Sunday

13/1/2013

Assalamualaikum w.b.t

Yaa hari ni selesai sudah paper Human Resource Management . Kepala aku sedikit pening sebab banyak sangat info dalam kepala ni dan menyebabkan otak sebelah kanan aku sedikit membengkak . Kahkahkah .
Ehem . Alhamdulillah . Kawan aku kata aku kelihatan ceria selepas keluar dewan . Cuma aku boleh cakap

"Terima kasih ALLAH sebab permudahkan urusan menjawab soalan hari ni"

Cuma soalan PART A tu yang ada 5 markah tu macam mana aku boleh berpaling tadah ? Aku dah jawab benda betul lepas tu pergi cancel balik . Aku rasa sangat sedih . Jahat betei setan ni . 5 markah tu woi . Ok jangan bincang . Tarik nafas sekarang doa banyak banyak kat ALLAH . Serah semuahnya kat DIA , biar ALLAH uruskan . ALLAH lihat usaha aku .

Baik lah sampai mana kita tadi?

Tadi lepas paper HRM aku terus pergi ATM nak pergi keluarkan duit . Kad aku tak boleh guna ceritanya dah aku keluar dengan marah dari Shell tersebut dan mempress motor gaya mat rempit nak pergi berlumba . Macam biasa selepas pukul 5 petang jalan mesti jammed lebih lebih lagi kalau depan UiTM Shah Alam di hatiku . Confirmed ! . Nasib baik juga kemahiran cilok mencilok yang aku pelajari masa aku menyertai persatuan rempit seMALAYSIA dulu masih kekal dalam diri . Cilok , cilok punya cilok akhirnya aku tersepit juga di antara kereta Honda Civic dan Kancil . Hurm akan kerana aku bosan menunggu Traffic Light yang seperti Menunggu Kucing Bertanduk aku memeluk tubuh gaya gaya brader yang naik motor Harley Davidson . Sedang menikmati kekacauan jalan raya aku terpandang aksi sepasang suami isteri ataupun sepasang kekasih dalam kereta kancil sebelah kanan aku . Aksi diaorang yang dalam kereta kancil ni amat menjengkelkan dan aku mengambil keputusan untuk terus memandang dan pandang .  Dengan gaya memeluk tubuh serta pandangan yang mencerlung serta merta pasangan tu terus tegak seperti tiang elektrik . Aku pun agak terkejut dengan aksi spontan diaorang yang macam tu sekali namun aku hanya mampu tersenyum sinis .

Dan sempat jugak aku menoleh ke arah Honda City sebelah kiri aku kot kot ada yang buat benda yang sama . Namun sangkaan aku meleset rupanya diaorang macam dah lama peratikan aku . Kenapa eh ? Aku macam awie ke ? Kebetulan pasangan dalam kereta Honda City tu macam dah berusia so aku assume diaorang ni pasangan suami isteri . Untuk mengelak aku macam rasa malu gila yang diaorang dari tadi perati aku , aku terus melemparkan pandangan ke hadapan . Hmm lawa jugek awek motor depan ni .

Atau adakah pasangan suami isteri tu nak ucap tahniah atas pandangan aku yang berbisa dan menyebabkan couple dalam kereta kancil tu terus jadi tiang lektrik ?

Kahkahkah kbye .