Friday

Dulu lain , sekarang ? Sikit lah kot

Assalamualaikum w.b.t

Hmm sedap n tenang je lagu Secret Garden by Nocturne dia macam lagu yang unsur alam alam ni . Tapi nanti kau akan tiba tiba rasa macam annoying bila ada suara perempuan duk buat choir kat belakang . Aku rasa kalau takdak pun tak apa . Takdak lah nak meremang sangat bulu roma aku ni . Mihihi :3


Baaaahhhhhhh . Takot tak . Takot tak . K


okay lah . 
Aku sebenarnya berdebar debar jugek untuk mid term test yang berderet deret mulai minggu depan . Rebah bangun rebah bangun lah jugak aku nak memikirkan strategi untuk menang dalam PRU13 ni . Eh . Bukan apa , aku ni dah naik sem 4 kot . Pelajar Ijazah . Alah kalau cakap main main tu memang ada lah . Tapi aku rasa bersyukur duduk luar ni sebenarnya . Bila duduk luar ni pergi kelas pun dengan housemates . Sampai kelas pulak kemain awal . Pukul 8 dah terpacak kadang kadang tu pintu kelas tak bukak lagi pun aku dah siap melepak lepak tunggu akak tu bukakkan mangga pintu . Peh rasa sem ni penuh wibawa . Housemates aku budaknya bukan calang calang orang . Semua pandai pandai . Aku je masih lagi di tahap minima . Amboi sedih kalau duk study ramai ramai aku lah banyak main . Diaorang main main je tapi study tetap no 1 so diaorang ni adalah contoh jugak untuk aku lebih berjaya dan berwawasan *insaf 5 minit* *pejam mata tarik nafas 10 saat lepas tu lupa dah apa yang dimuhasabahkan*

Kalau nak dibandingkan masa duduk dalam dulu , aku lah muka selalu lambat datang kelas . Lecturer dah masuk dah siap mengajar sampai muka surat 2 , aku baru lah terhegeh hegeh nak sampai kelas . Haih apalah nak jadi dengan aku ni . Mula mula muhasabah lah diri sekejap , hmm dah nama sekejap esok tu buat balik . Ni dah duduk luar ni , kene lah ubah sikit perangai . Tak leh malas malas . Dah besar dah takkan mak ayah nak ajar lagi . *tetiba* . Eeeee tatutnyewwwwwwwww titewww minggu depan mid term . Dan aku tak boleh pergi mengenangkan subjek CASEA tu . Ya Tuhan . Bajet fokus je dalam kelas entah apa input aku ambik pun aku tak tahu . Lecturer tu cakap mengalahkan KLIA transit . Baru nak duduk dah sampai KL sentral . Laju tak laju engko . Senang cerita lecturer aku ni memang hebat dah nama ajar casea memang lah kene tahu semua kalau student tanya itu ini kau nak jawab apa . Memang google bergerak betul . Kalau dia cakap nama nama presiden dari negara negara asea yang pelik pelik semua dia tahu , sebutan semua betul . Peh menangis aku duduk kelas dia . Kalau tak skor aku tak tahu nak jawab apa . Masa diploma pun nyawa nyawa ikan belajar casea inikan dah masuk degree . Mahu tak keluar biji mata .

Doakan aku eh ?

Ni lah sebahagian dari housemates aku . Nampak muka pun dah tahu pandai kan ? hahaha . Kecuali aku lah tengok muka pun dah tahu sewel .


k bye