aku ibaratkan .

Assalamualaikum w.b.t

Sedang aku termangu tiba tiba satu ayat telah menari nari di dalam minda aku ni .
Lalu aku pun menari narikan jari jemari aku ke atas papan kekunci lalu terjadilah

" Cinta ini sedap . Memang sedap . Tapi itulah manusia ni gunakan sedapnya ke arah lain . Sedap melayan nafsu yang gopoh !"

Ah power jugek aku buat ayat ni .

Ni apesal keluar kisah cinta cinta ni ? Apesal ?

NOTA : Itulah . Aku pun tak tahu kenapa sebenarnya .

Aku sedih

Assalamualaikum w.b.t

Aku rasa aku kene menangis sekarang .
Tapi aku tak boleh bersedih .

Aku kene kuat .

PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA KOMANDER 


tarikh : 29/01/2012


masa : 8.0o am-1.0o pm
tempat : dewan taming sari
yuran penyertaan : RM6 (setiap individu)
kategori : single(L) & single (P)
double(P) & double (L)
tarikh tutup penyertaan : 25/01/2012


Ok aku menangis !


NOTA : Ah aku tiba tiba terkenang doktor yang merawat aku sekarang ni

Wednesday

Aku happy

Assalamualaikum w.b.t

( Khamis , 1.23 a.m )

Itulah makanya malam ni aku seolah olah rasa happy sangat .
Aku bahagia sebenarnya dikelilingi teman teman yang ada . Mereka lah pemberi semangat mereka lah tempat aku ber HA HA HA , ber ISK ISK ISK .

Itulah ALLAH bagi teman teman untuk saling membagi dan berkongsi yea dak ?
Syukur Alhamdulillah .

Aku syukur bila kawan aku sorang ni dia mesej yang dia dapat jawab gila gila test tadi . Alhamdulillah siapa yang tak suka dengar yea dak ? Aku tahu dia memang boleh . Sebab aku kenal dia seorang yang kuat semangat . Esok ada lagi test aku harap dia boleh jawab jugek . InsyaALLAH.

Pagi tadi lepas subuh siap kemain aku mesej panjang lebar nak bagi semangat lah al kisahnya . Tapi itulah sending failed sebab kredit aku tinggal 0.03 sen . See what do you feel ? what do you feel ?

Masa itulah aku mula berkata kata .

"OH CELCOM ! Why you no pity me???"

Dari mesej yang pending pukul 7.15 a.m akhirnya tersend jugek pada pukul 8.30 p.m itulah gayanya aku ni . Tak nak ambil berat pasal kredit telefon . Kakaka .

Apalah gunanya sorang kawan tempat mencurah perasaan dan pemberi semangat yang hilang yea dak ?

Iye lah . Kita ni pang pung pang bagi nasihat kadang kadang kita bukannya duduk kat kondisi orang tu dan tak merasa apa orang tu rasa yea dak ? Tapi untuk kawan aku sorang ni . Aku cakap kat kau lah , ketenangan ni ada kat mana mana . Semua manusia akan rasa teruji . Macam macam cara . Tapi semua tu ALLAH nak panggil hati kita untuk lebih dekat dengan DIA . ALLAH panggil penuh kasih sayang sebenarnyaaa .

Walau teruk mana pun kau rasa sekali pun kau kene fikir ada orang yang lebih teruk dari kau sebenarnya tapi dia kuat semangat sebab dia tahu hidup ni derita tak akan berpanjangan kalau kita usaha untuk keluar darinya . Ewaaah ewaahh kemain ayat aku . Iyea benar . ALLAH sendiri suruh kita usaha bukan ?

See , kau boleh je pun . Kuat je pun sampai sekarang ?

Alhamdulillah aku suka tengok perkembangan positif setiap kawan kawan aku . Mereka lebih bersemangat . Bukan sebab aku pemberi semangat . Tapi sebab derang sendiri . Derang yang berusaha sendiri untuk bangkit yea dak ? Aku ucapkan tahniah dan syukur pada ALLAH .

Aku harap kauorang kekallah macam tu . Itulah yang menyebabkan aku happy sebenarnya .

Betullah kata ibu .

Apa gunanya kawan kalau tak tolong antara satu sama lain dik

NOTA : lap lap air mata .

erm

Assalamualaikum w.b.t

Ah aku ni dari tadi nak buat research tapi itulah tak jalan jalan pun . Asyik borok je kejenya .
Malam ni aku mula berazam .

Aku tetap nak teruskan .
Namun ibu suruh aku berehat di sebelah malam .
Begitu juga kata dokter .

Tak apalah .
Buat perlahan lahan jangan paksa paksa .
Tapi kalau tak paksa susah jugek yea dak ?
Ah tak perlu manja sangat sakit ni .

Pasal makan ubat semua ibu yang ingatkan .
Aku letih sebenarnya Tuhan je lah yang tahu .
Asyik makan ubat dan ubat sistem badan aku dah jadi macam tak betul .
Itulah makanya .

Tapi itulah nak buat macam mana .
Kesian kat ibu aku makan jugek .
Makanan aku pun ibu jaga .
Aku sebenarnya nak menangis . Haah aku nak menangis ni kauorang jangan sibuk .

