Monday

Merepek , merepek lagi !

Assalamualaikum w.b.t

Berlagaknya post banyak kali .

Semalam adalah malam yang riuh . Macam buat majlis makan makan pula kat bilik ni .
Dengan mash potato-nya , dengan mihun sup-nya , dengan maruku-nya . Masing masing duk mengunyah sambil tu mulut berpot pet .

Suddenly,

"Eh korang , contohlah korang ada kawan yang luar negara punya , contoh la kan contoh la kan , dia nak tahu Malaysia ni cam ne , negara lain ni cam ne . Dia tengok melalui filem2 yang dipublish . Contah la kan klip 3GP ni , lepas tu citer2 hantu , citer2 gangster ni so dia akan fikir "ouhh Malaysia punya country macam ni ke?" lepas tu pulak dia tengok citer Indonesia , contoh la kan Ketika Cinta Bertasbih kan kat Indonesia kan ada banyak citer2 yang berunsurkan Islamik so dia fikir yang Indonesia ni country dia macam ni , macam ni .. faham tak ? faham tak ?"

By Zakiah

Kemudian masing masing pula berebut rebut nak bagi pendapat masing masing . Saya malas nak cakap apa apa . Tengok je perdebatan diaorang . Bila bilik dah mula bising .

Ciki

" Dah dah dah , diam diam diam semua ! "

Apa yang Zakiah cakap tu ada betulnya ada salahnya . Saya bukan lah nak komen lebih kan , tapi saya dapat lontarkan kat sini kadang kadang penyampaian sesetengah filem tak berapa sampai . Ada juga filem yang kadang kadang buat kita jadi tak faham apa sebenarnya derang nak sampaikan ni ? Ada jugak filem yang ending-nya macam tersangkut .

" Apa ending dia tersangkut , dooh (?) "

Dan ada pula filem yang kadang kadang terover actingnya . Tepuk dahi juga la bila tengok citer macam tu .
Itulah sesetengahnya saja . Saya ulang sesetengahnya sahaja . Kadang kadang nak salahkan pelakon tak leh jugak . Sebab derang hanya menjalankan tugas untuk follow the jalan cerita tersebut . Yang penting kat sini adalah jalan cerita sebab  jalan cerita sebenarnya yang menyampaikan mesej kenapa cerita tersebut kami kene tonton . Komedi komedi tu , fantasi fantasi tu tak adalah saya ambil port sangat sebab semua orang mahukan kelainan . Tapi kelainan boleh dibuat tapi jangan lah berlebihan kadang kadang orang boleh naik bosan .

Saya layan je kot semua filem dan semestinya 100% dari Malaysia . Cuma itulah semua orang ada pendapat masing masing kan ? Kadang kadang orang suka tengok filem ni sebab pelakon kegemaran derang berlakon dalam cerita tu . Erm mungkin lah . Saya ulang mungkin lah kan ? Tanpa filem dan produksi pun , kita bukannya kenal sapa tu Adi Putra , Aaron Aziz , Maya Karin tu semua. Tanpa pelakon hebat hebat juga produksi tak akan melonjak naik . Tu lah pentingnya , saling bergantung antara satu sama lain . Masyarakat pun memainkan peranan penting juga kan? Contohnya ... pikiaq sendiri .

Kita boleh je buat filem filem berunsurkan Islam cuma tak diperbanyakkan yang banyak pun cuma drama drama kat televisyen tu . So siapa kata kita tak boleh ?


Pasal apa yang Zakiah cakap tu , derang jangan hanya menilai setiap masyarakat dalam sesebuah negara melalui filem yang ditonton . 


Yiossshhh apa yang aku merepek ni  ><

Dah zohor ayuh ayuh !

NOTA : Kalau berterabur , sorrylah yea . Banyak sangat gangguan kat sini -.-