Saturday

Mengilai

Assalamualaikum w.b.t

Haaaaaaaahhhh ~
Melepaskan nafas lega . Alhamdulillah !
Lepas ni boleh kayuh perlahan lahan untuk lebih fokus .

Tiba tiba aku teringat kisah semalam .
Zakiah buat aku tak senang duduk .
Entah entah dia saja saja buat cerita sebab aku tak dapat teman dia pergi buat discussion hanya kerana aku tengah membelek buku masa tu . Yealah buat revision ringan ringan je dulu .

Disebabkan pujukannya tidak berjaya dan dia lihat aku terlalu fokus membelek buku dia mula bercerita .
Cerita pasal tingkap kene ketuk padahal dia duduk kat tingkat 3 . Mana datang orang yang ketuk ketuk tingkap malam malam buta macam tu ? Mana datang aku tanya kau ni ?

Aku yang dengar mula siap siap tutup langsir dan tutup tingkap sambil tinjau tinjau dekat luar . Dia dah mula gelakkan aku . Gelak sakan . Aku tetap dengan muka yang slumber .

Masalahnya aku macam tak ada semangat apa apa mengenangkan aku agak terkejut apabila aku dipelawa menjadi MC bagi akhawat untuk usrah malam besok .

Pasal MC mungkin tak jadi masalah sebab ia hanya usrah yang dibuat dalam kumpulan . Tapi entah kenapa aku tak ada mood pula malam tu . Aku cuba menarik perhatian dia dengan tanya soalan soalan yang sebenarnya menambahkan getaran di hati aku lebihnya . Cis !

Masa tengah duduk duduk kejap kauorang tahu tak apa yang berlaku ?
Tiba tiba lampu kalimantan sebelah kiri terkelip kelip .
Kejap padam kejap menyala balik .
Aku dan Zakiah berpandang pandangan . Aku malas nak fikir . Lantaklah .

Biasalah aku kerap dengar benda benda pelik berlaku . Dia nak bagitahu yang dia ada kat sini jugak . Teringat aku menghandle kes histeria kat sini . Memang menguji iman dan kesabaran aku sebenarnya . Takut tu takutlah , tapi kene lawanlah rasa takut tu . Kita nak tolong orang , so ALLAH akan tolong kuatkan semangat kita .

Paling best dia cerita bab kakak jual karipap kat tingkap tu . Sebenarnya cerita tu ada juga aku dengar tapi bab bab ketuk tingkap masa orang tengah study tu agak biadap sebenarnya .


So malam tu aku tinggal sorang sorang . Dan yang aku tak boleh tahannya , dia guna laptop aku bukak cerita hantu kemudian keluar macam tu je dengan hanya klik PAUSE sahaja . Haish mengenangkan satu level ni sunyi sebab masing masing keluar beraktiviti , aku mengambil keputusan untuk bertapa di malam hari .

Haish nasib baik aku ni jenis yang  buat buat tak ambil peduli sangat . Kalau ambik peduli tu yang kadang kadang terbayang bayang  benda alah tu semua . Dah jadi kita tertaksub dengan benda benda yang boleh buat kita takut dia lebih dari DIA yang kat atas sana .



NOTA : So , put trust to ALLAH , everything will be ok then :)