Monday

haaaa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Aku baru separuh melangkah ke dalam kehidupan yang lebih mencabar . Sampai je kat sini aku macam rasa entah apa apa . Teruja , sedih , takut , tertekan , lapar (?) eh silap dan macam macam lagi . Lagi satu aku tertekan adalah melihatkan tangga ke fakulti humang aih macam tangga batu caves . Dah la duduk rumah tak ada buat exercise apa apa , badan dah macam belon , semuanya rasa berat . Sampai kat pertengahan batu caves tu aku dah termengah mengah .

"Farish kau boleh Farish , Komander mesti boleh !"

Amende wehh aku dah pencen tak ada kene mengena dah . Aduh menitis ayaq mata dalam perut . Semalam yang agak penat sebenarnya sesi pendaftaran yang agak kelam kelibut . Beratur panjang panjang macam nak beli tiket wayang dan popcorn . Alhamdulillah . Semua berjalan dengan soft n smooth sekali . Walaupun berpeluh peluh , terkocoh kocoh , akhirnya settled ! . Phewww . Ni tinggal nak bayau yuran asrama , buat course registration ( hari jumaat baru boleh daftar yeee , ceh ) , hantar borang kesihatan kat klinik kesihatan . Sekian wasalam . Teheheh

Firstly , aku tekad untuk tak main main lagi sebab aku kene sedar diri sikit aku bukan budak kecik aku dah 21 tahun yee . Dah masuk degree life dah mana boleh main main lagi dan malas malas lagi . Aku tekad juga aku tak nak aktif mana mana badan uniform dah kalau ada aktiviti2 blok dan persatuan insyaALLAH aku pergilah juga . Dan untuk ucapan diri sendiri .

Selamat maju jaya dunia akhirat . ALLAH ada bersama . Dan aku kene bersama DIA dalam menuntut ilmu kali ni .

"Ya ALLAH berila kami kekuatan dan kesabaran untuk menempuh cabaran kali ni . Semoga ilmu yang kami tuntut ini diberkatiMu . Ameen Ya Rabb " :)

Got to go :)

sekian mokasehhh