Sebab aku terharu dengan susah payahnya ibu jaga anak perempuan dia sorang ni .
Lepas ni aku nak balik Melaka .
Aku tak nak susah susahkan ibu .
Pandai pandailah aku jaga diri nanti .

Amboi macam rajuk pula gayanya . Bukan . Aku rasa serba salah . Ibu bukannya sihat sangat . Allahu rabbi . Bagilah aku kekuatan .

NOTA : tediaa tediaaa post menyentuh jiwa

Monday

Letih sebenarnya

Assalamualaikum w.b.t

Doktor minta jangan aktif buat masa ni .

Setiap kali jumpa doktor aku ni jenis malas nak bercakap apa apa .
Yang aku tahu angguk dan angguk .

Dan paling penting .

Letihnya aku pandang ubat apatah lagi untuk sua ke mulut lagi aku letih .
Tapi aku kena sabar .

*sonyum*

NOTA : Amboi sedap betul pau mak cik ni .

Saturday

DOA

Assalamualaikum w.b.t



DOA .

Itulah paling penting .
Baik ia dijadikan senjata mahupun hadiah teragung .

DOA .

Itu saja hadiah aku untuk kamu .
Itu saja sebagai tanda ingatan .

Hanya DOA .

Terima kasih .

NOTA : ......

Friday

Anak angkat

Assalamualaikum w.b.t

Ni aku nak buat pengumuman sebenarnya .
Aku ada anak angkat .

Nama dia Ryan.
Ni ibu betul dia yang bagi .

Aku ni cuma ibu tumpangan kalau tak ada orang jaga aku dan kawan kawan sebilik jaga dia .
Dia comel . Dia nakal  dan dan

KUAT TIDUR !


Ni tengoklah asyik lentok je patutnya letak nama dia Lentoq :P

HIHI

NOTA : Sekian :)

Masak masak

Assalamualaikum w.b.t

Aku balik rumah lagi  .
Kawan kawan semua cemburu .

Macam biasa .
Main masak masak dekat rumah .

Hari ni Ikan Talapia tiga ekor sekali aku bedal .
Masak SWEET SOUR .
Oh yeah .

Masa aku potong carrot ibu datang tengok .

" Eee memasak tak ada skill lah . Cam ne nak masuk pertandingan ni ?"

kehkehkeh

Padahal aku tak pernah nak berniat masuk mana mana pertandingan pun . Maknanya ibu meletakkan harapan begitu besar sekali gayanya .

Last last aku menunjukkan muka eksyen kat ibu yang aku ada skill memotong carrot bunga bunga .

"Alah tak payah nak buat bunga bunga , nanti masuk perut dah tak nampak bunga"

Aku memang tahu ibu suka uji aku macam tu . Yang penting ibu lah masterchef aku sebenarnya . Ibu ada buku resepi sendiri tau . Haa jangan main main dengan ini puan yang penting buku tu telah pun diturunkan dekat aku . Baik ke lauk pauk teruslah ke kuih muih dan kek kek semua .

Kalau aku post kat karangkraf ni mesti Ibu femes . kehkehkeh

Nak belajar masak senang . Yang penting kene selalu teman mak mak kauorang ke dapur . Tak faham tanya . Chewaaah .

NOTA : Makanan feveret ayah

Satu hari


Assalamualaikum w.b.t

Aku pernah bertanyakan kat sepupu aku sorang ni .

Seketika tu lepas mata aku memandang pada sekumpulan wanita wanita yang berpurdah dan bertudung labuh .

Entah kenapa hati aku rasa sejuk dan aku kadang kadang boleh senyum sendiri .
Aku jatuh hati sebenarnya dengan perwatakan derang tu .

Cis , sedangkan aku sorang perempuan boleh jatuh hati inikan pulak manusia yang bernama lelaki .

"Macam mana rasanya berpurdah , bertudung labuh ...?"

Aku tanya soalan tapi aku tak pandang sepupu aku tu sebab aku asyik sangat menengok manusia sekeliling aku ni .

Sepupu : " Aku ada sorang kawan , macam tu jugak dia dulu .Dia pernah cakap yang , nak berpurdah bertudung labuh ni bukan senang . Hati kita ni kita kene cuci dan paling penting ISTIQAMAH " .

Aku diam .

Ligat berfikir dan berfikir

" Hati kita kene cuci dan paling penting ISTIQAMAH "

Serta merta aku teringat sahabat yang satu tempat kerja dulu . Dia memang tahu betul pe'el aku suka menengok perempuan berpurdah . 

Terus dia tegur 

" Cantik kan ? "

Aku hanya senyum . 

NOTA : Yea ! Derang memang cantik .

Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

Ni aku copy dari seorang sahabat .

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh , 'Aduh celaka aku , agamanya terpelihara dari godaanku '. " 
- Hadis Riwayat Ibnu 'Addi -

Aku nak ucapkan tahniah kat kawan kawan aku yang dah berkahwin awal , akan berkahwin tak lama lagi dan lebih lebih lagi yang bakal menjadi ibu dan ayah serta dah pun menjadi seorang ibu dan ayah .

