Sunday

Dari hati yang tulus dari jiwa penuh kasih sayang ;]

" Jika diri sendiri yang berusaha melawan kepedihan dan kesedihan tiada apa yang mustahil pun . Manusia diberi pilihan dalam hidup ni . Jadi biarkan dia memilih . Dalam pilihan manusia , semestinya kehendak fitrah mereka iaitu kecantikan dan kesempurnaan . Jika kita bukan pilihan dia , redha . Kita pergi bukan bermakna kita kalah , tapi kita beri ruang pada dia untuk memilih kebahagiannya sendiri . Hidup ini tidak sah kalau tak ada yang kalah dan tidak ada yang terpaksa berkorban . Itulah sebenarnya bukan kegemaran dan kesukaan manusia untuk melakukannya . Namun , kehidupan ni kadang kadang benda yang kita tak suka tu lah kita kene buat . Siapa tahu , benda yang kita tak suka tu lah bagi kebaikan kepada orang lain . Pasrah . Hidup ni perjalanan terlalu panjang . ALLAH dah tunjuk macam macam . Yang penting diri sendiri yang kene kuat . Moga ALLAH ampuni dosa dosa aku , kerana terlalu berharap kepada seorang manusia yang tidak berapa pasti . Moga ALLAH ampuni dosa dosa aku , kerana aku belakangkan tempat pergantungan hakiki . Moga ALLAH redha apa yang aku lakukan ini .."

-Noor Farizahani Bte Zainal Abidin-
                                                                                                        "Hidup ini indah jika mereka memahami"
Assalamualaikum w.b.t

NOTA : Ni apehal salam aku kat pengakhiran post ni?