Thursday

Coklat jatuh dari langit !

Assalamualaikum w.b.t.

Al kisah tentang seorang perempuan dan seorang lagi kawannya yang sedang bermalas-malasan pada penghabisan waktu zohor .

Seorang lagi pula sedanglah tidur dengan nyenyaknya ala ala brader brader yang baru balik kerja kontrak. Di tingkat bawah katilnya ada seorang perempuan yang sedang enak berbaring baringan sambil mendengarkan lagu di telefon bimbit sambil sambil itu berbual dengan jiran sebelah katil pula .

Ok payah macam ni nak cerita .

Semangat untuk study buat masa ni belum up lagi walaupun buku dah pun siap sedia atas meja untuk dibaca dan nota pun hanya sekerat jalan cuma . Semuanya spirit nak tidur je . Al maklumlah pukul 2 dan 3 ni waktu waktu paling sedap untuk membuai mimpi yang karut marut . Haish .

Tengah tengah saya berbual dengan Zakiah .

Tiba tiba

***********

Paaawww !

Ada sesuatu jatuh di atas kepala saya dan serta merta kepala merasa pening sekali . Zakiah yang melihat kejadian tersebut tercengang-cengang apatah lagi saya mendapat tahu sesuatu yang jatuh itu membuatkan saya menjadi bengang . 

"Apa benda ni ... lahaii , coklat Bedah ke ?"

Yea . 'Sesuatu' yang jatuh di atas kepala saya adalah coklat . Coklat yang jatuh ni bukan sembarangan coklat . Coklat ni terbang dari New Zealand . Mula mula rasa heavennya ada coklat jatuh dari langit . Tapi ni langit bukan sembarangan langit . Jenis yang baik hati macam saya hanya dapat tenangkan diri . Kalau tak dah boleh bawa gaduh dengan hal hal macam ni . Silap hari bulan hak milik terpelihara coklat tu boleh berpindah ke tangan saya sekarang jugak !.

Zakiah dah mengekek ketawa . Saya yang masih blur dan pening hanya tersengih sengih dalam masa yang sama cuba menahan hati yang pedih . Nasib baik ada adik yang sedia membantu . Perlahan lahan Zakiah letakkan balik coklat tu bawah bantal Bedah . Lasak juga budak atas ni tidur . Lepas ni entah apa pula yang jatuh . Dalam sejarah rasanya dia tidur lasak sampaikan benda yang tak disangka sangka jatuh kat kepala saya  . Betul lah orang kata , tak ada apa yang mustahil dalam dunia ni.

Al kisah kenapa coklat tu bawah bantal Bedah . Yea . Mari sini hamba ceritakan . Pada masa itu , pulangnya kakak beliau dari New Zealand selepas tamatnya pengajian beliau di sana , dengan baik hati kakaknya telah membawa pulang sekali coklat coklat yang bermacam macam jenama . Alhamdulillah , Bedah ni jenis yang tak lupa adik adik beliau lalu beliau pun bawalah coklat yang selebar entah berapa inci tapi bagi saya ia coklat yang agak besar . Besar bukan sembarangan besar . Besar bawa makna . Maknanya ia adalah coklat yang sedap .

Pada mulanya .

Bedah : " Ga , coklat ? Ni kakak aku bawak dari New Zealand ( jenis riak punya cara cakap)

Gaga : "Oh .." ( tercari cari logo HALAL )

"Halal ke ni Bedah? Haish takut pula nak makannya .."

Bedah : " Halal Ga , makanlah.."

Bila meyakini apa yang beliau sampaikan lalu saya pun mencuba . Sah memang satu cubit tak cukup . Nampak tak tamak haloba kat situ? 

*Konon makan satu cubit . Sebab segan punya pasal :">

"Titew segan tau . Sapelah titew nak makan coklat dari New Zealand ni.."

Coklat tu pada mulanya cair . Lalu beliau mengambil iniatif untuk meletakkannya di bawah bantal beliau . Katanya cepat keras . Yea bagus juga stail stail orang dulu dulu jenis lipat baju letak bawah bantal esoknya nak pergi mana mana tak payah gosok . Hihi .

Yea . Lepas itu saya telah diketawakan . Ni semua Zakiah punya pasal . Habis diceritanya . Haish . Pening . Nasib baik dah hilang . Kalau tak , risau juga boleh bawa ke migrain ni . Bahana coklat punya pasal !

NOTA : Kuiz , aku tetap akan menantimu .