Alhamdulillah . 

NOTA : senyum sorang sorang


Aku nak cakap sikit.

Assalamualaikum w.b.t

Semua orang tak sempurna . Walaupun hakikat kita dilahirkan dengan cukup sempurna .
Tak guna salahkan siapa siapa apabila kita ditimpa masalah . Aku rasa itu sudah cukup menyatakan benarlah semua manusia tak lepas dari melakukan kesilapan .

Yang penting adalah

DIRI SENDIRI .

Permulaan adalah diri sendiri dan segala galanya adalah

DIRI SENDIRI .

Yea . Diri kita sendiri .
Diri aku sendiri dan diri kau sendiri


NOTA : .......

Wednesday

Aku terfikir

Assalamualaikum w.b.t

Aku dah lama tak menulis .
Aku rasa macam nak menulis sekarang .
Tapi aku nak menulis pasal apa pun aku tak tahu .

Lain kali lah gayanya .
Amboi , kemain memuncak perasaan nak mengepost hari ni .

Last last ini yang aku post rupanya .

NOTA : Jangan suka buang masa .

Monday

Pheww

Assalamualaikum w.b.t

Makan oat dengan milo sambil terkebil kebil dengar ceramah kawan yang panjang lebar kepada seorang lagi kawan yang tengah mengalami kekecewaan .

Kekecewaan apa ?

Cinta . Yea CINTA .

Tiba tiba aku macam tak berselera untuk terus mengunyah oat .
Cerita pasal cinta yang kadang kadang aku sendiri tak boleh pergi dengan benda tu semua .
I've been through that yaw. So aku kat sini tak nak compare apa yang aku kena dan apa yang kawan aku kena okay?

Aku tahu manusia akan melalui frasa kesakitan dan kekecewaan.
Means , bila rasa kecewa hati begitu sakit sangat sangat dan sedihnya tak payah cakap .
Terima kasih ALLAH , dengan bantuanNYA serta usaha aku , aku kuat sampai sekarang insyaALLAH .
Dan kau juga kene berterima kasih juga sebab apabila kau rasa kecewa kau tak mudah ikut perasaan macam baling barang ke , bunuh diri ke , calarkan badan sendiri ke atau apa.

The best way is turn back to ALLAH . Please , people . Please .
Memanglah orang akan cakap bila rasa sedih dan kecewa je kita mulalah nak cari Tuhan bila kita tengah sedap sedap seronok naaahhh kita tak ingat pun DIA .

Yea , itulah kita . Kita cakap je kita sayang DIA . Tapi apa kita buat kita hanya cari dia untuk luahkan perasaan kecewa kita ni . Kenapa nak kisahkan pandangan orang tapi kisahkanlah ALLAH tunggu kita untuk luahkan semua . AT least kita masih ingat kita ada ALLAH . Kita ada Tuhan Yang Maha Memahami .DIA memang setia . Doa itulah segala galanya . Kesedihan memang salah satu cara untuk memanggil hati supaya lebih dekat dengan DIA . Jangan malu . DIA Maha Tahu dengan apa yang berlaku .

Tapi yang aku tertarik mengenai apa yang dibincangkan adalah mengenai kepercayaan dan siapa yang patut mengalah bila berhadapan dengan situasi ni semua .

Yea memang pahit bila kita rasa orang mainkan kepercayaan kita seolah olah kepercayaan yang kita bagi tu macam boleh tendang tendang . Macam boleh main lambung lambung dan sebagainya . Dalam hubungan itulah kunci sebenarnya percaya .

Tapi janganlah percaya sangat sangat sila hadkan kepercayaan itu . Seperti yang kita tahu cinta ALLAH itulah paling Abadi cinta manusia ni tak kekal mana pun . Sebab manusia tu akan mati . Dalam kehidupan ni kita kena buat persediaan untuk menghadapi sesuatu yang lebih buruk lagi berlaku . Manusia mati ke , manusia main kayu tiga ke atau manusia dah sedia bosan . Itu semua adalah keburukan yang bakal berlaku . Kita tak tahu sebenarnya apa yang akan jadi lepas tu kan?

Aku belajar dari kesilapan diri sendiri . But , aku tak akan salahkan lelaki yang lain di mana kekecewaan yang aku rasakan adalah kerana seorang lelaki . Mula mula memanglah kita akan cakap , ah semua sama je kalau dah nama lelaki tapi ia sebenarnya menyedarkan kita dengan sesuatu hikmah yang sedang bersembunyi di sebalik semua perkara yang jadi kat dalam hidup kita ni .

Macam biasalah kita dengar ,


"Jangan risau , kau akan dapat lelaki lebih baik nanti"

Aku selalu berpegang pada satu kata kata ni .

