Thursday

Tak ada hal pun

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Aku cuba menerima dengan tenang . Alhamdulillah . Aku cuba berlapang dada .

Itulah dikatakan , kesabaran jika dididik lama lama dia akan sebati dalam jiwa .
ALLAH itu Maha Adil .

Aku gembira baca post beliau dekat blognya . Alhamdulillah . Mungkin itulah hikmah yang ALLAH nak bagi . Aku tumpang gembira . Dan hikmahnya pada aku . Biar aku sahaja yang tahu . Memang patut pun aku buat macam tu sebenarnya .

So , Farish . Teruskan kehidupan seperti biasa . Mungkin dah terlalu cukup dengan apa aku lalui selama ni . Kesedihan bukan penghalang segala galanya . Perjalanan aku masih jauh . Dan aku belum tahu apa yang ALLAH nak bagi untuk aku selepas ni . Yang penting aku kene lebih bersedia . Ni baru sikit . Belum lagi yang besar besar punya .

Tak lain tak bukanlah seorang manusia sentiasa harapkan sesuatu kesudahan yang baik . Begitu jugak aku . So maintainkan ke"cool"an aku dan ke"slumber"an aku . Hati ni aku kene pelihara sebaik baiknya . Inilah caranya ALLAH nak tegur aku . Sweet sangat . Biasalah aku ni nak seronok aja .

Ujian itu penghapus dosa .

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

"Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya".

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi aku sudah sudah lah . Aku nak rileks . Aku nak balut hati aku ni bagi baik punya .

Ni aku teringat dialog kat dalam buku kakak Fatimah Syarha .

Watak Ustazah Heebah dalam bukunya Sebarkan Cinta-MU

"Ingat , lelaki yang menawarkan cinta kepada kita , dengan cara mengiklankan kederhakaannya kepada ALLAH , jangan diharap dia mampu memimpin cinta itu ke syurga"

Kauorang tahu bila aku terbaca dialog ni aku sentap sekejap lepas tu aku rasa kasihan dengan lelaki lelaki kat luar sana . Entah lah . Kata kata sangat mendalam . Bukan ke kata kata itu lebih bisa dari mata pedang ?

Yes ! Memang bisa kalau kau faham maksudnya . Itu bermakna hati kau punya ruang untuk kembali kepada yang asal . Alhamdulillah . Aku harap aku dapat maintainkan dengan apa yang aku lakukan sekarang ni . Bukan senang . Tapi kalau ada tekad tak jadi masalah , bro .

Ok lah aku nak mencari ruang . Bak kata Hilal Asyraf . 

"Mencari hati di tengah malam" 

Orang bahagia kita pun bahagia , orang seronok kita pun seronok . Apa masalahnya ? Chill .

NOTA : Susah betul nak hendel cekodok terselit kat celah gigi ni sebenarnya. Entah macam mana boleh terselit aku kurang pasti sebabnya.