Saturday

Aku bukan "extremist"

Assalamualaikum w.b.t

Haa engkau . Asyik nak bantut je niat aku nak publish post . Sekali amek dua posts aku taram . Ok sebenarnya aku dah bosan dengan pergaduhan yang tak membawa kesudahan kat Fesbuk ni . Ya lah bila PRU13 nak dekat macam macam lah page yang wujud , gambar gambar , video video , statistik statistik kewangan dan macam macam lagi yang sewaktu dengannya . Aku sebenarnya geli hati tengok keypad warrior kat dalam comments yang ada especially bergaduh dengan benda yang belum tentu tepat kesahihannya . Bila page untuk parti kerajaan pulak tunjukkan benda benda buruk untuk pihak pembangkang . Bila page parti pembangkang , keluarlah benda benda yang buruk pasal kerajaan . Biasalah nama pun pilihanraya kedua dua pihak akan buat sehabis baik tapi biarlah benda yang memang betul betul . Kalau setakat pung pang pung pang tapi takdak apa baik duduk rumah je yea dak ? Dari duk tabur fitnah , sumpah seranah baik duduk diam diam . Tapi ini realiti . Rakyat Malaysia memang tak tahu duduk diam sebab tu lecturer aku sentiasa sebut tagline ni Malaysia Boleh ! . Hahaha . Yang aku tak menahannya bila bak datang pasal PM mesti D.S Rosmah ada sekali . Hahahaha . Kesian kadang kadang tu . Aku tak faham betullah . Mesti ada je konspirasi yang nak dikaitkan .

Aku tak cakap aku sokong mana mana pihak . Ini atas pemerhatian aku dan sekadar luahan rasa sebenarnya . Kalau aku cakap kat situ pun sorang pun tak nak hirau . Bila ada pihak cuba menegaskan kebenaran yang sahih dia pulak kene maki . Bukan nak buat pemerhatian lebih lanjut . Bila dah sangat taksub , cakap sikit kene maki , cakap sikit kene marah . At least janganlah advanced sangat cuba kita sikap neutral sikit . Sikap terbuka walaupun kita dari parti mana . Sekurang kurangnya kita tahu lah mana kelemahan , keburukan dan kebaikan yang ada . Betullah orang kata bila dah terlalu sayang dan taksub . Satu kebaikan seolah olah menutup 1001 keburukan . REALITI . Aku tak kata pihak ni salah pihak ni betul . Dua dua ada salah tapi kita sendiri kene pandai nilai . Bukan dengan sikap membabi buta . Dengar orang ni cakap dengar orang tu cakap . Surat khabar , media semuanya sebenarnya bukan boleh dipercayai . Tapi itu semua kita sendiri kene pandai buat penilaian . Jangan sempit sangat sampai nampak kebodohan . Dulu aku memang tak in sangat bab bab politik ni tapi meningkat saban hari hidup kita takkan lari dari politik . Nak tak nak kene ambik tahu jugak . Dulu aku mudah sangat percaya dengan medium medium or sumber sumber yang belum aku tahu kepastiannya . Cakap pun main lentung je .  Tapi sejak aku rajin dengar , baca , analisa aku dah boleh lah tengok sikit sikit mana ok mana tak ok . Tapi kalau sembang politik aku tak berapa berkenan . Biarlah dengan masa yang sesuai takut takut tersilap cakap nanti susah jugak . Gangster parti sekarang dah ramai .

Aku tak naklah sibuk sibuk dalam pergaduhan tu . Silap hari bulan keluarlah perkataan perkataan

"Jangan jadi macai"

"Jangan jadi pencacai"

Muak . K . Cuma isu lahad datu aku memang sensitif . Pernah tersembur jugak kemarahan aku dekat orang orang yang cakap nak meletup letup . Apa apa pun Al Fatihah buat anggota yang terkorban  . Moga syahid mereka diterima ALLAH . Ameen .

Baiklah panjang jugak lahhh cerita aku ni apa benda isi penting yang aku nak sumbat dalam post ni pun aku dah lupa . Oh haah . Ok cerita dia macam ni . Aku memang ketawa habis habisan bila update pasal status kewangan lebih lebih lagi kat fesbuk ni lah . Data data macam tu sebenarnya boleh edit kot . Gambar pun boleh edit , video pun boleh edit inikan statistik kewangan . Kau yakin ke benda tu sahih ? Setahu aku lah kan bukan senang nak dapat status kewangan negeri atau negara . Benda tu selalunya diprivasikan . Biasalah nak dekat pilihan raya ni ramai juga orang orang dalam cuba mainkan peranan . Tapi bagi aku , aku tak pernah percaya pasal statistik kewangan tu . Mula mula macam nak terpecaya . Ya lah kita ni terlalu mudah percaya untuk pandangan pertama then, bila aku tengok betul betul memang aku ketawa , benda tu memang boleh edit . Siapa siapa yang pro dalam edit mengedit ni dia memang memainkan peranan besar dalam memporak perandakan lagi rakyat Malaysia ni . Biasalah nak sedapkan hati orang takkan kita nak tunjukkan kita ni jenis boros dan banyak hutang ? Mestilah nak tunjukkan sesuatu statistik yang boleh meletakkan orang di suatu tahap yang dikatakan zon selesa . Ni masa aku belajar Public Relation dulu . Lecturer aku PR dan dia memang perfectionist . Banyak aku belajar dari dia . Benda yang tak tahu pun jadi tahu . Apa yang aku belajar sedikit sebanyak dapat merungkaikan sedikit kekusutan . At least aku tak mahu lagi jadi orang yang buta . Belajar dari kesilapan . Kita rakyat yang bijak . Cewahhh .

Kepada orang yang sibuk sibuk bergaduh dekat comments tu


Bawak bawaklah pergi ambik angin kat pantai