"ALLAH tak akan ambil sesuatu yang kita sayang tapi ALLAH akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik "

We always keep on saying that ada hikmah ada hikmah sebalik semua ni . Tapi kita tak yakin malah kita layan kan aje kecewa kita tu semua . Sampaikan kita lupa kita ada orang lain di sisi kita . Family and friends dan paling penting ALLAH . Please , elakkan diri dengan duduk sorang sorang . Nanti lain pula jadinya . Cuba sibukkan diri dengan macam macam kerja ke atau apa . InsyaALLAH , semua akan ok :) . Jangan hanya pandai berdoa tapi usaha tak ada langsung . Tak ada gunanya jugak . Sia sia sahaja . Kita sendiri tahu yang ALLAH tak akan ubah nasib seseorang melainkan mereka usaha sendiri bukan ? .

Peh aku rasa macam aku dah meleret leret ni . Ok berbalik pasal percaya tak percaya berbalik pada diri sendiri . Masing masing terlalu ego sebenarnya dan kalau boleh tak nak mengalah sebab masing masing fikir yang diri sendiri dah penat mengalah dengan pasangan sendiri . So kiranya dua dua dah penat . So kalau keadaan lebih tegang , masing masing melayan emosi sampai bawa gaduh pun tak nak bawak kalah aku rasa baik bagi ruang untuk kauorang dua orang . So jangan tegangkan lagi keadaan yang sedia tegang . Aku mengaku aku ni pemarah orangnya tapi Alhamdulillah aku cepat sejuk . Kadang kadang aku saja mendiamkan diri agak lama sebab aku sendiri perlukan ruang . Dan aku cuba psycho diri aku yang aku ni terlalu emosi . So rajin rajin minta maaf . Manusia macam kita ni alah biasalah orang tua kata darah muda ni sebenarnya panas jadi aku memang kena banyak belajar dengan apa yang dah berlaku .

So if kauorang nak terima seseorang dalam hidup sila tunggu diri sendiri fully-prepared ok?  jangan hanya guna alasan sebab kita sunyi kita main accept je orang . Dan paling penting hati ni kena pandai jaga . If pasangan kauorang tu jenis yang tak boleh pergi sangat bincang baik baik . If putus adalah cara jalan penyelesaian terima dengan redha if boleh perbaiki balik usaha sebaik mungkin . Dan paling penting serah semuanya pada ALLAH . Jika benar dia jodoh kauorang sejauh mana korang terpisah sekali pun , jika namanya lah yang ada di Luh Mahfuz sana ALLAH akan pandu hati dia kepada kita kalau tak nak buat macam mana mungkin ALLAH nak kenalkan kita kepada seseorang yang lebih baik lagi . Jadi aku rasa jangan bergantung sepenuhnya kepada hubungan kauorang jangan cepat yakin dengan sesuatu yang belum pasti . ALLAH lebih tahu apa yang Ya apa yang Tidak . 

Dan paling aku rasa perlu sangat sangat ialah sikap yang suka terus terang dan menjadi diri sendiri okay ? Berterus terang kalau ada benda yang perlu dicakapkan . Sebab tu adalah cara yang terbaik . Kalau ada rasa tak kena je dengan pasangan kauorang atau diri kauorang sendiri . Terus terang kalau boleh minta pendapat dan hargai pendapat orang lain . Yea lah kadang kadang kita rasa kita je nak menang . Kita fikir kita je tak fikir pun perasaan orang lain . Ego babe , ego ! .Cewaah  . Dan paling penting jadilah diri sendiri tak yah nak pura pura sangat . Kalau kita memang gila gila . Gila gila je depan dia apa ada masalah . Dalam hubungan memang wajib terima apa adanya pasangan tu ok . Kau nak merungut atau apa lebih baik jangan teruskan . Biarlah cinta berlalu pergi bersama bayang bayang malam yang makin hilang . Kah kah kah . 

Setia . Setia ni merangkumi semua aspek . Percaya , cinta dan hormat . So aku rasa kauorang faham kot apa sebenarnya yang aku cuba nak cakap kan ni .Aku rasa syukur sebab aku berada di zon yang agak selesa sekarang sebab hati aku ni dah elak dengan macam macam masalah kekangan hati . Jadi aku tak nak hati aku sakit lagi sebab aku sebenarnya sedang menunggu hikmah yang ALLAH cuba nak bagi kat aku . InsyaALLAH mungkin bukan sekarang tapi satu hari nanti . Sebab aku percaya DIA tak akan sesekali kecewakan hambaNYA . 

Aku rasa aku macam boleh pergi dengan hal hal cinta ni . Tapi insyaALLAH jika benar, mungkin aku nak terus kahwin je  . Serius sebenarnya . Aku cakap ni bukan main main . Tapi bukan sekarang ok ? Satu hari nanti insyaALLAH .

NOTA : Dah aku rasa aku boleh pergi sekarang

Sunday

Realiti Subuh

Assalamualaikum w.b.t

Jemah : " Senah , Senah . Bangun subuh . Dah azan ni .."

Senah : " Erm .. erm " *Buka mata sekejap lepas tu lelap balik*

Jemah : " Kinah bangun bangun subuh .."

Kinah : " Erm kau solat dulu lepas solat kejut aku tau " *menggeliat lepas tu pusing arah badan dan kroh kroh*

Jemah : " Tipah , Tipah bangun dah subuh ni nanti lambat " *tak sedar sedar jugak*

Jemah pun solat lah . Lepas habis solat dan mengaji dia cuba kejutkan kawan kawannya yang tadi itu . Namun gagal .

