Friday

Cerita hawi niw

Assalamualaikum w.b.t

Seems everyone is having ___________ . Fill in the blank .

For today punya cerita , aku boleh tidur lepas je sembahyang subuh tadi selepas bergelumang dengan dosa dan noda selama beberapa jam . Eh bukan sebab tak boleh tidur punya pasa . Not good . Selesai study costing pukul 3.30 a.m . Lepas tu terlintas pulak dekat kepala yang aku terlepas drama . HanyaPadaMU heheheheheheheheheehehehe . Kenapa aku gelak panjang ? Sebab Beto Kusyairy ada kat dalam tu . K bye

Layan layan punya drama online pukul 4.45 a.m tutup laptop dan tiba tiba mata jadi segar bugar . Roommate sorang bangun untuk stay up pandang aku pelik sebab aku tak reti reti nak tidur lagi . Mulanya macam tu lah aku nak buat , nak stay up untuk sambung study costing . Tapi terus menerus buat past year sampai pukul 3.30 a.m . Ada jugak lah aku lagho sekejap sekejap . Nak study dari pukul 7 p.m - 3.30 a.m memang tak dapat bohh . 8 jam setengah straight boleh bengkak kepala aku sebelah kiri silap hari bulan ada yang suis tercabut . Nak jugak rehat rehatkan otot otak ni . Sedangkan robot pun ada rehat inikan pulak otak kita ni haa . Haih sebab nervous punya pasal costing ni mana taknya aku pulun habis habis . GILA . Aku kan tak minat account tapi demi masa depan yang cemerlang aku gagahkan jugak . Kalau masa diploma dulu aku menangis nangis bukan account sekarang tidak lagi . Sebab kita dah besar :P

Aku cakap kat kau ni , kehidupan degree ni tak semudah yang kau sangka , nak . Kau nampak macam budak budak degree ni asyik dengan enjoy dia je , pergi I City lah , makan burger abang burn lah , makan burger besar tu lah , lepak dekat tasik shah alam lah , apa benda semua . Ya lah kat Shah Alam ni banyak nye tempat nak lagha . Huishh banyak . Aku duduk Shah Alam ni mana pernah jejak I City itu pun last year punya cerita masa roro bawak aku dengan syed pergi . Bayangkan dari Melaka ke Shah Alam semata mata lepaskan stress jawab exam Financial Administration . Kau mampu ? Dengan aku yang tak cukup tidurnya gagahkan diri bawak kereta . Peh tak payah cakap lah berapa tin aku telan nescafe . Baru mata macam kakak OWL . Kurr kurr .


I'm sexy and I know it . Jyeah 

Tapi nasib baik ada ibu (Ibu roro) dengan Tok Mah buatkan Spaghetti Carbonara . Cuma aku tak boleh lah nak telan banyak banyak aku jadi pening and cepat muak . Aku mana layan sangat western food ni . Aku ni orang kampung . Sambal tempoyak , sambal belacan , ulam ulaman lah menjadi makanan asas aku kat kampung . Hmm . Pung pang pung pang punya cerita sampai Melaka tengah malam . Perkara biasa , nak acah acah pak guard . Nasib baik lah pakai baju kurung tak termasuk syed . Dia pakai seluar dengan baju lah kejadah nak pakai baju kurung . 


Awwh . Pilihlah mana uolls berkenan .

Kan ? *mulut berbuih*

Okaylah nak dijadikan cerita . Masa degree ni lah penentu masa depan negara . Mana boleh main main lagi . Masa diploma dulu lagi lah sedih . Esok nak paper malam tu aku boleh lagi pergi jalan jalan kat Jonker Walk . Dahsyat .. dahsyat kehidupan masa lampau aku macam tak lalu nak ingat balik . Lepas tu pergi zoo Melaka malam malam buta dengan budak budak ni . Haiwan nak tidur kitaorang pulak datang duk menganggu . Tak ke haru tu ? Semata mata nak penuhi permintaan kawan aku sorang tu . Betapa berwibawanya aku ni . Akan kerana tak puas duk membelek haiwan yang batang hidung tak nampak malam malam tu so kami berazam untuk pergi balik semula pada hari esoknya . Wuuuuu . Barulah nampak segala benda , benda yang kitaorang tak boleh nampak pun tiba tiba jadi nampak . Haaa apa benda tu ?

Hmm . Tu lah aku cakap dahsyat kehidupan masa lampau aku ni . Ni semalam masa study account pun aku boleh lagi berangan nak pergi merempit makan tutti frutti kalau tak pun makan snogurt . GILA tak ? Tiba tiba hujan pulak so ALLAH minta aku study bukan fikir nak penuhkan nafsu aje . Cedih . Pagi tadi punya aku nak tidur pun aku boleh bayangkan lagi benda alah tu . Ada hantu ke apa dalam bilik ni ?


Jom ah Farish aku bawak kau pergi Tutti Frutti . Jomm ahhh . *wengg wenggg wengggg*

Hmm . Ya lah masa study week mana nak sempat aku cover semua benda . Ya lah mungkin ada hikmahnya . Jaga ibu masa sakit adalah lebih utama dari ilmu duniawi . Apalah gunanya tanggungjawab seorang anak kan kalau abaikan mak ayah ? Pentingkan final exam aku campak je kau dalam lombong sana . Begitulah ceritanya . Hmm aku pukul 10 baru dapat tidur kau tahu ? Ada je gangguan . Kejap orang mesej kejap orang bbm kejap orang call . Haih susah jadi orang hawt mawt ni . Hmm . Banyak benda lagi yang aku kene cover . Nervous dia gaya macam nak pergi nikah . Nikah lari . Bernikah sambil berlari . Aku risau jugak sebenarnya . Aku ni bab kira kira memang tak suka dari sekolah lagi . Pandang budak account pun aku tak sudi ni . Itulah dikatakan karma dunia . Kahkahkah . 

Ok lah pung pang pung pang pun aku nak pergi sambung study untung untung pergi library petang nanti . Boleh lepak sampai tengah malam yea dak ?

Doakan aku kawan kawan . Sesungguhnya doa doa sahabat untuk sahabatnya lebih dimakbulkan ALLAH :)
Mwah !

Ok bui