Friday

;]

Assalamualaikum w.b.t

Macam tak ada kerja aku hari ni .
Yee lah dah nak masuk ke asar perut ni masih tak berisi apa apa pun .
Tak ada selera nak makan sebenarnya tapi dah kawan sorang ni katanya lapar aku gagahkan juga bawa dia ke tempat makan . Nasib baik Hospital hari ni tak ramai orang . Sihat sihat orang Malaysia sekarang Alhamdulillah syukur .

Dari Hospital Alor Gajah ke Ayer Keroh . Mesti pelik apa jauh sangat aku cari tempat makan sebenarnya ? Tak ada aku saja nak bawa diaorang jalan jalan sekejap .

Kawan 1 : " Aku nak makan tempat yang sedap dan murah .."

Kawan 2 : " Rojak , Cendol ..bla bla bla .."

Kau tengoklah sendiri . Demand mereka tinggi tinggi . Dah sampai tempat dituju aku bawaklah diaorang ke tempat yang sepupu aku perkenalkan . Makanannya sedap sedap dan harga memang murah . Food court Mydin Ayer Keroh . Rasanya nama dia "Selera Village" macam tu lah . Environment nya yang lain dari yang lain buat korang rasa selesa lah sikit tak macam food court yang biasa . Dari  aku ni yang tak ada selera terus ada selera . Yea lah mengenangkan aku ni kene makan ubat jadi perut kenelah isi . Habis makan terus solat asar sekali kat sana .

Macam macam kerenah budak budak kecik bila mana diaorang pun nak sembahyang sama sama juga . Alahai comelnya diaorang pakai telekung sambil tu teragak agak lah diaorang follow ibu diaorang sembahyang  sempat juga senyum dekat orang tu . Hihi . Kakak rasa nak cubit pipi awak . Kakak harap anak kakak macam awak jugak insyaALLAH Ameen Ya Rabb , kecik kecik dah rajin ikut mamanya solat . Moga awak jadi anak yang solehah yee sayang ;]

Selesai solat , aku ditarik pula ke kedai buku MPH yang sederet dengan RFC (Radix Fried Chicken) hewhew :3 . Tempat best di mana RFC ni under HPA punya company . Lebih kurang KFC tapi yang penting orang Islam yang usahakan ;] . Aku kat kedai buku ni rambang mata sikit . Dari nak cepat balik lama lama tanpa sedar dah nak dekat 1 jam kitaorang kat dalam kedai buku ni . Paling aku respect MPH kat Mydin ni majoritinya dia jual buku buku yang berkaitan agama . Alhamdulillah . Buku apa yang korang nak insyaALLAH ada kat sini . Cewah aku ni mempromote pula ;]

Tadaaa ni lah buku yang menarik hati aku sebenarnya . Lalu aku pun membelinya .


Kerana aku seorang wanita aku perlu tahu adakah aku tergolong dalam golongan yang diperkatakan oleh buku ni ?

Ada juga buku2 lain aku beli . Terutama buku buku tentang solat . Pertamanya itulah yang kita kene dalami dulu sebenarnya . Solat . Solat . Solat . Kerana solat yang sempurna akan menghalang kita dari buat perkara perkara yang ALLAH tak suka yang ALLAH benci . Kawan kawan aku pun sama sama beli buku . Masing masing dah set . Akan saling tukar menukar untuk membaca ;] . Hewhew .

Hari tu aku ada beli buku keluaran telaga biru . Ini dia yang mana aku post dulu hari .

Buku ni bahasanya tinggi . Ala ala sastera . Ceritanya memang lain dari yang lain . Mungkin ada sesetengah yang tak biasa dengan pengunaan bahasanya . Jangan risau buku ni siap ada Glosari . Mana mana perkataan yang korang rasa pelik sampai putih biji mata fikirkan maksudnya so selak selak lah muka surat belakang yee ;] . Aku ni bukan jenis ulat bulu punya orang . Kiranya pengisi masa lapang ,  ada benda juga nak dibuat baca kan ? Sambil menyelam minum air . Nak tambah apa yang kurang , nak betulkan apa yang salah . May ALLAH guide me , insyaALLAH ;]

Okaylah aku nak bubum . Selamat pagi !

NOTA : Err tak makan ubat pukul 12 tadi hewhew . Sori doktor :3