"Ya ALLAH ampunilah dosa dosa aku"

Kinah , Senah dan Tipah memarahi Jemah sebabnya tak kejut derang bangun subuh .

Kau rasa kan kalau kawan kauorang cakap macam tu walau kita dah kejut dia apa kau rasa ? *Bengang*

NOTA :  .....

Saturday

Cantik

Assalamualaikum w.b.t

Siyes siyes aku suka tengok perempuan perempuan berniqab ni sebenarnya .

Sampai kadang kadang aku ternganga tengok diaorang ni .

Cantik betul sangat cantik tengok mata diaorang pun aku dah jatuh hati .

NOTA : smile :)

Entah

Assalamualaikum w.b.t

"Eh apesal kau dah macam susut doh , gaga?"

Heh ? Heh ?

Aku tengok depan cermin .

Yeke ?

Siyes siyes aku tak makan hati pun . Mungkin sebab faktor kesihatan aku ni .

NOTA : ....

Marah ke tak bermaya ni?

Assalamualaikum w.b.t

Yea dah berapa MINGGU aku tinggalkan game badminton .

Aku sedih bila dengar Dewan Taming Sari kat atas sana ditutup . Sangguplah aku meredah naik bukit bagai nak pergi Dewan Taming Sari tu untuk main badminton walau tak kenal  erti lewat malam .

Dan hari ni .

Pagi pagi buta lagi Zakiah ajak main badminton . Aku tak ada mood .

Lepas tu tak lama kemudian Bedah ajak main futsal .

 Dia dah siap siap bagai dengan jersi semua . Aku tengok je dia pakai kasut . Macam isteri tunggu suami nak siap siap pergi kerja la macam tu lah gaya aku memandang Bedah .

Ambooih aku ni

Ni sebab aku marah Dewan Taming Sari ke atau aku yang tak bermaya dua tiga menjak ni ?

NOTA : ........

......

Assalamualaikum w.b.t

Kasihan Zakiah belikan makanan banyak banyak .
Minta maaf sangat sangat .

Entah kenapa hilang selera aku sejak dua menjak ni .
Badan asyik rasa tak sedap aja .

NOTA : ......

Well hello

Assalamualaikum w.b.t

Ehem , like im introducing myself here , hehehe?

Apa kau rasa bila orang panggil kau

"Ustazah rock"

Aku gelakkan aja . Layan kan aja budak budak ni .
Rock tu menyebabkan aku ketawa la jugak .

Tolonglah jangan merusakkan nama Ustazah tu sampai kauorang letak ROCK kat belakang .
its so wrong .

Aku ni manusia biasa . Yea kauorang menengok style aku pun macam mana . Jarang benar aku berbaju kurung gayanya apatah lagi lagak aku bukanlah seperti seorang Ustazah sekalipun . Ia jauh sekali . 

Paling dekat pun kau bacalah gaya penulisan aku ni . Amboi kemain lagi kan ?
Tidak . Aku ni perempuan biasa biasa je . Mungkin kawan kawan yang tak kenal aku lagi macam mana ingat aku ni macam perempuan perempuan Islamik yang post post ayat ayat Islamik kat Fesbuk atau Twitter .

No lah . Aku sebarkan apa yang aku tahu dan aku dapat . Aku bagitahu tentang apa kadang kadang manusia tak tahu termasuklah aku . Kauorang dapat ilmu aku juga dapat ilmu dan kebaikannya . ALLAH sendiri galakkan kita buat macam tu bukan ? 

Aku ni perempuan pergi ke mana mana suka pakai seluar jeans , sweater tak pun t-shirt dan tudung malas tu dan kasut everlast aku tu ha . Itulah aku .

"Ah kau ni tak panas ke pakai sweater , siang pakai , malam pakai . Jadilah perempuan sikit  ? bla bla bla"
-Member member yang cemburu-

Dah nak buat lagu mana aku ni kan pengumpul sweater tegar ? Apatah lagi kasut kasut yang style .

Kalau kauorang terserempak tu tegur tegur lah , aku ni kalau berjalan tak pandang kiri kanan kadang kadang bukan apa aku bukannya perasan kauorang cantik dan hensem masa tu . Setakat angkat angkat tangan dongak dongak dagu tu aku layan kan aja . Walau aku tak kenal kauorang sapa . kah kah kah 

Aku tak pernah kisah orang cakap aku ni apa apa pun . Aku mungkin perwatakan agak kasar . But itu lah aku . InsyaALLAH satu hari nanti mana tahu aku menjadi seorang perempuan ayu seperti Senah di kampung depan mak ayahnya duduk bersimpuh , pagi petang berbaju kurung jangan sampai menganga pula kauorang nanti. Kah kah kah . Ok abaikan .

