Tuesday

Grrr

Assalamualaikum w.b.t

Ok aku stress sebenarnya tengok yang lain dah tidur .
Stay up dan study sorang sorang .

Sekarang lagi 3 minit nak pukul 4 pagi !

Tiba tiba aku teringat yang Zakiah cerita pasal kes ketuk ketuk tingkap waktu waktu macam ni .
Tiba tiba aku teringat yang Zakiah cerita pasal kakak jual karipap kat tingkap .

Ah semua berkaitan dengan tingkap !
Aku bingkas bangun tutup langsir semua .
Cahaya lampu jalan di tepi tasik masih belum padam .
Biasan cahaya yang terkena pada tingkap akan menghasilkan bayang bayang jika ada sesuatu yang melintas .

Ah , apehal pula aku sibuk sibuk fikir tu semua .
Back to niat , Farish .

Aku belajar kerana ALLAH . Aku belajar kerana ALLAH . Aku belajar kerana ALLAH .
Aku stay up kerana ALLAH . Aku stay up kerana ALLAH . Aku stay up kerana ALLAH .

Ok teruskan usaha Farish .

"Dengan kuasa-MU , jiwa ku tergoncang , terus melayang mengembara cinta .."

Parap papa , parap papa ...

"Salahkah ku mendambakan seorang puteri ...."

Shhhhhhh , jangan pandang belakang . Fokus . Fokus . ALLAH ada !

NOTA : Rasa nak buat air milo tapi aku lupa milo baru habis . Padan muka .