Tuesday

:3

Assalamualaikum w.b.t

Nampak tak ada entri yang aku tak bagi salam ? Ya entri kelmarin sebab marah punya pasal . Nampak tak betapa buruknya akhlak aku bila mana layan kemarahan punya pasal sampai lupa mulakan salam . Tak apalah . Aku tak tahu kenapa tiba tiba laju je tangan aku nak menaip entri . Ni pun sebab tunggu member gosok baju , nak tunggu dia punya habis gosok baju memang buat kau boleh buat semua kerja . Makan , tidur , mandi , lepas tu main congkak . Agak agak dah mati 3 kali , baru lah dia habis gosok baju . Ok melampau bukan apa dia jenis teliti jugak bab bab menggosok baju ni , dia punya side je dah tajam . Pernah jugak aku punya jari luka sebab tersentuh lengan baju dia tu . Ah melampau lagi . Aku harap apa yang aku cuba nak post kali ni akan terpost jugak sebab dah berapa banyak post aku asyik kat draft je nampak sangat aku macam buat kerja separuh jalan . Aku baru je habis buat southeast asea punya research . Pasal Indonesia . Nasib baik jenis negara yang hujung tudung je memudahkan kerja aku jugak . Tapi tak boleh lah nak berlagak sebab ada jugak benda yang aku tak tahu aku jadi tahu dan betapa gayatnya aku tengok tempat2 yang cantik dekat kepulauan Papua . Dan itulah first time dalam hidup aku tahu yang Papua tu terletak kat kepulauan Indonesia dan antara kepulauan terbesar n terpenting kat Indonesia sana . Serious cantik dohhhhh . Yang tak bestnya orang orang kat sana kau faham faham je lah orang yang memang hulu hulu hulu punya itu yang aku agak segan tengok google images pasal Papua ni . Bukan apa tertengok apa yang tak sepatutnya aku tengok tapi nasib baik dah cecah umur matang . Kakaka  . Kalau nak tahu Indonesia ni antara negara yang mempunyai kepulauan terbesar and total pulau yang ada dalam 17 000 lebih . Banyak kan ?


Ok aku gayat sebenarnya bila nampak pantai or laut or pulau dan segala apa yang cantik2 berkaitan dengan air yang membuatkan aku nak terjun . Sebab aku memang suka air . Cantikkkkkkkkknyewwwwwwwwwwwwwww

Sebenarnya masa diploma lagi aku tak berapa in sangat dengan subjek casea ni . Bukan apa , benda benda yang berkaitan dengan 10 negara jiran ni bukan senang nak bawak . Tapi nak buat macam mana aku terpaksa ambik subjek ni sebab subjek yang aku memang minat dah penuh dan diaorang tak nak bukak kuota lagi . Sebab ramai jugak senasib dengan aku . Hmm . Tak apalah satu sem je belajar . SATU SEM JE YANG SELAMA 4 BULAN SETENGAH . Pujuk diri sendiri dengan sengaja tekan CAPS LOCK . Susah jugak subjek ni tapi tak apa mungkin ada hikmah . Boleh jugak aku belajar dari kesilapan lalu . Tak boleh betul ingat zaman diploma masa ambik subjek casea ni . Dahsyat betul kenangan silam . Ok tak tahu apa aku nak cakap sebenarnya . Lama jugak termenung depan tingkap ni , termenung punya termenung lain pulak yang lalu depan tingkap nanti . Wuuuuuuuu .

Bila duduk rumah sewa ni feel dia lain macam sebenarnya . Best sebenarnya tapi nak bayar tu yang sakit . Kebetulan area rumah aku ni facilities sangat lah banyak . Aku ingat nak jugak cari kerja part time . Boleh tambah income sikit . Yalah kau tahu ja lah duduk shah alam ni , taraf hidup tinggi kot . Aku ni dah macam nyawa nyawa ikan dah kat sini . Semuanya duit , kalau sikit tak apa ni ... masyaALLAH tak nak cerita . Cewah macam teruk je . Haha . Ok lah Alhamdulillah . Kalau pandai berjimat cermat so selamatlah . Biasalah zaman makin naik , semuanya naik . Tapi sejak sem baru naik kenapa diaorang cakap aku dah kurus? *tetiba

Budak budak rumah pun ok dan sekepala . Walaupun baru kenal tapi gaya macam dah kenal lama . Ya lah lebih lebih lagi dengan aku yang sedikit bechok ni , memang in lah dengan diaorang . Pengemas , pembersih , rajin solat tu yang best . So takdak lah rumah ni nampak macam tongkang pecah silap hari bulan ada yang pecah gigi dia aku kerjakan . Perghhhhh . Haha . Dan disebabkan sekepala maka terjadilah kuih ni . Kuih ni kuih buah melaka . Hahaha aku saja saja je nak buat , buat pemanis mulut . Hasil kombinasi warna dengan kak don (housemate) . Dia memang suka warna pastel . Aku kan anti warna pink tapi akan kerana aku mengamalkan demokrasi aku terpaksa aku pada majoriti . Maka terjadilah ini . Warna biru tetap ada Mihihihi


Diaorang cakap sedap . Alhamdulillah . Disebabkan housemate agak ramai tak dapatlah nak hulur jiran sebelah . 

Hari tu ada jugak jenguk2 rumah jiran sebelah . Kebetulan masa tu rumah kitaorang tak ada air so dengan muka begitu tebal pergilah nak mintak tolong punya pasal . Yang aku marahnya rumah aku takdak air sebab ada orang tutup paip air kat bawah . Ish kalau nak mengorat pun biarlah dengan cara yang betul apa barang main tutup tutup air ni tak gentle langsung . Dua kali pulak tu . Apehalnya entah aku tak paham betei .Tahulah budak2 baru pindah . Nak buli konon . Kisah ? Tapi kisahlah menyebabkan aku terpaksa tak mandi dari pagi . Ikutkan aku masa aku nak bukak paip air kat bawah , nak je aku tutup semua paip yang ada kat situ , tapi untuk apa ? Tak gi mana pun kalau buat camtu kan . Aku bukan apa , aku taknak orang lain kena macam aku kena . Kakakaka . 

Dan dan dan dan yang paling bestnya kan , bawah rumah aku ni ada satu restoran . Aku ni bukannya minat pun lepak restoran . Kalau setakat mamak tu bolehlah lagi . Sebab aku rela masak kat rumah dari sibuk2 makan kat kedai . Tapi dari tak minat pergi restoran terus terminat . Sebab apa ? Sebab ada muka n style brader tu macam betoooooo ! . Sebab tu kerap je aku turun bawah . Hahahahahah


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . bcdefghijklmnopqrstuvwxyz

Yang penting masa nak balik rumah , abang tu sempat lambai aku k . KAU ADA?

hahahahahahaha Farish Gatal .

Minta maaf ada sedikit kegatalan di sini :P

Kbye