Thursday

Tajuk sia sia

Assalamualaikum w.b.t

Yaa .
Hari ni aku mencuka memandu kereta .
Jangan silap sikit kereta depan mahupun belakang . Aku akan perhatikan pemandu kereta tu kaw kaw punya .
Kalau kereta dia cantik aku puji lah sesaat dua .
Tapi kalau sekali aku naik marah yaa .
Jaga jaga lah .
Yaa lately aku sekarang ni mengalahkan supervisor yang salah terima barang dan yang baru berpisah dengan makwe di kalangan supplier .*kerja supervisor ada yang terima barang ke?*

Bukanlah aku ni dikatakan samseng jalanan.
Yaa tadi adik sepupu aku ayat dia buatkan aku berfikir panjang . Ibu cuma ketawa di belakang .

"Wooooo Ustazah Samseng Jalanan.."

Yaa aku hanya menggeleng . Title Ustazah dirosakkan kerana aku . Yaa aku ini yang entah apa apa .
"Maafkan saya" sambil tunduk tunduk.

Oh ibu teringin nak makan burger . Aku parking kereta betul betul depan kedai brader brader jual burger tu . Jadi kebetulan masa tu ramai pula adik adik yang baru balik tuisyen . Ada sorang adik lelaki ni dia lalu depan kereta aku . Dia pandang aje aku . Bila aku pandang , dia alih pandangan tempat lain . Ah budak budak biasalah . Suka mainkan perasaan .

Kemudian aku pandang dia . Oh kami bertentangan mata . Perasaan bertaut . Lepas tu aku cakap
"Apehal pandang pandang?"

Ibu pula kata

"Amboi gangster betul sekarang ni"

Ah nasib baik cermin kereta masa tu aku tak bukak . Kalau bukak kau rasa apa respon dia ?

"Sweater akak cantik .."