Saturday

Lilo Sayang :]

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum and hai kawan kawan . Nama saya Lilo . Saya baru bangun tidur .
Mama
Iza kacau kiteeee .

Semalam teman Izati beli barang . Katanya nak beli terompah untuk ayah dia . Jadi apa lagi ke Jonker Walk lah kami malam tu . Malam minggu biasalah orang terlalu ramai sangat . Tak selalu pun nak ke sana itu pun kalau setakat nak suka suka jee :]


Lepas beli terompah ingatkan nak balik je terus takut lambat masuk kampus pulak . Tapi last last kaki ni laju je nak ke depan . Berjalan sampai ke penghujung Jonker Walk tu . Dah pulak mata ni nampak haiwan haiwan comel . Apa lagi duk belek lama lama . Jadi terbeli lah si Lilo ni hehe :] . Kata Izati dia nak bela balik hamster ni . Aku yang tak pernah nak pegang hamster bila main dan belai si Lilo ni jadi sayang sangat sangat . Mula mula tak pandai pun nak pegang hamster ni tapi gagahkan jugak . Alhamdulillah hehe rasa terkejut tu memanglah ada tapi lama lama okay dah . Bangun tidur je terus main dengan dia :]


Itulah kan , ALLAH jadikan haiwan ni sebenarnya penyubur kasih sayang pada manusia .


Dia menguis nguis benda tu dari tadi . Kata Zakiah dia nak cuba cari tempat paling sesuai untuk dia .
Ye
lah nak biasakan diri kat tempat orang . Hihi

Ok kerja dia bangun tidur makan sebelum tidur makan lepas tu tidur balik kemudian lompat lompat
lepas tu makan dan tidur balik :]


Hmmm mesti mama rindu kat Lilo lepas ni ;( haishh kene beli lah sekor lepas ni hehe :] . Okay lah . Nak sambung study . Entri yang special untuk Lilo :p

Doakan yeee .

NOTA : 380 lagi