Sunday

Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum w.b.t

Aku terbaca status seorang sahabat di Fesbuk . Ia benar benar menarik perhatian bila mana aku ada benda nak cakap sikit pasal ni

Mari kita lihat apakah status tersebut :



Kau nampak tak ? Kalau tak nampak sila klik dua kali untuk tumbesaran . Bila aku baca tang TORA dan DENG DANG aku ketawa kecil . Mana boleh lupa benda feveret masa kecik kecik dulu sampai mamak kedai tu pun dah paham fe'el aku ni . Asal keluar je iklan TORA yang baru kat tv aku mula bergegas ke kedai mamak berdekatan untuk dapatkan the latest one punya . Sekarang budak budak mana pandang dah .

Tapi cerita pasal peningkatan teknologi yang macam cendawan tumbuh selepas hujan , setiap masa mesti ada gadgets yang baru . Budak budak sekarang dah moden . Ah termasuklah aku kan . Lepas ni agaknya tak payah susah susah nak menaip . Just cakap je , biar keypad jalan sendiri . Mampu ?

Dulu nak minta ayah jemput balik sekolah , beratur lah panjang panjang dekat Public Phone . Bila masukkan seposen , baru cakap hello dah mati terus kenelah tambah dalam 20 sen kalau nak cakap lebih . Sekarang , pakai phone . Phone bawak pergi sekolah . Bila ada pemeriksaan sorok dekat toilet tak pun bersubahat dengan pengawas then belanjalah pengawas tu KFC dinner plate . Ah , tu zaman aku jadi pengawas tapi bab bab nak bersubahat masa zaman aku Alhamdulillah tak ada lagi . Setakat masa tu , pengawas2 semuanya singa singat belaka .

Sekarang ni kemudahan macam macam ada . Budak budak sekarang mana nak pakai Public Phone yea dak ? Kang nanti dikatanya pula tak kelass lah apa lah . Ah bagi aku sekarang ni kemudahan internet yang terus disalurkan dekat telefon pun makin dua kali ganda kelasnya .

Contohnya twitter lah kan ,
Sekali orang tweet mesti akan terus kat phone kita . So tak payah susah susah nak nak refresh home untuk tengok TL .

Silap hari bulan ,

Anak terus tweet je ayah tak payah susah susah . Jimat kredit pula tu .

"Ayah , kakak dah habis sekolah . Please jemput sekarang . Hehe .."

Haha .
Entah apa aku merepek pagi pagi ni .

NOTA : Tenene Tenene