Friday

Wan , adik rindu wan .

Assalamualaikum w.b.t


Sebagai manusia siapa aku nak menghalang pemergian orang tersayang untuk pergi menghadap kepada Sang Empunya segala yang hidup . Bagaikan tak percaya rasanya . Tapi itulah . Kenyataan yang payah memang kene terima seredha dan seikhlasnya . Kalau tak ikhlas dan tak redha maknanya kita tak percaya pada segala takdir yang ALLAH dah tetapkan dan ia bermakna lagi kita tak percaya ALLAH dan kita tak sayang ALLAH .

MATI . Bila bila masa aja ALLAH akan panggil . Sama ada bersedia ataupun tidak tak ada masa dah kita nak patah balik semula . Tak ada masa sikit pun . Ia tak akan terawal dan tak akan terlambat . Ia datang tepat pada masanya .

Cuma aku agak terkilan sebenarnya . Kebetulan seminggu aku balik ke rumah , malam malam aku akan duduk dengan wan , aku perdengar Al - Quran padanya . Aku usap wan , aku usap ubun ubunnya , suapkan makanan dan minuman walaupun wan tak dapat nak telan apa apa dah . Macam wan dah tahu wan akan pergi tinggalkan kami semua .

Tepat pukul 4 petang hari Isnin wan hembuskan nafas terakhir . Hari ahad kali terakhir aku jenguk wan sebelum aku balik ke Melaka . Berat hati sangat masa tu tapi aku kene gagahkan balik sebab banyak urusan yang aku perlu segerakan sebelum final exam menjengah . Tapi nak buat macam mana , aku tak ada di sisi wan masa tu . Lepas ibu dan sepupu call air mata aku tak henti henti jatuh sampaikan aku tak khusyuk solat asar petang tu . Mana taknya jasad aku dekat Melaka roh aku entah ke mana menerawangnya . Redha . Ikhlas kerana ALLAH . Alhamdulillah wan pergi dengan senang sekali . Terima kasih ALLAH .

Cuma aku terkenangkan wan berselera makan bubur kacang durian yang aku masakkan hari tu . Sebab wan nak sangat makan jadi aku masakkanlah . Nasib baik ada durian lebih .

Aku : "Wan , sedap tak wan ?"

Wan : "Sedaappp .."

:'( Al-Fatihah . "

Ya ALLAH tempatkanlah wan di kalangan mereka yang beriman dan paling KAU cinta , Ya ALLAH .."