Saturday

Kritikan mungkin

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru je selesai menengok Heart String . Cerita Korea . Itupun sebab housemate bukak aku nak tengok apa lagi kat rumah sewa ni pun tv tak sampai sampai lagi . Tak apalah tengok je lah . Diaorang sendiri tahu aku tak berapa minat sangat tengok korea ni tapi bab City Hunter tu sumpah aku tengok non stop k . Sebab cerita dia takdalah nak cinta cinta sangat dia lebih ke arah Hunting . Ya lah dah nama pun City Hunter . Tajuk dah gempak mestilah cerita pun nak gempak . Tapi satu je lah , hero dia ni kalau berlawan muka nak cool je . Aku tengok skill dia takdaklah power mana . Lebih mempertahankan muka jambu beliau sajo . Habislah aku kene banned dengan pechenta korea . Kisah ? Hahaha . Bukan apa , aku tak tahu kenapa aku allergic sangat dengan korea ni . Especially bila bab lelaki . Lelaki dia memang jenis metroseksual eh ? Maksud aku dia bukan lah ke arah macho atau handsome tapi aku boleh kategorikan diaorang ni cantik plus manis T________T ahh sedih sedih . Begitu dahsyat perspektif aku terhadap golongan golongan seperti ini .

Aku bukanlah jenis kalau anti ni memang anti kaw kaw punya . Ada lah dalam dua tiga cerita korea aku layan . Kenapa lelaki lelaki dia tak macam dalam cerita Winter Sonata , Autumn in My Heart ? Ahh tu mungkin zaman zaman cerita korea baru nak menaik so hero dia takdaklah nak lawa sangat macam sekarang ni . Cakap pun cover cover macam nak tak nak je . Sedih sedih . Macam dalam cerita Heart String ni hero dia ok lah lawa eh silap , ada rupa tapi masalahnya aku rasa memang kalau nak jadi orang korea style semua kene macam tu eh ? Sekarang ni ramai gila dah terikut . Tapi sedih sekali , akan kerana terlalu nak sangat jadi korea aku tengok tu bukan korea itu macam lebih ke arah kuih KERIA . Tak salah bagi aku tapi at least tolong lah jaga imej kau sebagai seorang lelaki . Gaya dah korea tapi bila sampai bab jalan . Ya Allah aku pun kalah . T________________T housemate aku memang kaki korea kira senang cerita orang sekeliling aku memang minat korea . Ringtone lagu korea , wallpaper kat laptop gambar entah sapa entah aku bukannya kenal . Kalau running man aku kenal lah . ahahahahahahahaha K . Itupun sekarang ni aku kerap jugak layan running man sebab dia ke arah game show bukannya cerita cerita yang meleret leret . Takdak pulak anggota running man tu lawa except Ji Hyo je lah dia dah memang lawa sebab dia perempuan . Kan bagus kalau semua lelaki cam Jong Kook ? Tetiba .

Dan satu benda aku dapat tengok dalam cerita korea ni sikap ibu bapa ataupun nilai keibu bapaan . Menunjukkan ibu bapa orang korea ni jenis prihatin . Hubungan dengan anak anak baik sangat . Bukan aku nak cakap semualah . Tapi sesetengahnya saja . Bukan aku nak cakap cerita Melayu tak bagus tapi entah kenapa tiba tiba terlintas kat kepala aku untuk fikirkan benda ni dua tiga jenak . Ini aku buat penilaian melalu cerita Heart String lah eh . Ok situasinya bila anak anak tengah dilamun cinta . Mestilah hati tengah berbunga bunga kan ? So bila baru balik dating dengan makwe mesti balik rumah pun tersenyum senyum lagi .

Sesetengah mak bapak dalam cerita Korea

Mak bapak korea : " You looks happy today , something good happened? " *translated*

Cuba bak datang dalam cerita Melayu

Mak bapak melayu : " Haa ni balik rumah tersenyum sorang sorang ni dah kenapa? Buang tebiat ke apa? "





Ya Malaysia Boleh !