Thursday

:3

Assalamualaikum w.b.t

Kebetulan ,
Aku sedang menyapu losyen dengan penuh lemah lembut di tangan .
Entah kenapa aku sendiri tak tahu . Sejak kebelakangan ni rajin sekali aku menyapu losyen .
Sebelum sebelum ni jangan harap aku nak praktikkan . Beli losyen lagilah aku pemalas .

Sedang menikmati keharuman losyen tiba tiba kawan aku bersuara .
Meluahkan perkara yang sebenarnya memang aku dah tahu lama .
Tentang rancangan untuk membawa seorang sahabat yang agak tersasar dari landasan yang sepatutnya .
Untuk membawa semula dia ke arah fitrah yang asal .

Aku faham maksudnya .
Aku termenung sekejap .

"Sebelum kita nak tegur orang , kita kene tengok diri kita dulu . Aku cakap ni pun untuk aku juga . Tengok diri kita ni baik baik . Macam aku ni , aku ni tak adalah baik mana . Aku ni kurang sabar , aku ni pemarah dan macam macam lagi yang aku tengok dalam diri aku ni . Banyak kurangnya . Macam Zakiah cakap , lihat diri kita baru kita lihat diri orang .."

Aku rasa serba salah . Apa yang aku perkatakan tu secara tiba tiba menyebabkan kawan aku terdiam seribu bahasa . Aku pun termangu seketika dan terus menunaikan solat pada malam tu .

Sehinggalah besoknya secara tiba tiba dia belikan aku donut . Wah wah wah . Namun malang , aku berpuasa . Yang tukang habisnya si Zakiah .

Lagak kami tetap seperti biasa . Apa yang aku perkatakan tadi sebenarnya untuk kebaikan masing masing . Bukan aku cakap aku ni pengecut atau tak nak tolong member sendiri , bukan . Aku sedang dalam proses baiki diri sendiri jugak . Aku ni banyak betul kurang dan tak betulnya . Nak betulkan orang mungkin akan menjadi masalah kat diri sendiri jugak bila orang tu akan tuding jari kat kita balik .

"Pfffffttt lah kau , ada hati nak betulkan orang , tengok sikit diri tu dululah .."

Yee , aku sedang menghadap cermin sekarang . Cermin laptop . Aku lihat diri aku juga . Sedang bersedia mempebaharui diri dan memperbaiki apa yang banyak kurangnya . Aku kene istiqamah . Tak boleh lat talilat tali tam plom . Benda ni bukan boleh buat main dan bersahaja . Kita nak tolong orang . Tolong orang kenal fitrah sebenar . So sebelum tu aku kene tanya diri sendiri ...

" Farish , masih kah kau di fitrah yang asal ? Kau tahu apa fitrah asal tu ? "

Yang penting everything that we do , please back to our niat first . Kau buat ni sebab kau sayang sahabat kau kerana ALLAH . Jadi mintalah ALLAH bagi kekuatan dan juga kesabaran untuk kau hadapi perkara ni .Yee aku tahu ni bukan kerja senang . Macam macam kemungkinan akan berlaku . Samping berusaha , hendaklah ada doanya bersama . Moga ALLAH buka hati dia untuk terima segala apa yang kita buat pada dia semata mata untuk dia kembali kepada yang asal . Dari situ dia akan nampak yang kawan kawan dia ni sayang kat dia , kawan kawan dia tak nak dia hanyut dan tersasar .

Manusia ni ada egonya tersendiri , bila kita tegur nanti dah tak pasal pasal kakimu di bibirku . Biasalah . Kadang kadang kita pun macam tu jugak . Ah kita je betul , orang lain semua salah . Kita je lah perfect orang lain semua senget benget . Salahkan orang sebab asyik nampak kekurangan kita je . Orang yang menegur pun perlulah kene pada tempatnya senang cerita "Tegur secara hikmah" . Jangan kau slumber rock je ikut kepala kau je . Kene tengok style orang yang kita nak tegur tu macam mana . So kita kenelah ikut rentak dia sikit sikit . Lama lama jadi bukit apa lagi cucuklah jarum ;]

Aku cakap ni semuanya aku menggambarkan diri aku di situasi situasi macam ni . Aku berpesan dengan diri aku juga . Aku harap , aku tak mudah tenggelam dengan benda benda yang boleh buat aku jadi macam aku yang dulu . Pemarah , Egois , Panas Baran , Keras Kepala , Keras Hati , Keras Jiwa , Batu Karang semuanya ada . Bila aku fikir fikir , Ya ALLAH jahilnya aku ni . Banyaknya benda yang menampakkan kejahilan aku sebenarnya . Macam sekarang , ada je benda nak datang menguji . Tapi aku kene balik pada niat , niat dan niat . 

Cepat cepat buat bodoh dengan semua tu . Buat dekk . Kalau layan silap hari bulan mungkin aku akan jadi singa . Singa yang lapar mee goreng mamak As Salam Cempaka . Ya ALLAH , Ya ALLAH , Ya ALLAH . Memang betullah , nakkan sesuatu kebaikan kita akan diuji bermacam macam lagi . Masa tu lah kita akan tahu istiqamah ke tak istiqamah kita ni . Ting ! Aku bertatih tatih . Of course lah niat untuk aku cuba istiqamah akan jadi tak seimbang . So aku mengaku aku lemah . But insyaALLAH , sikit demi sikit . Biasalah baby baru nak berjalan pun kejap kejap dia jatuh kejap kejap dia jatuh . Lama lama dia practise , bukan setakat dia boleh berlari dan berjalan , silap hari bulan ada juga yang terbang  ;]

"Ya ALLAH , seronoknya dapat jejak di bumi Mu ini Ya ALLAH !"

Macam kita , if kita buat sesuatu tu berterusan benda tu akan sebati lama lama kita akan terbiasa dan kita akan jadi seronok melakukannya . Bila seronok dengan sesuatu kebaikan automatically , kita menjadi sedih dengan apa yang pernah kita lakukan . Means , dalam hati kita masih punya iman , Alhamdulillah . Yeay ! Ok aku rasa aku dah merepek sangat . Aku kene rehat . Aku baru balik dari majlis sebenarnya ni . Sangat fun ! . Alhamdulillah . Aku kene mandi . Badan aku tak selesa . Ok lah kawan kawan . Post aku ni agak panjang . Aku harap , tak menjadi masalah meluangkan masa 10 minit untuk membaca kan ? Hewhewhew :3 

Ok then , aku rasa puas dapat cakap dengan diri sendiri . Melalui post aku kali ni .

NOTA : Bestnya .