ALLAH . DIA tahu maha tahu luar dalam aku . DIA tak judge aku melalui pakaian aku ni . Tapi DIA sememangnya sentiasa judge iman dan hati aku ni . Mungkin aku bukanlah Muslimah sejati yang bertudung labuh , tapi insyaALLAH aku masih di jalanNYA DIA , aku masih setia dengan DIA . Aku tetap dengan fitrah aku sebagai seorang perempuan di mana aku perlu taat padaNYA DIA . Aku manusia biasa macam aku cakap tadi macam kauorang juga . Hey , please ALLAH judge hati kita yea dan jangan lupa juga amal dan hubungan sesama manusia kene pelihara . Itu lah sebaik baiknya . ALLAH kenal kita jangan risau sebab DIA yang jadikan kita . Yang penting sila lah patuh pada syariatNYA DIA . Tak susah sebenarnya . InsyaALLAH.

Back to our niat . Our nawaitu . 

So Ustazah Rock tu aku hanya haha . Walau rock rock macam mana pun aku tetap sentiasa letakkan ALLAH sebagai yang utama . Lahiriah aku begini tapi batiniah/rohaniah DIA tahu . Jadinya aku ni tetap gila gila dan aku bukanlah budak skema yang kauorang sangka sangka . Yang tak menahan jangan lah cakap aku sombong . Kalau aku duk sengih setiap saat silap hari bulan aku kene lempang dengan sesiapa je yang sakit hati tengok senyuman aku tu .

Well , thanks people sebab percayakan manusia ni . Keep asking about macam macam perkara mengenai agama . Im not saying that yea yea aku power doh tentang agama ni .  No no no . Amboi Amboi Amboi . Apa yang saya tahu insyaALLAH saya cuba jawab pertanyaan pertanyaan tersebut . Dan aku minta derang supaya refer kepada yang lebih arif

Sampaikanlah ilmu ku walau dengan satu ayat :)


Belum kenal belum tahu . So sesiapa yang dah kenal tu yeah this is me . Yang baru kenal , well hello selamat berkenalan dan tak pernah kenal ok lah akan berkenalan insyaALLAH .

Beb ! Aku cakap dengan kauorang sebenarnya

 Ukhuwwah Fillah itu sangat manis okay ? 

Keep smiling people :)

NOTA : Dahsat betul peristiwa itew 

Friday

Ok dah tak buat dah

Assalamualaikum w.b.t

Ok azam .

Jangan buat lagi dah ok ?
Means kau dah faham maksudnya .

Tak apa . *Smile*

Fi Hifzillah . Thanks :)

NOTA : Ok bersurai

Excited kemain

Assalamualaikum w.b.t

Ya ALLAH . Alhamdulillah !

Kau tengok lah betapa excitednya aku bila dapat tahu yang kawan aku pregnant sebulan .
Syukur Alhamdulillah .

Masa hari perkahwinan dia pun aku tak pergi .
Tak ada rezeki tengok dia naik pelamin.
Kawan nakal nakal masa sekolah dulu .
Dah nak jadi Ibu dah dia :)

Berdebar debar pula . Ah aku ni dari tadi berdebar debar .

Kawan aku dulu yang sama sekolah rendah 21 Januari ni naik pelamin .
Ni kawan aku sorang sama sekolah menengah dah disahkan mengandung dan dijangka bersalin bulan 9 ni.

Amboi makin laju berdebarnya ni .

Kenapa ni .
Macam aku pula yang nak kahwin aku dan yang nak bersalin .

Btw , tahniah tau .
Jaga kesihatan , jaga baby .

Bacakan surah Maryam , Yusuf dan Ibrahim :)

Eh eh berdebar lagi .

NOTA : Nangis terharu .

Thursday

Aku cakap tentang kita semua

Assalamualaikum w.b.t

Manusia memang boleh berubah . Bila bila je dia boleh berubah . Sama ada yang baik mahupun yang buruk . Semua itu adalah dari diri sendiri . Kalau tu yang kau nak tu lah yang kau akan jadi . Jangan tanya tentang redha ALLAH , tapi berbalik pada niat kau tu . Tanya diri sendiri sama ada niat kau benar benar tak ke jalanNYA DIA . Kalau baik baiklah kau dapat , kalau buruk buruklah kau dapat .

Tanya hati . Sila tanya hati sendiri . Faham?


NOTA : May ALLAH bless all of us .

Guide Me

Assalamualaikum w.b.t

Oh ALLAH , please guide me . Aku seorang hamba yang kadangkala aku lalai .


:'(

NOTA : InsyaALLAH.

Wednesday

Sorry post aku panjang !

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku bawa ibu pergi kedai . Katanya nak beli span untuk jahit dekat bahu Jubah yang baru dibeli . Amboi kemainnya beliau menayang nayang depan aku tadi . Tapi aku tak ambil pusing sebab ada bunga warna PINK . Jadi warna PINK buatkan aku jadi buta tiba tiba !

Suddenly , aku nampak baju sekolah . Err baju Melayu sekolah agama punya . Samping dia warna hijau . Aku pun macam orang sewel senyum sorang sorang dalam kereta .

Bukan apa aku teringat sangat masa aku sekolah agama dulu . Bila dah pindah Kajang ayah terus masukkan aku ke sekolah agama sungai kantan tu . Pagi sekolah agama , petang sekolah kebangsaan biasa . Cewah , gaya orang sibuk juga aku ni kan ? Pagi sekolah petang sekolah malam buat dua dua kerja sekolah . 

