Wednesday

Aku tak tahu apa aku nak cakap

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni aku pergi berjogging di tempat biasa . Disebabkan lama dah tinggalkan aktiviti tersebut rasa mengah mula kunjung tiba . Biasalah kene lah berhati hati juga . Ini pun bahananya aku dah rasa . Kaki aku mula sakit dan aku tak boleh jalan dengan lebih tertib dan bergaya . *amboih macam gaya pantun pula* . Ini berjalan pun terpaksalah cover cover sikit .

Dalam fikiran aku ni macam macam ada . Rasa takut , rasa sedih , rasa kecewa ah macam macam lah ada . Aku berjogging sambil menikmati ciptaan Tuhan . Peh peluh yang keluar rasa macam aku sedang menikmati mandi pagi dengan shower . Tu namanya lama dah tak berjogging dan bersukan . Ambik sekali terasa nikmat melepaskan dendam kesumat !

Aku sekarang ni sebenarnya tengah berdebar debar tunggu keputusan interview . Interviewer tu kata dia akan call untuk interview kali kedua . Amboih padahal bukanlah untuk kerja kerja yang berpangkat dan ekslusif pun tapi bagus juga dia buat macam tu yaa lah untuk ambik pekerja masuk dalam sesebuah organization bukan kerja macam cabut cabut undi . Nombor siapa kena dia lah yang dapat . Ni kaw kaw punya dia teliti . Ni lah pengalaman pertama aku kene interview macam ni . Kalau sebelum sebelum ni aku kene interview tak adalah macam ni sangat . Setakat ala kadar je . Peh terbaik . Lepas ni dapatlah aku gunakan pengalaman untuk jadi lebih yakin dan berani untuk percubaan masa depan pula . InsyaALLAH .

Dan sekarang perasaan takut dan musim luruh jantung semakin menggila . Ya ALLAH . Result dah nak keluar . Perasaan aku dah makin bercampur baur , gigil beb gigil . Tapi aku dah terus terusan tawakkal dan berserah pada ALLAH . Ya ALLAH berilah yang terbaik . Ameen :) . Aku tak boleh tengok orang lain takut takut ni sebab penyakit takut takut ni mudah berjangkit . Tapi aku tetap berusaha supaya sentiasa nampak cool dan gamble . Ehem .

Ni mak cik aku dah bising ni . Nak ajak aku keluar ni . Aku malas sebenarnya . Hehehehe