Saturday

:|

Assalamualaikum w.b.t

Oh yeah orang lain sibuk sibuk pergi dengar ceramah dekan untuk fakulti FSPPP , aku pulak slumber balik rumah melepak melepaskan angin renduuuuu . Aww :p

Cuma aku nak cerita sikit lah . Cerita ni lain dari yang lain la jugak . Itu malam , Khamis malam Jumaat , Kolej Melati yakni asrama yang aku nginap sekarang buat Malam Tautan Kasih . Kiranya nak menyambut kedatangan penghuni baru lah macam tu . As usual aku memang tak suka pergi benda alah ni tapi aku berazam untuk datang jugak untuk mana aktiviti2 belok . Bukan apa , yalah aku sebenarnya tak nak lah duduk rumah sewa kalau boleh aku nak elakkan la sebenarnya kau tahukan kenapa ? Aku bukanlah anak datuk yakni anak orang kaya yang mampu menampung kos hidup yang tinggi kat sini . Tapi kalau dah tercampak jugak aku untuk duduk kat luar aku nak buat lagu mana lagi . Hmm . Kenelah redha janji niat aku nak menuntut ilmu kerana ALLAH . Ok aku tahu aku sibuk sibuk pulak cerita benda lain . Aku nak bagitahu ini je

Kau tahu tak aku paling suka bila tengok montaj yang kreatif kreatif tak kira la mana mana pun . Montaj yang aku boleh terima bila mana lagu dan gambarnya sesuai itu aku boleh accept dan aku akan tepuk tangan gila gila tanda aku salute montaj macam tu . Orang kata biar montaj yang kita buat kene tempat dan kene tema .

Tapi cuma aku agak sedih plus marah bila mana montaj yang kakak kakak Kolej Melati buat untuk menunjukkan bahawa kolej kami memenangi macam macam anugerah . Gambar peace2 , sengih sengih , lentok sana lentok sini , lefchuu sana lefchuu sini mana menang anugerahnya ? Lepas tu apehal kau letak background music lagu

"IT'S A FINAL COUNTDOWN !!"

Member aku cakap memang tak kena langsung dan terus aku tak nak tengok lalu aku main game kat fon kawan aku . Game monyet terbang terbang letupkan belon . Kalau lagu final countdown tu letak sebagai background music untuk game yang aku main ni lagi sesuai KOT (?) . K

Aku jawab cemni je : " Tu montaj express namanya " . 

Bila nak habis majlis kami dikehendaki untuk menyanyikan lagu kolej . Penyanyinya macam ainan tasneem je suara dia . Lagu nak comel la macam tu . Aku terus bisik kat member sebelah .

Aku : "Alangkah bagusnya dia letak lagu ni untuk montaj tadi ?" Yalah gambar cecomel mestilah letak lagu cecomell kan ?

Lepastu aku update kat twitter 

"Lain kali kalau nak buat montaj pastikan gambar bersesuaian dengan lagu yee T_T "

Baik aku layan lagu ni 

Montaj dia pun boleh tahan ! 


(Y) !