*Pengsan*

Dulu kat sekolah agama subjek yang paling buatkan aku fokus ialah Sirah dan Tauhid ! Sebab , dua subjek ni adalah antara topik yang arwah atuk akan ceritakan kepada cucu cucu dia selepas solat . Lepas solat , atuk akan panggil cucu cucu dia yang ramai ramai tu duduk depan dia . Siapa yang paling banyak tanya .

Yea aku lah tu .

Untuk subjek khat pulak , pensil yang tebal tu kalau tak ayah yang asahkan mesti ibu yang asahkan jugak . Pernah sekali aku kurang sabar dengan pensil yang aku asah tu , kali aku terasah sekali jari aku yang comel ni . Aku tak nangis . Aku tak nangis . Cuma kecewa je pensil diasah berkali kali tak menjadi sampai pendek aku kerjakan pensil tu .

Bila datang je Ustazah untuk kelas bahasa arab tiba tiba aku macam tak get ready je . Habislah lidah berbelit lepas ni . Lepas tu kene hafal pulak grammar arab ni . Ingat English je ada grammar semua bahasa ada grammar tau . Pernah sekali tu aku rasa macam nak give up je tapi aku teruskan jugak sebab aku kenang ibu dan ayah ):

Kelas paling takut ialah Hafazan . Dan kelas paling cool ialah kelas Tajwid :D

Masa Ustzah offer aku join pertandingan bercerita tentang Sirah Nabi Pilihan aku terus terima je tanpa menolak . Balik tu terus gitau ayah

"Ayah , Ayah adik masuk pertandingan cerita Ustazah suruh adik masuk , adik nak beli buku cerita "

Ayah : "Ye? Jom jom kita pergi kedai"

Ayah pilihkan . Aku ambik je sebab aku tahu ayah pilih tu adalah yang terbaik . Cerita tentang Nabi Nuh . Nabi pilihan aku masa tu . Aku ingat lagi buku dia tak ada lah tebal mana tapi yang aku ingat dia ada gambar kapal besar .

Ibulah jadi pemerhati dan juri aku sebenarnya . Ibulah yang banyak bagi idea camne nak bagi cerita aku tu gempak punya :')

Kat sekolah kebangsaan pula , aku ingat lagi cerita yang aku sampai kan adalah cerita si Jalak Yang Sombong . Haa cam gitulah . Itupun pinjam buku abang . Sebab dia pemalas baca buku , lalu buku tu berpindah milik . Saat paling malunya aku boleh lupa pulak bila cerita dah sampai ke pertengahan dan hampir pasti aku nak menangis depan semua orang masa tu . Muka aku dah panas . Aku cuba tenangkan diri . Akhirnya Alhamdulillah :) .

Lepas tu tak cukup lagi aku masuk pertandingan deklamasi sajak lah , menari lah , camping lah . Macam macam . Memang betullah ibu kata aku ni jenis orang sibuk !

Kau rasa aku menang tak? Haha

Then bila buku maths petak petak kecik tu ayah yang selalu gariskan .

"Adik kene garis dulu kat tepi ni baru kemas"

Aku hanya menengok apa yang ayah buat yang pastinya sampai ke sekolah menengah aku applykan semua benda tu . 

Sampaikan kawan aku kata
"Skema gila kau ni"

Dan kerja sekolah mesti ibu yang check . Mesti ibu kene duduk sebelah tengok aku buat kerja semua . Dan check buku yang nak dibawa esok ke sekolah . 

Kat sekolah menengah aku aktif pelbagai bidang . Dan paling best aku suka seni . Masa hari kemerdekaan aku menang nombor dua , lukisan kemerdekaan wawasan 2020 yang terpilih *bangga dan berlagak* . Kemudian aku masuk sajak dapat nombor 3 tak silapnya lah  dan pertandingan menulis karangan mengenai kencenderungan penggunaan teknologi terhadap negara dan kesannya macam tulah lebih kurang . Dan pastinya aku orang awal yang habis dan dapat nombor dua . Itu pun ibu yang bagi rangsangan macam mana nak bagi umpphh punya karangan . 

Dan paling aku trauma sampai sekarang bila aku kene paksa masuk kelas aliran sains dan yang pasti itu semua kerja Penolong Kanan . Aku nangis nak tinggalkan kelas sastera .

Cikgu Faisal : "Sains ni Fariza banyak cabang , awak boleh pilih mana awak nak pergi , tak rugi pun . Sastera ni cabangnya sikit bla ... bla.. blaa." - Dalam kelas Fizik bila aku tak ada mood nak belajar Fizik . Kami berbual seketika . Masa Form 4 . Aku rasa masa tu aku tak ambil pusing pun apa Cikgu Pelatih tu cakap .

See, sekarang aku dah besar dan masuk Universiti . Ibu dan Ayah tengok aku dah besar panjang .

Dan yang pasti DPA bukan pilihan aku sebenarnya . Aku terpilih untuk take part sebenarnya . 
Aku nangis nangis . Aku nangis weh . Sampai la ni . 

