Thursday

Hello Perak !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Alhamdulillah .
Lepasnya rindu bila dapat jejak ke negeri kelahiran .

Hello Perak Darul Ridzuan !

Kebetulan adik sepupu aku dari Perak datang bercuti kat rumah aku kat Negeri Sembilan ni . Tak nak balik punya pasal sampaikan mak beliau datang sendiri jemput balik . Hehehehe . Ni dikiranya aku membalas lah budi baik beliau lalu aku pergilah bercuti sekejap dekat sini . Ya ALLAH rindunya ! Dan terima kasih bagi kesempatan lagi untuk aku jejakkan kaki ke sini . Cuma air muka aku akan berubah bila nampak signboard KAMPAR .

Keadaan dah banyak berubah sebenarnya . Lagipun rumah mak cik aku ni jauh dari tempat tinggal aku dulu . Kuala Kangsar lama . Takpelah insyaALLAH ada masa lagi aku sampailah ke sana . Dua tahun lepas ada juga aku jenguk2 mak cik pak cik yang masih tinggal kat situ and tak sangka diaorang semua masih ingat lagi anak dara sorang ni :')

Mula mula aku tak nak lah pergi sebenarnya kesian ibu sorang sorang kat rumah tapi semalam abang and kakak ipar balik mengejut and masing masing cuti lima hari . Jadi aku cair lah jugak dengan pujukan adik sepupu aku and mak dia ni . Kebetulan adik sepupu aku yang lelaki ni baru balik dari kem PKBM . Banyak betul dia bercerita sampai aku terpaksa tahan mengantuk . Kene baling dengan telur lah , kene sapu muka dengan colgate la , kene itu lah kene ini lah . Adat lah kan nak jadi askar sangat hehehehe ! . Tak sangka dah handsome dah dia . Dah tingkatan dua dah . Bukan selalu dapat jumpa diaorang ni sebenarnya .

So dah sampai Perak ni aku cubalah sikit sikit guna loghat Perak walau dari kecik tak sempat nak belajar setakat dengar dengar macam tu je lah .

I thank ALLAH .