Sunday

Kisah Benar

Assalamualaikum w.b.t

Ni aku nak cakap sikit pasal ni sebenarnya :


Ini sebenarnya kisah benar . Minta maaf aku bukan minta perhatian dari sesiapa . Ini sebab aku sayangkan saudara saudara aku . Kebetulan kejadian ini jadi masa aku nak balik ke kampus . Ia memang kebetulan sekali .

Aku pun tidak lah seperfect mana dan aku ambil ini sebagai iktibar . Tapi serius aku terkilan sangat sangat . Sedih beb . Naik sahaja bas , aku ambil port belakang sekali dan aku lihat dia naik selepas itu dan duduk tak jauh dari aku . Manis budaknya . Dan kebetulan kami satu destinasi . Alhamdulillah selamat sahaja sampai , aku cepat cepat turun sebab kebetulan maghrib masa tu dah nak habis . Dan dia turun paling akhir sekali . Alangkah terkejutnya aku melihat tudung yang dipakainya tu terbang entah ke mana . Hilang . Disumbat dalam beg agaknya .

Dia yang perasan aku terpandang ke arah dia , cepat cepat dia beredar dari situ . Ya ALLAH , kenapa aku tak kuat untuk panggil dia ? Kebetulan kami dari Seremban dan bertukar bas untuk ke kampus yang sama . Mungkin tudung ia jadikan syarat untuk sejukkan hati mak ayah . Astaghfirullah . Moga aku dijauhkan dari sifat sebegitu . Maknanya aku hipokrit dengan ALLAH , ibu ayah, agama dan saudara saudara aku .

Adik sia sia sahaja awak buat macam tu . Sia sia sangat dik .

Kebetulan status yang aku update ni bukan sahaja aku tujukan untuk dia sebenarnya . Aku jadikan ia untuk pengajaran umum termasuklah diri aku yang hina ni .

Ya ALLAH ampuni kami Ya ALLAH . Rahmatilah kami ini Ya ALLAH ....

NOTA : .....