Hidup ni jangan mengalah . Rezeki ada kat mana mana . InsyaALLAH . InsyaALLAH .

Dan yang pastinya

Semuanya sekarang aku kena buat sendiri . Haha


NOTA : Rindu tahu tak ?

Tuesday

Makan

Assalamualaikum w.b.t




Nah lauk untuk makan tengah hari ni .

Lauk asam pedas yang ibu masak semalam ada lagi rupanya tinggal panaskan aja .

Then , aku masak simple simple je .
Cekau daging , taugeh , tempoyak .

Ok jemput makan :)

NOTA : Memandangkan hari bekerja , sunyi betul rumah .

Sedih

Assalamualaikum w.b.t

Sedih tau .

Buku Yakjuj Makjuj 5 Gelombang Pembawa Bencana kene kuah rojak .
Alahai ujian ujian .

Memang malam ni menguji .

Eleeh dulu buku study kene masak lemak buat rileks je . Mengada ah kau ni Farish .

NOTA : Yea , mengada T_______T

Jihad .

Assalamualaikum w.b.t

"Suka ataupaun sayang seseorang dalam diam tanpa dia tahu adalah Jihad sebenarnya"

:|

Aku sedang berjihad kah Ya Rabb?

Ok pergi guling guling sekarang .

Aku cuba hormat perasaan dan hati aku sekarang . Dari sekaranglah aku kene pelihara baik baik .

NOTA : Susahnya bila post pasal perasaan ni .

Ehem .

Assalamualaikum w.b.t

Aku sure lepas aku post ni aku rasa macam serba salah .

Aku rasa aku suka kat dia .

Benda ni sebenarnya dah lama . 
Aku kata suka bukan sayang .

Itu fitrah . Memang manusia ni bukan sempurna . Rasa akan datang serta merta . 
Tapi dahsyat jugak aku ni , lama juga aku simpan ! Ceh .

Btw , terima kasih ALLAH .

Kekalkan rasa kehambaan dan keimanannya dalam diam itu . Aku salute dia.

Aaa , malunyewwwww .

NOTA : Kau kenapa Farish , nak kena lempang?

Monday

Umi cakap

Assalamualaikum w.b.t

Aku teringat .
Aku sangat sangat teringat .

Balik dari Jamuan Pengawas 2008 .
Naik kereta umi (Ustazah Zawiyah)
Satu kereta dengan kawan kawan yang lain .

Umi pernah cakap .

" Kawan dan sahabat ni lain sebenarnya . Kawan ni masa kita suka dan senang dia memang ada , bila susah kita lah dengan dia tapi bila kita susah dan memerlukan sangat sangat dia hilang entah ke mana . Sahabat ni setiap masa ada dengan kita , susah senang dengan kita juga . Dialah sahabat " .

Agak agak macam tu lah umi cakap .

NOTA : Hidup sentiasa mengajar kita kene hati hati .

Sunday

Ini kisah malam tadi

Assalamualaikum w.b.t

Tu lah .
Nak kan sesuatu tu biarlah dengan cara yang baik bukan cara yang kotor macam tu .
Kebahagiaan bukan ertinya kita harus mementingkan diri sendiri .
Kebahagiaan adalah melihat orang bahagia dengan kita .
Bukan untuk rasa sakit hati .

Kau silap jalan sebenarnya kawan .
Kau merenggut kebahagiaan di atas kebahagiaan orang lain .
Bahaya . Manusia ni bila berdendam lain macam gayanya .

Hati hati lah atas perbuatan kau tu .
Karma dunia ni belum sampai mungkin .
Nanti kau rasalah apa yang dia rasa .

Ini hasil diskusi malam tadi . Balik kerja aku kene culik dengan kawan kawan makan McD semua . Nasib baik balik sekejap bagitahu ibu yang aku keluar dengan siapa dan siapa .

Cerita masalah dan masalah . Kaunselor part time . Tu lah aku .

Kebenaran demi kebenaran . Dahsyat juga aku ni . Pertanyaan dan tercengang cengang aku yang aku simpan bertahun tahun tiba tiba terjawab malam tadi .

Benarlah ALLAH kalau nak tunjukkan kebenaran tu bila bila masa sahaja !

NOTA : Geleng geleng .

Tahun Baru dah .

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum 2012
Alhamdulillah terima kasih menjemput aku kembali untuk Tahun Baru ni .

InsyaALLAH ,
Aku cuba membuka buku baru walaupun tiap tiap tahun aku cakap macam ni . Tapi aku percaya , setiap tahun ada cerita yang berbeza sebab aku tahu ALLAH nak bagi aku tengok kitaran kehidupan aku selama aku bergelar manusia yang menumpang kat bumi DIA . Yang aku tahu ialah aku bukan hamba yang baik tapi aku tetap percaya semua orang mahu jadi yang terbaik .

ALLAH sememangnya sudi tolong semua hamba hambaNYA tak ada sorang pun akan terkecuali . Tapi kita tahu tak tu ?

NOTA : Ni keluar lagu sedih ni ape cerita?