Thursday

Suspen

Assalamualaikum w.b.t

Aku sihat Alhamdulillah *tetiba*

Bukan apa jantung aku pun tak cukup rehat lagi sebab kes semalam . Pengajaran jugak kepada engkorang ni  . Cerita dia macam ni . *Sambil betulkan duduk*

Tengah tengah aku bergurau senda dengan housemate aku dengan topik entah menda menda . Tiba tiba telefon aku berbunyi . Member aku mintak tolong pasal ada sorang member aku ni mak dia call . Ceritanya mak dia call call member aku tak dapat pulak lepas tu aku tak tahu lah lepas tu apa jadik . Mesej tak balas balas . Aku pun pelik lah kenapa boleh jadik macam tu . Sebab kawan aku tu dia memang anak yang taat dan baik . Rupanya ada pernah satu hari tu member aku kena kejar dengan seorang lelaki ni . Lelaki tu dengan entah kenapa tiba tiba bodoh abadinya ikut member aku sampai naik ke rumah . Bila member aku pusing time nak tutup pintu dia pergi bukak seluar dia dengan tunjukkan *krik krik krik* dia tu . Member aku takut lah apa lagi takkan dia suka terkinja kinja pulak . Kau ni biar bebenor sikit .

Memang lah kawan aku tak expect yang lelaki tu ikut dia dari belakang . Ya lah kalau nak buruk sangka dengan orang ni pun tak boleh sangat mana tahu rumah lelaki tu kat atas ke kan ? Ni tak bila ada lelaki ikut kau tiba tiba nak marah dia

Kau ikut aku dari belakang eh ?


kau nak apa?



Ouchh sumpah I tak ikut . Sumpah dik non !!!


Ke tak pasal pasal . Aku nasihatkan hati hati lah kawan kawan perempuan ya . Zaman sekarang macam macam boleh jadik . Kau tengah makan nasik pun dia boleh tenung kau sampai tembus belakang . Jaga jagalah .

Ok balik kepada cerita . Tunggu punya tunggu , call punya call tak ada langsung . Member mana yang tak gelabah . Ya lah dah mak dia mintak tolong takkan la aku nak bertenggek kat rumah buat dek je kan ? Tapi yang aku tak boleh perginya lagi baru aku tahu yang dia tinggal dekat area rumah aku rupanya . Kata member aku dia baru pindah . Punyalah buruk perangai aku ni sampai aku tak sedar dia dah jadi jiran aku rupanya . Buruk gila perangai . Masa tu nak lempang diri sendiri pun dah tak da masa sebab gelabah tahap klcc 16 tingkat punya hal . Aku dengan member member aku pun bertenggek dekat bawah rumah dia tu kot kot ada ke dia turun atau member member dia yang kitaorang kenal ke boleh lah tanya kot kot tahu dia kat mana . Lama juga tunggu takdak juga . Jadi dengan meredakan keadaan yang agak panas dan tegang kitaorang ambik keputusan tunggu dekat dalam kereta je .

Mak dia call dah menangis nangis . Ya Tuhan kesiannya aku . Mak mana tak risau lebih lebih lagi anak dia kena pula dengan lelaki yang sengal abadi tu entah mana datangnya aku tak tahu . Aku ni lemah sikit kalau ibu ibu ni menangis . Aku pun mahu menangis sama . Nasib baik member aku tu pujuk mak dia supaya jangan risau

"Jangan risau ya auntie , kami akan cari dia sampai dapat"

Peh aku dah rasa macam agent penyiasatan dah . Duduk dalam kereta duk usha sana sini . Kot kot ternampak kelibat dia . Dah macam macam benda dalam kepala otak aku ni . Mana tahulah kan dia tertinggal phone kat rumah sebab kelam kabut nak pergi kelas punya pasal ke , ke kedai tak bawak telefon ke tapi dengar cerita dari mak dia ni mustahil juga . Ah sudah tetiba nak buat cerita macam detektif conan pulak . Kejap duduk dalam kereta kejap keluar balik . Tengoklah betapa tak senangnya hati kitaorang ni . Nak report polis kena tunggu sampai 24 jam . Apa kitaorang nak buat ni .

Tunggu sampai pukul 8 lebih macam tu . Kata member aku lagi sorang dia ada kelas malam ni . Kalau dia datang kelas kitaorang suruh dia bagitahu . Dah pukul 8 lebih still takdak berita ni . Ah sudah jantung aku macam ada dua je berdegup kemain ni . Member aku pun call lah mak dia balik . Mak dia kata mak dia dah berjaya contact dia . Kau tahu kenapa ?

Sebab


Mak dia kata dia tidur

Dan aku ketawa dan ketawa



Sekian .

Terima kasih .

Pengajaran . Jangan tidur mati . Silap silap hari bulan ada orang yang mati pula risaukan kita . Alhamdulillah nasib baik aku ok .