Saturday

3.30 a.m

Assalamualaikum w.b.t

Ya ALLAH sedih sangat hati ni . Nak tinggalkan tempat yang banyak berjasa dan yang terlalu banyak kenangan dan lebih lebih lagi nak tinggalkan adik adik kesayangan kat sini :'(

Malam kelmarin pun semua nak touching touching . Bila mana si kakak mula bagi pesanan dan nasihat kat adik adik . Dalam suka suka pun terselit kat hati ni rasa berat sangat nak tinggalkan diaorang semua . Yea lah aku ni tak ada adik kan , diaorang semua lah adik adik aku . Melayan sampai ke pukul berapa tak sedar masa study pun dah terabai .

"Ya ALLAH , berat hati nak tinggalkan korang semua ni ..."

Rasa diri diaorang dihargai sangat sangat . Bila mana setiap kali ada masalah mesti dikongsi , sampaikan soal pakwe makwe pun , siapa suka siapa pun dah ada kat dalam tangan ni . Macam macam diaorang ni . Tapi itulah yang buatkan diri aku juga dihargai sebagai seorang kakak dan itulah yang merapatkan kami semua . Yang paling sedihnya diaorang sangat ambil berat . Baru nak tipu sikit diri gagah sekejap , cepat je diaorang detect yang aku ni tengah sakit T_T  

" Tak pe kakak , nanti kakak datang lah sini lawat kitaorang..."

InsyaALLAH , akan datang juga tengok adik adik . Sayang sangat dekat korang kerana ALLAH . Yang paling sedihnya , kami sebatch ni mula dah fikir masa depan . Lepas tu masing masing mula bergenang air mata bila mana fikirkan hala tuju kami semua lepas ni . Takut takut , bila masing masing dah mula jauh agak susah lah nak jumpa dan berkumpul macam sekarang . Ya ALLAH , permudahkan urusan kami . Dekatkanlah hati hati kami Ya ALLAH . Jangan biarkan ukhuwwah yang terjalin keranaMU lenyap macam tu jeee. Ameen . Itu lah lumrah hidup ni . Kita kenal manusia dekat pelbagai stage kehidupan . Lepas frasa satu berlalu , frasa dua datang , lepas tu frasa tiga pulak dan seterusnya . Manusia akan datang dan pergi . ALLAH bagi nikmat dan peluang untuk kenal betapa indahnya hidup ni . Macam macam pengalaman dan keadaan yang kita boleh rasa . Sweet kan ?

Jika ukhuwwah itu berlandaskan syariat for sure sampai Jannah insyaALLAH . Manisnya kurma ini eh manisnya perjalanan hidup ni . Macam macam yang aku dapat . Suka dan duka , pahit dan manis . Dan yang paling penting sekarang aku nak fight untuk sem last ni . Ya ALLAH bantulah aku dan permudahkan urusan hambaMU ni Ya ALLAH . Huhu takutnyaa . Kawan kawan lain sibuk pujuk rileks jangan fikir fikir dan stress , mesti boleh punya . Diaorang boleh lagi duk cakap rileks dan cool walaupun masing masing pun sekarang kat semester akhir jugak . Cerita pasal exam masing masing buat  biasa biasa je . Aku pulak yang naik tension bila mana kecoolan diaorang tu buatkan aku rasa macam tak senang duduk je . Hihi . Tiba tiba aku teringat ibu kata masa berbual kat telefon  

Aku : " Ibu adik takutlah ibu , ishh tak tenteram rasa.."

Ibu : " Haa takut tu boleh buat lah tu . Baguslah ada rasa takut  . Tak ada apa , jangan fikir dah. Buat betul betul kat paper lepas ni pulak .."

Ameen Ya ALLAH . Hihi .

Tengoklah aku ni , boleh siap update blog . Notes 380 pun boleh terbantut . Gara gara tercetusnya idea nak update blog . Ya ALLAH sorry sangat aku bazirkan banyak masa sebenarnya kan :( . Haisshh aku asyik mintaak je dekat ALLAH tapi tengoklah usaha aku macam mana . Dua tiga kerat je . Macam mana ALLAH nak bagi yang paling oseem dekat aku . Mintak lebih lebih , usaha ciput ajeee :(

Oklah nak rehat . Sekarang dah nak masuk jam 3.45 pagi . Huu dah lambat dah . Selalunya tidur dulu nak stay up waktu waktu macam ni tapi ni mata ni tiba tiba je tak nak tidur huhu . Ok awak awak semuaa . Doakan kitaaa :]

Moga ALLAH merahmati kalian . Sorry cerita agak berterabur dan entah apa apa hehe :]

NOTA : take it easy