Wednesday

Sorry post aku panjang !

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku bawa ibu pergi kedai . Katanya nak beli span untuk jahit dekat bahu Jubah yang baru dibeli . Amboi kemainnya beliau menayang nayang depan aku tadi . Tapi aku tak ambil pusing sebab ada bunga warna PINK . Jadi warna PINK buatkan aku jadi buta tiba tiba !

Suddenly , aku nampak baju sekolah . Err baju Melayu sekolah agama punya . Samping dia warna hijau . Aku pun macam orang sewel senyum sorang sorang dalam kereta .

Bukan apa aku teringat sangat masa aku sekolah agama dulu . Bila dah pindah Kajang ayah terus masukkan aku ke sekolah agama sungai kantan tu . Pagi sekolah agama , petang sekolah kebangsaan biasa . Cewah , gaya orang sibuk juga aku ni kan ? Pagi sekolah petang sekolah malam buat dua dua kerja sekolah . 

*Pengsan*

Dulu kat sekolah agama subjek yang paling buatkan aku fokus ialah Sirah dan Tauhid ! Sebab , dua subjek ni adalah antara topik yang arwah atuk akan ceritakan kepada cucu cucu dia selepas solat . Lepas solat , atuk akan panggil cucu cucu dia yang ramai ramai tu duduk depan dia . Siapa yang paling banyak tanya .

Yea aku lah tu .

Untuk subjek khat pulak , pensil yang tebal tu kalau tak ayah yang asahkan mesti ibu yang asahkan jugak . Pernah sekali aku kurang sabar dengan pensil yang aku asah tu , kali aku terasah sekali jari aku yang comel ni . Aku tak nangis . Aku tak nangis . Cuma kecewa je pensil diasah berkali kali tak menjadi sampai pendek aku kerjakan pensil tu .

Bila datang je Ustazah untuk kelas bahasa arab tiba tiba aku macam tak get ready je . Habislah lidah berbelit lepas ni . Lepas tu kene hafal pulak grammar arab ni . Ingat English je ada grammar semua bahasa ada grammar tau . Pernah sekali tu aku rasa macam nak give up je tapi aku teruskan jugak sebab aku kenang ibu dan ayah ):

Kelas paling takut ialah Hafazan . Dan kelas paling cool ialah kelas Tajwid :D

Masa Ustzah offer aku join pertandingan bercerita tentang Sirah Nabi Pilihan aku terus terima je tanpa menolak . Balik tu terus gitau ayah

"Ayah , Ayah adik masuk pertandingan cerita Ustazah suruh adik masuk , adik nak beli buku cerita "

Ayah : "Ye? Jom jom kita pergi kedai"

Ayah pilihkan . Aku ambik je sebab aku tahu ayah pilih tu adalah yang terbaik . Cerita tentang Nabi Nuh . Nabi pilihan aku masa tu . Aku ingat lagi buku dia tak ada lah tebal mana tapi yang aku ingat dia ada gambar kapal besar .

Ibulah jadi pemerhati dan juri aku sebenarnya . Ibulah yang banyak bagi idea camne nak bagi cerita aku tu gempak punya :')

Kat sekolah kebangsaan pula , aku ingat lagi cerita yang aku sampai kan adalah cerita si Jalak Yang Sombong . Haa cam gitulah . Itupun pinjam buku abang . Sebab dia pemalas baca buku , lalu buku tu berpindah milik . Saat paling malunya aku boleh lupa pulak bila cerita dah sampai ke pertengahan dan hampir pasti aku nak menangis depan semua orang masa tu . Muka aku dah panas . Aku cuba tenangkan diri . Akhirnya Alhamdulillah :) .

Lepas tu tak cukup lagi aku masuk pertandingan deklamasi sajak lah , menari lah , camping lah . Macam macam . Memang betullah ibu kata aku ni jenis orang sibuk !

Kau rasa aku menang tak? Haha

Then bila buku maths petak petak kecik tu ayah yang selalu gariskan .

"Adik kene garis dulu kat tepi ni baru kemas"

Aku hanya menengok apa yang ayah buat yang pastinya sampai ke sekolah menengah aku applykan semua benda tu . 

Sampaikan kawan aku kata
"Skema gila kau ni"

Dan kerja sekolah mesti ibu yang check . Mesti ibu kene duduk sebelah tengok aku buat kerja semua . Dan check buku yang nak dibawa esok ke sekolah . 

Kat sekolah menengah aku aktif pelbagai bidang . Dan paling best aku suka seni . Masa hari kemerdekaan aku menang nombor dua , lukisan kemerdekaan wawasan 2020 yang terpilih *bangga dan berlagak* . Kemudian aku masuk sajak dapat nombor 3 tak silapnya lah  dan pertandingan menulis karangan mengenai kencenderungan penggunaan teknologi terhadap negara dan kesannya macam tulah lebih kurang . Dan pastinya aku orang awal yang habis dan dapat nombor dua . Itu pun ibu yang bagi rangsangan macam mana nak bagi umpphh punya karangan . 

Dan paling aku trauma sampai sekarang bila aku kene paksa masuk kelas aliran sains dan yang pasti itu semua kerja Penolong Kanan . Aku nangis nak tinggalkan kelas sastera .

Cikgu Faisal : "Sains ni Fariza banyak cabang , awak boleh pilih mana awak nak pergi , tak rugi pun . Sastera ni cabangnya sikit bla ... bla.. blaa." - Dalam kelas Fizik bila aku tak ada mood nak belajar Fizik . Kami berbual seketika . Masa Form 4 . Aku rasa masa tu aku tak ambil pusing pun apa Cikgu Pelatih tu cakap .

See, sekarang aku dah besar dan masuk Universiti . Ibu dan Ayah tengok aku dah besar panjang .

Dan yang pasti DPA bukan pilihan aku sebenarnya . Aku terpilih untuk take part sebenarnya . 
Aku nangis nangis . Aku nangis weh . Sampai la ni . 

Hidup ni jangan mengalah . Rezeki ada kat mana mana . InsyaALLAH . InsyaALLAH .

Dan yang pastinya

Semuanya sekarang aku kena buat sendiri . Haha


NOTA : Rindu tahu tak ?